Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI TITIWANGSA

JALAN TEMERLOH, 53200 KUALA LUMPUR

KURSUS FROG VLE

TARIKH: 26/27 Jun 2013

TEMPAT: Puteri Cyber SMKPT

ISI KANDUNGAN
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 ISI KANDUNGAN PENGENALAN RASIONAL OBJEKTIF PELAKSANAAN KUMPULAN SASARAN AHLI JAWATANKUASA SUMBER KEWANGAN PERBELANJAAN TENTATIF PROGRAM PENUTUP POST MORTEM PERJALANAN PROGRAM FOTO KENANGAN LAMPIRAN

DOKUMENTASI KURSUS FROG VLE

SMK PUTERI TITIWANGSA, JALAN TEMERLOH, 53200 KUALA LUMPUR.

1. PENGENALAN Kursus FROG VLE merupakan program yang bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran professional guru dari segi pengurusan maklumat khususnya yang membabitkan sistem FROG VLE yang melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara online. Kursus ini mendedahkan guru-guru kepada sistem maklumat yang digunakan KPM di laman web bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang interaktif. Guru-guru diberi pautan-pautan yang berkaitan dan dibantu menggunakan sistem langkah demi langkah bagi memastikan maklumat tentang penggunaannya dapat diperolehi dengan cepat dan berkesan. Melalui kursus yang dirancang ini diharapkan akan dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dalam mempelbagaikan teknik mencari dan memberi maklumat dengan berkesan. Adalah diharapkan dengan adanya program seumpama ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan kemampuan guru-guru untuk menyampaikan maklumat-maklumat dari media-sosial dan secara tidak lansung dapat menggunakan kemahiran teknologi maklumat untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

2. RASIONAL Program seumpama ini telah diakui dapat meningkatkan mutu kerja dan meningkatkan kemahiran guru-guru untuk mengurus program yang diperkenalkan oleh KPM. Dengan adanya tunjuk ajar dan bantuan rakan sekerja melalui kursus dalaman,

kerja-kerja pengurusan serta pengkayaan ilmu secara kendiri dapat dijalankan dengan lebih lancar dan secara tidak lansung dapat mempertingkatkan mutu akademik para pelajar.

3. OBJEKTIF Program seumpama ini diharapkan dapat memenuhi objektif seperti berikut: i. ii. Meningkatkan kemahiran guru-guru dalam penggunaan ICT. Meningkatkan kemahiran dan kemampuan guru-guru untuk

menggunakan FROG VLE.

4. PELAKSANAAN TARIKH: 26/27 JUN 2013 HARI: JUMAAT MASA: 8.00 PAGI 14.00 PETANG TEMPAT: PUTERI CYBER SMK PUTERI TITIWANGSA

5. KUMPULAN SASARAN Guru-guru Tetap SMK Puteri Titiwangsa

6. AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA Pengerusi: Naib Pengerusi: Penyelaras: Setiausaha: Pengerusi Majlis & Sambutan : Pendaftaran: Penilaian: Pn. Hanizah bt Idris Pn. Lailane bt Mohamad Pn. Norliza bt Ibrahim Pn. Khariati bt Tiron Pn. Jalilah bt Zabar En. Mohd. Radhi b Che Kob Pn. Khariati bt Tiron

Fotografi: Dokumentasi: Jamuan: Fotografi: Alat siaraya: Dokumentasi:

Pn. Nabilah bt Rafeek Ahmad Pn Asniza Bt Hamzah Pn. Rohana bt Ismail Pn. Nabilah bt Rafeek Ahmad Pn. Adelina bt Addlan Pn. Asniza bt Hamzah

7. SUMBER KEWANGAN Tiada 8. PERBELANJAAN Tiada 9. TENTATIF PROGRAM Tajuk Kursus : FROG VLE Bidang Kursus: i ii iii Pengetahuan Profesional Kemahiran Profesional Nilai dan Amalan Profesional Keguruan MASA 2.00ptg 2.10 ptg 2.10ptg 2.30 ptg 2.30ptg 3.50ptg 3.50ptg 4.00 ptg SLOT Pendaftaran Pengenalan kepada FROG VLE Penggunaan FROG VLE dalam PdP Mengisi Borang Penilaian

10. PENUTUP Adalah diharapkan Kursus FROG VLE yang dijalankan ini mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Semoga program seumpama ini akan dapat meningkatkan kemahiran guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran terutamanya dalam penggunaan ICT yang interaktif untuk dipraktikkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran samada di dalam atau luar kelas.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................................. (ASNIZA BINTI HAMZAH) AJK DOKUMENTASI

............................................................. (PN. LAILANE BT MOHAMAD) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Disahkan oleh,

............................................................. (PUAN HANIZAH BINTI IDRIS) PENGETUA

11. POST-MORTEM AJK Pendaftaran Kelebihan: Dapat mengenalpasti jumlah dan maklumat guru yang mengambil bahagian dalam Kursus FROG VLE walaupun dijalankan dalam dua siri. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

AJK Keselamatan Kelebihan: Semua guru dapat menjalankan aktiviti di dalam keadaan yang selamat. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

AJK Aktiviti dan Peralatan Kelebihan: Semua urusan penyertaan berjalan lancar dan alatan dan kemudahan internet disediakan dengan lengkap. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik perhatian para peserta kursus. Kelemahan: Bilangan semua komputer belum cukup untuk menampung setiap bilangan guru untuk dijalankan sekaligus dalam satu hari. Tempoh masa yang terhad. Cadangan/Langkah mengatasi:

Bilangan komputer ditambah untuk kemudahan semua guru dan pelajar. Dicadangkan agar tempoh kursus dipanjangkan dan diadakan bengkel agar peserta kursus lebih memahami tatacara penggunaan FROG VLE dalam pengajaran dan pembelajaran.

AJK Fotografi dan Dokumentasi Kelebihan: Dapat mengambil foto dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

AJK Makanan dan Minuman Kelebihan: Tiada. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

12. PERJALANAN PROGRAM LDP bermula dengan pendaftaran guru. Kursus ini diadakan dalam dua siri. Kehadiran peserta dalam siri pertama ialah 33 orang dan kehadiran peserta dalam siri kedua ialah 30 orang. Guru didedahkan cara penggunaan FROG VLE dalam pengajaran dan pembelajaran. Peserta mengikuti kursus secara langkah demi langkah mengikut arahan yang diberikan penceramah.

GAMBAR KENANGAN

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai