Anda di halaman 1dari 7

NUR SHAZZUANA BINTI SHAHIDAN NURSHAFIKA NABILA BINTI AZMI NORRAIHAN BINTI MOHD SHAH

KONSEP MEDIA PENGAJARAN


Apakah Media Pengajaran?

Percival &Elington (1984) 1. Pelbagai Alatan Fizikal Teknologi Pendidikan. - perkataan bercetak, filem, pita, piring hitam, slide dan kombinasi di antaranya. 2. Pelbagai Saluran Komunikasi Massa. - surat khabar, radio dan televisyen

Reiser& Gagne (1983); Sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Contoh: guru atau pengajar, bahan bercetak, persembahan slide bersuara dan apa saja yang boleh menyampaikan mesej.

Torkelson (1972) Membahagikan media kepada tiga bahagian, iaitu mesej, bentuk mesej dan saluran mesej.

FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Apakah fungsi media di dalam proses P&P? Bagaimanakah media dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses P&P? Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.

Memperjelaskan Penyampaian Mesej

Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera

FUNGSI MEDIA DALAM P & P

Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi

Pengalaman dan Persepsi yang Sama

1.

Memperjelaskan Penyampaian Mesej

Anggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.

2.

Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera

Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera: (i) Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. (ii) Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography. (iii) Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan. (iv) Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah, dll. (v) Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.

3.

Penggunaan Media Pengajaran Secara Betul dan Bervariasi

Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing.

4.

Pengalaman dan Persepsi yang Sama

Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.

Jenis-jenis dan klassifikasi media

Atribut atau ciri

MEDIA

Bentuk fizikal atau format

Media cetak

Media bukan

MEDIA PENGAJARAN

cetak

CONTOH-CONTOH CONTOH-CONTOH 1 1

2 .

2 .. .

MEDIA CETAK
Media Pameran

Gambar kaku

Media Paparan

Grafik

MEDIA BUKAN TAYANG

Media Audio

MEDIA bukan cetak


Media Tayang Gerak Media Tayang Kaku MEDIA TAYANG

Anda mungkin juga menyukai