Anda di halaman 1dari 3

Poligon Sekata

Poligon sekata (regular polygon) ialah poligon yang mempunyai: 1. Sisi sama panjang (equal sides). 2. Saiz sudut pedalaman yang sama (equal interior angles).

Menentukan paksi simetri poligon sekata


Semua poligon sekata dengan n sisi, mempunyai n kali paksi simetri. Contoh:

Poligon: Segi tiga sama sisi Bilangan sisi, n = 3 Bilangan paksi simetri, n = 3

Poligon: Pentagon sekata Bilangan sisi, n = 5 Bilangan paksi simetri, n = 5 ** Paksi simetri juga boleh diselesaikan dengan melukiskan bentuknya ke atas sehelai kertas, kemudian lipatkan kertas itu secara sekata. Garis lipatan mewakili sebagai paksi simetri.

Melukis poligon sekata


Poligon sekata boleh dilukis di atas kertas grid atau pencontoh. Contoh:

Poligon sekata juga boleh dilukis dengan menggunakan protraktor (protractor)