Anda di halaman 1dari 13

KWPKB

PENGENALAN OSC 1SUBMISSION


KWPKB serta MITI telah memulakan satu inisiatif mempermudahkan urusan Permohonan Permit Pembinaan Projek Berskala Kecil Bukan Kediaman di Kuala Lumpur dengan memperkenalkan prosedur baru iaitu OSC 1SUBMISSION. Prosedur ini telah mula dilaksanakan pada Jun 2012. Ini adalah selaras dengan keputusan kerajaan untuk mempertingkatkan kecekapan dalam urusan pemberian permit pembinaan di Kuala Lumpur. Proses kerja baru ini telah mengurangkan prosedur semasa dengan memansuhkan dan mencantumkan beberapa prosedur bagi tujuan mempercepatkan proses pengeluaran kelulusan permohonan permit pembinaan. Selain daripada itu, pengemukaan permohonan dan pengeluaran dokumen keputusan / kelulusan kepada pemohon juga akan diselaraskan melalui OSC (single-entry). Proses kerja ini meliputi 10 prosedur dan mengambil tempoh masa tidak melebihi 100 hari. Semua urusan permohonan permit pembinaan akan dikendalikan oleh pihak OSC DBKL. Pihak perunding hanya perlu berhubung dengan OSC. Manakala pihak OSC berperanan sebagai pengurus dan pemantau pencapaian semua agensi terlibat.

TUJUAN
Memberikan panduan kepada pemohon (PSP / SP) serta pihak-pihak berkepentingan dalam sektor Pembinaan Projek Berskala Kecil Bukan Kediaman di Kuala Lumpur untuk memahami perlaksanaan OSC 1SUBMISSION dengan lebih menyeluruh. Mematuhi semua keperluan yang ditetapkan dan secara tidak langsung memudahkan pengemukaan, pemprosesan, pertimbangan dan kelulusan permohonan sesuatu cadangan pembangunan sehingga penyambungan utiliti.

Peranan OSC dalam aplikasi permohonan OSC 1Submission adalah : i. Menerima permohonan yang memenuhi keperluan asas kepada projek skala kecil bukan kediaman. ii. Mengedar permohonan kepada jabatan memproses (Jabatan / Agensi teknikal dalaman dan luaran) untuk pemprosesan dan ulasan daripada agensi teknikal. iii. Menentukan agenda mesyuarat, menyelaras dan memantau Kertas Perakuan dari jabatan-jabatan teknikal dalaman untuk mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pusat Setempat. iv. Menyelaras dan menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pusat Setempat dan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat. v. Menyelaras keputusan dan kelulusan daripada Jabatan / Agensi Teknikal dalaman dan luaran untuk diedarkan kepada PSP / SP. vi. Menyelaras dan memantau tempoh masa yang diambil bagi keseluruhan proses bermula dari Fasa 1 (Mendapatkan kelulusan dan pemberitahuan untuk memulakan kerja - Kerja-Kerja bangunan, kerja tanah, kerja pembentungan) sehingga Fasa 3 (Pemeriksaan akhir dan mendapatkan CCC).

FAEDAH KEPADA PENGGUNA

1 2 3

LEBIH CEPAT

PENJIMATAN KOS

PUSAT SETEMPAT - SINGLE ENTRY

1 Stop Centre 10 prosedur 100 hari


4

KRITERIA KELAYAKAN PROJEK


Projek anda layak dikemukakan dibawah kategori PROSES OSC 1SUBMISSION sekiranya memenuhi KESEMUA 10 kriteria dan permohonan secara SERENTAK:

Sebuah bangunan di atas tanah tidak melebihi 1 ekar. Contoh: a. Fast Food Outlet b. Ruang pameran perabut, kereta, kelengkapan pejabat c. Kilang /gudang d. Tadika, Taska e. Rumah Kelab Sebuah dewan serbaguna, bangunan kemudahan awam, rumah ibadat di atas tanah tidak melebihi 1.5 ekar. Stesyen minyak di atas tanah tidak melebihi 1.5 ekar. Infill development lot kedai yang tidak melebihi 3 tingkat. Sebuah pencawang elektrik yang tidak melebihi 3 tingkat dan di atas tanah tidak melebihi 1.5 ekar. Sebarang projek berskala kecil bukan kediaman yang ditetapkan oleh DBKL.

2 3 4 5 6

Mematuhi syarat pembangunan KL CITY PLAN 2020.

Penggunaan air tidak melebihi 10,000 liter sehari. Panjang paip air tidak melebihi 30m dari rangkaian paip air awam. Diameter paip tidak melebihi 150mm.

Mematuhi syarat nyata dalam geran tanah.

Tidak melibatkan serahan tanah (rezab jalan dan parit).

8
9 10

Keperluan elektrik tidak melebihi 1000kVA dan jarak tidak melebihi 500m dari punca belakan sedia ada (tempoh sah bekalan adalah selama 3bulan dari tarikh kelulusan bekalan diperolehi).

Pembangunan di atas tanah berkategori cerun Kelas 1 (kurang dari 15 darjah)

Penyambungan ke paip pembetungan awam bagi pembangunan tidak melebihi 150 PE, atau penggunaan tangki septik individu.

Terdapat infrastruktur telekomunikasi.

Pembangunan di luar Kawasan Warisan PELAN BANDARAYA KUALA LUMPUR 2020.

3 FASA PEMBINAAN: 10 prosedur, 100 hari


FASA 1 : SEBELUM PEMBINAAN Peringkat 1 : Mendapatkan Kelulusan Pembangunan FASA 1 : SEBELUM PEMBINAAN Peringkat 2 : Pemberitahuan Memulakan Kerja

FASA 2 : SEMASA PEMBINAAN Peringkat 3 : Peringkat Pembinaan

1 Prosedur - 51 hari FASA 3 : SELEPAS PEMBINAAN Peringkat 4 : Sambungan Utiliti (Pemeriksaan Akhir I)

1 Prosedur - 1 hari FASA 3 : SELEPAS PEMBINAAN Peringkat 5 : Pemeriksaan Akhir II FASA 3 : SELEPAS PEMBINAAN Peringkat 6 : Deposit CCC (Borang G1-G21)

2 Prosedur - 16 hari 5 Prosedur - 31 hari

1 Prosedur - 1 hari

FASA 1 - SEBELUM PEMBINAAN Peringkat 1 - Mendapatkan Kelulusan Pembangunan 1


MENDAPATKAN PEMBANGUNAN KELULUSAN

1.1 Kelulusan Kebenaran Perancangan. 1.2 Kelulusan Pelan Bangunan. 1.3 Kelulusan Pelan Kejuruteraan. 1.4 Perakuan Pelan Kebombaan. 1.5 Pengesahan Pelan Sistem Retikulasi Pembetungan.

1.6 Pengesahan Pelan Bekalan Elektrik


1.7 Pengesahan Pelan Paip Sambungan.

FASA 1 - SEBELUM PEMBINAAN Peringkat 2 - Pemberitahuan Memulakan Kerja 2


PEMBERITAHUAN MEMULAKAN KERJA

2.1 Borang B : Notis Memulakan Kerja Bangunan


2.2 Borang B : Notis Memulakan Kerja Tanah 2.3 Borang PDC 6 (IWK) : Notis Memulakan Kerja Pebentungan

FASA 2 - SEMASA PEMBINAAN Peringkat 3 - Peringkat Pembinaan 3


PERINGKAT PEMBINAAN 3.1 Tidak terlibat dari segi prosedur dan masa 3.2 Jabatan / agensi teknikal yang berkaitan boleh melakukan siasatan semasa pembinaan pada bila-bila masa (Self regulation)

FASA 3 - SELEPAS PEMBINAAN Peringkat 4 - Sambungan Utiliti (Pemeriksaan Akhir I)

SAMBUNGAN UTILITI 4.1 Permohonan bekalan air sambungan

3
NFP
Connection

4.2 Permohonan telekomunikasi


4.3 Permohonan bekalan elektrik

sambungan
Request by PSP

4
SYABAS

6
SYABAS
T & C Report and Commissioning

7
SYABAS
Meter Connection & Letter Clearance

sambungan

OSC

Inspection and Connection to Public pipe

4.4 Pemberitahuan Penyiapan Jalan dan Perparitan

5
Road & Drainage (Inspection & Issuance of Clearance Letter) -14 days from submission date

JPIF

TNB
Final Inspection & Letter of Clearance

TNB
Connection

10

FASA 3 - SIAP PEMBINAAN Peringkat 5 - Pemeriksaan Akhir 2


PEMERIKSAAN AKHIR 5.1 Permohonan Pemeriksaan BOMBA 5.2 Permohonan Pengujian IWK

8
BOMBA
Inspection Letter of Clearance

Notification & Request by PSP

OSC

Issuance of Clearance To PSP

9
IWK
Testing & Commissioning Letter of Clearance

11

FASA 3 - SIAP PEMBINAAN Peringkat 6 - Deposit CCC (Borang G1 - G21)

DEPOSIT CCC (BORANG G1 - G21) 6.1 Deposit CCC + Borang G ke OSC beserta dengan :
2 sets of form F 2 sets of form G1-G12 Attachments (Clearance Letter) required to form G: Fire fighting (Passive) by Fire Safety Department (G8) Fire fighting (Active) by Fire Safety Department (G9) Lift/escalator Installation by DOSH (G11) External water reticulation by Water Works Department (G13) Sewerage reticulation by Sewerage Services Department (G14) Sewerage treatment plant by Sewerage Services Department (G15) External Electrical Supply by Tenaga National Berhad (G16) Road & Drainage by Engineering Department (JPIF,BBKL) (G17)

12