Kuliah 1: Sistem Politik Melayu Tradisional [19.9.2013] *Konsep Sistem David Easton. 1988. A framework for politcal analysis Merujuk kepada rangkaian simbol-simbol berdasarkan identifikasi, batasan yang dapat menerangkan keseluruhan objek. Tingkahlaku yang kita amati dan golongkan sebagai kehidupan politik. Sistem ialah elemen-elemen dan unsur-unsur yang berkaitan antara satu degan lain yang membentuk rangkian dan dapat menjelaskan objek kajian.
*Asas Politik Melayu Tradisional Suasana dan latar keadaan masyarakat 500 tahun lalu. Pemikiran dan falsafah mereka yang penuh dengan sakral dan magis. Masalah sumber - lisan, tulisan sangat terbatas sumber yang ada hanya dari catatan pelayaran China - Laksamana Cheng Ho, Laksamana Yeng Ching dari dinasti Ming sumber Portugis - 1512 kajian Tome Pires, the suma oriental of Tome Pires (Pires, Tome. 1944. Terj. Armanda Cortasao. The suma oriental of Tome Pires. London: Hukluyt Society) sumber istana- tulisan Tun Sri Lanang (Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad), 1805 mula dikumpul oleh John Leyden, 1821 diterbitkan di Singapura dengan kata pengantar oleh Reffles, 1896 setelah dikemaskinikan oleh W.G. Shellabear diterbitkan juga di Singapura (Shellabear 1975: vii-xii) sumber British- catatan Stamford Reffles 1816 sumber Hikayat Abdullah Abd Kadir Munshi- catatan tentang kehidupan masyarakat kolonial di Tanah Melayu, mula diterbitkan 1849 di Singapura (Abdullah Abd Kadir Munshi: 1966 Hikayat) *Kerajaan Melayu Melaka- asas politik Malaysia Shellabear, W.G. 1896/1967/1975 Sejarah Melayu Mohd Yusoff Hashim. 1966 wira melayu dalam konteks patriotisme zaman KMM Terdapat 3 unsur simbolik dalam pembentukan KMM, raja-pembesar-rakyat Raja dan Budaya Politik Melayu "...raja itu umpama ganti Allah di dalam bumi... apabila berbuat kebaktian kepada raja sangat berbuat kebaktian kepada Allah swt, yakni berbuat kebaikan kamu akan Allah dan rasulnya dan akan raja..."" (Shellabear. 1961:190)
1
Raja dan Pembesar "... raja-raja itu umpama api, akan segala menteri itu umpama kayu, jikalau tiada kayu di manakah api itu bernyala..." (Shellabear. 1961: 170) Raja dan rakyat "...rakyat itu umpama akar, yang raja itu umpama pohon, jikalau tiada akar nescaya pohon tidak akan dapat berdiri..." (Shellabear. 1961: 170-171)
*Faktor Kewujudan dan Kekuatan KMM Mohd Yusoff Hashim. 1966 wira Melayu dalam konteks patriotisme zaman KMM Raja dan sultan yang berdaulat - autoriti kuasa Pembesar menjunjung titah raja - taat setia Rakyat negeri Melaka, wilayah taklukan - simbol kekuatan kerajaan Kerjasama ketiga-tiga seperti dalam wa'adat
*Raja Mahadzir Mohd Khir. 1997. Proses transformasi politik Melayu dan raja ke rakyat Raja pusat pancaran kuasa oleh pembesar dan rakyat. Pembesar dan rakyat akur titah raja kerana daulat. Raja unsur penting dalam pembentukan 'kerajaan' kerana kerajaan berpaksi kepada raja. Penghijrahan raja turut diikuti oleh rakyat - Parameswara dari Temasyik ke Melaka. Perubahan kerajaan juga berlaku kerana penghijrahan raja dan rakyat. Dalam konteks peperangan, raja mati/ditawan maka kerajaan turut ditakluk. Perkahwinan putera raja dengan puteri kerajaan yang lemah turut menjadi wilayah takluk. Raja adalah simbol 'ketuanan' universal (Melayu di alam Melayu). Unsur-unsur sokongan raja: istana, takhta, singahsana, nobat, bahasa, adat istiadat, daulat dan derhaka.