Anda di halaman 1dari 15

1.

PENGENALAN

Perpaduan merupakan matlamat penting bagi semua negara. Pentadbiran dan pembangunan sesebuah negara tidak akan berjalan licin tanpa perpaduan. Tanpa perpaduan juga, sesebuah negara akan mudah terdedah kepada berbagai-bagai ancaman dari dalam dan luar negara yang mungkin sukar untuk diatasi. Pencerobohan dari luar atau rusuhan-rusuhan dalam negara sendiri menjadi sukar untuk ditangani jika tidak wujud perpaduan dalam negara berkenaan. Apabila perpaduan tidak wujud atau berada pada tahap yang rendah terutamanya bagi sesebuah negara yang berbilang kaum, pertelingkahan antara rakyat akan sering berlaku. Hal ini akan membawa kepada kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa serta keruntuhan sesebuah negara.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, Malaysia sering terdedah kepada ancaman perbalahan antara kaum. Jika perpaduan yang kukuh di kalangan penduduk berbilang kaum di negara ini tidak dipupuk, ini mungkin akan mencetuskan semula rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969 dan di Kampung Medan. Masyarakat Malaysia yang bersatu padu adalah diperlukan sekiranya negara ini ingin terus membangun dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman, damai dan makmur. Perpaduan penting kerana hanya melalui perpaduan sahaja sesebuah negara itu dapat mencapai pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang tinggi seperti yang sedang dialami oleh Malaysia sekarang. Perpaduan juga akan menjamin kejayaan ekonomi itu dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada masa-masa akan datang. Ini akan meninggikan lagi taraf hidup rakyat sambil mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara.

Menurut Nazaruddin Mohd Jali et al, (2001), perpaduan akan wujud apabila anggota masyarakat dapat disatupadukan menerusi perkongsian identiti dan nilai, serta perasaan kebangsaan. Menanam perasaan kebangsaan serta identiti dan nilai bersama ini boleh dicapai melalui dua cara iaitu melalui program dan strategi pembangunan negara yang bertujuan mencapai perpaduan pada tahap wilayah, ekonomi, politik, pendidikan serta sosial dan kebudayaan dan perpaduan juga dapat dicapai apabila rakyat menerima dan patuh kepada ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara. Rukun 1

Negara adalah hasil penyatuan pemikiran ahli-ahli cerdik pandai dan pemimpinpemimpin negara yang ingin melihat rakyat negara ini peka kepada keperluan bagi mewujudkan negara bangsa yang bukan sahaja mempunyai identiti sendiri, tetapi juga pegangan yang sama. Menurut Kamaruddin (2002), Rukun Negara adalah satu ideologi kebangsaan, satu susunan prinsip-prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilainilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara seperti keagamaan, kebudayaan, ekonomi, politik, dan perundangan.

2.0

PERISTIWA 13 MEI 1969

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebabsebab yang spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Oleh hal demikian, terdapat beberapa puncapunca yang ketara yang dapat dikesan melalui peristiwa 13 Mei 1969.

2.1

PUNCA-PUNCA PERISTIWA 13 MEI 1969 2.1.1 Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun

Punca yang pertama ialah pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. Menurut Rahman (2005), masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina sehinggakan mencetus tragedy berdarah yang disebut peristiwa 13 Mei 1969.

2.1.2

Dasar Pecah Dan Perintah Oleh Penjajah Inggeris

Selain itu, punca yang kedua pula ialah dasar pecah dan perintah penjajah inggeris. Menurut Rahman (2005), dasar penjajah Inggeris telah mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Perkara ini telah menyebabkan kehidupan ketiga-tiga etnik besar di Tanah Melayu hidup berasingan serta taraf ekonomi dan sosialnya juga berbeza-beza. Contohnya orangorang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasankawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India pula kebanyakannya sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orangorang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Rentetan daripada perkara tersebut, corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosioekonomi mereka tidak seimbang dan menyebabkan perasaan cemburu antara kaum yang berada di hieraki bawah terhadap kaum yang berada di atas.

2.1.3

Latar belakang pendidikan yang berbeza

Di samping itu juga, punca yang ketiga ialah latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Menurut Nazaruddin Mohd Jali et al, (2001), hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina

dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja. Hasilnya, lahirlah generasi muda yang berideologi yang berorientasikan bangsa masing-masing.

2.1.4

Pertelingkahan Parti Politik

Punca yang seterusnya ialah akibat daripada pertelingkahan parti politik. Menurut Nazaruddin Mohd Jali et al, (2001), dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya. Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP di mana PAP tidak akan menyertai pilihan raya itu. Namun apabila pilihan raya itu berlangsung, PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang dan perkara ini telah melanggar persetujuan awal daripada kedua belah pihak.

Namun, setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu. Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini. Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpaduaan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia" (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan (Rahman, 2005).

Setelah PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu Nazaruddin Mohd Jali et al, (2001) menyatakan, isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap

hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina .

2.1.5

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara

Punca yang terakhir ialah isu bahasa. Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Menurut Rahman (2005), berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.

Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail. Melihat kepada perkara ini, kaum-kaum lain merasakan bahasa pertuturan kaum-kaum utama seperti Cina dan India tidak diiktiraf dan seterusnya menimbulkan perasaan tidak puas hati terhadap kaum Melayu.

2.2

KESAN-KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969 2.2.1 Pengisytiharan Darurat

Menurut Abdul Rahman (1969), semasa peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, keadaan amat tidak terkawal dan pertempuran antara kaum berlaku dan akibatnya suasana menjadi tegang. Untuk meredakan ketegangan, kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16 Mei 1969 di seluruh negara. Tujuan diisytiharkan darurat ialah pertama untuk menenangkan keadaan yang tidak terkawal. Kedua ialah untuk memberi masa kepada pihak yang terlibat bertenang dan berfikir secara rasional tindakan mereka. Ketiga pula untuk cuba menghentikan kekacauan yang berlaku dalam masa yang singkat. 5

2.2.2

Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN )

Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak (Barbara dan Watson, 1983). MAGERAN telah dianggotai oleh pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa. Menurut Ruslan Zainuddin (2005), fungsi utama MAGERAN iaitu mengembalikan keamanan dan undang-undang Negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna, mengembalikan suasana

keharmornian dan kepercayaan antara kaum di Malaysia. Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971.

2.2.3 Menubuhkan Majlis Perundingan Negara Kesan yang seterusnya ialah penubuhan Majlis Perundingan Negara. Menurut Majlis perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Merujuk kepada Nazaruddin Mohd Jali et al, (2001), Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak dan ahliahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil menteri-menteri yang menganggotai

MAGERAN, kerajaan-kerajaan negeri, parti-parti politik, Sabah dan Sarawak, kumpulankumpulan agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja dan persatuan majikan wartawan, persatuan guru-guru, dan kumpulan minoriti.

Menurut Ruslan Zainuddin (2005) pula, fungsi utama Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia. 6

2.2.4

Memperkenalkan Rukun Negara

Menurut Barbara dan Watson (1983), Rukun negara adalah idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama. Konsep rukun negara yang dibentuk oleh MAGERAN ini pada asasnya ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telah pun wujud dan boleh dijadikan pegangan masyarakat Malaysia. Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia

Menurut Barbara dan Watson (1983) juga, fungsi Rukun Negara ialah mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat, memelihara cara hidup demokratik, mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak dan membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. Selain itu, konsep rukun Negara telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan Negara, kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan dan kesopanan dan kesusilaan.

2.2.5

Pembentukan Majlis Muhibah

Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Majlis ini diwujudkan disetiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia. Menurut Rahman (2005), majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.

2.2.6 Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional) Setelah berlakunya peristiwa 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula sedar betapa pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional (BN) yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. BN dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik (Ruslan Zainuddin, 2005). Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971. Rombakan politik ini telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum.

3.0

INSIDEN KAMPUNG MEDAN

Kampung Medan terletak di Petaling Jaya Selangor dan bersempadan dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kedudukan geografi Kampung Medan berada di tengahtengah pusat pertumbuhan ekonomi Negara. Kampung Medan terdiri daripada 27 buah kampung dan taman perumahan. Bancian tahun 2000 yang telah dicatat dalam penulisan karya Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman dan Mohamad Ainuddin (2006) iaitu terdapat 110 000 orang tinggal di kawasan Kampung Medan ini (Jabatan Statistik 2001). Dari jumlah tersebut 36 000 orang adalah setinggan.

Kampung Medan adalah bekas kawasan lombong bijih timah. Setelah bijih timah digali dan kegiatan melombong berhenti, hak milik tanah itu kembali ke tangan kerajaan negeri semula dan tidak didiami orang. Setelah migrasi penduduk ke kawasan ini, tempat lombong bijih timah dahulunya berubah menjadi sebuah kampung dan penempatan manusia. Namun, di sebalik kedamaian dan keamanan di kampung ini, satu peristiwa hitam telah berlaku yang lebih di kenali sebagai insiden konflik sosial di Kampung Medan yang telah berlaku pada tahun 2001 (Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman dan Mohamad Ainuddin, 2006:216). Insiden ini melibatkan pergaduhan kaum antara etnik Melayu dan etnik India. Peristiwa ini di mulai daripada salah faham dan salah tafsiran tentang satu kemalangan kenderaan yang telah berlaku di Kampung 8

Medan Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman dan Mohamad Ainuddin, 2006:216). Peristiwa pergaduhan ini terjadi dalam dua tahap. Tahap pertama adalah berlaku pada 4 Mac 2001 menurut Kamaruddin (2002) kira-kira jam 3.30 pagi, 4 Mac 2001: Kira-kira jam 3.30 pagi, seorang pengawal keselamatan ketumnan India, berjalan pulang ke rumahnya di Kampung Ghandi, melalui Taman Lindungan Jaya. Sebahagian jalan di taman pemmahan itu ditutup kerana persiapan kenduri perkahwinan satu keluarga Melayu. Lelaki itu, yang dipercayai mabuk, menendang kerusi dan penanda jalan ditutup menyebabkan keluarga pengantin marah dan mengejarnya. Tidak lama selepas itu, lelaki itu muncul semula bersama lima lelaki India, termasuk tiga bersenjatakan parang dan menyerang keluarga pengantin dan dilaporkan bahawa menurut Kamaruddin (2002) mereka cedera pada lengan. Dua kereta milik penduduk Taman Lindungan Jaya dirosakkan. Penduduk Taman itu kemudian hertindak balas dengan membakar dua motosikal, merosakkan empat motosikal dan memecahkan cermin dua kereta milik penduduk di Kampung Ghandi.

Insiden tahap kedua pula berlaku pada 8 Mac kira-kira jam 9.45 malam. Menurut Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman dan Mohamad Ainuddin (2006), cermin van milik seorang lelaki India yang dipandu lelaki Melayu, pecah dilastik oleh seorang budak India di kawasan perumahan flat kos rendah, di Taman Desa Ria. Pemandu Melayu itu memaklumkan kepada majikan yang kemudian datang dan memarahi budak itu dan keluarganya hingga berlaku pergaduhan. Pemandu Melayu itu cuba meleraikan pergaduhan, tetapi dia dipukul. Beberapa penduduk Melayu yang menyaksikan kejadian itu campur tangan dan terjadilah pergaduhan antara dua kumpulan penduduk di kawasan berkenaan, termasuk ada yang menggunakan parang dan kayu.

3.1

PUNCA-PUNCA INSIDEN KAMPUNG MEDAN 3.1.1 Gangsterisme

Menurut Kamaruddin (2002), insiden ini tercetus akibat daripada gejala gangterisme peristiwa pertengkaran dan serangan tersebut sebenarnya dilakukan oleh anggota geng (gang) remaja India yang memang telah diketahui umum kewujudannya. Kegiatan kumpulan ini semakin bertambah rancak 9 sejak mereka mempelajari ilmu

mempertahankan diri daripada seorang guru yang dikatakan (menurut mitos tempatan) mempunyai ilmu kebal dan berupaya mengghaibkan dirinya jika diburu. Terdapat juga pendapat lain iaitu menurut Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman dan Mohamad Ainuddin, (2006) yang menyatakan bahawa serangan tersebut adalah syarat untuk lulus dalam ujian dengan guru tersebut. Pendapat ini dikemukakan kerana serangan tersebut terjadi dengan tiba-tiba tanpa sebarang provokasi daripada keluarga mangsa ataupun oleh penduduk Taman Lindungan Jaya dan tambahan lagi geng ini telah hilang selepas insiden tersebut.

3.1.2

Faktor Penerimaan

Kampung Medan, Kampung Ghandi, Kampung Benggali dan Kampung Lindungan ialah petempatan setinggan yang terdapat dalam kawasan Petaling Jaya. Kampung Medan ini asalnya adalah lombong bijih timah, namun, setelah beberapa migrasi berlaku terdapat dua etnik yang dapat dikatakan menetap di kawasan tersebut iaitu etnik Melayu dan India. Menurut Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman dan Mohamad Ainuddin (2006), di kawasan Kampung Medan dan jiran-jirannya, kebanyakkan penduduk menyatakan bahawa mereka kurang selesa dan tidak sedap hati akibat daripada setinggan ini. Hal ini kerana, mereka tidak dapat menerima kedatangan setinggan di kawasan mereka dan kebanyakkan samseng-samseng wujud akibat daripada setinggan ini. Selain itu, Kampung Medan juga dikelilingi di sebelah timurnya oleh taman perumahan yang didiami mereka daripada golongan status sosial atas dan menengah. Di utara pula terdapat kilang-kilang dan di sebelah baratnya juga penduduk status sosial dan menengah. Manakala di selatan adalah kawasan bekas bijih timah. Dengan persekitaran dan sosial sebegini dapat di katakana mempunyai ciri-ciri sebutir bom sosial yang menunggu masa untuk meletup. 3.1.3 Perbezaan Agama dan Budaya

Menurut Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman dan Mohamad Ainuddin (2006), perbezaan budaya dan agama ini merupakan teras kepada kejadian ini berlaku. Perbezaan pendapat dalam soal agama dan budaya merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana, ia memang termaktub dalam kitab suci masing-masing. Contohnya dalam soal haiwan, menurut Kamarudin (2002), menurut Islam, ia adalah satu haiwan yang boleh dikorbankan dan disembelih, manakala menurut etnik India yang beragama Hindu mempercayai bahawa lembu adalah suci. Perbezaan pendapat 10

sebegini jika tidak dibendung dan diterima masing-masing menyebabkan konflik ini berakhir dengan tragis dan dipercayai insiden seperti di Kampung Medan meletus.

3.2

KESAN-KESAN INSIDEN KAMPUNG MEDAN 3.2.1 Asas Kewujudan Jarak Sosial

Jika dilihat daripada rentetan peristiwa yang berlaku misalnya serangan yang dicetus oleh seorang lelaki yang dipercayai mabuk dan menyerang majlis persiapan kahwin telah secara tidak langsung mewujudkan jarak di antara etnik yang terlibat dalam pergaduhan ini. Kesan daripada perkara tersebut, terputik perasaan saling curigamencurigai antara kedua-dua belah pihak dan seterusnya menyebabkan interaksi sosial antara kedua-dua kaum ini menjadi renggang. Jadi, melihat kepada insiden ini, walaupun perkara ini tidak begitu zahir, tetapi sememang perasaan sebegini wujud dalam diri setiap individu yang berada di tempat kejadian pada masa itu. Hal ini kerana perasaan dendam antara kedua-dua etnik pada masa itu masih menebal dan sukar untuk dilupakan. Namun demikian, menurut Kamarudin (2002), pihak kerajaan telah cuba berusaha untuk menangani perkara ini dari terus berterusan dan kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah antaranya membendung rakyat di Kampung Medan dari terus terbeban dengan kemiskinan, menggalakkan hubungan sosial melalui pelbagai medium contohnya sukan dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan sosial antara etnik di Kampung Medan khususnya etnik Melayu dan India.

3.2.2

Kemusnahan Harta Benda

Selain itu juga, kesan yang lain ialah kesan dari sudut ekonomi. Rentetan daripada peristiwa Kampung Medan ini, pihak berwajib terpaksa mengeluarkan kos-kos yang tinggi dalam menangani perkara ini misalnya pihak kerajaan. Sebagai contoh, apabila rusuhan kaum ini berlaku, kerajaan terpaksa berbelanja besar dalam membaiki kerosakan-kerosakan harta benda awam yang telah dirosakkan semasa rusuhan berlaku dan pihak kerajaan juga perlu mencari jalan dan mengkaji dalam menyelesaikan konflik berkenaan. Contohnya menurut Kamaruddin (2002), iaitu kerajaan telah mengadakan sekatan jalan raya oleh pihak polis dan menggubal Dasar Sosial Negara yang bertujuan untuk meredakan konflik tersebut. Kesemua langkah dalam

penyelesaian konflik ini memerlukan kos yang besar dan tinggi. Oleh hal demikian, 11

rakyat seharusnya berfikir sebelum melakukan sesuatu dan bertindak melulu kerana tersilap langkah ianya boleh mendatang kesan yang buruk kepada Negara. Jika berbicara tentang kos, bukanlah kita kedekut untuk membelanjakan wang, tapi, alangkah baiknya wang tersebut disalurkan ke arah perkara yang lebih mendatangkan faedah kepada semua seperti pendidikan, pembangunan masyarakat serta Negara dan sebagainya.

3.2.3

Kemajuan Dan Keamanan Negara

Peristiwa Kampung Medan ini telah membuka mata kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Kerajaan mula menyedari tahap perpaduan negara selama ini sebenarnya tidak stabil di mana rakyat memendamkan perasaan tidak puas hati antara kaum yang disebabkan oleh faktor utama iaitu ketidakseimbangan ekonomi di kalangan penduduk peribumi. Dengan itu, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dalam meregangkan masalah ini dari terus membelenggu rakyat dan mengelakkan isu-isu sensitif timbul. Justeru, peristiwa rusuhan kaum ini adalah merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku, semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama dalam membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan sekarang. Apa yang perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apapun fahaman politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar berjaya mencapai matlamatnya.

4.0

PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA 13 MEI 1969 DAN INSIDEN

KAMPUNG MEDAN Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 dan insiden Kampung Medan adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia dan peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini. Dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah 12

mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini. Selain itu, rusuhan kaum sememangnya tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda. Jadi, setiap individu yang hidup dalam masyarakat majmuk di Negara ini harus sedar bahawa pentingnya perpaduan dalam hidup kemasyarakatan dan di samping mengekalkan keamanan yang ada pada masa sekarang (Mansor Mohd Noor, Abdul Rahman dan Mohamad Ainuddin, 2006).

Peristiwa 13 Mei 1969 dan insiden Kampung Medan merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah dituruti agar wawasan 2020 dapat dicapai dengan jayanya.

Tercetusnya rusuhan kaum atau etnik pada 13 Mei 1969 dan insiden Kampung Medan juga mengejutkan rakyat dan negara. Perpaduan yang disangkakan kukuh hasil muafakat antara tiga kaum terbesar iaitu orang Melayu, Cina dan India semasa menggubal perlembagaan negara jelas bersifat sementara. Ia gagal menanamkan sifat tolak ansur yang berkekalan. Peristiwa ini telah menyedarkan dan memaksa pemimpinpemimpin negara meneliti isu perpaduan dengan lebih serius. Hasil penelitian itu, tindakan jangka pendek dan jangka panjang telah diambil untuk memulihkan dengan segera keamanan dan memupuk kembali bibit-bibit perpaduan yang telah goyah.

Selain itu juga, perpaduan nasional tidak akan dicapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Jadi, peranan kerajaan, masyarakat dan individu perlulah sejajar agar memantapkan lagi ekonomi yang ada sekarang. Pihak kerajaan haruslah berusaha membangunkan pelbagai sektor demi membangunkan ekonomi 13

Negara di samping membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Dengan langkah ini, nasib rakyat yang sebelum ini daif dapat berubah ke arah yang lebih baik lagi. Individu pula harus berusaha menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing supaya Negara tidak bergantung kepada tenaga kerja luar dan di samping dapat menjimatkan kos kerajaan dan pengaliran wang ke luar Negara dapat di kurangkan. Dengan ini, tidak mustahil Negara dapat mencapai status Negara maju.

6.0

RUMUSAN

Kesimpulannya, berdasarkan kedua-dua peristiwa yang telah dibincangkan ternyata ia memberi tamparan hebat kepada Negara Malaysia ketika itu. Pelbagai langkah yang telah diwujudkan oleh pelbagai pihak misalnya kerajaan. Hal ini bertujuan untuk meredakan ketegangan dan dendam antara kaum di Negara ini.

Oleh hal demikian, perpaduan penting dalam membentuk sesebuah Negara yang berbilang kaum. Tanpa perpaduan juga, sesebuah negara akan mudah terdedah kepada berbagai-bagai ancaman dari dalam dan luar negara yang mungkin sukar untuk diatasi. Pencerobohan dari luar atau rusuhan-rusuhan dalam negara sendiri menjadi sukar untuk ditangani jika tidak wujud perpaduan dalam negara berkenaan. Apabila perpaduan tidak wujud atau berada pada tahap yang rendah terutamanya bagi sesebuah negara yang berbilang kaum, pertelingkahan antara rakyat akan sering berlaku. Hal ini akan membawa kepada kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa serta keruntuhan sesebuah negara.

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan-sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan Negara Bangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja. 14

Jadi, setiap individu haruslah menjaga batas-batas sosial agar dan tidak menimbulkan isu-isu sensitif seperti isu agama, budaya dan sebagainya supaya sejarah hitam Negara tidak berulang lagi. Jika segala perpaduan misalnya dapat dicapai, golongan diperintah dan memerintah memainkan peranan masing-masing, sudah tentu konsep Negara Bangsa mencapai objektifnya dan secara tidak langsung melahirkan Negara yang berstatus maju dari segi semua aspek.

15

Anda mungkin juga menyukai