Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI ASLINA BINTI AWANG Syukur alhamdulilah....

akhirnya saya dan rakan-rakan dapat

menyempurnakan kertas kerja dan amali pergerakan asas bagi subjek Pergerakan Asas (PJM3102) di bawah bimbingan En. Mohamad Sobri bin Harun dengan jayanya mengikut tarikh yang ditetapkan. Melalui tugasan kerja ini, saya bersama dengan rakan-rakan iaitu Pn. Yusnita dan Pn. Zainab dikehendaki melaksanakan satu rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan alatan. Kami dikehendaki memilih 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor dengan alatan dan penilaiannya mengikut litar rangkaian yang telah ditetapkan. Pada permulaan tugasan, saya bersama rakan-rakan agak sukar juga untuk memilih 10 pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor kerana di sekolah, saya dan rakan-rakan bukan merupakan guru pendidikan jasmani dan kesihatan tetapi hasil bimbingan dan contoh-contoh yang diberikan oleh pensyarah iaitu En. Mohamad Sobri telah memberi idea kepada saya dan rakanrakan untuk memilih pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor. Melalui perbincangan bersama rakan-rakan, kami telah memilih 10

pergerakan lokomotor dan 10 pergerakan bukan lokomotor dengan menggunakan tiga peralatan iaitu bola getah, tali skipping dan gelung kecil. Sebelum penilaian dijalankan, saya bersama rakan-rakan telah mempraktikkan dahulu kesemua pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang dipilih dan ada juga pergerakan yang dibatalkan disaat saat akhir di mana ianya kurang sesuai dan agak sukar dijalankan. Semasa penilaian dijalankan, kami telah membahagikan 20 pergerakan kepada kesemua ahli kumpulan di mana ianya untuk menyenangkan saya dan rakan-rakan mengingati pergerakan yang dinilai. Melalui tugasan ini, banyak kemahiran baru yang telah saya pelajari khususnya mengenai pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor dengan lebih terperinci lagi. Kemahiran yang saya perolehi ini akan saya aplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran sekiranya saya dikehendaki mengajar dalam subjek pendidikan jasmani dan kesihatan kelak. Sebenarnya dalam menjalankan tugasan ini, saya sangat seronok kerana ianya banyak memberi pengetahuan dan pengalaman baru kepada saya, tambahan pula kebanyakkan kemahiran ini sudah agak lama ditinggalkan. Dapatan daripada tugasan ini juga, saya dapat memperlengkapkan pengetahuan-pengetahuan baru ini untuk menghadapi anak-anak murid saya dan

seterusnya menghadapi globalisasi pendidikan yang akan datang. Sebagai seorang pendidik, saya juga mesti bersedia menghadapi anak-anak murid yang pelbagai aras pengetahuan dan pengetahuan yang diperolehi ini akan saya gunakan untuk pembelajaran dan pengajaran yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai