Anda di halaman 1dari 4

Terima kasih tuan yang dipertua, kabinet kerajaan, rakan-rakan pembangkang dan seterusnya ahli-ahli yang berhormat sekalian.

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat bersidang.

Tuan yang dipertua,

Usul masih tetap sama iaitu KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL. Namun, sebagai pihak pembangkang yang sentiasa memikirkan kepentingan masyarakat di negara ini, kami tetap terus tidak bersetuju dengan usul yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri sebentar tadi.

Tuan yang dipertua,

Bertindak selaku pembangkang kedua, saya bertanggungjawab mempertahankan pindaan definisi yang dibuat oleh ketua pembangkang sebentar tadi secara ringkas.

Menurut Ensiklopedia bebas Bahasa Melayu, Wikipedia Malaysia, Sains dan Teknologi ialah pengetahuan berkaitan pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. Bukan didefinisi menurut kamus dewan edisi ke 4 sebagai sebenarnya tidak manakala punca sebagai sumber atau asal. Seterusnya, kami takrifkan peningkatan sebagai sesuatu yang sedang berlaku dan masih berterusan. Frasa gejala sosial menurut Puan Ramlah Yong, Pengarah Kesuma JAKIM sebagai perubahan negatif dan jelik yang berlaku dalam aspek kemasyarakatan seperti pergaulan, persahabatan atau aktiviti sosial.

Tuan yang dipertua,

Menjadi tanggungjawab saya juga untuk membidas ketiga-tiga hujah pihak kerajaan. Kita lihat satu-persatu nasib mereka.

(bidas ketiga-tiga usul pihak kerajaan)

Tuan yang dipertua,

Kami akan terus mempertahankan pendirian pasukan kami terhadap usul yang hangat dibincangkan. Kami langsung tidak percaya dan tidak bersetuju dengan usul KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.

Atas dasar tersebut, sila analisis hujah kedua dan ketiga pasukan kami.

Hujah kedua kami dibawah kata kunci sains dan teknologi pemberi maklumat dan informasi. Suatu ketika dahulu, pelajar perlu membawa kalam dan papan batu ke sekolah. Selepas pengenalan pensil dan kertas, sistem ini dianggap maju. Kini zaman semakin berubah, dimana sesetengah pelajar hanya perlu membawa komputer riba. Semua nota dan latihan yang diberikan hanya perlu dimasukkan ke dalam CPU (Central Processing Unit) mohon tuan yang dipertua. Lihatlah betapa moden dan canggihnya pendidikan masa kini. Hal ini lebih memudahkan pendidik dan para pelajar menjadi celik teknologi maklumat. Pelajarpelajar di sekolah rendah, menengah dan di institut pengajian tinggi mudah mendapat bahan untuk tugasan mereka melalui jaringan internet. Segalanya hanya di hujung jari. Lebih membanggakan, kita diperkenalkan dengan sistem PJJ (Pendidikan Jarak Jauh) atau lebih dikenali sebagai pendidikan atas talian membolehkan penuntut hanya duduk di rumah dan boleh mengikuti kuliah masing-masing melalui sistem ini. Jelas tuan yang dipertua kemajuan sains dan teknologi tidak mendatangkan gejala sosial sebaliknya banyak mendatangkan faedah atau manfaat kepada masyarakat.

Pihak kerajaan nampaknya masih ragu. Saya hidangkan pula contoh ke dua. Tuan yang dipertua, dewasa ini, pelajar tidak perlu lagi ke perpustakaan untuk membuat rujukan sebaliknya hanya dengan satu sentuhan tangan, semua judul buku yang terdapat dalam sebuah perpustakaan akan terpampang di skrin komputer. Sistem ini dikenali sebagai on line library mohon tuan yang dipertua. Maklumat mengenai buku-buku dimasukkan dan bagaikan kilat, buku yang dicari dapat ditemui. Tuan yang dipertua, jelaslah bahawa sains dan tekologi pemberi maklumat dan informasi. Seterusnya tuan yang dipertua,

Hujah ketiga pihak pembangkang di bawah kata kunci sains dan teknologi memudahkan urusan manusia.

Yang berhormat rakan-rakan lama dari pihak kerajaan, sudah terang lagi bersuluh, Sains dan teknologi banyak memberi kemudahan kepada manusia. Contohnya alat-alat yang dapat memudahkan urusan kerja manusia seperti mesin basuh, periuk nasi elektrik, penghawa dingin dan sebagainya telah banyak berjasa kepada kita semua. Semua alat-alat moden ciptaan kemajuan sains dan teknologi banyak berjasa kepada manusia. Selain itu, urusanurusan pembayaran juga boleh dijalankan di mesin-mesin ATM mohon tuan yang dipertua dan juga melalui pembayaran di internet. Jelas kita lihat bahawa kemajuan sains dan teknologi bukan medatangkan kesan buruk kepada sosial manusia.

Contoh seterusnya, tuan yang dipertua, dengan ciptaan sains dan teknologi juga segala urusan sama ada dalam bentuk perniagaan dan perdagangan menjadi mudah. Pada zaman pascamerdeka ini, pelbagai ciptaan baru wujud bagi memudahkan urusan perniagaan. Contohnya, mesin faksimile, e-mel atau surat elektronik dan sebagainya memudahkan peniaga-peniaga membuat urusan jual beli barangan tanpa perlu pergi ke tempat tersebut. Dengan hanya menekan beberapa butang tertentu, urusan perniagaan dapat dijalankan. Melalui sistem ini, masa, wang dan tenaga dapat dijimatkan. Nah! Sudah jelas dan nyata bahawa sains dan teknologi memudahkan urusan manusia.

Atas dasar kenyataan tersebut, saya mohon usul KEMAJUAN SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL dikaji semula untuk kepentingan keseluruhan masyarakat Malaysia. Tuan yang dipertua, analisis hujah kami cukup-cukup mantap untuk tidak menerima usul perdebatan pada hari ini. Justeru, kami sekali lagi mencabar pihak kerajaan buktikan bahawa SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL.

Tuan yang dipertua,

Pihak kerajaan semakin terpegun dan terpukau dengan pendirian kami pada hari ini. Maka, usul SAINS DAN TEKNOLOGI PUNCA PENINGKATAN GEJALA SOSIAL, wajar ditolak dan tidak diterima pakai demi kesejahteraan insan sejagat.

Dengan itu, tuan yang dipertua, kami mohon untuk terus membangkang.

Terima kasih.