Anda di halaman 1dari 76

BAB 1 : PENGENALAN

Latihan industri merupakan salah satu syarat yang telah diwajibkan kepada para pelajar politeknik di seluruh Malaysia bagi memenuhi sistem pengajian serta sebagai syarat untuk penganugerahan Sijil atau Diploma yang diiktiraf oleh Kementerian. Bagi politeknik-politeknik di seluruh Malaysia, para pelajar akan menjalani latihan industri pada semester tiga bagi Kursus Sijil dan semester empat bagi Kursus Diploma. Tempoh masa yang diperuntukan bagi seseorang pelajar itu untuk menjalani latihan industri ialah semasa lebih kurang 20 minggu. Penempatan latihan industri pelajar semasa menjalani amali ialah di Jabatan Kerajaan ataupun Swasta . Peraturan dan prosuder permohonan adalah mengikut sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik.

Oleh kerana latihan industri lebih cenderung kepada bidang teknikal, para pelajar seharusnya memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari di politeknik supaya segala tugas dan kerja yang diberikan oleh pihak organisasi dapat dilaksanakan dengan sempurna. Para pelajar perlu mematuhi segala peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak organisasi sepanjang tempoh menjalani latihan industri di organisasi tersebut. Dalam sistem pembelajaran Politeknik Malaysia, semua politeknik menerapkan satu sistem yang berdasarkan prosuder Jabatan Pendidikan Teknikal Malaysia. Setiap bidang atau jurusan pembelajaran di Politeknik perlu mewajibkan pelajarnya melalui latihan industri ataupun praktikal. Pelajar-pelajar yang telah berjaya menjalani latihan industri layak untuk meneruskan pengajian ke peringkat atau semester seterusnya.

1.1.1 Tujuan Latihan Industri

Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam bidang yang diceburi dan peranannya dalam masyarakat.

1.1.2 Objektif Latihan Industri

Latihan Industri memberikan kesan yang positif kepada para pelajar. Untuk mencapai kehendak yang disarankan, maka latihan industri diwujudkan berdasarkan beberapa objektif. Antara objektifnya adalah seperti berikut :-

i.

Menambahkan dan meluaskan pengetahuan dari segi teknikal dan kemahiran dalam bidang yang diceburi.

ii. iii. iv. v. vi.

Mendedahkan kepada pelajar tentang alam pekerjaan yang sebenar. Melatih pelajar berkomunikasi dengan berkesan. Membina personaliti individu. Mengamalkan peraturan dan etika kerja dan baik. Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan baik antara pekerja.

vii. viii.

Mengaitkan teori kepada praktis dan sebaliknya. Menyediakan sebuah buku Laporan Latihan Industri setelah tamat latihan.

1.1.3 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

i.

Membolehkan pelajar melihat dan mengambil bahagian dalam kerjakerja kejuruteraan selain daripada teori-teori yang dipelajari di kuliah.

ii.

Memberikan satu peluang lebih awal kepada pelajar untuk menggunakan dan mempraktikalkan pengetahuan serta pertimbangan sendiri dalam menjalankan tugas kejuruteraan.

iii.

Membolehkan pelajar mengenali melalui penglihatan secara langsung dalam berbagai-bagai aspek kejuruteraan awam seperti konsep perancangan, pembinaan, pentadbiran dan penyelenggaraan yang berkaitan bangunan.

iv.

Supaya pelajar mendapat kemahiran berkomunikasi yang efektif dengan individu atau organisasi luar.

v.

Mendedahkan pelajar kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat latihan dan mengenali peranan setiap jabatan dalam organisasi.

vi.

Memberikan peluang melatih pelajar menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan yang disediakan tentunya akan menjadi sumber rujukan yang penting bagi kerjaya pelajar pada masa hadapan.

BAB 2 : LATAR BELAKANG MAJLIS BANDARAYA IPOH

2.1.1 Jadual Waktu Semasa Menjalani Latihan Industri

Pelajar yang menjalani program latihan industri akan diberi jadual waktu bekerja atau latihan oleh organisasi yang menjalani pelajar untuk menjalani Latihan Industri. Bagi pelajar yang menjalani latihan industri di Jabatan Majlis Bandaraya Ipoh (Kerja & Bangunan), tempoh program latihan industri yang dijalankan adalah bermula daripada 17 Disember 2012 hingga 3 Mei 2013. Masa latihan harian adalah sama seperti waktu jabatan-jabatan kerajaan yang lain iaitu :-

HARI Isnin hingga Jumaat

MASA BEKERJA 8.00 pagi 5.00 petang (termasuk waktu rehat)

BILANGAN JAM 9 jam

Sabtu, Ahad & Kelepasan Am

Cuti

Jadual 1.1 : Jadual Berkerja 2.1.2 Deskripsi

Semasa Latihan Industri

1.

Dua batang pokok di kiri dan kanan melambangkan pokok Ipoh, asal-usul nama Bandaraya Ipoh.

2.

Dua ekor harimau di kiri dan kanan adalah mengikut lambang Jata Persekutuan.

3.

Landasan kuning beralun di bahagian bawah logo menggambarkan bukit-bukit batu kapur yang banyak terdapat di kawasan Ipoh.

4.

Benteng beralun di bahagian atas (tengah) melambangkan Kota Dato Laksamana yang dipercayai sebagai orang pertama membuat perkampungan di Ipoh.

5.

Bulan bintang adalah lambang Islam sebagai agama rasmi.

6.

Jaluran melintang beralun yang berwarna biru sebagai lambang Sungai Kinta yang memisahkan antara Pekan Lama dan Pekan Baru Ipoh.

7.

Tiga Jalur menegak di bahagian bawah (tengah) adalah lambang Bendera Negeri Perak Darul Ridzuan.

2.1.3 Warna Bendera M.B.I

1.

Warna merah adalah warna spesis Bougainvillea 'Chili Red'. Warna merah juga merupakan salah satu warna dalam bendera Persekutuan. Ini bermaksud MBI juga entiti di bawah naungan Persekutuan. Merah juga melambangkan keberanian dan ketegasan. Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh undang-undang MBI akan bertindak berani dan tegas.

2.

Warna ungu merupakan warna spesis Bougainvillea 'Elizabeth Angus'. Warna ungu melambangkan kelembutan, keceriaan dan keharmonian. Adalah menjadi hasrat MBI untuk mewujudkan Ipoh sebagai bandaraya yang ceria dan harmoni.

3.

Warna kuning pula merupakan warna spesis Bougainvillea 'Mr. McClean'. Warna kuning adalah salah satu warna dalam bendera Negeri Perak. Ini bermakna sebagai entiti yang berada di bawah Kerajaan Negeri, MBI akan sentiasa akur kepada Kerajaan Negeri dalam membangunkan Bandaraya Ipoh.

2.1.4 Bunga Rasmi M.B.I

Bunga Bougainvilea

Bunga kertas atau bunga bulang adalah panggilan biasa yang kita dengar untuk Bunga Bougainvilea. Nama ini diambil sempena daripada seorang ahli pelayaran bangsa Perancis, A de Bougainvillea yang menjumpai pokok ini di Rio De Janerio pada kurun ke 17. Bunga ini telah dibawa ke Eropah pada tahun 1780-an dan didapati pertama kali berbunga di Paris. Pada tahun 1830 dan di England, 10 tahun kemudian "B.Spectabilis" dan "B.Glabra" adalah diantara spesis-spesis yang mulamula sekali ditanam. Seterusnya kacukan daripada dua spesis ini telah menghasilkan banyak hibrid dan kultiva. Adalah diketahui bahawa "B. Glabra Var Mrs.Butt" telah sampai ke Malaysia pada tahun 1923 dan diikuti pula oleh "Mrs. Mclean sepuluh tahun kemudian. Pokok bunga Bougavillea semulajadi itu telah terkenal dan menjadi pokok yang popular di tamantaman bunga dan halaman rumah. Terdapat lebih kurang 100 - 120 kultiva/hibrid bunga Bougainvillea yang ada di Malaysia.

2.1.5 Penubuhan Majlis Bandaraya Ipoh

Di antara tahun 1905 -1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran (town hall), dan pejabat pos juga dibina. Manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula di bawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker. Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar. Sebagai Ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Ipoh merupakan pusat pentadbiran, perdagangan, sukan, kebudayaan, kewangan, politik,keagamaan dan juga pendidikan.Kini 'Majlis

dibawah pimpinan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Ipoh terus berusaha untuk menjadikan Bandaraya Ipoh sebagai sebuah bandar yang dinamik dan unggul. Majlis Bandaraya Ipoh telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang merupakan Bandaraya Ketiga di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah dibina pada tahun 1985 dan telah siap dalam tahun 27 Mei 1988. Bangunan Majlis Bandaraya telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah pada 8 November 1996. Kos pembinaan bangunan MBI adalah sebanyak RM 16 juta.

2.1.7 Misi Jabatan "Ipoh Bandaraya Sejahtera, Dinamik Dan Maju"

2.1.8 Visi Jabatan "Membina Bandaraya Yang Kondusif Bagi Pembangunan Ekonomi, Sosio Budaya Dan Pembangunan Modal Insan"

2.1.9 Objektif Jabatan Objektif MBI adalah menghasilkan mutu kehidupan yang lebih selesa dan seimbang serta meninggikan taraf hidup bagi semua peduduk dalam kawasan Majlis dengan cara : 1. Menyediakan segala kemudahan dan perkhidmatan sebagai asas mencapai mutu kehidupan yang lebih selesa dan meningkatkan taraf hidup penduduk dalam kawasan Majlis. 2. Memperkemaskan dan meningkatkan mutu perkhidmatan dan

perancangan pembangunan dalam semua bidang. 3. Menggalakan dan menyediakan kemudahan, rekreasi dan riadah awam. 4. Mengindahkan Bandaraya Ipoh bersesuaian dengan tarafnya sebagai ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Perak di samping

menggalakan industri dan pentadbiran. 5. 6. Menggalakkan pertumbuhan industri dan perdagangan. Berusaha mencapai objektif dan aspirasi kerajaan termasuk

melaksanakan dasar Pembangunan Nasional.

1.2

Fungsi Jabatan

1.

Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil bangunan Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, Polisi-Polisi Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta dan enakmen serta undang-undang yang berkaitan.

2.

Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan bagi kelulusan sementara dan lain-lain bentuk permohonan pembangunan yang melibatkan pembinaan bangunan dari jenis separa kekal dan sementara di dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

3.

Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi bangunan-bangunan yang diluluskan.

4.

Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi permohonan pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC).

5.

Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi pembangunan dari semasa ke semasa.

10

1.2.1 Piagam Pelanggan Jabatan Kami berjanji untuk bekerja dengan penuh komitmen dan dedikasi bagi memberikan perkhidmatan yang cekap, mesra, amanah dan berkualiti ke arah menjadikan Ipoh sebuah Bandaraya yang bersih, indah, teratur dan dinamik. Janji-janji kami adalah : 1. Memberikan perkhidmatan pungutan sampah setiap hari di pusat perdagangan dan pasar dan 3 kali seminggu di lain-lain kawasan. 2. Pembersihan longkang dilakukan setiap hari di kawasan perdagangan dan sekurang-kurangnya sekali sebulan di lain-lain kawasan. 3. Pemotongan rumput dilakukan 2 minggu sekali di jalan utama dan sebulan sekali di lain-lain jalan dan kawasan lapang. 4. Memotong dan membersihkan pokok-pokok tumbang yang

menghalang laluan dalam tempoh 24 jam setelah aduan diterima. 5. Memberikan kelulusan ke atas permohonan perancang dan

pembangunan yang telah mematuhi kehendak-kehendak perancangan tidak melebihi 2 bulan. 6. Semua permohonan lesen premis, iklan, penaja dan pasar akan dikeluarkan sebelum 15hb. Januari setiap tahun. 7. Semua permohonan lesen-lesen Majlis akan diproses seta diberi kelulusan bersyarat atau kelulusan lesen dalam tempoh seperti berikut:

Serta-merta untuk lesen sambilan/sementara perniagaan pasar malam, jualan buah-buahan bermusim, perniagaan/acara-acara khas seperti Pasar Ramadhan & Ekspo.

Kelulusan bersyarat dikeluarkan melibatkan perniagaan premis penaja, gerai swasta/Majlis (tidak termasuk proses temuduga) akan dikeluarkan dalam masa 2 minggu;

Kelulusan

bersyarat

melibatkan

perniagaan

premis

makanan/bukan makanan, kilang makanan/bukan makanan akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan;

Kelulusan bersyarat melibatkan perniagaan permohonan lesen gerai pasar awam akan dikeluarkan dalam tempoh 1 bulan;

11

Dalam

tempoh

bulan

kelulusan

bersyarat

dikeluarkan

melibatkan pengiklanan billboard, perniagaan yang memerlukan ulasan daripada Jabatan Perancangan Bandaraya dan Jabatan Kejuruteraan Bandaraya. 8. Memberikan kelulusan ke atas permohonan pelan bangunan yang mematuhi semua kehendak perundangan dalam tempoh :

6 minggu bagi rumah sebuah dan bangunan kilang. 12 minggu bagi semua skim perumahan/perindustrian dan perdagangan.

9.

Mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) tidak melebihi 2 minggu dari tarikh permohonan diterima yang mematuhi semua kehendakkehendak yang ditetapkan.

10. Mengeluarkan permit-permit sementara bagi kerja-kerja binaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan. 11. Memberikan keputusan bantahan cukai taksiran dalam tempoh 2 bulan dari tarikh penerimaan surat bantahan. 12. Mengeluarkan bil-bil cukai taksiran kepada pembayar cukai tidak lewat daripada 15hb. Januari dan 15hb. Julai setiap tahun.

12

1.2.2 Fungsi-Fungsi Dan Aktiviti Utama

1.

Melaksanakan pemakaian dan penguatkuasaan Undang-Undang Kecil bangunan Seragam 1988, Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974, Polisi-Polisi Pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh serta lain-lain Akta dan enakmen serta undang-undang yang berkaitan.

2.

Menerima dan memproses semua jenis permohonan Pelan Bangunan bagi kelulusan sementara dan lain-lain bentuk permohonan pembangunan yang melibatkan pembinaan bangunan dari jenis separa kekal dan sementara di dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh.

3.

Memproses dan mengeluarkan Sijil Perakuan Layak Menduduki bagi bangunan-bangunan yang diluluskan.

4.

Menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan kesiapan bagi permohonan pembangunan yang diluluskan melalui proses Perakuan Siap Dan Pematuhan(CCC).

5.

Membantu Majlis Bandaraya Ipoh di dalam merangka polisi-polisi pembangunan dari semasa ke semasa.

13

1.2.4 Carta Organisasi MBI (K&B)

14

Jabatan Kejuruteraan

Visi Untuk Menyediakan Prasarana Dan Persekitaran Hidup Yang Moden, Selamat Dan Sesuai Dengan Pembangunan Bandar Yang Mampan

Objektif

Merancang Pembangunan Dan Pembinaan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Di Bawah Pentadbiran Majlis

Fungsi Jabatan

Merancang Dan Membina Kemudahan Infrastruktur Dan Kemudahan Awam.

Menyelenggara Segala Kemudahan Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Harta Majlis.

Mengeluarkan Permit-Permit Sementara.

Piagam Pelanggan

Memberikan Kelulusan Ke Atas Permohonan Perancangan Dan Pembangunan Yang Telah Mematuhi Kehendak-Kehendak Perancangan Tidak Melebihi 2 Bulan.

15

Carta Organisasi Jabatan Kejuruteraan

Bahagian Kerja & Bangunan

Merancang dan membantu merekabentuk bagi menyediakan pelanpelan, gerai, rumah kedai, tandas awam dan lain-lain.

Menguruskan dan menyelia projek-projek bangunan dan kemudahan awam yang lain.

Menjalankan kerja penyelenggaraan & pembaikan bagi bangunanbangunan dan harta Majlis.

Melaksanakan kerja-kerja pertukangan dan persiapan bagi acara-acara Majlis.

16

BAB 3 : RINGKASAN MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

Minggu Pertama 17 Dis 2012 21 Dis 2012

1. 2. 3.

Melapor diri di Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh pada pukul 8.00 pagi. Sesi perkenalan. Melakukan kerja-kerja buka fail setelah aduan diterima di Pejabat Majlis Bandaraya Ipoh (K&B). Ujian cube dan ujian slumptest dilakukan. Melakukan kerja mengikat tetulang untuk papak lantai sebelum kerja mengkonkrit dilakukan. Melihat kerja mengkonkrit lantai di tapak projek Muzikal Founter Melihat kerja melantak cerucuk untuk membina Dewan Komuniti di Batu 8, Ulu Kinta. Sebanyak 15 cerucuk digunakan. Berat jentera melantak cerucuk ialah 1 tan.

4. 5.

6. 7.

17

Minggu Kedua 24 Dis 28 Dis 2012

1. 2. 3.

Cuti sempena Hari Krismas. Mencari punca kebocoran paip dan membaikinya di Taman D.R. Melihat kerja-kerja menaiktaraf bangunan UTC (dikenali sebagai Super Kinta). Antaranya : Pemasangan ekskelator. Pemasangan jubin lantai dan jubin dinding. Membuat kemasan akhir.

4.

Kerja-kerja untuk groud beam dilakukan di tapak projek Muzikal Founter.

5. 6.

Mendengar penerangan ringkas tentang keselamatan di tapak projek. Mempelajari jenis-jenis pemadam api yang digunakan di Stadium Indera Mulia.

18

Minggu Ketiga 31 Dis 2012 4 Jan 2013 1. 2. Cuti sempena Tahun Baru 2013. Melihat kerja baikpulih kerosakan yang berlaku di Bilik Mesyuarat MBI : 3. Tingkap yang rosak dan kotor disebabkan titisan cat. Kabinet yang berlubang disebabkan anai-anai. Ujian cube 2 acuan untuk setiap lori dimana masing-masing 7 hari dan 28 hari. Ujian slumptest Terdapat 3 lapisan dan setiap lapisan dikenakan 25 hentaman. 4. Menyambung kerja-kerja mengkonkrit lantai di tapak projek Muzikal Founter.

Melihat ujian cube dan ujian slumptest.

Minggu Keempat 7 Jan 2013 11 Jan 2013 1. Melihat kerja melepa dinding di tapak pembinaan Perak Tourism Mortar yang digunakan adalah jenis Ordinary Portland Cement (OPC). 2. 3. Melihat pemasangan jubin lantai dan dinding. Melawat lokasi dan melihat cara-cara memasang atap bumbung jenis genting. 4. Mempelajari proses pemilihan perabot yang sesuai untuk diletakkan di tapak pembinaan perpustakaan. 5. Mendengar penerangan tentang kontrak tahunan dan dokumendokumen sulit MBI.

19

Minggu Kelima 14 Jan 2013 18 Jan 2013

1.

Pemasangan kotak bentuk untuk bahagian cerucuk yang telah siap dipotong.

2.

Melakukan kerja pemasangan jubin lantai untuk kedai makan di tapak pembinaan Perak Tourism Melihat pemasangan kotak bentuk untuk ground beam di tapak pembinaan Dewan Komuniti Batu 8, Ulu Kinta. Melihat kerja premix di tapak pembinaan Perak Tourism Melakukan kerja-kerja wiring di Padang Bola, Buntong.

3.

4. 5.

MInggu Keenam 21 Jan 2013 25 Jan 2013

1. 2. 3.

Cuti Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Melihat kerja pengorekan tanah untuk pemasangan sistem perparitan. Melakukan ujian cube dan ujian slumptest di tapak pembinaan Dewan Komuniti Batu 8, Ulu Kinta.

4. 5.

Melakukan kerja mengkonkrit asas lantai. Menyambung kerja premix di tapak pembiaan Perak Tourism Jenis tar : ACW 14 Mesin yang digunakan : Faber Machine Hand Compactor Roller

20

Minggu Ketujuh 28 Jan 2013 1 Feb 2013

1. 2. 3.

Cuti sempena Hari Thaipusam. Melakukan kerja servis dan membaiki penghawa dingin. Melihat kerja mengukur tanah bagi menentukan point untuk penanaman cerucuk.

Minggu Kelapan 3 Feb 2013 8 Feb 2013

1.

Melihat penanaman cerucuk untuk membina Dewan Serbaguna di Buntong. Jenis cerucuk : Reinforce Concrete Menggunakan jentera pelantak cerucuk (1 tan) Saiz cerucuk : 6m (20) x 150mm x 150mm Terdapat 79 point yang telah dilantak cerucuk mengikut pelan projek. Setiap point ditanam cerucuk sehingga mengena batuan keras (hardcore). Kerja penyambungan cerucuk dilakukan dengan menpatrikan cerucuk yang telah ditanam dengan cercuk yang akan disambung. Kerja mencatat jumlah hentakan curucuk dilakukan. Contoh :Kedudukan Cerucuk 1. 2. Panjang (setiap saiz kaki (feet) yang telah ditanam) 38 56 2 3 Jumlah cerucuk

21

Minggu Kesembilan 11 Feb 2013 15 Feb 2013

1. 2. 3.

Dua hari cuti sempena Tahun Baru Cina. Melihat kerja premix di tapak pembinaan Perpustakaan, Chemor. Mempelajari cara-cara membuat Bill of Quantities (BQ)

Minggu Kesepuluh 18 Feb 2013 22 Feb 2013

1.

Melihat pemasangan kotak bentuk bagi cerucuk yang telah siap dipotong. Penyambungan kerja premix yang belum siap. Pemasangan kotak bentuk bahagian roof beam di Dewan Komuniti, Batu 8.

2. 3.

4.

Melihat pemasangan penghawa dingin untuk Perpustakaan, Chemor. Terdapat 2 jenis :Wall mounted Siling SO

22

Minggu Kesebelas 25 Feb 2013 1 Mar 2013

1. 2. 3.

Melakukan kerja-kerja wiring di Dataran Ipoh. Melihat pemasangan dan mengikat bata jenis sisi bata. Melihat dan mempelajari cara-cara pemasangan rangka bumbung di Dewan Serbaguna, Batu 8, Ulu Kinta. Mengkonkrit bahagian ground beam di Dewan Serbaguna, Buntong

4.

Minggu Kedua Belas 4 Mar 2013 8 Mar 2013

1.

Menentukan kedudukan distribution board (DB), plug, dan socket outlet.

2.

Melawat dan melihat kerja di lokasi tapak projek : Dewan Komuniti, Buntong Perpustakaan, Chemor

3. 4.

Mencari punca dan membaiki air tersumbat di Taman D.R. Melakukan kerja-kerja wiring.

23

Minggu Ketiga Belas 11 Mar 2013 15 Mar 2013

1. Pemasangan pendawaian elektrik di tapak pembinaan Dewan Serbaguna. 2. Mempelajari mengenai pelan projek dengan menggunakan AutoCadd (computer software). 3. Melakukan kerja pemasangan kerangka bumbung dan pemasangan bumbung jenis metaldeck. 4. Membaiki lampu limpah. 5. Mengenalpasti sistem chiller di Perpustakaan Tun Abdul Razak.

Minggu Keempat Belas 18 Mar 2013 22 Mar 2013

1. Melakukan kerja penyelenggaraan perabot dan perkakasan elektrik seperti lampu dan kipas. 2. Mempelajari tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan pada peringkat permulaan sesuatu projek. Contohnya : Melawat tapak lokasi projek Menentukan jumlah kos (Bill Of Quantities).

3. Melihat pemasangan siling di Dewan Komuiti Batu 8. 4. Menservis penyaman udara jenis indoor outdoor. 5. Mempelajari mengenai keselamatan di tapak projek.

24

Minggu Kelima Belas 25 Mar 2013 29 Mar 2013

1. Mempelajari secara teori tentang cara-cara untuk mengawal sesuatu projek di bilik mesyuarat M.B.I. 2. Melihat pemasangan kotak bentuk untuk kerja column. 3. Mendengar taklimat tentang sistem fire prevention. 4. Mempelajari mengenai cara-cara berkomunikasi antara pekerja dengan majikan dengan berkesan. 5. Melawat lokasi tandas awam di Taman D.R untuk kerja penyelenggaraan. Antara kerja yang dilakukan : Mengukur saiz bangunan untuk kerja mengecat. Menetukan perkakasan yang rosak seperti lampu, kipas, water closet, urinal dan sebagainya.

Minggu Keenam Belas 1 Apr 2013 5 Apr 2013

1. Mendengar taklimat mengenai cara-cara menentu dan merancang sesuatu projek. 2. Mengenalpasti jenis-jenis perlindungan yang terdapat di dalam bangunan. 3. Melihat kerja membaiki sistem komunikasi. 4. Melakukan pengujian sistem pendawaian setelah siap kerja pendawaian elektrik. 5. Melakukan wiring khemah di Dewan Serbaguna Taman Rishah.

25

Minggu Ketujuh Belas 8 Apr 2013 12 Apr 2013

1. Melawat tapak projek Muzikal Founter. 2. Melakukan kerja penyelenggaraan lif bangunan di Pejabat Utama Majlis Bandaraya Ipoh. 3. Melihat kerja pemasangan lintol beam 4. Menyambung kerja-kerja pemasangan kotak bentuk untuk column di Dewan Serbaguna, Buntong. 5. Melakukan kerja wiring khemah di rumah flat Kinta Height.

Minggu Kelapan Belas 15 Apr 2013 19 Apr 2013

1. Melihat kerja pemasangan lampu limpah di Stadium Perak. 2. Mengkonkrit bahagian tiang (column) di Dewan Serbaguna, Buntong. 3. Melawat tapak projek di Bandar Baru Putra dan melihat kerja-kerja : pemasangan jubin lantai dan dinding. pemasangan pendawaian elektrik. pemasangan kerangka bumbung.

4. Melakukan kerja pendawaian khemah untu memasang kipas dan lampu di Dewan Town Hall.

26

Minggu Kesembilan Belas 22 Apr 2013 26 Apr 2013

1. 2. Menyambung kerja mengkonkrit bahagian column di tapak projek Dewan Serbaguna, Buntong. 3. Melakukan kerja penyelenggaraan elektrik. 4. Melihat pemasangan kerangka bumbung jenis genting. 5. Wiring serta memasang perkakasan elektrik seperti lampu, kipas, distribution board, socket earth dan lain-lain lagi.

Minggu Kedua Puluh 29 Apr 2013 3 Mei 2013

1. Melakukan ujian slump dan ujian cube. 2. Melawat lokasi tapak projek Muzikal Founter dan melakukan kerja : mengukur jubin lantai dan dinding dengan menggunakan roller dan pita pengukur. mengira kuantiti perkakasan air pancut serta lampu.

3. Melakukan kerja penyelenggaraan tandas. 4. Pemasangan pendawaian elektrik untuk khemah.

27

BAB 4 PENDAWAIAN ELEKTRIK

4.1

Pengenalan Seseorang pegawai akan menentukan dan memilih apakah jenis

sistem pendawaian yang akan dibuat pada sesuatu bangunan kepada beberapa faktor, seperti :i. Jenis bangunan

ii. Suhu persekitaran iii. Keselamatan dan kos. 4.2 Spesifikasi Pendawaian Pastikan saiz kabel yang betul mengikut peraturan sediaada. Tidak boleh disambung atau membuat sambungan TEE. Tiada pengurangan strand dibenarkan di terminal. Mestilah dilindungi secukupnya. Tidak boleh dibiarkan dalam keadaan tegang. Mestilah berkedudukan melintang atau mendatar.

28

Kod warna standard dan penandaan yang betul dan jelas hendaklah digunakan (red, yellow, blue, neutral dan bumi). Konduit dan trunking hendaklah dibumikan dengan sempurna dan berkesan. Koduit dan trunking hendaklah berwarna OREN. Konduit dan trunking hemdaklah diikat dengan saddle atau bracket dengan secukupnya supaya ia kukuh dan kuat. Kabel berlainan voltan dan fungsi hendaklah diasingkan. lubang laluan kabel, konduit atau trunking pada dinding konkrit hendaklahditutup dengan bahan rintangan api yang sesuai. Kabel hendaklah di sokong (supported) dengan kukuh oleh pengikat seperti clamp, clip, anchors, strap, hangers, bracket, support atau cara-cara lain yang sesuai. Jarak antara pengikat hendaklah maksima 1000mm dan 300mm dengan outlet box, device box, cabinet atau fitting.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis pendawaian : Jenis voltan bekalan

i.

Sistem voltan bekalan yang berlainan satu fasa dan tiga dawai, dua fasa dan tiga dawai serta kadaran yang berlainan akan memberi perbezaan dari segi pemanasan pendawaian. Contohnya, pendawaian bagi kabel-kabel utama dan sudutnya tidak boleh disamakan dengan pendawaian litar akhir.

Perlindungan mekanik

i.

Keadaan tempat yang mana terletaknya banyak bahaya kerosakan mekanik seperti bengkel-bengkel, kilang dan kawasan awam perlulah dipasang dengan pemasangan yang mempunyai bahagian logam seperti perisai perlindungan kepada kabel-kabel pemasangan.

29

i.

Jenis bangunan Sama ada bangunan baru, bangunan lama, bangunan tambahan dan bangunan daripada kayu atau batu. ii. Bangunan tersebut sama ada setingkat, bertingkat-tingkat dan dibawah tanah. iii. Kegunaan bangunan sama ada sebagai tempat perusahaan, perniagaan, hotel dan hospital.

i.

Persiapan pembumian Sistem pembumian untuk sesuatu pemasangan pendawaian memainkan peranan penting dalam pemilihan jenis-jenis pendawaian yang hendak dibuat. ii. Kawasan-kawasan tinggi dan tanah yang kering memerlukan system pembumian yang berlainan daripada kawasan yang rendah dan tanah yang lembap.

i.

Jangka masa perkhidmatan Sama ada pemasangan tersebut perlu digunakan dalam masa lama ataupun sementara. ii. Perbezaan jangka masa bagi pemasangan sementara dengan lama dapat memberi perbezaan penggunaan kabel dan system pendawaian.

i.

Kos belanjawan Perkara ini bukan sahaja melibatkan harga bahan-bahan pemasagan malah termasuk juga perkara-perkara seperti kemudahan mendapatkan bekalan dari pihak LLN, mendapatkan pekerja-pekerja mahir dan masa yang diambil bagi menyiapkan pemasangan tersebut.

30

Keadaan khusus

i.

Keadaan tertentu yang terdapat di tempat yang hendak dibuat pemasangan tersebut seperti keadaan lembap dan basah, berminyak, panas, bahaya, kerosakan mekanikal.

ii. Penggunaan system pemasangan yang tidak peka kepada keadaankeadaan di atas akan menyebabkan ketahanan pemasangan tersebut terjejas.

Pengubahsuaian

i.

Keadaan tempat yang memerlukan pengubahsuaian, perubahan litar dan mudah menerima perubahan-perubahan mengikut keperluan tempat tersebut.

4.3

Kaedah Pemasangan Bagi Sistem Pendawaian Terdapat beberapa jenis system pendawaian untuk kaedah

pemasangan. Sepertimana yang telah dinyatakan iaitu pemilihan jenis system pendawaian adalah bergantung kepada factor pemilihan. Berikut disenaraikan jenis-jenis system pendawaian yang lazim digunakan iaitu :a) Sistem Permukaan b) Sistem Konduit c) Sistem Tersembunyi d) Sistem Sesalur

31

4.3.1 Sistem Pendawaian Permukaan

i) Ia boleh dipasang secara terus ke dinding kayu atau di atas pelapik kayu pada dinding batu atau konkrit. ii) Kabel-kabel yang digunakan dalam pendawaian permukaan mestilah daripada jenis yang mempunyai tebatan berlapis atau PVK.

Kebaikan : i) Kerosakan pada pendawaian senang dikesan. ii) Kerja-kerja menyelenggara dan tambahan boleh dibuat dengan tidak menjejaskan pendawaian yag sedia ada. iii) Kemas dan elok dipandang dan sesuai untuk rumah.

Keburukan : i) Tidak tahan panas. ii) Terdedah kepada bahaya-bahaya seperti terkena kimia, gigitan binatang dan sebagainya.

4.3.1.1

Pemilihan Kabel Kabelnya bersalut dengan PVC dan dibahagian luarnya disarung

pula denga lapisan PVC kedua dan ini menjadikan tebatan dua lapis. Sarung lapisan luar dapat memberi perlindungan kepada pengalir daripada terus mengalami kerosakan apabila berlaku kerosakan daripada luar.

4.3.1.2

Kaedah Pemasangan

Kaedah pemasangan kabel bagi system ini kebelnya dilekapkan pada permukaan dinding, tiang atau siling bagi bangunan diperbuat daripada kayu. Sokongan bagi melekapkan kabel pada dinding lazimnya menggunakan klip dipaku secara terus.

32

Ada dua klip yang digunakan untuk sistem pendawaian permukaan iaitu yang didapati dalam bentuk siap pasang.

a. Klip plumbum b. Klip aluminium

4.3.2

Sistem pendawaian konduit

Kaedah pemasangan ini menggunakan paip konduit sebagai panghalaan pendawaiannya.

ii

Jika sistem ini telah dipilih sebagai pemasangannya maka keseluruhannya kerja pemasangan bagi satu bangunan akan menggunakan konduit.

iii

Kabel akan disalurkan kedalam konduit hingga punca-punca tamatanya.

Kebaikan: i) Tahan lasak serta tahan kepada hentaman. ii) Tidak mudah pecah. iii) Kos yang rendah.

33

Keburukan: i) Terdedah kepada bahaya punca-punca kerosakan luaran atau mekanikal.

4.3.2.1

Pemilihan Kabel

Kabel yang digunakan dari jenis kabel bertebat satu lapis sahaja, kerana kabel telah pun dilindungi oleh kondiut. bilangan kabel yang hendak dipasang dalam kondiut perlu dipastikan bilangan maksimum kabel itu adalah untuk mengelakkan daripada kabel terlampau panas di dalam kondiut.

4.3.2.2

Kaedah Pemasagan

Pemasangan kondiut hendaklah disiapkan sepenuhnya, kemudian barulah dimasukkan kabel didalamnya. Ini termasuk pemasangan segala keperluan pemasangan (fittings) dan aksesori seperti kotak tee, kotak sesiku L dan segala kotak-kotak pemasangan aksesori. Pastikan semua kotak penyambungan boleh diperiksa dan mudah dicapai serta mudah diperiksa. Bilangan kabel yang dipasang dalam sesuatu kondiut hendaklah mengikut factor ruang iaitu tidak melebihi 40%. Pada bahagian penghujung kondiut seperti dikotak aksesori pastikan segala tamatan kondiut dilakukan dengan mengambil kira ikatan seperti nat pengunci dan sesendal.

Gambarajah kotak aksesori. Dikenali sebagai back box.

34

4.3.3 Sistem Pendawaian Tersembunyi Kabel pendawaian dalam sistem ini akan dipasang atau ditanam dalam dinding atau di atas siling bangunan. Penghalaan pendawaian tidak dapat dilihat kecuali bahagian hujung tamatan untuk disambungkan ke aksesori seperti soket keluaran, poin lampu, kipas dan suis. Pemasangan pada bangunan yang dibuat daripada batu lazimnya kabel-kabel akan ditempatkan pada lurah yang dibuat khas lindungan seperti kondiut, kemudiannya akan disimen dan dilepa menjadikan dinding kelihatan kemas dan cantik. Kebaikan: i) Kos perbelanjaan bagi pendawaian ini murah. ii) Tidak memerlukan alat-alat tangan yang tertentu. iii) Kemas, cantik dan tidak mengganggu pandangan. iv) Sesuai untuk pejabat.

Keburukan: i) Susah untuk menentukan punca kerosakan.

ii) Kerja-kerja tambahan susah hendak dilakukan. iii) Bahaya terkena paku akibat ketukan pengguna.

4.3.3.1

Kaedah Pemasangan

Pemasangan pendawaian tersembunyi dibuat pada peringkat awal sesuatu bangunan didirikan. Sebaik sahaja batu (bata atau blok) disusun, kerja pendawaian mula dilakukan, iaitu sebelum kerja-kerja menyimen dijalankan. Pekerja akan membuat lurah dengan menebuk tembok batu atau bata mengikut penghlaan pendawaian. Jenis kabel yang digunakan dengan penebatan dua lapis. Ini dapat mengelakkan daripada kerosakan mekanikal. Kabel dibentangkan terus pada lurah dan diklip pada bahagian batu supaya tidak terkeluar daripada penghalaan pendawaian ketika kerja menyimen dilakukan.

35

Kabel juga boleh disalurkan di dalam kondiut sebagai pelindung tambahan dan benamkan dalam alur atau lurah yang telah dibuat pada dinding. Kemudian akan disimen terus bersama permukaan dinding. Ini menjadikan pemasangan berada di dalam dinding dan kelihatan hanya bahagian hujung kabel yang akan disambungkan pada aksesori.

Pendawaian tersembunyi diatas siling dilakukan pada penghalaan yang sesuai dan selamat. Sebaik-baiknya kabel disalurkan kedalam kondiut bagi mengelakkan terdedah kepada kerosakan secara mekanikal.

Gambarajah pendawaian tersembunyi

4.3.4

Sistem Pendawaian Sesalur (trunking) Kabel PVC digunakan. Pembuluh dan sesalur memberikan

perlindungan mekanikal. Pembuluh dan sesalur terdapat dua jenis iaitu galvanised iron (G.I) atau PVC. Sesuai untuk semua jenis permukaan tetapi sesuai dari segi astetik (tidak cantik). i. ii. i. ii. Kebaikan ; Kerja pemasangan cepat. Tidak mudah dirosakan oleh perubahan cuaca dan suhu.

Keburukan : Susah dibawa dan dipasang. Mudah ditempati habuk dan kekotoran.

36

4.3.4.1

Kaedah Pemasangan

Peralatan dan bahan digunakan untuk pemasangan pendawaian: a) Tukul besi b) Gunting c) Pisau d) Pembaris besi e) Paku simen Tidak ada aksesori untuk penyambungan sesiku tee dan sesiku L. Ini semua boleh dibuat dengan menggunakan sesalur mengikut teknik pemasangan.

i.

Membuat sambungan T

ii.

Membuat sesiku L

iii.

Membentuk simpang empat

37

iv.

Menggunakan kabel dari jenis penebat satu lapis.

v.

Pemilihan saiz sesalur yang sesuai mengikut bilangan kabel dan pastikan faktor ruang yang mencukupi dan tidak melebihi 45%.

vi.

Contoh pemasangan pada tamatan soket keluaran. Pada bahagian hujung sesalur hendaklah dimasukkan kedalam kotak soket keluaran atau pun kotak suis supaya penyambungan tamatan kelihatan kemas dan tidak menampakkan kabel dari luar.

Contoh pendawaian tersembunyi

38

4.3.4.2

Contoh kerosakan

Konduit tercabut wayar dalam bahaya.

Pendawaian tidak selamat.

Pendawaian yang tidak selamat.

39

Wayar yang tidak teratur serta tidak mencukupi.

Pendawaian yang tidak sistematik.

Tiada ciri-ciri keselamatan.

40

Selepas dibalut dengan penebat. Keadaan kurang bahaya berbanding gambar di atas.

4.4

Penyelenggaraan

4.4.1 Pengenalan Bahagian penyelenggara merupakan suatu bahagian memperbaiki serta mencari punca jika berlaku kerosakan apabila menerima sesuatu aduan. Jika berlaku di majlis-majlis tertentu khusunya yang dianjurkan oleh kerajaan, pihak selenggara bertanggungjawab untuk memasang khemah serta peralatan elektrik seperti lamou, kipas, soket dan main suis untuk pemasangan sementara.

4.4.2 Tujuan

a. Supaya pemasangan elektrik sentiasa selamat untuk digunakan. b. Mengurangkan kos penyelenggaraan. c. Mengurangkan gangguan bekalan kepada pengguna. d. Menjadi pemasangan dan peralatan tahan lama. e. Memenuhi kehendak Peraturan Elektrik 1994.

41

4.4.3 Aspek-Aspek Penyelenggaraan a. Peruntukan yang mencukupi. b. Tenaga mahir yang mencukupi. c. Mempunyai Unit pentadbiran. d. Stok alat ganti yang mencukupi. e. Peralatan (kenderaan, tangga, mesin, peralatan, instrument) dan bahan yang mencukupi.

4.4.3 Kerja-Kerja Selenggara a. Membaiki atau menukar peralatan elektrik yang rosak seperti mentol, lampu, kipas, motor, suis, soket dan circuit breaker. b. Menservis peralatan elektrik seperti alatubah (transformer), motor, generator dan circuit breaker. c. Mendawai semula (rewiring) jika terdapat pendaawaian yang bermasalah. d. Menguji penebatan sistem pendawaian secara berkala. e. Memperbaiki, menambah, menaiktaraf sesuatu pemasangan elektrik.

4.4.4 Prosuder sebelum Meembuat Penyelenggaraan a. Menerima arahan daripada ketua untuk menjalankan tugas yang diterima daripada pihak aduan. b. Mengambil barang-barang untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan di stor. c. Pekerja yang ditugaskan akan terus ke tempat yang diarahkan untuk memulakan tugas.

42

4.4.5 Prosuder Membuat Aduan a. Aduan diterima daripada pengguna yang mempunya masalah melalui panggilan telefon ataupun melalui internet. b. aduan dicatat oleh juruteknik yang bertugas. c. Aduan tersebut akan disambungkan di bahagian penyelenggaraan untuk mendapatkan susulan lanjut. d. Aduan kerosakan yang menjejaskan bekalan elektrik akan diambil tindakan dalam tempoh berikut : Kerosakan yang biasa mengambil masa dalam satu hari. Kerosakan yang rumit biasanya akan dibaiki secepat yang mungkin dengan syarat mempunyai peruntukan.

43

BAB 5 SISTEM PENYAMAN UDARA (AIR-CONDITIONING SYSTEM)

5.1

Pengenalan Definisi penyaman udara ialah proses pengawalan dan perawatan bagi

semua kandungan udara untuk atau ruang atau tempat-tempat tertutup. Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan, pembaharuan udara, kebersihan, dan pegagihan udara tersebut bagi mencapai keperluan dan fungsi tertentu sesuatu ruang. Untuk mencapai keperluan pemanasan atau penyejukan dilakukan dalam pengawalan suhu. Kelembapan pula dapat dikawal dengan proses pelembapan dan penyahlembapan. Bagi mejamin kebersihan udara, proses penapisan, penyucian dan peresapan diperlukan semasa pengagihan udara dilakukan. Proses pengagihan udara dilakukan selepas melalui proses perawatan dan diagihkan ke bahagian-bahagian tertentu dalam bangunan. Penagihan udara memerlukan unit pengelolaan udara bagi menentukan cara agihan yang betul.

44

Secara ringkasnya dalam penyamanan udara memerlukan :i. ii. iii. Kawalan suhu secara pemanasan atau penyejukan. Kawalan kelembapan secara pelembapan atau penyahlembapan. Kawalan kebersihan secara penapisan, penyucian dan peresapan bagi membuang kekotoran. iv. Penagihan udara iaitu jenis pengudaraan dan cara aliran.

Prinsip asas penyamanan udara ialah berdasarkan sifat jirim terhadap suhu, haba dan tekanan. Haba merupakan satu bentuk tenaga dan boleh dialihkan dari satu objek ke objek lain. Penyejukan ialah proses secara mekanikal yang mengeluarkan dan mengalihkan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan selamat tanpa membahayakan sekeliling dan kehidupan. Ia berdasarkan dua sifat iaitu :a. Bendalir menyerap haba apabila bertukar daripada cecair kepada gas (haba pendam pengewapan). b. Bendalir mengeluarkan haba apabila bertukar daripada gas kepada cecair (haba pendam pemeluwapan).

Contohnya air haba dari api semasa mendidih dan bertukar menjadi gas wap. Wap yang memeluwap menjadi air dan mengeluarka haba. Dalam proses penyamanan udara, lazimnya, satu media digunakan bagi proses pengagihan haba. Pengagihan ini dilakukan secara serapan. Cecair atau bahan pendingin menyerap haba dari udara dan bertukar menjadi gas. Gas yang mengandungi haba dibawa dan dikeluarkan ke tempat lain.

45

5.2

Kitaran Asas Penyamanan Udara

Pada dasarnya prinsip penyamanan udara ialah satu prases pendinginan udara. Pendinginan udara dilakukan dalam bentuk kitaran terutamanya bagi menjimaykan bahan pendingin. Dalam kitaran tersebut berbagai-bagai kawalan perlu dilakukan pada proses asa ini untuk membentuk keadaan keselesaan ysng diperluksn oleh pengguns. Terdapat dua kitaran utama yang merupakan kitaran asas penyamanan udara iaitu: a. Kitaran penyejukan b. Kitaran udara Kedua-dua proses kitaran ini bertujuan utuk mengalihkan haba dari ruang yang didinginkan ke udara luar.

5.2.1

Kitaran Penyejukan

Kitaran penyejukan merupakan satu proses yang mengalihkan haba dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Haba dialih melalui unit penyejat dan disingkirkan ke udara luar pada unit pemeluwapan bagi setiap jenis alat penyamanan udara. Dalam proses pemindahan haba ini, empat perkara diperlukan dalam kitaran tersebut, iaitu pemeluwapan, pemampat, penyejat dan injap pengembangan seperti rajah 2.11. Ia juga memerlukan satu medium pembawa haba (bahan pendingin). Kitaran penyejukan ini dibuat dengan sambungan dari paip-paip yang telah ditebatkan. Terdapat dua cara yang digunakan untuk kitaran penyejukan ini, iaitu penyejukan mampatan dan penyejukan serapan. Cara penyejukan mampatan adalah lebih banyak digunakan pada masa kini kerana sistemnya yanu mudah serta kos yang murah. Alatan-alatan dan komponennya yang senang dipasang. Jika dibandingkan dengan cara penyejukan serapan, kos pengendalian cara penyejukan mampatan adalah lebih jauh tinggi. Walu bagaimanapun, cara penyejukan serapan akan dapat diperkembangkan dan digunakan dengan lebih meluas jika gas asli serta tenaga suria dapat diperoleh dengan cara yang lebih mudah dan murah.
46

Bahan pendingin yang biasanya digunakan ialah Refrigerant 12 atau Refrigerant 22 kerana sifat-sifatnya yang tidak bertindak balas dengan kebanyakan logam pemaipan. Dalam keadaan biasa media ini berbentuk gas tetapi ia bertukar menjadi cecair apabila diletak dibawah tekanan tinggi. Untuk memahaminya, berikut diterangkan setiap peringkat pada proses tersebut iaitu :-

5.2.2

Pemampatan

Pemampatan merupakan proses pengepaman bahan pendingin ke seluruh kitaran penyejukan. Bahan pendingin masuk ke dalam alat pemampat dalam bentuk gas bertekanan rendah. Apabila tekanan diberikan, suhu didih akan naik dan menukarkan gas bertekanan rendah kepada gas bertekanan tinggi. Ini menyebabkan bahan pendingin bertukar daripada wap kepada cecair.

5.2.3

Pemeluwapan

Pemeluwapan merupakan proses penyingkiran haba daripada bahan pendingin yang berbentuk gas bertekanan tinggi. Gas tersebut dipamkan ke alat pemeluwapan. Di sini, haba disingkirkan secara perolakan atau penyingkiran haba dari lingkaran pemeluwapan yang panas ke lingkaran pemeluwapan yang sejuk. Haba ini diserap oleh bahantara pemeluwapan seperti air atau udara sekeliling. Setelah haba pendam disingkirkan, ia bertukar menjadi cecair pada tekanan tinggi iaitu pada suhu biasa. Kini haba di dalam bahan pendingin telah dikurangkan.

47

5.2.5

Penyejatan

Penyejatan merupakan proses penyerapan haba pendam. Cecair bertekanan rendah yang sejuk dialirkan ke alat penyejat yang menyejatkan haba d aripada udara didalam ruang yang didiginkan. Bahan pendingin cecair bertukar menjadi gas bertekanan rendah dan membawa haba bersama-smanya untuk disingkirkan di unit pemeluwapan. Kini kitaran pertama telah lenkap dan proses inin akan berulang lagi seterusnya. Dalam proses kitar di atas itar di atas dapati bahapati bahawa haba telah dipinda haba telah dipindahkan n dari unit minimumnya 60 meternit minimumnya 60 meter. Kadangkala keselurngkala keseluruhan pemasangan alat ini disebut pam haba kerana sifatnya yang mengepam haba dari dalam ruang ang mengepam haba dari dalam ruang ke ke ke udara luarudara luarudara luar. Kuasa penyejukannya adalah antara 1.75 kW ke 475 kW. Untuk menggerakkan alat pemampat selalunya kuasa elektrik digunakan. Operasi kitaran penyejukan ini agak bising terutamanya pada alat pemampat.

Rajah 2.11 : Kitaran penyejukan

48

5.3

Kitaran udara Kitaran udara merupakan proses bagi pengagihan udara yang telah

dirawat ke dalam ruang yang ingin didinginkan. Kitaran ini sebenarnya adalah untuk menyingkirkan haba dari dalam ruang. Haba disingkir dari kitaran ini, iaitu semasa bekalan udara balik diserap pada unit penyejat. Media penyerap haba menggunakan sama ada udara atau air. Oleh itu, kitar ini mempunyai agihan kekal bekaldan agihan balik. Cara pengagihan boleh jadi menggunakan salur udara atau perpaipan air dingin. pada proses kitar udara ini, ia akan melalui beberapa lagi proses untuk mencapai keperluan pengudaraan ruang yang diingini. Haba dalam ruang yang dikeluarkan akan menjadi sejuk se secara perlahan-lahan. Dalam proses kitaran udara beberapa komponen alatan lain diperlukan iaitu :i. Unit pengelolaan(AHU)

ii. Penapis udara iii. Kipas penghembus iv. Salur udara v. Pengambilan udara bersih

5.4

Penghawa Dingin Jenis Sistem Loji

Terdapat dua jenis sistem penyaman udara untu sistem loji, iaitu :a) Sistem loji berpusat b) Sistem loji air dingin (setempat) Penyaman udara jenis sistem loji ini ialah proses pengawalan dan perawatan bagi semua kandungan udara untuk ruang atau tempat-tempat tertutup. Perawatan secara mekanikal dilakukan terhadap suhu, kelembapan, pembaharuan udara dan fungsi tertentu sesuatu ruang.

49

Secara ringkasnya dalam sistem penyaman udara adalah seperti :a) Kawalan suhu secara pemanasan atau penyejukan. b) Kawalan kelembapan secara pelembapan atau penyahlembapan. c) Kawalan kebersihan secara penapisan, penyecuian dan peresapan bagi membuang kekotoran. d) Pengagihan udara iaitu jenis pengudaraan dan cara aliran untuk mengeluarkan haba berlebihan untuk keselesaan. e) Untuk memberi udara yang mencukupi. f) Untuk mengagihkan udara dengan cara yang selesa. g) Untuk mencapai segala kepentingan di atas tahap mengacam keadaan fisiologi dan psikologi pengguna.

50

Sistem loji selalunya digunakan untuk pendinginan yang melibatkan beban pendingin 105.5 kW dengan keupayaan pengolehan udara 2832 litre/saat dan ke atas. Sistem ini memerlukan beberapa ruang khas untuk menempatkan alatan loji serta agihannya. Ia dipasang semasa proses pembinaan sesebuah bangunan. Kerja mengintegrasi dan mengkordinasi sistem penyaman udara dengan struktur dan ruang dalaman bangunan adalah sangat penting dibuat pada peringkat awal pembinaan untuk mengurangkan masalah.

5.4.1

Sistem Loji Pengadalian Pusat

Kebanyakan kompenen asas sistem loji pengadalian pusat dipasang pada satu ruang loji mekanikal penyaman udara yang menggelolakan sebahagian besar kitaran penyejukan dan kitaran udara. Selain itu, sistem ini memerlukan ruang dengan pengudaraan sekeliling yang baik bagi unit pemeluwap atau menara pendingin. Dalam sistem ini udara bekal didatangkan dari loji pusat dan diagihkan melalui salur udara ke ruang-ruang yang didinginkan. Udara boleh diagihkan secara mendatar melalui salur dalam ruang siling. Oleh sebab sistem ini menggunakan salur udara seluruhnya, ia dikaitkan dengan sistem semua udara. Masalah utama dalam penggunaan sistem ini adalah penghasilan bunyi bising dan getaran alatan. Masalah ini wujud terutamanya dari alat pemampat dan kipas penghembus yang diagihkan melalui salur udara ke ruang yang hendak didinginkan.

51

5.4.2

Sistem Loji Air Dingin (Setempat)

Ciri utama adalah penggunaan air yang disejukkan dari kitaran penyejukan untuk menyejukan udara dalam kitaran udara. Perlakuan proses ini menyebabkan ia dikenali sebagai sistem loji air dingin. Sistem ini menggunakan media air dingin dari loji pendinginan dengan tujuan untuk diagihkan beberapa bilik. Sistem ini mempunyai 4 pusingan berasingan bagi mengagihkan haba dari dalam ruang yang hendak didinginkan ke udara luar bangunan, iaitu :1. Kitaran udara mengalihkan haba dari ruang didinginkan ke unit pengelolaan udara melalui media udara. 2. Kitaran air mengalihkan haba dari unnit pengelolaan udara ke lingkaran menara pendingin melalui media air. 3. Kitaran penyejukan mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke lingkaran penyejat dalam alat pendinginan air loji pendingin. 4. Kitaran air mengalihkan haba dari lingkaran pemeluwap ke lingkaran pemeluwap ke menara pendingin melalui media air juga. 5.4.3 Pembahagian Kompenen

Sistem pembahagian udara ialah menyalurkan udara dari alat penyaman udara ke ruang yang hendak diubahsuai udaranya dan kembali semula ke alat penyaman udara. Bahagian utama sistem penyaman udara ini ialah :i. Air Handling Unit (A.H.U) Tempat terletaknya kipas, alat pelembapan, alat penyahlembapan, gegelung pemanas, alat pendinginan dan alat penapisan udara.

ii. Air Ducting (Saluran Udara) Merangkumi salur bekalan udara alur bekalan, alur kembalian dan salur kembalian udara.

iii. Distribution Room (Ruang Distrbusi) Ruang yang perlu didinginkan atau dipanaskan.

52

5.4.4

Kipas (Centrifugal Fan)

Tugas utama kipas ialah untuk menggerakkan udara ke arah bilik. Di dalam sistem pembahagian udara, udara yang digerakkan oleh kipas terdiri daripada semua udara di luar ruangan, semua udara di dalam ruangan dan campuran udara luar dan dalam ruang. Satu kipas empar menghasilkan lebih banyak tekanan untuk satu volume udara kipas dan adalah digunakan dimasa kini yang merupakan sesuai. Lazimnya bunyinya sangat bising.

Kipas

5.4.5

Salur dan Alur Bekalan (Supply Ducting)

Tugas utama Salur dan Alur Bekalan ialah untuk menyalurkan udara dari Air Handling Unit (A.H.U) ke dalam ruang bilik dengan sama rata dan sebaik mungkin. Terdapat dua bahagian utama pada bahagian alur bekalan, iaitu :-

a) Peresap (Diffuser) Untuk menghantar udara dalam bentuk menggembang ke ruang bilik. Dipasang pada siling ruang sesuatu bilik.

b) Jerejak (Grille) Alat ini mempunyai deflection bar atau vanes pada permukaannya untuk mengalirkan udara.

53

Salur boleh didapati dalam bentuk bulat, segiempat tepat dan segiempat bujur. Ini bermakna ia akan kurang bahan, kurang permukaan salur, kurang penebat dan lain-lai bentuk salur. Dari sudut praktisnya, salur segiempat tepat adalah baik kerana terhadnya ruangan di siling dan antara tetulang denagn tiang yang memerlukan ketinggian salur yang minima. Biasanya, salur segiempat digunakan untuk saluran utama (plenum) dan saluran bulat digunakan sebagai cawangan (brunch).

5.5

Sistem Penyejukan Air (Water Cooled System)

5.5.1 Pengenalan Pada sistem penyejukan dan penyamanan udara yang menggunakan sistem pendinginan air, haba yang diserap dan dimampat disingkirkan kepada suatu medium, iaitu air. Air yang digunakan untuk menyerap haba ini akan menyingkirkan haba ke udara dan disejukkan semula dengan menggunakan peralatan yang dinamakan menara pendinginan. Dengan perkataan lain, menara pendinginan adalah alat yang digunakan untuk menyejukkan air dari pemeluwap dingin air yang menyerap haba dari penyejat dan pemampat. Sebarang kesumbatan dan kekotoran dalam cooling tower ini akan mempengaruhi kapasiti penyejukan penyamanan udara terbabit.

5.5.2 Fungsi Menara Pendingin Fungsi menara pendingin ialah untuk menyingkirkan haba ke udara sekeliling dan menyejukkan air panas yang menyerap haba dari pemeluwap dingin air. Sistem ini dianggap paling ekonomi di mana menara pendinginan digunakan untuk sistem pendinginan semula air. Dengan cara ini air hanya berkurangan dalam kitar penyejukan air akibat daripada penyejatan. Menara pendinginan menyejukkan air dari pemeluwap dingin air dengan bantuan proses peredaran udara.

54

5.5.3 Prinsip Dan Binaan Menara Pendinginan ( Cooling Tower ) Prinsip kerja cooling tower berdasarkan kitaran air melalui pemeluwap dingin air, pam air dan komponen dalaman cooling tower. Pam air akan menyedut air dari bahagian bawah takungan dan diemparkan ke dalam pemeluwap dingin air. Air yang bersuhu rendah yang diemparkan itu akan menyerap haba dari bahan pendingin didalam tiub pemeluwap dan dibawa ke bahagian semburan diatas menara pendinginan. Air yang disemburkan itu akan jatuh ke atas isian atau tambakan yang keadaanya berlapis. Semasa air yang disemburkan jatuh di atas tambakan, udara luar yang yang bertiub dari arah tepi menara akan membawa wap panas yang terpeluwap daripada air panas naik ke atas menara dan kipas di puncak menara menolong mempercepatkan proses penyingkiran haba. Air yang jatuh di atas tambakan akan dikumpulkan semula ke dalam takungan pembuangan haba. Air yang sejuk ini akan dipamkan semula ke dalam pemeluwap . Untuk mengelakkan kekotoran masuk ke dalam kitaran air, penapis atau turas air dipasangkan pada paip air sebelum masuk ke dalam pam air dan juga di dalam cooling tower.

Biasanya menara pendinginan beroperasi untuk mendapatkan data berikut :a) Suhu air alur masuk : 35 C hingga 37 C b) Suhu air alur keluar : 30 C hingga 32 C c) Suhu bebuli basah alur masuk : 27 C

55

56

5.6

Penyelenggaraan

5.6.1 Kaedah penyelenggaraan

1. Bersih dan tukar penapis udara (air filter). Penapis udara yang berhabuk atau berdebu akan mengurangkan pengaliran udara masuk ke dalam sistem penyejukan. Lakukan pemeriksaan pada penapis udara sebulan sekali. Penapis yang berada dalam keadaan bersih dapat mengurangkan penggunaan tenaga 5% hingga 15%. Habuk boleh mengurang kesan penyejukan, meningkatkan bil elektrik dan menyebabkan penghawa dingin mudah rosak. 2. Bersihkan gegelung (coil). Coil terlapik dengan habuk atau debu akan mengurangkan kesan penyejukan. Untuk membersihkan coil pada penghawa dingin, perlulah munutup bekalan elektrik dan gunakan pembersih hampagas (vacuum cleaner) untuk menyingkirkan habuk pada coil (penukar haba) dalam. Manakala, coil luaran boleh dibersihkan dengan menggunakan air. 3. Periksa paip penyalur daripada sebarang kebocoran. Periksa semua paip penyalur dan sambungan, minima 2 kali setahun. Ini adalah penting bagi mengenalpasti masalah sebelum ia menjadi lebih teruk. 4. Pemeriksaan unit di dalam dan luar rumah. Daripada unit dalam rumah, periksa saluran udara keluar masuk bagi memastikan pengaliran udara tidak terhalang atau terdapat bekuan air pada unit. Ini kerana kedua-dua factor in boleh merosakkan unit penghawa dingin. Bagi unit luar rumah pula, pastikan kesemua saluran udara keluar masuk dalam keadaan bersih daripada sebarang halangan seperti daun kering dan serangga. -

57

5. Bersihkan unit dalam rumah. Lap dengan perlahan-perlahan menggunakan kain kering yang lembut. Jangan menggunakan air melibihi 40 atau cecair penggilap untuk membersihkan unit dalam di dalam rumah. 6. Pemeriksaan Berkala. Selepas digunakan untuk satu tempoh, penghawa dingin akan menjadi kotor dan pretasinya akan berkurang. Berpandukan keadaan operasi, kekotoran mungkin akan menghasilkan habuk yang akan menganggu sistem dehumification. Jadi, pemeriksaan berkala dicadangkan sebagai tambahan kepada kerja menyenggara yang biasa.

58

BAB 6 PERKAKASAN KEBERSIHAN

6.2

Perkakasan Kebersihan Perkakasan kebersihan digunakan untuk membersih dan membuang

bahan sisa buangan. Perkakasan kebersihan direka bentuk supaya kawasan kotoran dapt dikurang kepada minima dan mempunyai permukaan yang tahan lama, mudah dicuci dan tidak menyerap.

Terdapat dua kategori utama untuk sistem ini, iaitu :a) Perkakasan najis (soil fitments) Menerima hasil buangan daripada tubuh manusia yang dikenali sebagai perkakasan najis. Perkakasan yang digunakan adalah seperti mangkut tandas (water closet), dan urinal.

59

b) Perkakasan Sisa (waste fitments) Menerima hasil kotoran seperti sabun, minyak dan kotoran lain. Perkakasan yang digunakan adalah seperti bidet, besen basuh, sinki, pancuran mandi, tab mandi pancuran minuman dan lain-lain lagi.

6.2.1 Reka Bentuk

i) Mestilah direkabentuk supaya ia mencapai tahap penggunaan yang optima dengan pemasangan perkakasan yang mencukupi.

ii) Mematuhi Peraturan Rekabentuk Bangunan. Diantaranya ialah : Penempatan ruang pelupusan hendaklah ditempatkan berasingan dengan tempat penyediaan makanan atau tempat penyimpanan bahan makanan. Setiap peralatan kebersihan perlulah disusun dengan tepat dimana boleh melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan yang lebih berkesan dan ruang yang lebih berpusat. Bilangan perkakasan mestilah mencukupi dan bersesuaian dengan tahap umur pengguna dan mengikut jantina. Direkabentuk dan dipasang supaya tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan pengguna. Ruangan pelupusan perlulah mempunyai pengalihidaraann yang baik dan mempunyai sumber cahaya yang mencukupi samada semula jadi ataupun mekanikal. Setiap peralatan mestilah disusun dengan membenarkan penggunaan yang paling optima.

60

6.2.2 Susun Atur Perkakasan

i) Penentuan bilangan alatan bergantung kepada : Jenis bangunan Tahap / jantina pengguna

ii) Perancangan ruang pelupusan. Ukuran minima ruang ialah : Jamban duduk tidak kurang daripada 1.5m x 0.75m Pam tandas tidak kurang daripada 1.25m x 0.75m Bilik mandi luas minima : 1.5m dan lebar minima : 0.75m Bilik mandi dengan pemasangan jamban luas minima : 2.0m dan lebar minima : 0.75m iii) Ketinggian ruang bilik bilik mandi, tandas dan sebagainya mestilah tidak kurang daripada 2m. iv) Ruang pergerakan antara peralatan seperti water closet, wash hand basin dan bath tub.

v) Pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi untuk mendapat keselesaan, mengurangkan kadar kelembapan, mengelakkan berbau dan mencegah pertumbuhan kulat.

61

6.2.3 Jenis Perkakasan Kebersihan 1. Perkakasan Najis

i.

Mangkuk tandas jenis bersifon perangkap tunggal. Menerima air pancuran yang mengalir melalui sati bahagian berhalang yang mengenakan halangan sementara. Dengan itu, kaki panjang kaki sifon akan diisi penuh dengan air. Tindakan sifon akan berlaku dan tekanan atmosfera di dalam mangkuk akan menolak bahan-bahan yang terkumpul di dalam mengkuk keluar. Air dari kebuk yang baru sahaja digunakan akan diisi semula air dengan penuh.

Single Trap

ii.

Mangkuk tandas jenis bersifon dua perangkap. Air dari tangki simbah mengalir keluar melalui satu pemasangan pengurang tekanan, lalu menyedut udara melalui tiub dari ruang di antara kedua-dua kedap air. Tindakan sifon seterusnya akan wujud dan tekanan atmosfera di dalam mangkuk akan menolak bahan-bahan yang terkumpul di dalam mangkuk. Air yang terkandung di dalam kebuk pancuran akan mengalir ke dalam mangkuk dan mengisi semula kedap.

62

iii.

Urinal Perkakasan jenis ini direkabentuk khas untuk diletakan di tandas lelaki sahaja. Terdapat tiga jenis urinal, iaitu : Jenis papak (slab) Jenis mangkuk (bowl) Jenis kandang (stall)

2) i

Perkakasan Sisa Sinki Terdapat beberapa jenis sinki yang biasa digunakan, seperti :Sinki London Diperbuat daripada tanah tahan api bergilap dan di sokong dengan pendakap dan kekaki. Sinki ini dilengkapi dengan empang limpah.

63

Sinki Gabungan Lebih kurang sama dengan sinki London tetapi ia tidak dilengkapi dengan empang limpah.

Sinki Pencuci Kerap digunakan di sekolah, kilang dan hospital. Boleh diletakkan di dalam bilik pekerja pembersihan. Ia dilengkapi dengan jeriji keluli tahan karat yang digunakan untuk menyokong tong semasa diisi air.

64

Sinki keluli tahan karat Sangat popular dan biasa digunakan di semua jeis bangunan. Untuk bangunan berpenghuni, sinki ini dilengkapi satu atau dua penyalir, mangkuk tunggal atau kembar. Lebih sesuai untuk kerja penyediaan makanan dan kerja mencuci pinggan mangkuk.

ii

Besen basuh Diperbuat daripada pelbagai bentuk dan saiz.

65

iii Wall basin Dipasang pada dinding dengan menggunakan braket atau penyangga. Kelebihan jenis ini adalah bahagian bawah dan lantainya ditinggalkan kosong dan bersih.

iii.

Padestal basin (Berkekaki) Dipasang dengan penyokong dibawahnya seumpama tiang. Penyokong tersebut perlulah cukup besar untuk melindungi paip sisa dan pai bekalan dibelakangnya. Kebanyakan pengeluar menyediakan braket untuk memastikan ia kukuh berada di atas penyokongnya (tiang).

66

iv.

Bidet Bidet diklafikasikan sebagai perkakasan sisa. Oleh itu, paip sisanya boleh dipasang sama seperti paip sisa pada bath tub atau singki.

v.

Shower Lebih bersih daripada tab mandi kerana penggunaan airnya secara berterusan dan dialirkan keluar. Memerlukan ruang lantai yang lebih kecil berbanding tab mandi dan kuantiti air yang diperlukan juga kurang.

vi.

Pancutan Air Minuman Biasanya digunakan di pejabat, sekolah, kolej, hospital kompleks sukan dan kebanyakan bangunan perdagangan. Diperbuat daripada tanah tahan api dan keluli tahan karat. Perkakasan ini hendaklah tidak berdekatan dengan paip air panas.

67

6.2.4 Faktor Pemilihan Perkakasan Kebersihan

Pemilihan perkasasan kebersihan sangat penting sebelum melakukan kerja-kerja pemasangan. Terdapat beberapa faktor yang harus diteliti, seperti :i ii Susunatur peralatan Kos pemasangan

iii Kaedah pemasangan iv Penyelenggaraan v Bahan buatan perkakas vi Kesan bunyi vii Pasaran viii RekaBentuk

6.3

Perkakasan Kebersihan Bangunan

6.3.1

Rekabentuk Perkakasan Di dalam membuat reka bentuk perpaipan termasuk bagi rekabentuk

perkakasan kebersihan, perkara utama yang perlu diberi pertimbangan adalah plumbing layout (design perpaipan). Terdapat tiga langkah yang perlu dilengkapkan, iaitu : i Menentukan jenis dan sistem perkakasan kebersihan yang perlu dibekalkan. ii Menentukan jumlah perkakasan kebersihan. Jenis bangunan Jumlah pengguna mengikut jantina di dalam bangunan tersebut.

iii Menentukan kedudukan perkakasan kebersihan.

68

Jika mencukupi atau melebihi, ia perlulah diterima pakai, tetapi jika kurang, penambahan jumlah perkakasan akan dibuat selaras dengan keperluan yang diperlukan.

6.3.2 i

Susun Atur Ruang Pelupusan

Penentuan bilangan alatan bergantung kepada : Jenis bangunan Tahap / jantina pengguna

ii

Perancangan ruang pelupusan (ukuran minima ruang). Tandas / jamban duduk 1.5m x 0.75m. Pam tandas dengan pasangan selain dari jamban duduk 0.75m. Bilik mandi luas 1.5m per, lebar 0.75m. Bilik mandi dengan pasangan jamban Luas 2.0m per, lebar 0.75m.

iii Ketinggian ruang bilik mandi, tandas dan sebagainya, mestilah tidak kurang daripada 2m. Kedudukan perkakasan di dalam ruang perlu selesa. Dimana antara perkakasan kebersihan dan dinding perlulah ada ruang untuk manusia bergerak dengan selesa.

69

BAB 7 : KOMEN DAN CADANGAN 7.1 Pengenalan Latihan Industri merupakan satu pendekatan yang telah diambil oleh pihak Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia secara amnya dan Politeknik Ungku Omar khasnya untuk menambah lebih banyak ilmu pengetahuan tentang teknikal mahupun pentadbiran memandangkan jangkamasa kursus adalah tiga tahun dan ia juga dapat mengurangkan tekanan para pelajar dalam menghadapi nota-nota kuliah semata-mata. Selain itu,saya juga dapat mempelajari cara berkomunikasi dalam bidang pengurusan dan perancangan sesuatu projek.Pemilihan organisasi bukan sahaja bergantung kepada besar atau kecil sesuatu organisasi tetapi kesanggupan segala ilmu pengetahuan yang ada pada pelatih dengan teknologi terkini yang digunakan di firma.

70

Di sepanjang tempoh Latihan Industri, beberapa komen dan cadangan dapat dirumuskan bagi kepentingan bersama juga penambahbaikkan kepada pihak kementerian, Politeknik, firma/majikan dan pelajar sendiri.

7.2 Komen dan Cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

i)

Mewujudkan rangkaian kerja berjadual agar dapat melancarkan sistem supaya lebih mantap.

ii)

Soal selidik secara terbuka dapat membuat keputusan dengan lebih tepat.

iii)

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia perlu berganding tenaga untuk meningkatkan prestasi pelajar dan kerjasama serantau.

iv)

Hendaklah menghasilkan pensyarah-pensyarah yang berdedikasi, mempunyai pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan mahir dalam Bahasa Inggeris.

71

7.3 Komen dan Cadangan kepada Politeknik Sultan Azlan Shah

i)

Pihak Politeknik dapat menyelia dengan menghantar surat permohonan dan dokumen berkaitan kepada organisasi tersebut dengan lebih berkesan.

ii)

Pensyarah perlu menyemak senarai organisasi yang telah dipohon supaya dapat menjalani Latihan Industri dengan lebih mampan.

iii)

Pihak Politeknik hendaklah memberikan taklimat panduan yang lebih berkesan kepada pelajar mengenai cara untuk melengkapkan buku laporan harian yang lebih tepat. Contohnya seperti format bagi laporan, kaedah penulisan yang sesuai, perkara-perkara yang perlu dan tidak perlu dalam penulisan laporan harian.

iv)

Selain itu, perlu ditekankan cara yang sesuai bagi pelajar yang mungkin ketika latihan akan melakukan kerja yang sama selama beberapa minggu atau bulan.

72

7.4 Komen dan Cadangan kepada Firma/Majikan

i)

Majlis Bandara Ipoh perlulah lebih memberi panduan kepada pelajar tentang prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalankan latihan.

ii)

Jadual gerak kerja yang lengkap dan lancar dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin.

iii)

Pelatih-pelatih juga seharusnya dapat dibimbing dengan sebaik mungkin oleh penyelia yang bertanggungjawab di mana pelatih menjalani latihan.

iv)

Pelajar harus didedahkan dengan kerja-kerja di tempat kerja untuk memahami antara teori dan amali supaya dapat lebih memahami dengan jelas tujuan dan maksud kerja tersebut dilaksanakan.

v)

Para pelatih seharusnya didedahkan dengan lebih banyak pengetahuan tentang kerja-kerja yang berkaitan dengan kursus pelajaran, di mana pengetahuan ini tidak dapat diperolehi sepenuhnya di Politeknik hanya dengan mendapatkannya secara teori.

vi)

Ketua dan pekerja bawahan perlulah mempunyai hubungan komunikasi yang baik seperti memberi penerangan secukupnya tentang sesuatu kerja supaya pekerja atau pelatih dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin.

73

8.5 Komen dan Cadangan kepada Pelajar

i)

Pelajar mestilah menunjukkan disiplin yang tinggi dengan mematuhi peraturan dan etika kerja yang baik agar disegani.

ii)

Pelajar yang ingin menjalani latihan industri hendaklah sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas yang bakal dilakukan dan sentiasa mengamalkan sikap bertanggungjawab.

iii)

Pelajar perlu tidak mensia-siakan peluang yang telah diberi semasa menjalani latihan industri supaya ilmu yang diperolehi sepanjang latihan dapat digunakan dan menjadi panduan untuk menempuh alam pekerjaan serta ia akan menjadi asset yang berguna kepada diri sendiri.

iv)

Latihan industri merupakan pembelajaran secara berkesan untuk para pelajar politeknik dan usaha ini harus diteruskan pada masa akan datang.

74

BAB 8 - KESIMPULAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah kurnia-Nya dapat juga saya menjalani Latihan Industri dengan jayanya sehingga tamat tempoh latihan tersebut. Sepanjang saya menjalani latihan industri selama 20 minggu bermula dari 17 Disember 2012 hingga 3 Mei 2013, dapat saya simpulkan bahawa program latihan industri ini sememangnya memberi satu bentuk latihan yang berbeza kepada pelajar bagi memahami ilmu yang dipelajari secara teori selama ini di politeknik. Selain itu, ia amat berguna kepada para pelajar dimana dapat merasa dengan alam pekerjaan yang sebenar malahan program ini juga turut memberikan pengalaman yang berguna kepada saya untuk menbina ketabahan diri dan jati diri yang teguh dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Sememangnya tugas dan tanggungjawab yang digalas sebagai seorang Jurutera amat berat sekali. Hal ini kerana sebarang kegagalan sesuatu projek dipertanggungjawabkan ke atasnya. Semasa sesi pemembelajaran, pelajar hanya diajar secara teori dimana penyelesaian masalah dijawab dengan pengiraan dan pertimbangan berdasarkan teori. Namun dengan menjalani program latihan seperti ini, pelajar sekurangkurangnya dapat membuka mata melihat masalah-masalah sebenar yang berlaku dalam industri kejuruteraan.

75

Kemahiran berkomunikasi adalah penting sebagai contoh, cara berkomunikasi interaksi dengan pihak atasan dan pihak bawahan adalah berbeza sama sekali. Selalunya percakapan dengan pihak bawahan adalah lebih rasmi dan formal terutamanya semasa menghadiri mesyuarat. Manakala percakapan dengan pihak bawahan seperti kontraktor adalah lebih kepada arahan tetapi dengan menggunakan pendekatan psikologi arahan diberikan secara sopan dan dapat mengelakkan daripada berlakunya perbalahan. Disinilah kemahiran berkomunikasi dan penyesuaian diri memainkan peranan yang penting. Butiran percakapan seseorang itu akan dinilai dan ditafsirkan oleh orang sekeliling dan seterusnya mencerminkan diri kita sebenar. Setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi saya tujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjalankan program latihan industri selama satu semester saya menjalani latihan.

76

Anda mungkin juga menyukai