Anda di halaman 1dari 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT PETI SURAT 2 89207 TUARAN, SABAH.

Tel Fax Emel : : : 088-788500/004/040/369 088-788007 admin@ipkent.edu.my

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Rujukan Kami Tarikh Setiausaha Eksekutif Persatuan Bola Sepak No. 3A Aras 1, Dewan Perdana MAKSAK 88100 Kota Kinabalu SABAH Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERSATUAN BOLA SEPAK SABAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Opsyen Bahasa Melayu (SJKC), Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran memohon untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Persatuan Bola Sepak Sabah seperti ketetapan berikut :TARIKH MASA BILANGAN PELAJAR PENSYARAH PENGIRING : 17 Mac 2014 ( Isnin ) : 8.00 Pagi 5.00 Petang : 25 Orang : 01 Orang : KC/11(H)1040/1-9/JLD.10 (11) : 13 Februari 2014

3. Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar tuan dapat memberikan kebenaran kepada kami untuk mengadakan lawatan ini. Selain itu, kami juga ingin memohon jasa baik tuan untuk menyediakan seorang pembimbing lawatan sepanjang lawatan ini berlangsung. Bersama sama ini dilampirkan tentatif lawatan untuk rujukan tuan. 4. Atas kerjasama dan jasa baik dari tuan kami dahului dengan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih . Sebarang pertanyaan berkenaan lawatan ini boleh berhubung dengan Encik Simun Guntalib di talian 088-788500 atau 016 - 8156794. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ( ROMLI BIN DARUS ) Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran

Anda mungkin juga menyukai