Anda di halaman 1dari 11

MODEL SATU

MASA : 50 MINIT

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 19 Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

________ mesti menjaga kebersihan kelas agar dapat belajar dalam keadaan selesa. Kita A Kami B Beliau C Engkau D Maafkan saya kerana menyusahkan ________, kata Joan Tan kepada kawan-kawannya. anda A awak B kamu C kalian D

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

Datuk Doktor Sheikh Muszaphar Shukor ________ sebagai angkasawan pertama Malaysia. A B C D dikenali kenalan terkenal mengenali

Tahap ________ sivik dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita masih rendah. tersedar A kesedaran B disedarkan C menyedarkan D Albert Lim dan Siew Tze Han menebang se ________ buluh di belakang rumahnya untuk membuat layang-layang. ruas A pucuk B berkas C batang D

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

MODEL SATU

MASA : 50 MINIT

Mesyuarat koperasi itu menjadi ________ apabila sebahagian anggotanya bertikam lidah. tenat A kusut B bising C hangat D Saya mengalami ________ nafas kerana keadaan cuaca yang berjerebu pada petang ini. siksa A sesak B sebak C susah D

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah

Sebuah monorel sedang ________ menuju ke Hentian Jalan Tuanku Abdul Rahman. A B C D meluru melibas meluncur memusing

Kami terpegun melihat pekerja di ladang teh itu ________ daun-daun teh dengan pantas. memetik A menebas B memotong C mencantas D Adik Peter Han tidak tahu sama ada hendak makan kuetiau goreng ________ mi goreng. lagipun A biarpun B ataupun C mahupun D

10

Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah

11

________ menyimpan duit tunai di rumah ________ kamu menyimpannya di bank, nasihat Ghani kepada kawannya. A B C D Dari ... lebih baik Daripada ... lebih baik Biarpun ... sudah tentu Sungguhpun ... sudah tentu

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

MODEL SATU

MASA : 50 MINIT

12

Laporan itu ________ pencerobohan hutan yang berlaku di Hutan Simpan Kuala Rompin. akan A pada B tentang C daripada D

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

13

Kebanyakan kuih tradisional masyarakat Melayu diperbuat ________ tepung beras, kata Chef Wan. A B C D dari antara dengan daripada

14

Ibu berasa pening ketika melalui jalan yang ________ dari Tapah ke Cameron Highlands. licin-licau A lekak-lekuk B lintang-pukang C bengkang-bengkok D Semasa kegawatan ekonomi yang melanda dunia, banyak orang yang hilang ________ kerana diberhentikan kerja. gaji pokok A batu loncatan B mata pencarian C ayam tambatan D Walaupun Syahruliza tergolong dalam golongan orang kurang upaya tetapi ________nya membuat labu sayung sangat halus. air tangan A kerja tangan B buah tangan C campur tangan D

15

16

Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah

17

Pak Cik Wahab sedang menanam beberapa ________ anak padi di sawahnya. A B C D gemal pokok batang rumpun

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

MODEL SATU

MASA : 50 MINIT

18

Dalam Persatuan Bahasa Melayu, Nurul Nadzirah memegang jawatan sebagai ________. sukarela A setiausaha B suruhanjaya C warganegara D

19

Sekolah Kebangsaan Subang Jaya baru sahaja mengadakan majlis ________ dengan ibu bapa dan penjaga murid. atur cara A temu ramah B ramah mesra C sidang akhbar D

20

Bantuan pakaian dan makanan itu akan disalurkan kepada mangsa ribut di Bagan Datuh. Perkataan seerti bagi disalurkan ialah didermakan A dihantarkan B disedekahkan C disumbangkan D

21

Nurliyana dan adiknya membantu ibu mereka mengasingkan telur ayam mengikut saiz dan gred yang telah ditentukan. Perkataan berlawan bagi mengasingkan ialah menguli A mengacau B menyisihkan C menggaulkan D

Soalan 22 dan Soalan 23 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 22 I Para pesawah memetik hasil padi mereka dengan gembira. II Norhan turut memetik kata-kata Sasterawan Negara yang terkenal itu. III Haikal memetik kecapi sambil menyanyikan lagu Budi Bahasa Amalan Kita. IV Siti Hamidah memetik minatnya dalam seni lukis semenjak dia di bangku sekolah. A B C D I dan III sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja III dan IV sahaja

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

MODEL SATU

MASA : 50 MINIT

23

I II III IV A B C D

Mazlan mengikuti kursus faedah pengawetan makanan di Serdang. Encik Zaim membayar kadar faedah yang rendah untuk pinjaman keretanya. Banyak faedah yang kita peroleh jika kita mengamalkan sikap suka menabung. Dia menggunakan faedah yang mudah untuk menyelesaikan masalah Matematik itu. I dan II sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja

24

Sudahkah kamu menyiapkan laporan projek belia kampung kita itu? Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya di atas. A B C D Laporan projek belia kampung kita itu amat sukar disiapkan. Laporan projek belia kampung kita itu akan saya hantar sebentar lagi. Ya, saya telah menyiapkan laporan projek belia kampung kita itu petang semalam. Ya, saya akan menyiapkan laporan projek kampung kita itu kepada persatuan belia.

25

Saya serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana untuk disemak semula. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A B C D Di manakah Cikgu Farhana letakkan buku karangan itu? Bilakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana? Siapakah yang mengambil buku karangan itu daripada Cikgu Farhana? Mengapakah kamu serahkan buku karangan itu kepada Cikgu Farhana?

Soalan 26 dan Soalan 27 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 26 Album baharu artis wanita terkenal itu akan dipasarkan sebelum Disember 2009. A B C D Sebelum Disember 2009, album baharu terkenal artis wanita itu akan dipasarkan. Sebelum Disember 2009, album artis baharu wanita terkenal itu akan dipasarkan. Sebelum Disember 2009, album baharu artis wanita terkenal itu akan dipasarkan. Sebelum Disember 2009, album artis baharu wanita terkenal itu akan dipasarkan.

27

Jemputlah ke majlis hari lahir saya pada minggu hadapan, kata Yatie kepada Suzie. A B C D Yatie mempelawa Suzie ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. Yatie merayu Suzie agar datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. Yatie meminta Suzie bertandang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan. Yatie mengarahkan Suzie datang ke majlis hari lahirnya pada minggu hadapan.

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

MODEL SATU

MASA : 50 MINIT

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih ayat yang betul. 28 A B C D Pemandu bas itu menafikan dia memotong garisan berkembar. Kami sampai di kawasan rehat dan rawat itu lebih awal dari mereka. Siapatah yang gemar membuang sampah sarap di dalam sungai tersebut. Ibu-ibu dan anak-anak kecil masuk padang untuk memulakan acara sukan.

29

I II III IV A B C D

Emak mengkhaskan lauk untuk kakak yang masih belum pulang dari sekolah. Satu rampasan terbesar minyak disel dilakukan oleh pasukan kastam pagi tadi. Kamus ekabahasa yang baharu itu dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Pertandingan mencari harta karun itu hanya terbuka kepada ahli kelab itu sahaja. I dan II sahaja II dan III sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

30

I II III IV A B C D

Oleh kerana dia berkelulusan tinggi, dia diterima bekerja di syarikat itu. Jalan raya itu sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja Jabatan Kerja Raya. Semua jejentik itu mati bila ayah membubuh racun ke dalam takungan air itu. Saya mempunyai banyak kenalan yang tinggal di taman perumahan mewah itu. I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan IV sahaja II, III dan IV sahaja

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

MODEL SATU

MASA : 50 MINIT

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca ucapan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati Cikgu Ahmad Kamal, dan rakan seperjuangan sekalian. Mulai minggu hadapan saya akan memulakan persekolahan saya di tempat baharu yang terlalu asing bagi saya. Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan saya di sini. Saya berasa hiba untuk meninggalkan rakan-rakan yang begitu akrab serta guru-guru yang sangat saya hormati. Hari ini saya faham erti persahabatan yang sebenarnya dan sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata. Untuk pengetahuan kawan-kawan di sini, keluarga saya akan berpindah ke Pahang pada hujung minggu ini kerana bapa saya perlu melaporkan diri di tempat kerja baharunya pada minggu hadapan. Terlalu berat bagi saya untuk meninggalkan sekolah ini. Andai kata sekolah ini mempunyai kemudahan asrama atau saya masih ada saudara mara di sini, sudah pasti saya akan memilih untuk meneruskan persekolahan saya di sini. Hadirin yang dihormati, Kenangan pahit dan manis bersama-sama rakan dan guru-guru di sini akan sentiasa dalam ingatan saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Ahmad Kamal kerana segala bimbingan dan nasihat yang diberikannya. Saya menyanjung tinggi ketegasan dan tunjuk ajar beliau serta guru-guru yang lain walaupun kadangkala tindakan mereka itu tidak disenangi oleh pelajar. Saya tahu niat mereka murni untuk membimbing pelajar yang dikasihi. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berjaya kepada rakanrakan dalam pelajaran mereka. Akan tetapi, matlamat menginginkan kecemerlangan dalam bidang akademik tidak bermakna kita meninggalkan aktiviti kokurikulum sama sekali. Hadirin yang budiman, Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bersusah payah mengadakan majlis yang sangat bermakna untuk diri saya ini. Kepada semua, saya berharap agar kita dapat terus berhubung antara satu sama lain melalui surat ataupun telefon demi kebaikan bersama. Akhir kata, penutup tirai bicara, saya menyusun jari sepuluh untuk memohon ampun dan maaf daripada guru-guru dan rakan-rakan jika ada tutur kata dan tingkah laku saya yang tidak menyenangkan selama ini. Sekian, terima kasih.

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

MODEL SATU

MASA : 50 MINIT

31

Mengapakah majlis tersebut diadakan? A B C D Untuk meraikan penulis Untuk meraikan Cikgu Ahmad Kamal Untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu Untuk mengadakan majlis perpisahan kepada penulis

32

Mengapakah penulis berasa sedih pada hari tersebut? A B C D Kerana dia akan berpindah ke tempat baharu Kerana dia akan berpisah dengan kawan-kawannya Kerana hari tersebut merupakan hari terakhir persekolahannya Kerana dia akan meninggalkan rakan-rakan karib dan guru-guru

33

Apakah maksud penulis apabila dia berkata tempat baharu itu terlalu asing bagi dirinya? Dia tidak pernah tinggal di Pahang. A Dia belum pernah bersekolah di Pahang. B Dia akan keseorangan di tempat baharu itu. C Dia hanya mengetahui tentang Pahang daripada bahan bacaan. D

34

Apakah harapan penulis terhadap rakan-rakan yang akan ditinggalkannya? A B C D Sentiasa berhubung antara satu sama lain Belajar dengan bersungguh-sungguh agar mereka berjaya Mengekalkan hubungan baik antara guru dengan para pelajar Jangan benci akan guru-guru yang banyak membimbing para pelaja.

35

Frasa menyusun jari sepuluh dalam petikan di atas menunjukkan perbuatan A B C D menggenggam kedua-dua belah tapak tangan menangkupkan kedua-dua belah tapak tangan meletakkan satu tapak tangan di atas tapak tangan yang lain mempertemukan tapak tangan kanan dengan tapak tangan kiri

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

MODEL SATU

MASA : 50 MINIT

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Sampai sahaja di rumah, Anis menyambut ayahnya di muka pintu. Encik Yusof tersenyum sambil menghulurkan begnya kepada Anis. Encik Yusof meminta segelas air sejuk. Cuaca panas tengah hari itu membuatkan dia berasa begitu haus. Puan Marina menghulurkan segelas air sejuk kepada suaminya. Dia kasihan melihat suaminya berkerja tidak kira siang ataupun malam. Mereka dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan usaha keras suaminya selama ini. Siapa kata hidup bersandarkan kerja melukis dan kreatif tidak mampu hidup senang? Perkara yang amat penting, jika ada kemahuan dan kesungguhan pasti beroleh kejayaan. Datangkah pembeli lukisan abang itu? tanya Puan Marina. Pemandunya sahaja yang datang. Datuk Kamal tidak dapat datang kerana ada mesyuarat penting, beritahu Encik Yusof kepada isterinya. Datuk Kamal bayar seperti dijanjikah? tanya Puan Marina. Datuk Kamal seorang yang menepati janji. Abang suka berurusan dengannya. Dia tahu menilai kreativiti orang seni seperti kita ini, kata Encik Yusof kepada isterinya. Encik Yusof membuka dompet duitnya seraya menunjukkan sekeping cek kepada isterinya. Puan Marina tersenyum memandang ke arah cek tersebut. Berbaloi juga penat lelah suaminya selama ini. Alhamdulilah. Berkat rezeki Tuhan berikan kepada kita sekeluarga, kata Puan Marina. Esok abang hendak pergi ke bank. Hendak tunaikan cek tersebut. Sebahagiannya kita simpan, sebahagian lagi kita gunakan untuk keperluan kita sekeluarga. Sambil itu, bolehlah saya hantar awak ke klinik. Sejak kebelakangan ini, awak asyik demam sahaja, kata Encik Yusof kepada isterinya. Tidak payahlah. Saya demam biasa sahaja. Telan panadol sihatlah. Bukannya sakit tenat, kata Puan Marina. Sebelum tenatlah kita perlu bertindak. Esok kalau dah melarat tiada penawarnya, kata Encik Yusof lagi. Jangan buang dan membazir duitlah. Beli ubat di farmasi pun sudah memadai, kata Puan Marina lagi. Itu sahajalah alasan awak. Berjimat memang bagus, tetapi biar kena pada tempatnya. Kesihatan adalah harta yang paling berharga. Kalau duit melimpah ruah tetapi kesihatan tergadai tiada gunanya, kata Encik Yusof lagi.

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

MODEL SATU

10

MASA : 50 MINIT

36

Di manakah Anis menyambut ayahnya yang baru pulang dari tempat kerja? Di muka pintu A Di muka rumah B Di muka jendela C Di muka tingkap D

37

Apakah yang dihulurkan oleh Puan Marina kepada suaminya yang baru pulang kerja? Segelas air oren A Segelas air sirap B Segelas air sejuk C Segelas air suam D

38

Puan Marina mencadangkan supaya suaminya membelikan ubat untuknya di klinik A farmasi B hospital C restoran D

39

Apakah yang diterima oleh Encik Yusof daripada Datuk Kamal pada hari itu? Cek A Wang B Potret C Hadiah D

40

Yang berikut merupakan cerita tentang keluarga Encik Yusof, kecuali isteri Encik Yusof, Puan Marina kurang sihat A bagi Encik Yusof duit lebih penting daripada kesihatan B anggota keluarga Encik Yusof seramai tiga orang sahaja C hasil pendapatan Encik Yusof bergantung kepada jualan lukisannya D

- KERTAS SOALAN TAMAT -

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

MODEL SATU

11

MASA : 50 MINIT

KERTAS MODEL TUNTAS BAHASA MELAYU 011 - MODEL SATU

1 A 11 B 21 D 31 A

2 D 12 C 22 B 32 D

3 A 13 D 23 C 33 C
A = 8

4 B 14 D 24 C 34 B

5 D 15 C 25 D 35 C
B = 11

6 D 16 B 26 C 36 A

7 B 17 A 27 A 37 C
C = 12

8 C 18 B 28 C 38 B

9 A 19 C 29 B 39 A
D = 9

10 C 20 D 30 B 40 B

*Taburan Jawapan :

KERTAS MODEL TUNTAS UPSR BAHASA MELAYU PEMAHAMAN ( 011) : SEKOLAH KEBANGSAAN HAK CIPTA : HAJI MD. RAMLI BIN HAJI SABRAN - GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU NEGERI PERAK

Anda mungkin juga menyukai