Anda di halaman 1dari 2

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH

Tersebutlah kisah satu cerita Cerita bermula kisah derita Si yatim piatu hidup didera Disiksa ibu dan kakak tirinya.

Selamat sejahtera kawan-kawan. Mahu dengar cerita saya? Hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Bawang Putih Bawang Merah. Semenjak ibu dan bapanya meninggal dunia, Bawang Putih tinggal bersama ibu dan kakak tirinya. Kasihan Bawang Putih. Setiap hari, dia dipaksa melakukan pelbagai kerja rumah. Pada suatu mala, Bawang Putih bermimpi. Anak ku, mak telah ditolak ke dalam perigi oleh ibu tirimu. Dengan kuasa Tuhan, mak telah menjadi ikan kaloi. Engkau datanglah bermain dengan mak tiap-tiap hari. Bawalah makanan untuk mak. Jagalah dirimu nak. Kau tinggallah baik-baik.. Keesokan harinya, usai menyiapkan kerja rumah, Bawang Putih bergegas pergi ke perigi itu. Tanpa disedari air mata membasahi pipinya sambil mulutnya bersuara. MakMak. Timbullah bonda..timbullah si ikan kaloi Nasi melukut sayur keladi, Untuk bondaku di pagi hari, Sebaik sahaja Bawang Putih bernyanyi, ikan kaloi itu pun timbul. Bawang Putih pun memberi ikan itu makan dan pulang ke rumah. Perkara ini tidak diketahui oleh ibu dan kakak tirinya. Sehinggalah pada suatu hari, Bawang Merah mengekori Bawang Putih ke perigi. Dia pun merencana rancangan jahat dengan ibunya. Mak Bawang Merah ke perigi itu dan menangkap ikan kaloi. Dimasaknya ikan Kaloi lau diberi makan kepada Bawang Putih. Bawang Putih berasa sedih apabila mengetahui dia telah memakan ibu kandungnya sendiri. Dia menanam sisa tulang ibunya jauh ke dalam hutan. Alangkah terkejutnya Bawang Putih apabila mendapati sebatang pohon beringin telah tumbuh di tempat dia menanam tulang itu. Dia menggantungkan buaian di dahan pohon itu. Ketika ada masa lapang, diam-diam dia bermain di situ. Pohon beringin daunnya rendang, Akar berjalur cecah ke bumi, Hatiku ingin hidup gemilang, Nasib malang suratan diri, Hidup aku tidak beribu, Akulah anak yatim piatu.

Dengan berbuat demikian dapatlah juga menghiburkan hatinya yang sedah gelisah. Pada ketika itu, ada seorang raja sedang berburu. Baginda diiringi oleh beberapa orang pengawalnya. Sedang mereka bebrburu, mereka terdengar suara Bawang Putih menyanyi. Siapakah gerangan yang bersura merdu ini? Ingin sekali beta melihat wajahnya. . Sultan tersebut dan pengawalnya pun berjalan mengikut arah bunyi suara itu. Bawang Putih terkejut melihat mereka. Dia terus melarikan diri ke rumahnya. Sultan dan pengawalnya segera mengekori Bawang Putih sehingga ke rumah. Sultan berjumpa dengan ibu Bawang Merah di rumahnya. Siapakah gerangan yang menyanyi di hutan tadi? Beta ingin melihatnya menyanyi lagi. Titah baginda. Ibu Bawang Merah segera menyuruh Bawang Merah menyanyi di buaian. Sultan menjadi murka kerana suara Bawang Merah tidak sama dengan suara yang didengarnya tadi, Baginda mengarahkan pengawal menggeledah rumah Bawang Merah. Pengawal terjumpa Bawang Putih sedang bersembunyi di dapur. Sultan meminta Bawang Putih menyanyi lagi. Baginda terpesona dengan kemerduan suara dan kecantikan wajah Bawang Putih. Akhirnya, berkahwinlah Bawang Putih dengan Sultan itu. Dia berpindah ke istana Sultan dan menjadi isteri kesayangan baginda. Walaupun begitu, Bawang Putih tetap tidak menyisihkan ibu dan kakak tirinya. Mereka tetap diajak tinggal bersama di istana. Demikianlah kawan-kawan. Pengajaran daripada cerita ini ialah kita tidak boleh menyakiti orang lain kerana mungkin suatu hari nanti, orang itu yang akan membantu kita. Ingat kawan-kawan, buat baik dibalas baik. Tanam rapat pokok selasih Sekian, terima kasih.