Anda di halaman 1dari 2

Terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya saya berjaya menyiapkan kerja kursus

ini dengan jayanya. Pada hari pertama menerima kerja kursus pendek ini, hati saya begitu teruja dan menerima tugasan ini dengan tangan yang terbuka dan perasaan yang berkobar-kobar. Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi setiap perkara atau kerja pasti menghadapi masalah-masalah dan rintangan yang menghalang kelancaran setiap perancangan kerja yang kita lakukan.

Pada mulanya saya mendapat tugasan ini, kecelaruan difikiran mula bermain-main. Hal ini kerana, tajuk yang diberikan agak mencabar diri saya untuk memahami dan menghayati kehendaknya. Tambahan pula, pertama kali saya melaksanakan tugasan ini. Kesukaran dalam melaksanakan tugasan ini sedikit sebanyak membebankan saya kerana sumber rujukan yang agak terhad di perpustakaan dan terpaksa berkongsi-kongsi dengan rakan lain. Selain itu, sesetengah sumber yang saya jumpa adalah berbahasa asing dan sedikit menyukarkan saya untuk memahami teks tersebut.

Puas saya berfikir dan mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi dugaan ini. Namun pun begitu, Alhamdulillah dengan bantuan dan kerjasama rakan sekelas sedikit sebanyak dapat saya fahami mengenai tajuk tugasan yang diberikan. Di samping itu, tidak lupa juga jasa baik pensyarah mata pelajaran ini yang selalu berhempas pulas cuba untuk memahamkan kami sekelas. Pada peringkat awal ketika proses pembentuk rangka kerja kursus pendek ini, sememangnya amat sukar untuk difahami apa yang patut dimuat dan diisikan dalam hasil kerja kursus ini. Saya mengakui bahawa amat sukar dan susah untuk saya memulakan tugasan ini. Hari demi hari berlalu begitu sahaja tanpa sebarang catatan dan taippan yang dibuat dari tugasan ini. Oleh sebab itu, sebelum memulakan tugasan di dalam kelas saya dan rakan-rakan sering mengajukan soalan berkaitan tugasan ini kepada pensyarah. Setiap kali soalan diajukan, pensyarah menjawab dengan jawapan yang lebih mudah difahami dan penerangan yang terbaik.

Setelah beberapa kali diterangkan, barulah saya dan rakan-rakan dapat memahami cara untuk melaksanakan tugasan ini. Kemudiannya barulah saya bertungkus-lumus mencari maklumat dan bertukar-tukar maklumat dengan rakan serta membuat rujukkan dari sumber-sumber yang ada seperti buku-buku ilmiah, majalah dan internet sebagai bahan untuk melaksanakan tugasan ini. Bagi memastikan tugasan saya sempurna dan lengkap terlebih dahulu saya menyunting dan mengemaskini maklumat serta bertanya kepada pensyarah tentang kekeliruan yang saya hadapi, malahan pelajar lain juga turut menghadapi masalah yang sama.

Dalam pada itu, akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya sebagaimana tarikh yang telah ditetapkan. Dalam tugasan ini juga saya perlu menghayati dan memahami dengan lebih mendalam makna dalam setiap sumber yang saya jumpai. Bagi meyakinkan kerja saya betul dan mengikut tajuk yang dikehendaki, saya meminta pandangan daripada pensyarah selaku pensyarah yang mengajar subjek ini. Dengan penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan alhamdulillah selepas itu, tiada lagi masalah yang cuba untuk menguji saya. Saya bersyukur kerana kolaborasi saya dan rakan saya dalam menyiapkan tugasan ini berjalan dengan lancar. Berkat kesabaran dan keikhlasan saya menyiapkan tugasan ini memberi impak yang amat besar dan positif kepada saya dan juga pihak lain. Sekian, terima kasih.

..

(AMIR ABDUL HADI B. MOHD AMIN)