Anda di halaman 1dari 2

www.uitm.edu.

my
Persatuan Entrepreneurs UiM Perlis
Tel : (0124874454) En. Hakimy

Universiti Teknologi MARA (Perlis)


02600 Arau, Perlis, MALAYSIA Tel: (+604) 988 2000 / 3000 Faks: (+604) 988 2019 Laman Web: http://www.perlis.uitm.edu.my

Rujukan:100-UiTMPs(HEP/JPKK3.1.1) Tarikh :31 JULAI 2013

Kepada, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Perlis, 02600 Arau, Perlis. Tuan, MEMOHON PINJAMAN WALKIE TALKIE DAN PETI PERTOLONGAN CEMAS. Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk. 2. Persatuan Entrepreneurs ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menyediakan kemudahan alat walkie talkie sebanyak 10 unit dan peti pertolongan cemas sebanyak 4 unit bagi mengadakan hari keluarga Persatuan Entrepreneurs pada 15/2/2014. Ini disebabkan untuk memudahkan pihak yang mengurus setiap aktiviti dapat menyampaikan maklumat dengan segera dan bagi tujuan merawat peserta yg tercedera. Masa dan tarikh penggunaan adalah seperti berikut: Tarikh : 15 FEBRUARI 2014 Masa : 8.00 PAGI 6.00 PETANG Hari : SABTU

3. Oleh itu, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat meluluskan permohonan kami bagi mengadakan hari keluarga Persatuan Entrepreneurs. Semoga kita mendapat rahmat dan hidayah dari-NYA. Segala kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

MOHAMMAD HAKIMY BIN ABDULLAH PENASIHAT AKADEMIK, PERSATUAN ENTREPRENEURS, DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN.

Anda mungkin juga menyukai