Anda di halaman 1dari 2

NOOR FARHANA MOHD MUSAI 910924106116

Jurnal Reflektif Mingguan


Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal :1 : Minggu 1 : 27-31 Januari 2014 : Interaksi Guru Dengan Murid

1. Isu/ Perkara Yang Difokuskan Minggu pertama ialah minggu suai kenal dengan murid. Semasa sesi suai kenal dijalankan murid tidak dapat memberi tindak balas yang sewajarnya apabila saya mengajukan soalan. Hal ini terjadi apabila saya meminta murid berdiri di hadapan dan menceritakan hobi serta cita-cita mereka di hadapan kelas. Sesi ini tidak dapat berjalan dengan baik kerana mungkin keyakinan murid yang lemah untuk bercerita atau masalah cara interaksi saya dengan murid tersebut. Fokus yang saya rasakan menjadi kelemahan dalam diri saya ialah interaksi saya dengan murid yang menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Perkara ini berlaku sepanjang 3 hari saya berada di prasekolah.

2. Analisis Saya dapati murid tidak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan. Murid tidak dapat berfikir secara meluas kerana saya tidak memberi gambaran jelas terhadap soalan dan penjelasan saya. Semasa saya berkomunikasi dan bercerita, murid tidak dapat menggambarkan apa ujaran yang dilontarkan serta menjadikan murid kaku untuk menjawab soalan saya. Saya terpaksa bersoal beberapa kali menggunakan gaya bahasa yang berlainan. Sehinggalah soalan saya berbentuk gaya bahasa pasar menjadikan murid lebih memahami soalan saya.

3. Cadangan tindakan susulan Saya akan berbincang dengan guru pembimbing dan rakan untuk mendapatkan cara interaksi yang lebih baik iaitu dengan penggunaan intonasi, gaya bahasa

NOOR FARHANA MOHD MUSAI 910924106116

dan lenggok suara yang sesuai dengan situasi. Seterusnya, saya juga akan merujuk kepada pensyarah pembimbing untuk mendapatkan maklumat atau nasihat beliau dalam menghadapi situasi di dalam kelas ini. Saya sendiri akan cuba untuk lebih banyak berkomunikasi dengan murid agar mereka lebih selesa dan dalam masa yang sama saya dapat mengetahui rentak-rentak murid di dalam kelas. Kaedah dan corak penyampaian juga perlu berlainan agar muridmurid tidak berasa bosan. Menurut Mok Soon Sang (2003), corak kepimpinan guru ketika berada di dalam bilik darjah keberkesanan komunikasi yang berlangsung. Guru perlu menjadi pemimpin yan kreatif dan pandai

berkomunikasi untuk menarik minat murid-murid.

4. Tempoh masa tindakan susulan Saya telah mendapat bimbingan oleh guru pembimbing dan rakan-rakan yang melihat cara komunikasi saya supaya saya dapat mengetahui sejauh mana kelemahan yang boleh diperbetulkan. Selain itu, saya juga perlu lebih banyak membaca untuk mendapat idea yang lebih menarik dan memasukkan unsurunsur kecindan dalam komunikasi saya supaya mereka berasa lebih selesa untuk berkomunikasi. Tempoh tindakan yang boleh diambil adalah lebih kurang dua minggu, kerana guru harus peka terhadap persekitaran murid dan lebih mengenali murid.

Tanda Tangan Guru Pelatih,

Tanda Tangan Pensyarah Pembimbing,

____________________________ (NOOR FARHANA BINTI MOHD MUSAI)

_____________________________ ( )

Anda mungkin juga menyukai