Anda di halaman 1dari 3

KAEDAH DEMONSTRASI Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani.

Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani : 1) Pendahuluan

Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri

Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

2) Demonstrasi

Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

3) Demonstrasi dan pengajaran


Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu.

Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

4) Ulang demonstarsi dan butiran yang penting


Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan

Beri butiran penting

5) Penutup

Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

1.7.

Kaedah tunjuk cara/demonstrasi

Tunjuk Cara atau Demonstrasi merupakan satu teknik pengajaran yang melibatkan individu yang berpengetahuan menunjukkan cara sesuatu perkara itu di lakukan di hadapan murid-murid. Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar perkara yang sukar diterangkan dengan teori, ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu ilmu yang praktikal perlu melalui proses amali. Demonstrasi melibatkan penglihatan, komunikasi dan

pendengaran untuk meniru kelakuan itu.

Langkah-langkah melakukan kaedah demonstrasi adalah yang mula-mula guru akan menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dan diberi perhatian. Kemudian, guru akan membuat tunjuk cara di depan kelas dan semua murid akan melihat dengan teliti. Murid akan balik pada kumpulan atau individu dan membuat apa yang telah di lihat dalam demonstrasi itu dengan bimbingan guru.

Kaedah ini dapat melatih kemahiran melihat dan mendengar muridmurid.selain dapat memberi kefahaman yang lebih, ia dapat menarik perhatian murid. Murid dapat membentuk konsep dan idea secara positif serta mengawal dan meningkatkan mutu hasil kerja.