Anda di halaman 1dari 19

Latihan Penulisan B Pilih perkataan yang paling sesuai dalam kurungan untuk melengkapkan karangan di bawah ini.

Hobi saya
Setiap (ahli/ anggota / orang) ada hobi. Hobi saya ialah (membaca /menulis / mengulangkaji) buku. Saya dapat banyak faedah (untuk/ dengan/pada) membaca. Saya membaca buku pada masa (senang/ tenang /lapang). Membaca (menambahkan/menyebabkan/mmemberikan) ilmu pengetahuan saya. Saya selalu (membeli/mengambil/ meminjam) buku dari pusat sumber sekolah. (Dia/Kamu/Saya) meminjam buku-buku seperti buku rujukan sejarah,cerita dan lain-lain. (Sifat/ Tabiat /Kelakuan) membaca juga dapat memperbaiki bahasa saya. Saya dapat (mengajar /mempelajari /memperbaiki) istilah-istilah baru. Amalan murni ini banyak membantu dalam (ajaran/ pengajaran/ pelajaran) saya. Saya dapat mengulang kaji pelajaran dengan (padat /singkat/ senang). Saya akan mengamalkan hobi ini untuk (seboleh-bolehnya/ selama-lamanya/ sesungguh-sungguhnya)

Salin semula latihan di atas dengan menggunakan pilihan jawapan sahaja.

Sambutan Hari Kemerdekaan Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, tepat pada detik 12.00 tengah malam 1957, berlakulah penurunan bendera Union Jack. Setelah penurunan itu, bermulalah sebuah negara baharu yang berdaulat. Hari Kebangsaan yang ke-50 telah disambut dalam suasana meriah dan berwarna-warni. Pelbagai lapisan masyarakat termasuk murid-murid sekolah akan mengambil bahagian bagi menjayakan acara-acara yang dianjurkan. Hari Kebangsaan disambut secara gilang-gemilang terutama di Kuala Lumpur. Negeri-negeri di Malaysia diminta mengadakan sambutan kemerdekaan ke-50 ini sepanjang tahun 2007. Sambutan ini juga diharap dapat meningkatkan semangat patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 bermakna negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak 50 tahun yang lalu. Dalam tempoh setengah abad itu, negara mengalami berbagai-bagai perubahan dan kemajuan yang telah memartabatkan Malaysia pada mata dunia.

Pilih jawapan yang tepat berdasarkan petikan

Siapakah yang akan menjayakan perayaan Hari Kebangsaan? A B C D Murid-murid sekolah Segolongan masyarakat Pegawai-pegawai kerajaan Pelbagai lapisan masyarakat

Apakah kesan sambutan itu kepada masyarakat? A B C D Rakyat Malaysia terus bergembira Masyarakat jaya dapat dibentuk Menyemai semangat patriotisme yang tinggi Rakyat Malaysia yang lupa

Setengah abad sama dengan A B C D lima tahun lima puluh tahun lima ratus tahun lima ribu tahun

Antara pencapaian oleh negara kita adalah seperti yang berikut kecuali A B C D negara kita semakin maju mengalami perubahan yang baik kehidupan rakyat bertambah susah kehidupan rakyat bertambah senang

Pada pendapat kamu, bagaimanakah masyarakat yang berada di rumah dapat menyaksikan perayaan Hari Kebangsaan? A B C Menonton siaran langsung televisyen Melalui jendela rumah mereka Mendengar siaran radio D Membaca surat khabar

Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi atau keadaan gambar di bawah.

1. Ali dan rakan-rakannya ______________________________ ________________________________________________ 2. Seorang penunggang motorsikal _______________________ ________________________________________________ 3. Ali dan rakan-rakannya ______________________________ ________________________________________________ 4. Pak Cik Ramu _____________________________________ ________________________________________________ 5. Kaki Pak Cik Samad _________________________________ _________________________________________________

latihan penulisan A: Bina lima ayat berpandukan gambar di bawah.

1. Keluarga Encik Ali sedang berkelah ____________________ _______________________________________________. 2. Encik Ali sedang berehat di tepi _______________________ _______________________________________________. 3. Beberapa orang budak sedang ________________________ _______________________________________________. 4. Hasnul dan kawan-kawannya sedang ___________________ _______________________________________________. 5. Sebuah kapal layar yang berwarna-warni sedang __________ ______________________________________________.

Anda mungkin juga menyukai