Anda di halaman 1dari 4

Majlis mengumumkan ketibaan Yang berhormat Dato Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail diiringi oleh tn pengarah Kolej dan

semua tetamu jemputan masuk kedalam dewan Para pelajar diminta berdiri.....(caklempong) Majlis pengagihan wang bantuan persekolahan dimulakan dengan menyanyikan a. Lagu Negaraku Para hadirin diminta bersedia. ...................selepas nyanyian........ Tuan-tuan dan puan-puan dan warga kolej vokasional juasseh dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan. . . Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera. 1. Yang berhormat Dato Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Merangkap pengerusi Jawatankuasa Bertindak pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu 2. Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli 3. Yang dikasihi En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG 4. Yang dihormati Timbalan Pengarah Akademik kolej Vokasional Juasseh, En Sarimen Bin Sapiei 5. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej Vokasional Juasseh, Pn Zaidah Binti Danial 6. Pn Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti kolej Vokasional Juasseh 7. Para ibubapa dan penjaga pelajar 8. para pelajar yang di rahmati sekelian Terbang belatuk ke kuala perlis Di tengah permatang mencari ikan Kehadiran datuk penyeri majlis

Selamat datang kami ucapkan ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang oleh kerajaan Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran Yang berhormat Dato Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Merangkap pengerusi Jawatankuasa Bertindak pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian dalam majlis pengagihan wang bantuan persekolahan ini. Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis ini. BACAAN DOA Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati, Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan hidayah sempena majlis pengagihan wang bantuan persekolahan ini. Jesteru, Majlis mempersilakan ustaz shahid b riduan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..... ....................... Bacaan Doa Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ustaz shahid b riduan di atas bacaan doa itu tadi. Selain daripada (BR1M) kerajaan juga telah memberikan Bantuan Persekolahan sebanyak RM 100 yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Melalui bantuan ini dilihat dapat membantu kira-kira 5.3 juta pelajar di seluruh negara dan tujuan bantuan ini diberi pada awal tahun ini adalah bagi memudahkan proses pembelian keperluan pembelajaran bagi setiap pelajar. Bebanan ibu bapa juga dilihat dapat dikurangkan kerana anakanak dapat menggunakan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan tulis dan buku-buku. Bantuan persekolahan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat mengenai masalah yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa setiap kali musim persekolahan bermula dalam menyediakan anak-anak agar mendapat suasana yang selesa dalam proses pembelajaran. Ucapan pengarah Pergi ke kota beli selasih, mencari manisan buat halwa; Berilah kata simpulan kasih, Sulamkan mesra satukan jiwa Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej

Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *********************************Ucapan Pengetua******************************************** Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan Tuan Pengarah Kolej Vokasional itu tadi. Hadirin-hadirat yang dikasihi, Tanah terbiar tidak bertuan, Berpagar teguh tidak berpapan, Yang Berhormat datuk jadi tumpuan Persilakan datuk memberi ucapan Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh Yang berhormat Dato Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh Majlis dengan penuh takzim mempersilakan *********************************Ucapan Perasmi*********************************************** Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berhormat Dato Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail,atas ucapan sempena majlis pengagihan wang bantuan persekolahan sebentar tadi Penyampaian wang sumbangan Hadirin-hadirat warga dewan gemilang yang dikasihi, Acara diteruskan lagi dengan pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan dari Yang berhormat dato hj mohammad razi bin kail . Buat pengetahuan hadirin, 20 orang pelajar yang bertuah telah dipilih bagi menerima pengagihan wang tersebut yang bakal disempurnakan oleh Yang berhormat dato. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berhormat dato untuk tampil menyempurnakan pengagihan tersebut dengan segala hormatnya dipersilakan penutup Warga dewan yang dirai, kita telahpun sampai ke penghujung majlis, oleh itu maaf jua dipinta di atas sebarang kesilapan dan kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala kekurangan dan tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama

insan Dengan itu majlis disudahi dengan wabillahwassalamualaikum dan terima kasih.