Anda di halaman 1dari 6

Articles

Bahasa SMS membina atau menghakis Bahasa Melayu


FEB 05, 2013 MOHAMAD SHAFIQ ROHAIZAD BUYONG

Ledakan komunikasi teknologi maklumat pada masa kini telah memungkinkan pelbagai maklumat mahupun berita dapat disalurkan kepada pengguna dengan begitu pantas dan mudah. Hal ini disebabkan, perkembangan teknologi maklumat yang kian membangun telah merubah cita rasa masyarakat untuk menerokai alam maya sebagai medium mendapatkan maklumat, merapatkan hubungan rakan taulan dan medan berdiskusi. Jika dahulu ramai dalam kalangan kita setiap pagi berpusu-pusu membeli akhbar untuk mengetahui isu negara, namun hari ini masyarakat lebih gemar membaca berita menerusi internet dan laman-laman blog. Era kebangkitan teknologi maklumat sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia sejak awal 80-an lagi, namun fungsi dan pengamalannya amat terhad yang mana ketika itu pendedahan masyarakat terhadap kemudahan internet dan sistem komunikasi seperti telefon bimbit masih lagi belum meluas.

Namun, hari ini suasana negara amat berbeza berbandingan 20 atau 30 tahun yang lalu. Telefon bimbit bukan hanya sekadar berfungsi sebagai medium untuk komunikasi semata-mata malah telefon bimbit masa kini telah dilengkapi dengan pelbagai aplikasi bercorak IT seperti kemudaan akses internet, kemera, permainan digital, aplikasi 3G dan sebagainya. Kemudahan sistem pesanan ringkas atau bahasa Inggerisnyashort message service (SMS) antara aplikasi yang disediakan oleh syarikat penyedia telekomunikasi. Para pengguna berpeluang menyampaikan mesej atau maklumat kepada teman, ibu bapa mahupun insan tersayang dengan mudah dan pantas.

Pada awal kemunculannya, komunikasi menerusi SMS hanya melibatkan komunikasi bersifat dua hala iaitu pengirim dan penerima, dan boleh dibaca melalui layar telefon bimbit. Perubahan globalisasi pada abad ini dan ledakan kuasa IT telah mengubah fungsi SMS bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada teman-teman rapat sahaja tetapi diperluaskan fungsinya sebagai medium perhubungan yang lebih kompleks merentasi benua. Ditambahkan lagi, tidak dinafikan juga dengan adanya kemudahan SMS ini membuka ruang dan peluang kepada pihakpihak tertentu untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.

Hal ini dapat kita lihat dengan adanya pelbagai pertandingan yang menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan tetapi menghendakkan para peserta menghantar SMS untuk menyertai pertandingan tersebut, kadar caj akan dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar. Benarlah bahawa kemudahan SMS bukan sahaja untuk fungsi perhubungan namun lebih daripada itu.

Perkembangan pesat sistem telekomunikasi negara ditambahkan pula pelbagai pakej yang ditawarkan oleh syarikat penyediaan telekomunikasi menjadikan kemudahan SMS salah satu trend penduduk Malaysia sejak awal kemunculannya pada tahun 1995.

Pada awal kemunculan telefon bimbit di pasaran Malaysia, kemudahan telekomunikasi ini hanya terhad untuk kemudahan perhubungan melalui dail terus atau khidmat SMS. SMS secara mudah

untuk difahami adalah satu sistem kemudahan untuk menghantar maklumat daripada pengirim kepada penerima dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan padat.

Namun, harus dibezakan SMS dengan e-mel. Hal ini disebabkan e-mel diperkenalkan menghendakkan para penggunanya menghantar maklumat dengan menggunakan ayat lebih tersusun dan teratur, tetapi SMS pula maklumat yang dihantar kepada penerima menggunakan ayat yang lebih ringkas tetapi mencapai makna yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini perkhidmatan SMS masih diperlukan oleh segenap pengguna telefon bimbit untuk berhubung atau menghantar pesanan ringkas.

Penyakit menggunakan singkatan kata yang tidak mengikut standard yang telah ditetapkan membawa satu cabaran baru kepada keutuhan bahasa Melayu. Suatu penyakit yang kian parah melanda pengguna SMS ketika ini membuatkan fenomena ini semakin hari semakin menjelikkan mata para pencinta bahasa Melayu. Persoalannya adalah, adakah bahasa SMS membina atau menghakis bahasa Melayu?

Walaupun isu bahasa SMS bukanlah isu baru, namun fenomena ini masih kurang mendapat perhatian daripada golongan cendekiawan bahasa mahupun golongan autoriti yang mempunyai kuasa untuk membincangkan hal ini. Ditambahkan lagi, menurut Rubiah di dalam jurnal Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS Dalam Kalangan Guru Pelatih menyatakan bahawa terdapat penggunaan bahasa ringkasan secara berleluasa berbanding dengan bahasa sebenar kerana penerimaannya lebih selari dengan aliran kini sehinggakan remaja kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa utama diyakini bahasa Melayu.

Daripada kenyataan ini dapat fahami bahawa perkembangan sesuatu bahasa itu adalah disebabkan penerimaan golongan penuturannya menyebabkan sesuatu kod bahasa itu diterima pakai dan diserapkan di dalam bahasa tersebut. Walaupun bahasa Melayu terkenal dengan sifat dinamisnya, dan adakah bahasa SMS juga boleh dikategorikan sebagai di damika bahasa yang mana boleh digunakan di dalam acara-acara rasmi.

Pasti ramai menyatakan tidak kerana bahasa SMS adalah sesuatu bahasa hanya bersifat peribadi dan kata yang digunakan sering mengalami potongan ejaan dan kata sehinggakan sesuatu kata itu di tidak difahami daripada maksud kata aslinya. Hal ini selari dengan pendapat Supyan Husain dalam makalahnya Bahasa SMS Bahasa Dinamis? Terbitan Dewan Bahasa Edisi Mei 2005 yang menyatakan bahasa teknologi maklumat dan komunikasi mengwujudkan bahasa sistem mesej singkat (SMS) bagi memudahkan komunikasi.

Dalam makalah yang sama, Supyan Husain telah memetik pendapat daripada Hansson dan Sylvia yang mana berpendapat bahawa bahasa SMS yang wujud dan berleluasa dalam kalangan masyarakat tatkala ini disebabkan beberapa faktor antaranya ruang paparan telefon bimbit, masa dan juga kewangan.

Hal ini dapat dijelaskan bahawa ruang paparan telefon yang terhad yang hanya dapat menerima aksara yang terhad mendesak para pengguna SMS meringkaskan perkataan dengan melanggar prinsip sistem nahu dan juga sistem ejaan sesuatu bahasa dan diyakini bahasa Melayu. Contoh kata yang popular yang sering menerima ringkasan daripada pengguna SMS seperti daripada ditulis dpd, semalam menjadi smlm,tidak ditulis dengan simbol xatau x mao dan sebagainya. Ditambahkan lagi, tidak nafikan bahawa faktor masa juga antara faktor penyumbang kepada berlaku singkatan kata di dalam SMS.

Hal ini disebabkan, di dalam dunia yang penuh cabaran dan persaingan yang sengit faktor masa amat dititik beratkan, bak kata pepatah masa itu emas. Lantas para pengguna SMS hanya menggunakan singkatan dalam menyampaikan maklumat seperti contohnya Saya tidak hadir makan malam. Saya demam dan digantikan Sy xgi mlm ni. Dmam. Malah, faktor kewangan juga antara penyebab mendorong berlakunya singkat kata di dalam SMS. Hal ini disebabkan walaupun SMS yang dikirimkan panjang mahupun pendek kadar caj yang dikenakan oleh penyedia kemudahan telekomunikasi yang dilanggan adalah sama. Bagi menjimatkan kos, para pengguna SMS lebih gemar menggunakan SMS yang lebih pendek untuk menjimatkan kos perkhidmatan.

Ditambah beliau lagi, bahasa SMS tidak boleh menggantikan bahasa Melayu rasmi tetapi memungkinkan komunikasi menjadi lebih pantas. Tidak dinafikan juga di dalam dunia yang penuh cabaran ini setiap daripada kita sentiasa berkejar mendahului masa untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki. Namun kita perlu sedari bahawa kepantasan itu bukanlah lesen untuk mengwujudkan bahasa baharu yang melanggar konvensi, seperti peraturan nahu dan ejaan.

Bahasa SMS menjejaskan sistem Bahasa Melayu

Adakah bahasa SMS menjejaskan nilai dan sistem Bahasa Melayu? Satu persoalan pokok yang perlu mendapat pencerahan yang maksimum daripada cerdik pandai bahasa supaya masyarakat tidak terkeliru dengan isu ini. Hal ini disebabkan, ramai dalam kalangan masyarakat yang membahasakan isu ini di dalam medan media massa dan menyatakan bahawa bahasa SMS akan menjejaskan keaslian bahasa Melayu. Benarkah dakwaan ini? Jika ditinjau dari sudut nahu, jelas kepada kita bahawa komunikasi bahasa SMS ini tidak mengikut binaan ayat yang ditetapkan iaitu subjek dan predikat.

Menurut Jyh Wee Sew dalam makalahnya Komunikasi Kreatif SMS? Terbitan Dewan Bahasa Edisi Mei 2005 menyatakan gabungan subjek dan predikat tidak diperlukan dalam komunikasi SMS kerana proses saling rujuk bersemuka diwujudkan dalam komunikasi telefon bimbit. Tambah beliau lagi, di dalam komunikasi SMS tidak memerlukan kata panggilan atau kata ganti nama yang sopan kerana segala rujukan penerima SMS diubahsuai ke dalam ruang bersemuka yang diwujudkan dalam komunikasi digital.

Di samping itu, bahasa SMS juga sering menggugurkan kata panggilan demi tujuan pragmatik yang pantas dan berkesan. Perkara in selari dengan penggunaan SMS yang mahukan pesanan atau mesej yang disampaikan seringkas mungkin, tetapi mengekalkan maksud yang ingin sampaikan oleh pengirim.

Dalam erti kata mudahnya bahasa SMS ini lebih mementingkan isi pesanan yang ingin disampaikan oleh pengirim dan bukannya kesantunan serta nahu seperti mana di dalam bahasa bertulis. Memetik pandangan sarjana barat di dalam makalah Bahasa SMS Dinamis tulisan Supyan Husain. Henrik Hansson dan Syliva van de Bunt - Kokhuis dalam tulisan mereka E-learning and Language Change: Observation, Tendencies and Refections berpendapat bahawa terdapat dua faktor yang mempengaruhi perubahan sesuatu bahasa, iaitu keperluan untuk berkomunikasi secara cepat dan penyampaian lebih banyak maklumat pada setiap masa.

Pandangan ini amat bertepatan dengan kehendak pengguna SMS yang mahukan setiap pesanan yang dihantar penuh dengan maklumat dan cepat. Namun kita kembali kepada persoalan pokok,

adakah bahasa SMS menjejaskan bahasa Melayu? Menurut Supyan Hussin di dalam blognya menyatakan bahawa bahasa SMS tidak boleh dinyatakan sebagai menjejaskan bahasa Melayu.

Beliau memberikan contoh setiap bahasa mempunyai kod terdiri daripada simbol seperti Kod Morse yang digunakan untuk telegraf, Kod Braille untuk mereka yang cacat penglihatan dan Kod trengkas yang digunakan oleh setiausaha dan terakhir sekali Kod military yang sering digunakan oleh tentera. Supyan Hussin juga menyatakan bahawa bahasa SMS juga mempunyai kod seperti mana kod-kod yang disebutkan di atas dan masyarakat tidak pernah mendakwa kod-kod berkenaan merosakkan nahu serta struktur bahasa Melayu. Hal ini disandarkan kepada beberapa sebab, pertamanya tidak ramai dalam kalangan kita tahu membaca kod berkenaan.

Kedua, kod berkenaan tidak digunakan dalam paparan umum seperti dalam media massa dan media elektronik. Ketiga, kod berkenaan hanya digunakan dalam konteks komunikasi yang terhad dan tujuan tertentu sahaja. Supyan Hussin menegaskan bahawa kod berkenaan tidak bersalahan dan tidak merosakkan bahasa baku, situasi yang sama juga jika dilihat kepada bahasa SMS.

Walaupun bahasa SMS ditulis dalam kod singkatan dan simbol yang digunakan bersifat peribadi dan bukan awam, maka bahasa SMS yang kelihatan bercampur aduk dengan bahasa Melayu dan Inggeris, salah nahunya tidak boleh dihukum sebagai salah atau merosakkan bahasa kebangsaan. Namun, perlu diingatkan kepada pengguna SMS, supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab terhadap nilai bahasa yang digunakan diyakini bahasa Melayu. Hal ini disebabkan pengguna SMS perlulah sedar supaya menggunakan bahasa SMS secara beretika dan dapat membezakan situasi formal dan tidak formal.

Perkara ini turut ditekan oleh Supyan Hussin seupaya kita tidak sewenang-wenangnya terbawabawa tabiat bahasa SMS ke dalam situasi formal seperti mana dalam urusan-urusan rasmi seperti surat-menyurat, minit mesyuarat, memo peringatan dan sebagainya. Ditambahkan lagi, pengguna SMS juga perlulah sebaik mungkin mengekalkan jati diri kebangsaan dengan menggunakan kodkod yang tidak melampau batas seperti dier (dia),ialebiu (l love you), dan mndelete (memadam) (Supyan Hussin, 2011). Selain itu, apabila kita berkomunikasi secara formal dengan mana-mana pihak, maka perlulah kita menggunakan bahasa baku menuruti nahu dan ejaan yang betul dalam SMS kita supaya kita dapat membezakan hubungan formal dan hubungan sosial rakan taulan.

Bahasa SMS dalam jawapan peperiksaan

Tidak dinafikan bahasa SMS yang pada mula hanya digunakan sebagai medium peribadi untuk menyampaikan maklumat telah disalah gunakan oleh sebilangan besar pengguna SMS itu sendiri. Hal ini disebabkan sikap tidak keprihatinan kita terhadap bahasa dan tidak tahu membezakan situasi formal dan tidak formal menyebabkan fenomena ini sering berlaku. Contoh yang terdekat adalah menggunakan bahasa SMS semasa menjawab soalan peperiksaan peringkat menengah mahupun institusi pengajian tinggi.

Kebimbangan ini turut diluahkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap penggunaan bahasa SMS dalam kalangan calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta peperiksaan peringkat universiti.

Fenomena ini turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Awang Sarian yang mana berpendapat situasi pelajar menjawab soalan peperiksaan menggunakan

bahasa SMS adalah satu petanda bahaya penularan bahasa dalam kalangan masyarakat (Berita Harian 13/12/2012). Ditambahkan lagi, perkara yang sama turut dikongsi oleh Chong Seck Ching dalam tulisannya All about Texting, SMS and MMS yang mana meluahkan rasa kebimbangannya terhadap anak muda yang kini menjadi pakar dalam mencincang perkataan dan frasa sehingga menjejaskan pencapaian akademik mereka. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia mengakui bahawa agak sukar untuk mengawal penggunaan bahasa SMS dalam kalangan pelajar ketika menjawab soalan peperiksaan, ia bukanlah alasan kepada kita untuk menghalalkan penggunaan bahasa SMS ini.

Justeru, bagi mengawal penggunaan bahasa SMS yang semakin meluar dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda, kerjasama semua pihak terutama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah perlu, dalam merangka satu polisi, bagi memastikan tabiat bahasa SMS ini tidak menjejaskan kemurnian bahasa Melayu. Ditambahkan lagi, pengamal media juga terutama media cetak mahupun elektronik perlu diingatkan supaya SMS yang dihantar oleh penonton yang menggunakan singkatan tidak siarkan.

Hal ini, sebagai satu didikan sosial kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam menghantar mesej SMS terutama yang melibatkan urusan rasmi. Penglibatan semua pihak dalam menangani isu ini adalah sangat perlukan dan tidak dibebankan di bahu sesetengah pihak sahaja. Oleh yang demikian, dengan adanya komited semua pihak diharapkan bahasa Melayu terus dijulang sebagai bahasa ilmu yang merentasi zaman.

Rujukan: Majalah Jyh Wee Sen.2005.Komunikasi Kreatif SMS. Dewan Bahasa,Mei:36-41 Supyan Hussin.2005.Bahasa SMS Dinamik?.Dewan Bahasa,Mei:42-48 Maaroff Abd.Rahman.2005. Bahasa Baharu Teknologi Maklumat. Dewan Bahasa,Mei:50-52 Akhbar Zamani Othman.(2012)Bahasa SMS tidak ancam bahasa Melayu asli. Utusan Malaysia, 30 Oktober Trend bahasa ringkasan SMS pengaruhi pelajar membimbangkan. Utusan Malaysia, 21 Oktober 2012 M Jasni Majed.(2011) Bendung bahasa SMS dalam urusan rasmi. Harian Metro, 26 Jun Sukar Kawal bahasa SMS. Berita Harian,13 Disember 2012 Nik Nur Zakia Abdullah.(2012) Jawab periksa guna bahasa SMS. Berita Harian, 13 Disember Rujukan Elektronik P.Ari Subagyo.2007. Ciri-ciri Kreatif Bahasa SMS.(atas talian) http:www.usd.ac.id/lembaga/lppm/f113/Jurnal Sintesis/vol5no2oktober2007/10 Ari.pdf (10 Disember 2012) Supyan Hussin.2011. Isu bahasa SMS kembali semula. (atas talian) suphussin.wordpress.com(10 Dismber 2012) Sumber Jurnal Tay Meng Guat.(2011). Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS Dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang , Jilid 10

Lampiran Perkataan Maksud SMS ahd ahad akum assalamualaikum amek ambil ari hari

Perkataan SMS gmbar,gmbr isn je,jer jgn

Maksud Perkataan SMS gambar skolah isnin slamber sahaja slipar jangan slmt

Maksud sekolah selamba selipar selamat

bdk bg bgn blk badar bngga brknlan cam clik

budak bagi bangun bilik bandar bangga berkenalan macam balik

jgak,gak jln jmpa jom jum kabo kahwin keje kham

juga jalan jumpa mari Jumaat Khabar Kahwin Kerja khamis

smpi smyang sorang spt ko kompt korang kpd kreta

sampai sembahyang seorang seperti kau komputer kamu kepada kereta

Sumber: Supyan Hussin.2005.Bahasa SMS Dinamik?.Dewan Bahasa, Mei: 42-48

Anda mungkin juga menyukai