Anda di halaman 1dari 2

Cara Bermain 1. Undian dilakukan untuk menentukan pemain yang akan menjadi Datuk Harimau.

Cara undian yang dicadangkan ialah dengan mengambil 11 batang kemuncup yang tidak sama panjang. Cabutan akan dilakukan.Pemain yang mendapat batang kemuncup yang paling pendek akan menjadi Datuk Harimau. 2. Datuk Harimau berjalan setapak demi setapak ke hadapan. Pemainpemain yang lain mengekorinya dari belakang sambil bertanya kepada Datuk Harimau , Pukul berapa Datuk Harimau?. 3. Setiap kali ditanya , Datuk Harimau akan menjawab seperti Pukul 1.00!.Pemain-pemain akan terus bertanya sehingga Datuk Harimau menjawab Pukul 12.00.Datuk Harimua akan mengacah atau mengacau pemain-pemain. 4. Sebaik sahaja Datuk Harimau menjawab Pukul 12.00 , Datuk Harimau akan mengejar semua pemain.Pemain-pemain perlu segera berlari melepasi garisan kawasan selamat. 5. Pemain yang ditangkap oleh Datuk Harimau akan menjadi Datuk Harimau dan permainan akan dijalankan dari mula semula.Jika Datuk Harimau tidak berjaya menangkap mana-mana pemain , maka permainan diulang semula. 6. Permainan ini boleh diberhentikan atas persetujuan semua pemain.

Peraturan Permainan 1. Permainan dimulakan dari garisan selamat.Garisan tersebut akan dibuat atas persetujuan semua pemain. 2. Datuk Harimau tidak boleh menangkap pemain-pemain yang telah melepasi garisan selamat. 3. Pemain-pemain tidak boleh mengikuti Datuk Harimau dari jarak yang terlalu jauh.

4. Datuk Harimau hanya boleh mengejar pemain-pemain setelah menyebut Pukul 12.00. 5. Pemain yang ditangkap oleh Datuk Harimau akan menjadi Datuk Harimau pula.Permainan tersebut akan dimulakan semula. 6. Jika Datuk Harimau tidak berjaya mana-mana pemain , permainan diulang dan Datuk Harimau meneruskan peranannya.