Anda di halaman 1dari 6

Dr Azlin Hilma Hillaluddin

SSYA1013 Pengantar Psikologi Semester 1 2011/2012

PENULISAN AKADEMIK

Terdapat beberapa gaya rujukan yang digunakan di dalam dunia akademik APA (American Psychological Association) Digunakan di dalam bidang penulisan psikologi dan lain-lain sains sosial

MLA (Modern Language Association) Digunakan di dalam bidang penulisan sastera dan kemanusiaan

AMA (American Medical Association) Digunakan di dalam bidang penulisan perubatan, kesihatan dan sains biologi

Chicago Digunakan di dalam bidang penulisan sejarah (juga terbuka kepada lain-lain bidang)

*****************************************************************************

APA Reference Style (Examples of types of references)

Journal article Singh, H. A., Wong, W. Y., & Nurani, N. K. (1996). Prevalence of childhood sexual abuse among Malaysian paramedical students. Child Abuse & Neglect, 20(6), 487-492.

Book Reid, S. (2003). The Prentice Hall guide for college writers. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Dr Azlin Hilma Hillaluddin

SSYA1013 Pengantar Psikologi Semester 1 2011/2012

Wilson, C., & Powell, M. (2001). A guide to interviewing children: Essential skills for counsellors, police, lawyers and social workers. Crows Nest, NSW: Allen & Unwin.

Book chapter in an edited book Trickett, P. K. (2006). Defining child sexual abuse. In M. M. Feerick, J. F. Knutson, P. K. Trickett & S. M. Flanzer (Eds.), Child abuse and neglect: Definitions, classifications, & a framework for research. Baltimore, MD: Paul H. Brookes Publishing.

Internet article Road Safety Department. (2010). About road safety education. Retrieved February 6, 2010, from http://www.pkjr.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=44& Itemid=65.

Newspaper article Rasitha Abdul Hamid. (2008, March 18). Search for Asmawi intensifies. The Star.

Beberapa singkatan (Ed). = editor (Eds.) = editors (2nd ed.) = second edition (3rd ed.) = third edition (9th ed.) = ninth edition (p.) = page ( atau gunakan ms. untuk Bahasa Melayu) (pp.) = pages

Dr Azlin Hilma Hillaluddin

SSYA1013 Pengantar Psikologi Semester 1 2011/2012

What is plagiarism? Plagiarism is the act of passing off another researchers or writers information, ideas, or language as ones own (Reid, 2003, p. 597) Memetik penulisan orang lain tanpa memberi kredit kepada penulis asal Terjadi dengan sengaja atau tidak disengajakan Menggunakan keseluruhan (atau hampir keseluruhan) ayat yang ditulis oleh penulis asal di dalam penulisan anda juga dianggap plagiarisme, walaupun anda meletakkan namanya di dalam rujukan. Ini kerana anda tidak menunjukkan usaha penulisan sendiri dengan cara memetik keseluruhan karya penulis lain.

Merujuk sumber di dalam teks penulisan anda: Menurut Darlington (2010), suasana kelas yang menyeronokkan akan membantu para pelajar mudah mengingati apa yang dipelajari. Identiti diri mula dibentuk pada zaman remaja dan sering mengakibatkan berlakunya konflik diri (Azlin Hilma Hillaluddin, 2005). Spicker (1991, di dalam Morales, 1998) menegaskan perdebatan tentang isu kualiti perkhidmatan tidak mudah diselesaikan dalam masa yang singkat. Whitelaw-Downs, Moore dan McFadden (2010) berpendapat pelan perkhidmatan untuk kanak-kanak terutamanya mangsa penderaan perlu dirancang dengan teliti dan memerlukan kerjasama semua pihak yang terlibat. Ini kerana: Children in the child welfare system require individual focus to ensure that the lasting effects of neglect are minimized. The further up the pyramid of services one goes, the greater the potential for the abuse or neglect to have lasting effects on the child. (ms. 142)

Dr Azlin Hilma Hillaluddin

SSYA1013 Pengantar Psikologi Semester 1 2011/2012

Beberapa perkara teknikal penulisan

Selang sebaris (single space) Statistik penderaan kanak-kanak di Malaysia secara amnya menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Jadual 1 menunjukkan statistik kes-kes penganiayaan kanak-kanak yang dilaporkan dari tahun 2003 sehingga 2007 (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, n.d.).

Langkau dua baris (double space) Statistik penderaan kanak-kanak di Malaysia secara amnya menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Jadual 1 menunjukkan statistik kes-kes penganiayaan kanak-kanak yang dilaporkan dari tahun 2003 sehingga 2007 (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, n.d.).

Selang di antara perenggan Gaya 1 Statistik penderaan kanak-kanak di Malaysia secara amnya menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Jadual 1 menunjukkan statistik kes-kes penganiayaan kanak-kanak yang dilaporkan dari tahun 2003 sehingga 2007 (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, n.d.). Penderaan seksual kanak-kanak didapati merupakan jenis penderaan kedua terbanyak dilaporkan selepas penderaan fizikal. Walaupun peningkatan kes yang dilaporkan mungkin merupakan susulan meningkatnya kesedaran masyarakat untuk melaporkan kes-kes penderaan ataupun terdapat lebih ramai mangsa yang tampil untuk mendedahkan perbuatan pendera, peningkatan ini dilihat sebagai suatu trend yang membimbangkan dan perlu ditangani secara menyeluruh. Selain itu, statistik di dalam Jadual 1 juga menunjukkan majoriti mangsa penderaan seksual adalah kanak-kanak perempuan. Ini adalah setara dengan dapatan kajian di negaranegara lain yang menunjukkan bilangan mangsa kanak-kanak perempuan yang lebih tinggi

Dr Azlin Hilma Hillaluddin

SSYA1013 Pengantar Psikologi Semester 1 2011/2012

berbanding kanak-kanak lelaki (Finkelhor, 1994; Pereda, Guilera, & Gomez-Benito, 2009). Namun begitu, walaupun statistik berkenaan menunjukkan nisbah bilangan kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa penderaan seksual adalah jauh lebih tinggi berbanding kanakkanak lelaki, terdapat kemungkinan ada lebih banyak kes yang melibatkan kanak-kanak lelaki yang tidak dilaporkan.

Gaya 2 Statistik penderaan kanak-kanak di Malaysia secara amnya menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun. Jadual 1 menunjukkan statistik kes-kes penganiayaan kanak-kanak yang dilaporkan dari tahun 2003 sehingga 2007 (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, n.d.). Penderaan seksual kanak-kanak didapati merupakan jenis penderaan kedua terbanyak dilaporkan selepas penderaan fizikal. Walaupun peningkatan kes yang dilaporkan mungkin merupakan susulan meningkatnya kesedaran masyarakat untuk melaporkan kes-kes penderaan ataupun terdapat lebih ramai mangsa yang tampil untuk mendedahkan perbuatan pendera, peningkatan ini dilihat sebagai suatu trend yang membimbangkan dan perlu ditangani secara menyeluruh.

Selain itu, statistik di dalam Jadual 1 juga menunjukkan majoriti mangsa penderaan seksual adalah kanak-kanak perempuan. Ini adalah setara dengan dapatan kajian di negara-negara lain yang menunjukkan bilangan mangsa kanak-kanak perempuan yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki (Finkelhor, 1994; Pereda, Guilera, & Gomez-Benito, 2009). Namun begitu, walaupun statistik berkenaan menunjukkan nisbah bilangan kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa penderaan seksual adalah jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak lelaki, terdapat kemungkinan ada lebih banyak kes yang melibatkan kanak-kanak lelaki yang tidak dilaporkan.

Dr Azlin Hilma Hillaluddin

SSYA1013 Pengantar Psikologi Semester 1 2011/2012

Space selepas titik dan comma Selepas titik Dua space (tekan spacebar dua kali)

Selepas comma Satu space (tekan spacebar sekali)

Anda mungkin juga menyukai