Anda di halaman 1dari 3

MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMD NOR 6 PISMP RBT 3 REFLEKSI HALFEST

Pada 2 6 Oktober 2013 yang lalu, telah berlangsungnya satu acara yang dinamakan Halal Fiesta Malaysia (HALFEST 2013) bertempat di Pusat Pameran MINES (MIECC) Seri Kembangan. Pameran seperti ini adalah pertama kali bagi saya kunjungi dan sememangnya pada gambaran saya ia merupakan satu platoform yang jelas-jelas membantu seseorang peniaga untuk memperkenalkan produk masingmasing tidak kira apa jenis produk yang penting halal. Halfest merupakan sebuah ekspo Halal yang diwujudkan untuk memperkukuhkan dan merangsang industri halal tempatan sebelum melangkah ke pasaran global. HALFEST turut mempunyai sasaran untuk menjadi platfom dalam membangunkan pasaran halal di peringkat negara. HALFEST juga platform halal paling efektif buat pengusaha produk dan perkhidmatan untuk mempromosikan dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping meningkatkan hubungan perniagaan antara penggiat industri dan konsumer tempatan. HALFEST juga memberi faedah kepada pasaran tempatan dengan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal secara agresif di mata umat Islam dan bukan Islam di Malaysia dan orang ramai.

MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMD NOR 6 PISMP RBT 3 HALFEST sememangnya amat dinantikan penuh kemeriahan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang meriah! Penampilan selebriti terkenal, demonstrasi dan

pertandingan memasak, kuiz dan permainan untuk kanak-kanak dan pelbagai aktiviti menarik menjanjikan keseronokkan khusus untuk seisi keluarga. Di samping itu, Halfest turut menjanjikan peluang membina rangkaian di seluruh tapak ekspo di samping menyediakan platform untuk membincangkan kebimbangan tentang integriti produkproduk halal dalam minda semua pengguna-pengguna halal dan pelbagai topik berkaitan dalam usaha mewujudkan usahawan negara yang berdaya saing. Pada pemerhatian saya, sewaktu saya mengunjungi pameran tersebut, kebanyakkan produk yang diperkenalkan adalah produk baharu yang mana saya tidak pernah lihat atau dengar sebelum ini. Apa yang lebih menarik lagi produk-produk tersebut adalah hasil keluaran orang tempatan. Hal ini jelas dengan adanya acara seperti ini ia memeberi ruang kepada penduduk tempatan untuk berdaya saing dan membantu untuk memasarkan ke luar Negara khusunya produk IKS yang sememangnya pada pandangan saya lebih bagus dari produk luar. Selain itu, HALFEST juga memberi pengetahuan kepada pengguna berkenaan dengan sumber halal sesuatu produk. Sebagai seorang islam, seharusnya sebagai seorang pengguna amnya perlu mengetahui ciri-ciri barangan yang halal dan dibenarkan oleh syarak dan bukan hanya sekadar berpandukan cop HALAL oleh JAKIM semata-mata. Melalui pemerhatian saya juga, pelbgai kaedah dan strategi yang digunakan peniaga untuk menarik pelanggan. Dari situ saya mempelajari secara langsung bagaimana dan cara yang sesuai untuk menarik pelanggan. Bagi perniagaan yang sudah terkenal sememangnya mereka menggunakan duta-duta besar seperti artis terkenal untuk booth mereka dan ini membantu menarik pengunjung ke gerai mereka. Selain itu, promosi harga yang istimewa juga digunakan disamping menyediakan tester bagi produk makanan khususnya.

MUHAMMAD HILMI BIN MOHAMD NOR 6 PISMP RBT 3 Melihat kepada kadar pengunjung yang berduyun-duyun datang tanpa putusputus jelas sekali menujukkan acara seperti ini mampu memberi peluang pulangan yang menguntungkan kepada peniaga sekiranya para peniaga menggunkan strategi yang betul. Pelbagai jenis bentuk perniagaan yang ada di situ dari segi perniagaan franchais yang saya boleh lihat adalah seperti Coolblog Herbalife- syarikat MLM yang paling lama di dunia dan masih bertahan sehingga sekarang Industir Kecil Sederhana IKS bagi setiap negeri dan pelbagai lagi. Kesimpulannya, HALFEST adalah satu acara yang seharusnya diadakan secara tahunan kerana ia membantu golongan bumiputra khususnya untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi.

Anda mungkin juga menyukai