Anda di halaman 1dari 17

WAJ3104

LITERASI BAHASA MELAYU

Tajuk 1

AKTIVITI PRABACAAN

1.1 Sinopsis

Bengkel

aktiviti

prabacaan

mengkehendaki

pelajar

melaksanakan

aktiviti

pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan pergerakan tangan dan mata. Untuk melaksanakan aktiviti ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai. Empat jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali aktiviti prabacaan dalam modul ini.

1.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M. 2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M 3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M.

Arahan Pembelajaran Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini. Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam portfolio anda. Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.

WAJ3104

LITERASI BAHASA MELAYU

Prabacaan :
Apakah yang anda fahami maksud prabacaan Bagaimanakah aktiviti ini membantu proses membaca

1.3 Kerangka Konsep

Untuk memahami aktiviti prabacaan sila teliti kerangka konsep berikut.

PRABACAAN

Pengamatan penglihatan

Pengamatan pendengaran

Pergerakan tangan dan mata

Menggunakan bahan bantu belajar

l a t i h a n

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanakkanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan (Juriah Long et.al. 1994).

WAJ3104
Peringkat kemahiran prabacaan meliputi kemahiran aktiviti

LITERASI BAHASA MELAYU

pengamatan

pendengaran, latihan

pengamatan

peglihatan,

koordinasi

psikomotor,

menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan.Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka

mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut. 1.4 Aktiviti/Bengkel Prabacaan

Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang aktiviti prabacaan, anda perlu melaksanakan aktiviti berikut: 1.4.1. Pengamatan Penglihatan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, lakukan aktiviti: pengamatan penglihatan

Aktiviti ini bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk-bentuk. Kini anda perlu melakukan aktiviti seterusnya. 1.4.2 Pengamatan Pendengaran

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki melakukan aktiviti untuk mengecam bunyi-bunyi. Anda perlu melakukan aktiviti: pengamatan pendengaran

Tahniah! Anda telahpun berjaya melaksanakan aktiviti mempertingkatkan ketajaman pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran.

WAJ3104
Teruskan aktiviti berikut yang melibatkan psikomotor.

LITERASI BAHASA MELAYU

1.4.3 Pergerakan Tangan dan Mata

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki melakukan aktiviti: pergerakan tangan

Teruskan aktiviti prabacaan dengan melakukan aktiviti pergerakan mata

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, anda perlu melakukan aktiviti menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan sebagai pengukuhan.

Latihan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan aktiviti prabacaan secara simulasi. Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

WAJ3104

LITERASI BAHASA MELAYU

Tajuk 2

BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH FONETIK

2.1 Sipnosis

Bengkel asas membaca kaedah fonetik memerlukan membunyikan huruf dan mengasosiasikan

pelajar membuat latihan

benda/objek dengan bunyi huruf.

Pelajar juga dikehendaki membatang suku kata dan perkataan, membaca frasa dan ayat. Untuk melaksanakan kaedah fonetik ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu belajar. Empat jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali

bengkel asas membaca kaedah fonetik dalam modul ini.

2.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M. 2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M 3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M.

Arahan Pembelajaran

Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini. Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam portfolio anda. Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.

WAJ3104 Kaedah Fonetik :

LITERASI BAHASA MELAYU

Apakah yang anda fahami tentang kaedah fonetik Bagaimanakah kaedah ini membantu proses membaca

2.3 Kerangka Konsep

Untuk memahami kaedah fonetik, sila teliti kerangka konsep berikut

KAEDAH FONETIK

Membunyikan huruf dan asosiasi dengan benda

Membatang suku kata dan perkataan

Membaca frasa dan ayat

Menggunakan bahan bantu belajar

l a t i h a n

Kaedah fonetik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan murid mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.

WAJ3104
2.4 Aktiviti/Bengkel Kaedah Fonetik

LITERASI BAHASA MELAYU

Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut: 2.4.1 Membunyikan huruf dan asosiasi dengan benda

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut: membunyikan huruf A Z

Setelah anda selesai membunyikan kesemua huruf anda dikehendaki mengasosiasikan benda dengan bunyi huruf tersebut. 2.4.2 Membatangkan suku kata dan perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki: membatang suku kata

Seterusnya, anda perlu menyebut/membunyikan perkataan tanpa membatang suku kata

2.4.3 Membaca frasa dan ayat

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki : membaca frasa

Teruskan aktiviti membaca dengan membaca ayat yang lengkap.

WAJ3104

LITERASI BAHASA MELAYU

2.4.4 Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah fonetik

Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam kaedah fonetik.

Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk : Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkahlangkah tersebut. Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik seperti yang telah anda pelajari.

Latihan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah fonetik secara simulasi.

Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

WAJ3104 Tajuk 3

LITERASI BAHASA MELAYU

BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH ABJAD

3.1 Sipnosis

Bengkel asas membaca kaedah abjad mengkehendaki pelajar menyebut nama huruf abjad A hingga Z; huruf besar dan huruf kecil, menyebut suku kata V dan KV, mengeja suku kata, perkataan dan frasa, membaca ayat dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai. Empat jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali aktiviti bengkel asas membaca kaedah abjad dalam modul ini.

3.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M. 2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M 3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M.

ArahanPembelajaran: Pembelajaran Arahan

Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini. Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam portfolio anda. Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.

WAJ3104 Kaedah Abjad :

LITERASI BAHASA MELAYU

Apakah yang anda fahami tentang kaedah abjad Bagaimanakah kaedah ini membantu proses membaca

3.3 Kerangka Konsep

Untuk memahami kaedah abjad, sila teliti kerangka konsep berikut

KAEDAH ABJAD

Menyebut nama huruf abjad a z; huruf besar dan kecil

Menyebut suku kata V dan KV

Mengeja suku kata, perkataan dan frasa

Membaca ayat

Menggunakan bahan bantu belajar

l a t i h a n

Kaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itu bertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakan juga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulu melalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf a hingga z mengikut susunan. Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan 10

WAJ3104

LITERASI BAHASA MELAYU

terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.

Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan Daripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu.

3.4 Aktiviti/Bengkel Asas Membaca Kaedah Fonetik

Kita perlu melaksanakan aktiviti berikut untuk memahami kaedah ini:

3.4.1 Menyebut nama huruf abjad A-Z; huruf besar dan kecil

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut: menyebut huruf a-z ; huruf kecil

Setelah anda selesai menyebut kesemua huruf, anda dikehendaki pula menyebut huruf A-Z; huruf besar 3.4.2 Menyebut suku kata V dan KV

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki: menyebut suku kata V

11

WAJ3104
Seterusnya, anda perlu menyebut suku kata KV

LITERASI BAHASA MELAYU

3.4.3 Mengeja suku kata, perkataan dan frasa

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: mengeja suku kata

Teruskan latihan anda untuk mengeja perkataan

Anda sekarang perlu meneruskan latihan untuk mengeja frasa

3.4.4 Latihan membaca ayat

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: membaca ayat dengan lengkap 3.4.5. Menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai untuk melaksanakan kaedah abjad

Anda telah pun melaksanakan langkah demi langkah kaedah abjad bermula daripada menyebut nama huruf dansuku kata, mengeja suku kata, perkataan dan frasa serta latihan membaca ayat.

Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk : Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkahlangkah tersebut. Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah abjad seperti yang telah anda pelajari.

12

WAJ3104

LITERASI BAHASA MELAYU

Latihan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah abjad secara simulasi.

Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

13

WAJ3104

LITERASI BAHASA MELAYU

Tajuk 4

BENGKEL ASAS MEMBACA: KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

4.1 Sipnosis

Bengkel asas membaca kaedah pandang dan sebut memerlukan

pelajar

membuat latihan menyebut perkataan, mencerakinkan perkataan menjadi suku kata, membina dan membaca ayat dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai.Untuk melaksanakan kaedah ini, pelajar dikehendaki menggunakan bahan bantu belajar. Tiga jam diperuntukkan untuk melaksanakan amali aktiviti bengkel asas membaca kaedah pandang dan sebut dalam modul ini.

4.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar seharusnya dapat: 1. Menjelaskan dan menghuraikan kemahiran asas KIA2M. 2. Membina bahan bukan elektronik dan bahan elektronik KIA2M 3. Menilai dan memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk melaksanakan KIA2M.

Arahan Pembelajaran

Anda perlu membina bahan bantu belajar untuk melaksanakan setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini. Bahan tersebut perlu didokumentasikan sebagai bahan bukti di dalam portfolio anda. Segala hasilan kerja akan dipamerkan dalam Seminar dan Pameran Bahan Pemulihan Bahasa Melayu pada akhir Kursus WAJ3104.

14

WAJ3104

LITERASI BAHASA MELAYU

Kaedah Pandang dan Sebut :


Apakah yang anda fahami dengan kaedah pandang dan sebut Bagaimanakah kaedah ini membantu proses membaca

4.4 Kerangka Konsep

Untuk memahami kaedah pandang dan sebut, sila teliti kerangka konsep berikut

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Menyebut perkataan

Mencerakinkan perkataan kata

Membina dan membaca ayat

Menggunakan bahan bantu belajar

l a t i h a n

Kaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakan juga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang dan menyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenalkan kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

15

WAJ3104

LITERASI BAHASA MELAYU

4.4 Aktiviti/Bengkel Asas Membaca Pandang dan Sebut Untuk memahami kaedah ini kita perlu melaksanakan aktiviti berikut: 4.4.1 Menyebut Perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki melaksanakan langkah-langkah berikut: menyebut perkataan

4.4.2 Mencerakinkan perkataan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, anda dikehendaki: mencerakinkan perkataan menjadi suku kata

4.4.3 . Membina dan membaca ayat

Dengan menggunakan bahan bantu belajar anda dikehendaki: membina ayat

Teruskan aktiviti membaca dengan membaca ayat yang lengkap.

4.4.4. Menggunakan bahan bantu belajar untuk melaksanakan kaedah Pandang dan sebut

Pastinya kini anda telah mahir melaksanakan langkah demi langkah dalam kaedah pandang dan sebut.

Kini anda dikehendaki menggunakan kreativiti anda untuk : Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkahlangkah tersebut.

16

WAJ3104

LITERASI BAHASA MELAYU

Anda kini boleh menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah pandang dan sebut seperti yang telah anda pelajari.

Latihan

Dengan menggunakan bahan bantu belajar bukan elektronik yang anda bina sendiri, anda dikehendaki melaksanakan kaedah pandang dan sebut secara simulasi. Setelah itu, anda dikehendaki menilai strategi pengajaran yang digunakan.

17

Anda mungkin juga menyukai