NAMA PROJEK/AKTIVITI : Program Peningkatan Jati Diri Tahun 6 TEMPOH PELAKSANAAN: 2 hari 1 malam (5 6 Julai 2013) OBJEKTIF :
1) Membuka minda murid akan terus membaiki kelemahan diri. 2) Meningkatkan keyakinan murid terhadap kemampuan mereka dalam pelajaran. 3) Menjana minda yang kreatif untuk mengembangkan kemampuan mereka.
STRATEGI PELAKSANAAN
1) Merancang program bersama-sama rakan guru pelatih dan guru pembimbing. 2) Menyusun dan merancang aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program tersebut dijalankan. 3) Membentuk jawatankuasa program bagi memastikan kelancaran program. 4) Menyediakan kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan daripada pihak sekolah. 5) Menyediakan segala kelengkapan peralatan yang akan digunakan semasa program berlangsung. 6) Memastikan pengangkutan cukup dan selesa untuk membawa muridmurid dan para guru. 7) Menjalankan program dengan sebaik mungkin mengikut perancangan yang telah dirancangkan. REFLEKSI :
1) Kekuatan Projek/Aktiviti
Aktiviti telah berjaya dirancang dengan teratur dan teliti sehingga dapat menghasilkan sebuah program yang menarik serta lancar. Program yang dijalankan mempunyai objektif dan matlamat yang jelas serta berjaya dicapai. Penglibatan murid-murid/peserta kem sangat menggalakkan dan
memberikan komitmen yang maksimum. Penerangan semasa slot LDK diberikan dengan jelas, ringkas dan padat serta dapat disampaikan dengan baik.
2) Kelemahan Projek/Aktiviti
Kawalan murid-murid kurang memuaskan. Sistem siaraya kurang memuaskan sehingga terdapat masalah teknikal semasa mengendalikan program tersebut.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Pada masa akan datang, beberapa perkara perlu diperbaiki agar menjadikan sesuatu program berjalan dengan lancar. Antara perkara yang perlu ditambahbaik ialah dari segi pengawalan murid-murid. Oleh itu, apabila mengendalikan sesuatu program perlulah bersikap lebih tegas dalam pengawalan murid agar program dapat dijalankan dengan lebih lancar. Seterusnya, sistem siaraya juga perlu dicuba terlebih dahulu. Perlulah memastikan sistem siaraya dalam keadaan baik dan tiada masalah sebelum memulakan sesuatu program. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Pelbagai pengalaman dan ilmu yang telah diperolehi sepanjang mengendalikan program.
Diharap
agar
segala
pengalaman
ini
dapat
dijadikan
panduan
apabila