Anda di halaman 1dari 23

Prakata Guru Besar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Senarai Guru . 2014

Rasional PMD
Manusia adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah Taala yang minat kepada aktiviti belajar, suka mengambil tahu sesuatu perkara. Dengan ilmu dan maklumat yang mereka perolehi itu, mereka akan mengolah/mengatur hidupnya. Secara tidak langsung tugas guru ialah membimbing murid untuk mengatur hidupnya. Khususnya dalam pembelajaran. Sebelum menerjah diri ke dalam Sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PDP) secara formal, murid-murid didedahkan terlebih dahulu, apa peranan mereka sebagai murid dan bagaimana cara untuk menjadi murid yang berjaya dengan cemerlang. Dalam sesi pembelajaran, Program Maju Diri juga berperanan sebagai melamar minat murid untuk belajar. Selain itu PMD berperanan untuk mencungkil bakat terpendam yang ada dalam diri murid.
Ada 3 jenis cara belajar.Cara pembelajaran boleh melalui audio dan juga melalui visual. Kedua-dua cara ini hendaklah diaplikasi dalam sistem pembelajaran. Cara ketiga ialah melalui aktiviti permainan atau lebih dikenali dengan games. Belajar sambil bermain dan bermain sambil belajar. Inilah yang ingin diterapkan dalam Modul PMD 2014 sebagai melengkapkan system pembelajaran yang ada.

Penyusun En.Noorhisham Hamzah Pn. Azila Abdullah

Objektif PMD:
1. Murid akan mengetahui cara belajar yang berkesan.

2. Mengenalpasti kebolehan diri sendiri danmemanfaatkannya secara positif. 3. Membina semangat dan keyakinan diri. 4. Mengeratkan silaturrahim antara pelajar. 5. Menyesuaikan diri dengan persekitaran dan suasana baharu

Sasaran :
Murid tahap 2 terdiri dari tahun 4, 5 dan 6

Jadual PMD 2014 Tahun 4 dan 5


0840-0940 0940-1040 1040-11.001100-12.00 1200-1310

ISNIN

M_13 Siapa Saya

M_14 Ice Breaking M_2

M_18 M_1 Adab Belajar Cara M_5

Penggunaan Tandas

SELASA M_15
Cita-citaku M_10 Semak Diri

Ciri Pelajar Cemerlang


M_17 Pertandingan Dalam Kumpulan

RABU

Tingkahlaku tidak beradab Taklimat Disiplin dan Peraturan Sekolah

Games Matematik (Angka Saya)


M-20

Kepentingan Solat atas Manusia

Tahun 6
0840-0940 0940-1040 1040-11.00 1100-12.00 1200-1310

ISNIN

M_14 Siapa Saya

M_15 Ice Breaking M_4 Komunikasi Berkesan

M-20 M_1 Adab Belajar Kepentingan

Solat atas Manusia

SELASA M_16
Cita-citaku

RABU

M_8 M_17 Kemahiran Pertandingan Mengingat Dalam


Kumpulan

M_7 Games Pengurusan Matematik (Angka Saya) Masa Taklimat Sabar Je lah

Disiplin dan Peraturan Sekolah

Catatan : Pada waktu yang tiada PMD, adalah waktu bagi guru mata pelajaran/kelas masuk mengikut Jadual Biasa.

Modul Dalam Program Maju Diri 2014


Modul Wajib Bagi Semua Tahap 14 15 16 17 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Modul Ice Breaking Siapa Saya Cita-Citaku Permainan Pertandingan Kumpulan (Modul Games) (Bercakap di Khalayak) (Karangan) (Modul Games)

Adab Belajar Ciri Pelajar Cemerlang 1 Ciri Pelajar Cemerlang 2 Komunikasi Berkesan Tingkah-laku tidak beradab Kemahiran Mengingat Pengurusan Masa, Membina Jadual Mingguan Kemahiran Mengingat Cita-cita Saya Semak Diri Sekolahku Rumahku Sabar Jelaa Taklimat Disiplin dan Peraturan Sekolah

18 Cara Penggunaan Tandas 20 Kepentingan Solat atas Manusia (Modul Agama)

MODUL 1

ADAB DI DALAM MENUNTUT ILMU


SESEORANG MURID YANG INGIN BELAJAR ILMU, HENDAKLAH MEMPUNYAI : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. NIAT YANG IKHLAS BERDOA SEBELUM BELAJAR TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL MENJAUHI MAKSIAT LAHIR DAN BATIN MENJAGA BATAS AURAT SEMASA BELAJAR DAN SESUDAHNYA MENJAGA BATAS PERGAULAN ANTARA LELAKI PEREMPUAN MEMILIH KAWAN YANG SOLEH/BAIK BANYAKKAN ZIKRULLAH MENJAGA KEHORMATAN DIRI SENTIASA MENGHARAP KEREDHAAN IBUBAPA MENUMPUKAN PERHATIAN KETIKA GURU MENGAJAR BERCAKAP SOPAN DENGAN GURU BERTANYA JIKA TIDAK FAHAM, KERANA KUNCI ILMU IALAH BERTANYA TIDAK MEMBANTAH ARAHAN DAN BERSEDIA MENERIMA ARAHAN GURU MEMBUAT KERJA RUMAH DENGAN IKHLAS SENTIASA BERUSAHA MEMPERBAIKI DIRI KE ARAH LEBIH BAIK (tambahan dari guru)

Modul 2 Tahun 4,5 & 6 Ciri-ciri Pelajar Cemerlang 1


1. Pada pakaiannya, kelihatan bersih, rapi dan mengikuti peraturan dimana saja berada. 2. Raut wajah yang tenang. Sentiasa senyum 3. Kepintaran bersosial 4. Gaya 5. Rajin ke sekolah 6. Bersedia awal ketika hendak memulakan sesi pembelajaran 7. Memberi tumpuan dalam kelas 8. Suka Bertanya- Minat untuk Mengetahu lebih mendalam 9. Menyiapkan tugasan mengikut waktu. 10. Tidak menangguh-nangguhkan urusan yang wajib 11. Menepati Masa 12. Bertanggungjawab 13. Berakhlak Mulia 14. Suka menghormati guru 15. Taat Perintah Allah, menjaga solat 5 waktu. 16. Sentiasa Berdoa 17. Suka menghafaz Al-Quran (terbukti pelajar yang menghafaz Al-Quran ramainya yang bijak berkat Mukjizat tersebut).

Modul 3 Tahun 4,5 & 6 Ciri-ciri Pelajar Cemerlang 2

1. Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

1. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

kita ingat 10 % apa yang dibaca kita ingat 20% apa yang didengar kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat kita ingat 70% apa yang dicakapkan kita ingat 90% setelah dipraktikkan

2. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. 3.Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).Belajar
dalam persekitaran kondusif.

1. pastikan cahaya adalah terang 2. kurangkan gangguan bunyi

3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar 4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
9

5. kerusi dan meja menghadap kiblat

jangan lupa untuk senyum


6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

Modul 4 Tahun 4,5 & 6

KOMUNIKASI BERKESAN
AKTIVITI BAHAN MASA OBJEKTIF : Komunikasi Berkesan : Kertas kosong Kertas Lampiran 2 1 jam Setelah mengikuti aktiviti ini, murid akan dapat; 1) Memahami fungsi komunikasi dalam kehidupan. 2) Meningkatkan keberkesanan berkomunikasi.

: :

LANGKAH

: 1) Guru mengedarkan sehelai kertas kosong kepada murid-murid yang lain. 2) Bacakan arahan pertama kepada murid-murid. 3) Arahan 1 : Lukiskan apa yang disebut oleh guru tanpa boleh bertanya. 4) Setelah selesai, bacakan arahan kedua. 5) Arahan 2 : lukiskan apa yang disebut oleh guru dengan boleh menyoal. 6) Setelah selesai, minta murid bandingkan kedua-dua lukisan dengan lampiran 2.

PROSES

1) Kesukaran komunikasi sehala : menerima arahan tanpa diberi kesempatan menyoal boleh menimbulkan pelbagai perasaan negatif 2) Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan tidak tepat atau mengikut tafsiran sendiri. 3) Pentingnya mendengar arahan dengan teliti dan member respon mengalakkan komunikasi.
10

FALSAFAH

1) Komunikasi berkesan akan meningkatan pemahaman seseorang tentang sesuatu perkara terutamanya di dalam pembelajaran dan pengajaran.

Modul 5

Tingkah Laku Tidak Beradab


Lukmanul Hakim, namanya disebut dalam Al-Quran, padahal dia bukanlah seorang rasul mengikut jumhur ulama. Mungkin hanya seorang Nabi. Namanya ditulis dalam Al-Quran kerana ketinggian ilmunya dan akhlaknya. Orang bertanya kepadanya, dari mana kamu belajar memiliki akhlak yang indah. Jawabnya dari orang-orang yang tidak berakhlak. Orang bertanya semula,macam mana kamu belajar akhlak yang baik dari orang yang tak baik.Jawabnya saya mendengar apa-apa yang tidak baik orang perkatakan tentang si polan dan si polan, lalu saya menjauhi perbuatan yang tidak baik itu Setiap murid perlu menjaga tingkah laku mereka apabila berhadapan dengan guru. Kerana keberkatan didalam belajar itu terdapat didalam akhlakul karimah (akhlak yang mulia) antara guru dan murid.Berikut adalah tingkah-laku tidak beradab.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Tidak menghormati guru apabila bertemu Bermain dan bergurau ketika guru mengajar Tidak memberi tumpuan ketika guru mengajar Bercakap dengan guru menggunakan bahasa yang kurang sopan. Melanggar perintah dan arahan guru Menyakiti hati guru dengan kata-kata atau perbuatan Bercakap dikala guru sedang bercakap Bertanya soalan yang berniat menguji kepintaran guru bukan kerana ingin tahu.
11

Modul 6 Tahun 4 & 5


Kemahiran Mengingat

Otak yang dapat merakam dan mengingat semula apa yang dilihat, didengar adalah otak yang hebat. Seseorang dinilai kehebatannya bergantung kepada daya ingatannya. Sehingga ada pertandingan untuk mengingat. Namun jika kita lemah daya ingatan, sebenarnya kita boleh membantu diri kita untuk mengingat.

1. Berikan tumpuan penuh ketika mengamati sesuatu perkara. Contohnya mendengar dengan penuh perhatian ketika guru mula mengajar. 2. Membuat nota-nota penting apa yang di ajar. 3. Tampal nota-nota penting di dinding 4. Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah 5. Gunakan kaedah akronim.. Berikan contoh 6. Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat 7. Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil Sila buat latihan dan pertandingan didalam kelas untuk mengingat nombor-nombor tertentu. Murid amat suka pertandingan ini. Berikan pujian kepada yang berjaya menghafaznya.

12

Modul 7 Tahun 4 & 5

Membina Jadual Pengurusan Masa Peribadi


Agihkan seorang sehelai kertas A4. 2. Minta setiap orang murid membina jadual peribadi mereka selama seminggu bermula hari Isnin hingga Ahad. 3. Setiap hari bermula jam berapa mereka bangun, mandi, pergi sekolah, pulang, buat kerja rumah, menonton sehinggalah mereka tidur. 4. Guru hendaklah membimbing murid untuk membina jadual tersebut. Lukiskan contoh format jadual di papan hitam. 5. Jadual di tulis atas kertas A4 secara melebar.
1.

13

Modul 8

Kemahiran Mengingat
Otak yang dapat merakam dan mengingat semula apa yang dilihat, didengar adalah otak yang hebat. Seseorang dinilai kehebatannya bergantung kepada daya ingatannya. Sehingga ada pertandingan untuk mengingat. Namun jika kita lemah daya ingatan, sebenarnya kita boleh membantu diri kita untuk mengingat.

1. Berikan tumpuan penuh ketika mengamati sesuatu perkara. Contohnya mendengar dengan penuh perhatian ketika guru mula mengajar. 2. Membuat nota-nota penting apa yang di ajar. 3. Tampal nota-nota penting di dinding 4. Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah 5. Gunakan kaedah akronim.. Berikan contoh 6. Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat 7. Pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil Sila buat latihan dan pertandingan didalam kelas untuk mengingat nombor-nombor tertentu. Murid amat suka pertandingan ini. Berikan pujian kepada yang berjaya menghafaznya.

14

MODUL 9 TAHUN 6
AKTIVITI MASA BAHAN OBJEKTIF : : : : CITA-CITA SAYA 1 jam Kertas Latihan 1 Nota Murid Setelah menjalankan aktiviti ini :

1) murid akan dapat membina matlamat hidupnya. 2) Murid dapat membina matlamat yang realistik dan benar-benar mengikut urutan serta mempunyai sasaran yang tepat. LANGKAH : 1) Guru bersoal jawab dengan murid tentang cita-cita masing-masing. 2) Murid diminta menulis cita-cita masing-masing. 3) Guru meminta beberapa orang murid untuk membaca cita-cita yang ditulisnya. 4) Guru mengulas cita-cita yang dibaca oleh murid. 5) Guru mengedarkan Bahan nota (Lampiran 1) iaitu contoh cara sebenar menyediakan cita-cita atau matlamat hidup. 6) Guru mengedarkan kertas latihan 1. Murid membuat latihan MEMILIH CITA-CITA.
PROSES cita: Murid yang lebih berjaya dengan cemerlang jika mereka mempunyai

cita yang menjadi matlamat hidup. Murid yang tidak mempunyai matlamat dan cita-cita yang kabur selalunya tidak bermotivasi dalam kehidupannya.

FALSAFAH

Harapan dan keberanian adalah dua butir berlian yang bersinar di atas takhta kejayaan Peribahasa India

NILAI-NILAI MURNI : 1) Cekal (Teguh, tetap dan tabah hati dalam melakukan sesuatu perkara. 2) Daya Usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif, inovatif dan kreatif untuk mencapai kejayaan. (Guru memberi penegasan nilai tersebut semasa membuat kesimpulan)

15

Lampiran 1

CIRI-CIRI PEMILIHAN CITA-CITA BERKESAN

Unsur-unsur penulisan cita-cita berkesan ialah ;

1. Cita-cita ini mestilah jelas dan terperinci. Lebih jelas dan terperinci, lebih berkesan kerana minda bawah sedar itu hanya berusaha jika ia jelas dan terperinci.

2. Cita-cita itu mestilah mempunyai tarikh pencapaian. Dengan memberi tarikh pencapaian minda bawah sedar akan berusaha mengikut had masa yang diberi.

3. Cita-cita itu mestilah benar dan menarik. Cita-cita yang kerdil dan tidak menarik iaitu yang tidak memberi Getaran Jiwa tidak memberi inspirasi. Oleh itu gunakan imaginasi anda.

4. Cita-cita itu mestilah pilihan sendiri. Anda tidak akan mempertahankan cita-cita orang lain apabila cabaran kuat melanda berbanding jika ia pilihan orang lain.

16

Kertas Latihan 1

LATIHAN MEMILIH CITA-CITA

CITA-CITA ITU MESTILAH JELAS, TERPERINCI, ADA TARIKH PENCAPAIAN, BESAR, MENARIK, PILIHAN SENDIRI, BERCAHAYA, POSITIF DAN TIDAK MENGAMBIL HAK ORANG LAIN

CITA-CITA SAYA
NAMA PENUH TARIKH : : ___________________________________________________ _______________________

Dengan izin Tuhan, cita-cita saya semua tercapai pada tahun ____________. Saya seorang murid yang berjaya mendapat __________________________ dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada tahun ____________ saya seorang ________________________ lepasan ___________________________________________________________ dan bekerja di

________________________________________________ dengan menerima pendapatan RM ___________________ sebulan.

Yang benar,

.. ( )

17

MODUL 10 PROGRAM MAJU DIRI 2013 TAHUN 6


AKTIVITI MASA BAHAN OBJEKTIF : : : Semak Diri 2 20 minit : Kertas kosong Setelah menjalankan aktiviti ini pelajar akan dapat: 1) Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan diri sendiri. 2) Meningkatkan keyakinan diri agar lebih berjaya di peringkat menengah atas.

LANGKAH

: 1) Guru memberi penerangan tentang kejadian manusia. Setiap manusia ada keistimewaan tersendiri. 2) Kertas kosong diedarkan. 3) Nama ditulis pada penjuru atas sebelah kanan. 4) Murid mesti melakar tangan kanannya pada muka hadapan kertas tersebut dan tangan kiri di sebelah belakang. 5) Pada lakaran tangan kanan, murid hendaklah tulis seberapa banyak kelebihan yang ada pada dirinya. 6) Pada lakaran tangan kiri, tuliskan kelemahan diri masing-masing dalam masa 10 minit. 7) Minta beberapa orang murid yang sukarela untuk bacakan kekuatan dan kelemahan dirinya di hadapan kelas.

PROSES dan

Guru merumuskan bahawa setiap kelemahan itu ada hikmahnya

boleh diimbangi dengan kekuatan yang ada. Ada murid yang sukar menyatakan kekuatan diri sendiri. Ada kemungkinan murid tersebut tidak yakin dengan dirinya sendiri, malah kelemahan diri terlalu banyak sehingga mengaburi kekuatan diri sendiri. FALSAFAH : 1) Murid perlu mengenali potensi diri agar dapat meletakkan target untuk mencapai kejayaan.
18

2) Potensi diri mampu meningkatkan keyakinan seseorang.

MODUL 11 PROGRAM MAJU DIRI 2013 TAHUN 6


AKTIVITI BAHAN MASA OBJEKTIF : : : Sekolahku Rumahku : Kertas Lampiran 1 & 2 1 jam Setelah mengikuti aktiviti ini, murid akan dapat; 1) Menanamkan rasa cinta kepada sekolah. 2) Menyayangi sekolah seperti rumah sendiri

LANGKAH

: 1) Guru menerangkan tentang visi dan misi sekolah supaya murid faham kenapa sekolah diwujudkan. 2) Minta murid sebutkan fungsi sekolah supaya mereka tahu apa sumbangan sekolah kepada mereka. Tuliskan di white board. 3) Guru meminta murid duduk di dalam kumpulan kecil 4 5 orang. 4) Guru mengedarkan kertas lampiran 1 dan 2 kepada setiap kumpulan dan meminta murid membincangkan apa pula sumbangan mereka kepada sekolah dan langkah-langkah yang boleh mereka lakukan agar sekolah mereka selamat dengan mengisi kertas lampiran yang diedarkan. 5) Minta kumpulan yang sukarela untuk membentangkannya di hadapan kelas. 6) Guru membincangkan hasil tugasan bersama murid.

FALSAFAH

: 1) Sekolahku Rumahku, sayang ilmu, sayang sekolah dan sayang guru. 2) Orang yang tidak penyayang, tidak pula akan disayang.

NILAI MURNI :

Sayang-menyayang

19

MODUL 12

PMD
AKTIVITI BAHAN MASA OBJEKTIF : : :

TAHUN 6
Sabar Je laa : Kertas Lampiran 3 Kertas kosong 30 minit Setelah mengikuti aktiviti ini, murid akan dapat; 1) Menggalakkan murid lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu. 2) Menggalakkan murid berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. 3) Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid dalam usaha mencapai kejayaan.

LANGKAH

: 1) Setiap murid diberi kertas kosong dan kertas arahan (Lampiran 3). 2) Kandungan pada kertas arahan seperti Lampiran 3. 3) Bacakan arahan dan sila pastikan murid tidak berbincang ketika menjalankan aktiviti ini. 4) Berikan masa 5 minit. Lihat murid mana yang berjaya. 5) Setelah selesai, rumuskan dan kaitkan dengan kehidupan mereka.

PROSES

: 1) Manusia sentiasa tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu perkara. 2) Dahulukan akal dalam segala tindakan. 3) Berfikir dulu sebelum bertindak.

Lampiran 3 Baca semua arahan yang tercatat dan kemudian jawab sebagaimana yang dikehendaki dalam masa lima minit. I. II. III. IV. Tuliskan nama anda di penjuru atas sebelah kanan dalam kertas yang diberi. Tuliskan alamat rumah anda di bawah nama anda. Tuliskan cogankata diri anda di bahagian bawah kertas dan kemudian gariskan dengan garisan lurus di bawahnya. Selesaikan 2x5 (1+7+2) 100 =_____________
20

V. VI. VII. VIII. IX. X. XI. XII.

Apa itu LRT? Malaysia _______________ Lukiskan tapak tangan sebelah kanan di bahagian tengah di atas kertas yang diberi. Jeritkan Malaysia Boleh!! Beritahu rakan sebelah anda AMBOI SENANGNYA Tulisan nama Perdana Menteri yang pertama Jeritkan dengan penuh perasaan AKU CINTAKAN MALAYSIA Jeritkan AKU SUDAH SIAP Bila anda sudah membaca semua arahan di atas, jangan buang masa lagi, jawab hanya soalan nombor III. Sekianlah sahaja ujian ini dan kalau anda merasa menyesal, sila tuliskan dengan cantik perkataan di atas kertas yang diberi SAYA AKAN BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH DARIPADA SEKARANG UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN CEMERLANG DALAM PEPERIKSAAN AKAN DATANG!

Modul 14 Ice Breaking (Games) Modul ini berbentuk permainan, tujuannya untuk mengeratkan hubungan sesama murid dan menimbulkan keceriaan. Keceriaan ditandai dengan senyum dan ketawa. Senyum dan ketawa menandakan penerimaan. Falsafah Hal ini penting supaya murid dapat belajar dalam keadaan dimana dirinya sedia menerima.

21

Modul 15 Siapa Saya (Pengucapan Awam) Modul ini sangat mengharapkan agar setiap murid berani tampil di hadapan, bercakap dengan ayat tersusun, menyampaikan kepada semua kawan-kawan siapa dirinya yang dia ingin kawannya ketahui. Sekurangkurangnya 100 patah perkataan (2 perenggan) Antara Isi Ucapan : Nama Saya, Cita-cita Saya,Perihal Keluarga Saya.Apa yang saya inginkan dari kawan-kawan semua. Modul 16 Cita-citaku Modul ini bertujuan supaya wujud dalam diri setiap murid arah tujuan hiudpnya. Murid membuat satu karangan dalam buku tulis, bertajuk Citacitaku. Apa Cita-cita Kenapa Berminat dengan cita-cita itu Harapan murid jika dapat mencapai cita-cita tersebut. Modul 17 Permainan Berkumpulan Wujudkan kumpulan secara bebas, tetapi jumlah antara kumpulan adalah sama jumlahnya. Wujudkan pertandingan, dapatkan kiraan masa setiap kumpulan. Ulangi lagi,supaya masa yang di ambil lebih cepat,tanpa wujudnya dalam permainan penipuan. Falsafah Sesungguhnya manusia dapat melaksanakan sesuatu lebih dari apa yang dia telah capai.
22

Sekadar Renungan
Adda banii rabbi fa ahsana tadii bii. Tuhan telah mengajarkan ku akan adab-adab (budi pekerti yang baik dan Dia telah memper elokkan akhlakku Demikian sabda Junjungan yang beliau tinggalkan lebih 1400 tahun yang lalu. Itulah nilai yang Agung bagi seseorang manusia.Yakni akhlak yang mulia, akhlak ketika berhadapan dengan sesama manusia dan dengan Tuhannya Rabbul Jalil. Tiada guna ilmu tinggi melangit, jika akhlak seseorang itu punah. Kerana penilaian prestasi di sisi Tuhan adalah menurut akhlaknya. Pun begitu, ilmu mesti di masukkan terlebih dahulu. Kerana buahnya ilmu adalah akhlak yang mulia. Sabda beliau lagi, Peniaga yang jujur, akan duduk begini (sambil

menunjukkan dua jari telunjuk dan jari tengah) bersamaku di syurga Buahnya ialah akhlak. Salah satu cabang akhlak yang baik
ialah jujur. Selaku guru, menjadi pendidik, murabbi kepada anak-anak bangsa, eloklah kita tanam, pupuk dan jaga akhlak anak-anak dengan sikap yang mulia. Sopan santun dihadapan guru sebagai contoh, bukan sahaja hati kita senang melihat mereka begitu, tetapi yang lebih indah, keberkahan ilmu ada disitu. Kepandaian mereka bukan sahaja menyenangkan masa depan mereka, bahkan yang lebih mahal buat kita sang guru, boleh membantu kita apabila meninggal dunia nanti, kerana amal akan terhenti ketika mana berhentinya denyut jantung, tetapi ilmu yang disampaikan,kemudian di amalkan, menghantar saham kepada penyampainya hinggalah ianya (amalan itu) padam. Kepada guru SK Bangi yang sudah dan sentiasa cemerlang, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana membantu menjayakan PMD tahun ini insya Allah. Kejayaan mereka nanti adalah hadiah yang amat bermakna buat kita.

Selamat Maju Jaya

.. En.Noorhisham Hamzah
GBSM

.. Pn. Azila Abdullah

23