Anda di halaman 1dari 14

TUTORIAL 13

APLIKASI KEPELBAGAIAN KECERDASAN

Linguistik
Aplikasi - Bagaimanakah saya dapat mendorong murid saya melahirkan perasaan dan pengalaman mereka melalui lisan dan penulisan? Aktiviti dalam p&p - bawa murid anda ke luar bilik darjah. Bincangkan keindahan setiap elemen alam semula jadi ciptaan Tuhan dengan menfokuskan kepada sifat-sifatnya dan kepentingan kepada manusia. - Minta murid melahirkan perasaan mereka terhadap keindahan alam semula jadi dalam bentuk lisan ( perbincangan, nyanyian, syarahan ) atau penulisan (karangan, puisi atau cerita)

Logikal Matematik
Aplikasi - Bagaimanakah saya dapat menggalakkan murid saya membuktikan dan menjelaskan nombor logik dan klasifikasi terhadap sesuatu idea? - Bagaimanakah saya dapat menggunakan nombor logik dan klasifikasi utk membuktikan sesuatu idea?

AKTIVITI DALAM P&P - Minta murid mengumpulkan maklumat berhubung binatang peliharaan rakanrakannya berkaitan binatang yg paling disayangi, jumlah yg dipelihara, perbelanjaan sebulan utk binatang tersebut dan makanan kesukaan binatang tersebut. - Murid diminta utk menganalisis jenis binatang peliharaan yg paling disukai rakan sekelas. - Murid menjumlahkan perbelanjaan yg paling tinggi dengan yang paling kurang.

Ruang-Visual (Spatial)
Aplikasi - Bagaimanakah saya mendorong murid visualkan, lukiskan dan konseptualkan ruang visual? Aktiviti dlm p&p - Sediakan aktiviti bermain logo dan minta murid membina satu objek dpd susunan logo. - Murid diminta melukis pelan utk menambahkan objek binaannya itu.

Muzik
Aplikasi - Bagaimanakah saya dapat mendorong murid menggunakan bunyi-bunyian semula jadi dan menggunakannya utk mencipta irama dan melodi? Aktiviti p&p - Menganjurkan pertandingan mencipta lagu antara kumpulan dengan menggunakan apa sahaja peralatan yang ada pada murid. - Murid diminta utk menyanyikan lagu dengan iringan bunyian/ muzik tersebut.

Kinestetik
Aplikasi
Bagaimanakah saya dapat mendorong murid saya menggunakan anggota tubuh badan mereka untuk memperoleh pengalaman dalam aktiviti drama tari? Aktiviti p&p Murid mengambil bahagian dalam drama tari dengan menggunakan selendang, mengayunkan badan, mengikut irama dan pergerakan lembut selendang. Dalam pelbagai pergerakan dan kedudukan selendang menjadi alat menonjolkan kelembutan pergerakan badan.

Interpersonal
Aplikasi
Bagaimanakan saya dapat menggunakan aktiviti pembelajaran koperatif untuk menggalakkan murid memperkembangkan kemahiran berinteraksi antara mereka.

Aktiviti p&p
Rancang pembelajaran berasaskan projek yang bertemakan semanagat kejiranan di tempat tinggal anda. Murid diminta untuk mengumpulkan maklumat tentang jiran yang paling berdekatan menulis biograf tentang jiran tersebut.

Setiap penulis projek perlu dikepilkan dengan gambar jiran. Murid diminta untuk merakamkan perbualan/temu bual mereka bersama-sama jiran tersebut.

Intrapersonal
Aplikasi Bagaimanakah saya dapat menyedarkan murid saya tentang keupayaan mereka dan menyedarkan mereka tentang diri mereka sebagai seorang pelajar? Aktiviti P&P Secara individu,dengan menggunakan borang grafik,murid menyenaraikan ciri kekuatan, kelemahan dan potensi/bakat di dalam dirinya.

Murid didorong untuk membuat renungan kendiri ke arah masa depannya, sama ada kejayaan atau sebaliknya dengan menggunakan kekuatan /kelemahan yang ada. Murid menulis perjanjian dengan dirinya untuk memperbaiki kelemahan yang ada dengan menggunakan segala kekuatan yang dimilikinya.

Naturalist
Aplikasi Bagaimanakah saya dapat mendorong murid saya untuk membezakan sesuatu objek dan mengklasifikasikan setiap satu daripadanya? Aktiviti P&P Bawa murid ke suatu kawasan yang dipenuhi dengan pokok (Taman botani, hutan simpan atau kawasan kampung)

Murid diminta untuk memerhati setiap pokok yang berdekatan dengannya. Murid diminta untuk mengenal pasti perbezaan setiap bentuk pokok.(batang, bunga,daun,ranting dan buah) Murid melukis tiga jenis pokok yang mempunyai ciri yang berbeza dan membuat buku skrap dengan menampal daun, ranting kecil bunga dan biji/buah. Murid didorong untuk membuat kesimpulan bahawa walaupun pokok kelihatan sama, tetapi masih banyak ciri yang berbeza.

http://www.scribd.com/doc/98416705/Aplika si-Kecerdasan-Pelbagai