Anda di halaman 1dari 25

TANGGUNGJAWAB AGEN-AGEN MORAL

DEFINISI AGEN-AGEN MORAL Golongan yang bertanggungjawab menerapkan nilai-nilai moral dalam perwatakan kanak-kanak dan remaja.

KELUARGA

INSTITUSI

KOMUNITI PENDIDIKAN

RAKAN SEBAYA

AGENAGEN MORAL

STATUS EKONOMI

MEDIA MASSA

JANTINA

KELUARGA Agen sosialis yang banyak mempengaruhi perkembangan anak-anak. Mengajar anak-anak mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Keperibadian anak-anak ditentukan oleh didikan keluarga.

RAKAN SEBAYA
Golongan yang sama umur dengan mereka. Umur peringkat remaja, penaruh rakan sebaya bertambah penting. Remaja cenderung mengikuti pandangan, nilai dan sikap rakan sebaya. Program pembimbing Rakan Sebaya program ini bertujuan untuk menggalakkan rakan sebaya membantu teman mereka yang bermasalah.

MEDIA MASSA berbentuk elektronik dan bahan cetak amat mempengaruhi dalam proses sosialisasi. Boleh memberi kesan positif mahupun negatif dalam perkembangan sahsiah individu terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. media massa perlu menerapkan nilai murni dalam setiap laporan, rancangan, atau siaran mereka. Di samping itu, pihak berkenaan harus mempunyai asas pertimbangan yang konkrit yang berteraskan nilai agama dan budaya timur dalam memilih program mahupun menerbitkan bahan.

INSTITUSI PENDIDIKAN Individu, kemudahan dan budaya sekolah akan mempemgaruhi sosialisasi seseorang individu. Guru juga amat berpengaruh dari segi penampilan,sikap dan kepimpinan. Cara pentadbiran, persekitaran serta budaya institusi pendidikan itu.

STATUS EKONOMI Kohn(1969) pengaruh sosioekonomi mempnyai kesan yang kuat terhadap sosiolisasi. Kelas pertengahan- membentuk sifat autonomi dan kebolehan membuat keputusan terletak pada anak-anak mereka. Kelas bawahan- bersifat autokratik, anak-anak digalakkan mematuhi peratran tanpa soal.

JANTINA Sejak kecil ibubapa mengagihkan tugas mengikut jantina. Anak lelaki- membantu ayah melakukan kerjakerja yang lebih berat. Anak perempuan- membantu ibu melakukan kerja rumah. Norma ini lebih jelas apabila mereka dewasa.

KEMPEN Kempen ini termasuk kempen kebersihan, anti merokok dan bersopan santun. Selain itu, Kempen Pencegahan Dadah dan AIDS yang bertujuan untuk mencapai drugfree school dan zero involvement di kalangan pelajar harus juga diadakan.

APA ITU PENCEGAHAN?


Pencegahan adalah strategi jangka panjang bagi mencegah seseorang daripada terlibat dengan dadah. Ia dibahagikan kepada pencegahan awalan dan pencegahan umum.

KEMPEN PENCEGAHAN DADAH PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia . Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi DADAH.

Apa itu AIDS?

AIDS merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV iaitu sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan telah dilumpuhkan. Pelbagai tanda dan gejala penyakit oppurtunis seperti kandidiasis, kayap, jangkitan paruparu, kanser akan wujud dan berakhir dengan kematian.

AIDS bermaksud (Acquired Immuno Deficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit A Acquired : Bermaksud jangkitan yang dipindahkan daripada individu kepada individu lain dan bukan daripada keturunan. I Immuno : Keupayaan semulajadi badan melawan penyakit/jangkitan. D Deficiency : Kurang/lemah. S Syndrome : Gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala APA ITU HIV HIV bermaksud Human Immunodeficiency Virus. Sejenis virus daripada kumpulan retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakit. Kuman virus ini boleh menyebabkan kerosakan sistem daya tahan tubuh secara perlahan-lahan.

Adalah seseorang yang telah disahkan mempunyai HIV dalam tubuh mereka tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala penyakit serta boleh merebakkan kepada orang lain. Individu yang menunjukkan HIV positif digelar Pembawa HIV. Pembawa HIV kelihatan sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti orang biasa untuk satu jangkamasa yang panjang (5 10 tahun).

KEMPEN PENCEGAHAN AIDS

AIDS PEMBUNUH

Tema yang dipilih bagi kempen cara hidup sihat tahun ini adalah "AIDS Pembunuh". Objektif utama kempen adalah memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai langkah-langkah utama pencegahan AIDS seperti jangan menagih dadah, jangan berkongsi jarum suntikan serta jangan mengamalkan hubungan seks secara rambang.

PROSTAR, sebuah organisasi bukan kerajaan yang dinamakan Kelab PROSTAR telah ditubuh dan didaftarkan pada 30 Jun 1997. Kelab PROSTAR mempunyai rangkaian cawangan di setiap negeri dan daerah. Ia dikendalikan oleh ahli kelab yang kebanyakkannya adalah remaja yang telah dilatih sebagai PRS PROSTAR.

Aktiviti PROSTAR Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang. Sesi kaunseling remaja. Latihan PRS PROSTAR Menerbit dan mengedarkan newsletter Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR, Kedai PROSTAR (salun, keropok dan cenderahati)

Sehingga Disember 2005 sebanyak 5,871 sesi aktiviti PROSTAR telah dilaksanakan dan seramai 815,157 orang remaja yang berumur 13 hingga 25 tahun telah turut serta dan mendapat maklumat HIV/AIDS melalui aktiviti yang disertai. Pada tahun 2005 sahaja sebanyak 277 aktiviti pencegahan AIDS oleh PRS yang telah dilaksanakan yang melibatkan seramai 23,455 orang remaja. Sehingga akhir tahun 2005 sebanyak 104 buah kelab PROSTAR telah ditubuhkan di daerah dan 2268 buah di sekolah menengah di seluruh negara.

INSTITUSI AGAMA Penyegaran semula institusi agama - menganjurkan kursus fardu ain dan sebagainya tetapi menjadi agensi thing tank yang melaksanakan program dan projek yang berkaitan dengan hal keagamaan dan permasalahan ummah secara lebih komprehensif. - mereka harus menjadi aktivis sosial, pendamping generasi muda dan pencegah mungkar sekali gus.

BUDAYAWAN

Golongan budayawan seharusnya jangan mempertimbangkan komersil semata-mata sambil meleburkan perkiraan sosial sehingga akhirnya hancur peribadi bangsa. Sebaliknya para budayawan perlu lebih kreatif dan inovatif dalam mengetengahkan alternatif kesenian baru yang berteraskan budaya peribumi.

KESIMPULAN
Matlamat utama Wawasan 2020 adalah untuk membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral. Namun, kalau dilihat antara idealisme masa depan dengan realiti masa kini terdapat jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah di kalangan pelajar kita hari ini (yang bakal menerajui negara kita) adalah semakin meningkat. Nampaknya semakin maju kita, semakin luntur pula nilai moral masyarakat. Justeru itu, dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek raksasa agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan industrialisasi yang mantap, kita seharusnya tidak meminggirkan projek raksasa dalam pembinaan insan.

SEKIAN TERIMA KASIH