Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2009 BAGI TAHUN 1&2

Pendahuluan
Model Kem Bestari Solat (KBS) merupakan aktiviti tahunan yang di laksanakan bagi setiap sekolah yang menjalankan program j-QAF. Objektif pelaksanaannya adalah untuk memastikan semua murid yang beragama Islam dapat menunaikan ibadah solat dengan sempurna dari segi perkataan ,perbuatan dan penghayatan.

Kem Bestari Solat kali pertama telah dilaksanakan pada 18 April 2009 bagi murid Tahun 1 dan 2 dengan jayanya. Seramai 169 orang peserta mendaftarkan diri manakala 12 orang guru pembingbing yang beragama Islam telah di lantik.Setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dengan bantuan daripada semua pihak sama ada pihak pentadbir, guru-guru bukan beragama Islam dan guru-guru beragama Islam.

KEKUATAN

Dengan kerjasama dan sokongan yang di berikan oleh semua pihak pada hari tersebut, segala aktiviti yang dirancangkan dapat di jalankan dengan sempurna.

Aktiviti amali wudhuk dan solat yang di jalankan dapat menanam kesedaran dalam diri murid akan kepentingan melaksanakan ibadah solat dalam kehidupan seharian.

Meningkatkan kemahiran dan penguasaan murid dalam melaksanakan amali wudhuk dan solat dengan sempurna.

Aktiviti tayangan LCD yang dilaksanakan dapat menarik perhatian pelajar

KELEMAHAN

Kehadiran murid yang kurang memuaskan bagi tahun 2. Hal ini disebabkan program dilaksanakan pada hari sabtu .Bagi tahun 1 penyertaan amatlah menggalakan.

Terdapat guru pembimbing yang dilantik tidak dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan pada saat akhir disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan menimbulkan sedikit masalah kepada pihak penganjur.

CADANGAN

Mewajibkan kehadiran semua pelajar dalam program yang dilaksanakan pada masa akan datang.

Menegaskan kepada guru pembimbing supaya memaklumkan lebih awal sebarang masalah yang timbul bagi membolehkan pihak penganjur menyediakan guru pengganti yang lain

PENUTUP
Syukur Alhamdulilah dengan kehendak dan kebesaran Allah Kem Bestari Solat Kali pertama tahun 2009 bagi murid-murid tahun 1 &2 dapat dijalankan dengan jayanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pentadbiran sekolah, guru-guru,KTBM dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharap usaha yang sedikit ini akan mendatangkan manfaat kepada murid-murid disekolah ini bagi merealisasikan generasi yang cemerlang solat bestari akhlak.

Anda mungkin juga menyukai