Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI TITIWANGSA

JALAN TEMERLOH, 53200 KUALA LUMPUR

KURSUS PERKONGSIAN FAIL MENGGUNAKAN FTP (FAIL TRANSFER PROTOCOL) SERVER

TARIKH: 6 Mac 2013

TEMPAT: Puteri Cyber SMKPT

ISI KANDUNGAN
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 ISI KANDUNGAN PENGENALAN RASIONAL OBJEKTIF PELAKSANAAN KUMPULAN SASARAN AHLI JAWATANKUASA SUMBER KEWANGAN PERBELANJAAN TENTATIF PROGRAM PENUTUP POST MORTEM PERJALANAN PROGRAM FOTO KENANGAN LAMPIRAN

DOKUMENTASI PERKONGSIAN FAIL MENGGUNAKAN FTP (FAIL TRANSFER PROTOCOL) SERVER

SMK PUTERI TITIWANGSA, JALAN TEMERLOH, 53200 KUALA LUMPUR.

1. PENGENALAN Kursus FTP merupakan program yang bertujuan untuk menambah

pengetahuan dan kemahiran professional guru dari segi pengurusan maklumat khususnya yang membabitkan sistem perkongsian maklumat. Kursus ini mendedahkan guru-guru kepada sistem maklumat yang digunakan di dalam laman intranet sekolah bagi memudahkan proses pengurusan dan perkongsian maklumat dengan cara interaktif. Guru-guru dibantu menggunakan sistem langkah demi langkah bagi memastikan maklumat tentang penggunaannya dapat diperolehi dengan cepat dan berkesan. Melalui kursus yang dirancang ini diharapkan akan dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dalam mempelbagaikan teknik mencari dan berkongsi maklumat dengan berkesan. Adalah diharapkan dengan adanya program seumpama ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan kemampuan guru-guru untuk menyampaikan maklumat-maklumat dari media-sosial dan secara tidak lansung dapat menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2. RASIONAL Program seumpama ini telah diakui dapat meningkatkan mutu kerja dan meningkatkan kemahiran guru-guru untuk mengurus maklumat bagi mempermudahkan proses kerja berkumpulan. Dengan adanya tunjuk ajar dan bantuan rakan sekerja

melalui kursus dalaman, kerja-kerja pengurusan serta pengkayaan ilmu secara kendiri dapat dijalankan dengan lebih lancar dan secara tidak lansung dapat mempertingkatkan mutu akademik para pelajar.

3. OBJEKTIF Program seumpama ini diharapkan dapat memenuhi objektif seperti berikut: i. ii. iii. Meningkatkan kemahiran guru-guru dalam penggunaan ICT. Menggalakkan perkongsian fail melalui intranet. Mengelakkan komputer dari terkena virus semasa perkongsian fail dengan pengunaan sistem perkongsian maklumat tanpa thumbdrive.

4. PELAKSANAAN TARIKH: 6 MAC 2013 HARI: JUMAAT MASA: 14.00 PETANG 16.00 PETANG TEMPAT: PUTERI CYBER SMK PUTERI TITIWANGSA

5. KUMPULAN SASARAN Guru-guru Tetap SMK Puteri Titiwangsa

6. AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA Pengerusi: Naib Pengerusi: Penyelaras: Setiausaha: Pengerusi Majlis & Sambutan : Pendaftaran: Penilaian: Pn. Hanizah bt Idris Pn. Lailane bt Mohamad Pn. Norliza bt Ibrahim Pn. Khariati bt Tiron Pn. Jalilah bt Zabar Pn. Khariati bt Tiron Pn. Khariati bt Tiron

Fotografi: Alat siaraya: Dokumentasi:

Pn. Nabilah bt Rafeek Ahmad En. Mohd. Radhi b Che Kob Pn. Asniza bt Hamzah

7. SUMBER KEWANGAN Tiada 8. PERBELANJAAN Tiada 9. TENTATIF PROGRAM Tajuk Kursus : PERKONGSIAN FAIL MENGGUNAKAN FTP (FAIL TRANSFER PROTOCOL) SERVER

Bidang Kursus: i ii iii Pengetahuan Profesional Kemahiran Profesional Nilai dan Amalan Profesional Keguruan MASA 2.00ptg 2.10 ptg 2.10ptg 2.30 ptg 2.30ptg 3.50ptg 3.50ptg 4.00 ptg SLOT Pendaftaran Pengenalan kepada FTP Penggunaan FTP untuk perkongsian fail Mengisi Borang Penilaian

10. PENUTUP

Adalah diharapkan Kursus FTP yang dijalankan ini mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Semoga program seumpama ini akan dapat meningkatkan kemahiran guru dalam penggunaan ICT dan mempelbagaikan kaedah pengurusan maklumat untuk dipraktikkan bagi memudahkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran samada di dalam atau luar kelas.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................................. (ASNIZA BINTI HAMZAH) AJK DOKUMENTASI

............................................................. (PN. LAILANE BT MOHAMAD) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Disahkan oleh,

............................................................. (PUAN HANIZAH BINTI IDRIS) PENGETUA

11. POST-MORTEM AJK Pendaftaran Kelebihan: Dapat mengenalpasti jumlah dan maklumat guru yang mengambil bahagian dalam Kursus FTP. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

AJK Keselamatan Kelebihan: Semua guru dapat menjalankan aktiviti di dalam keadaan yang selamat. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

AJK Aktiviti dan Peralatan Kelebihan: Semua urusan penyertaan berjalan lancar dan alatan dan kemudahan internet disediakan dengan lengkap. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik perhatian para peserta kursus. Kelemahan: Bilangan semua komputer belum cukup untuk menampung setiap bilangan guru untuk dijalankan sekaligus dalam satu hari. Tempoh masa yang terhad.

Cadangan/Langkah mengatasi: Bilangan komputer ditambah untuk kemudahan semua guru dan pelajar.

Dicadangkan agar tempoh kursus dipanjangkan dan diadakan bengkel agar peserta kursus lebih memahami tatacara penggunaan FTP dalam pengajaran dan pembelajaran.

AJK Fotografi dan Dokumentasi Kelebihan: Dapat mengambil foto dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

AJK Makanan dan Minuman Kelebihan: Tiada. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

12. PERJALANAN PROGRAM LDP bermula dengan pendaftaran guru. Kursus ini diadakan. Kehadiran peserta ialah 46 orang perempuan dan 2 lelaki. Guru didedahkan cara penggunaan FTP dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta mengikuti kursus secara langkah demi langkah mengikut arahan yang diberikan penceramah.

GAMBAR KENANGAN

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai