Anda di halaman 1dari 10

Kaedah Simulasi Dalam P&P

Disediakan oleh : Liew Ven Fung Tiong Chiong Hung Nur Arif Shah Muhammad Iftitah

Kaedah simulasi adalah sesuai digunakan dalam P&P berteraskan strategi pengajaran berasaskan tugasan Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benarbenar wujud di dalam keadaan yang terkawal.

Simulasi

Untuk kuasai kemahiran. Melatih murid bertutur secara spontan melalui aktiviti lakonan. Untuk membina pemikiran secara analitis dan kitis. Murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk mengambarkan cara penyelesaian yang dilakukan. Melalui lakonan berdasarkan isi pelajaran Pendidikan Moral, murid dapat menghayati nilainilai dan sikap orang lain. Untuk membawa situasa yang sebenar ke dalam bilik darjah.

Tujuan

Langkah-langkah Pelaksanaan Simulasi


1. Guru mewujudkan satu situasi bermasalah yang disediakan. 2. Guru terangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah peranan watak2 & tempoh lakonan. 3. Guru memilih murid2 menjadi pelakon2 4. Murid2 berdasarkan watak2, mainkan peranan merekamereka dalam sesi simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya. 5. Guru bincang dengan murid tentang prestasi pelakon2 & cara menyelesaikan masalah. 6. Guru membimbing murid2 membuat rumusan.

Peringkat sebelum simulasi


Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Guru mengenal pasti kemahiran dan nilai yang akan menjadi fokus. Tumpu kepada satu perkara. Beri masa dan peluang. Guru memastikan semua alatan yang diperlukan telah disediakan.

Peringkat Pelaksanaan Simulasi


Edarkan kad arahan kepada murid yang mengambil bahagian. Minta murid cuba memahami tugas yang diberikan kepada mereka. Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami. Murid yang lain akan memerhatikan aktiviti simulasi yang dijalankan.

Peringkat Selepas Simulasi


Guru berbincang dengan murid tentang masalah yang dikemukakan. Membaiki kelemahan jika ada. Membantu murid membuat rumusan.

Contoh Simulasi
1. Permulaan. Guru wujudkan satu situasi. Cth: seekor anak kerbau diburu oleh seekor harimau. Bagaimana anak kerbau dapat diselamatkan? 2. Sesi simulasi (lakonan)
Seorang murid memakai topeng harimau mengejar seorang murid yang memakai patung anak kerbau.anak kerbau berlari dengan perasaan takut tetapi bersempat dilindungi oleh murid2 yang memainkan peranan sebagai kerbau hidup sekelompok.

Kerbau membentuk satu bulatan melindungi anak kerbau di dalamnya. Harimau cuba masuk bulatan tetapi tidak Berjaya dan akhirnya meninggalkan sekumpulan kerbau dengan perasaan kecewa.

3. Penutup: Guru bincang dengan murid tentang lakonan yang telah selesai dijalankan. Guru bombing nurid membuat rumusan yang mengaitkannya dengan konsep perpaduan rakyat.

Sekian, terima kasih !