Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT, TUARAN

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING


TARIKH : TEMPAT : PADANG BOLA BALING IPG KAMPUS KENT ANJURAN: JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) IPG KAMPUS KENT DENGAN KERJASAMA:

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING

1.0 PENDAHULUAN

Bola baling merupakan salah satu jenis sukan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras negara.Pertandingan bola baling ini adalah satu aktiviti kokorikulum yang boleh membantu dalam aspek fizikal mahupun minda. Justeru itu, melihat kepada keupayaan dan kemudahan yang ada pada IPG Kampus Kent seperti padang bola baling, maka permainan ini boleh dilaksanakan dalam bentuk pertandingan untuk menarik minat para siswa pendidik untuk melibatkan diri dalam sukan ini. Tambahan pula, melalui pelaksanaan aktiviti ini juga dapat membantu ke arah pembentukan JERIS seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

2.0 RASIONAL

Pertandingan permainan bola baling ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Permainan ini diadakan agar sifat kerjasama dalamsetiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Selain itu, rasional permainan ini dilaksanakan dalam bentuk pertandingan adalah untuk menarik minat para siswa pendidik untuk melakukan aktiviti beriadah yang seterusnya mampu mendorong diri mereka untuk sentiasa menjaga kesihatan diri. Di samping itu, aktiviti ini adalah untuk menyediakan guru pelatih supaya mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang permainan bola baling serta dapat memperkayakan diri dengan perkongsian ilmu dalam meningkatkan sahsiah dan etika keguruan.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

3.0 OBJEKTIF 3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam

pertandingan. 3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu

menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan. 3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini. 3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategistrategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Melahirkan siswa pendidik yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

4.0 KUMPULAN SASARAN Terbuka kepada semua siswa pendidik Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

5.0 TARIKH DAN TEMPAT Tarikh : Masa : Tempat : Padang bola baling IPG Kampus Kent, Tuaran

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL.

PERKARA Makanan dan minuman (AJK)

BILANGAN

HARGA SEUNIT RM 3.00

HARGA KESELURUHAN

1.

20 orang

RM 60.00

2.

Sijil Penghargaan (AJK) Sijil Penyertaan (Peserta)

20 orang 80 orang

RM 2.00 RM 2.00

RM 40.00 RM 160.00

3.

Air mineral Kertas putih A4

10 kotak 1 rim 20 keping 5

(10 RM 8.00)

RM 80.00

4.

Kad manila Plastik sampah

Mohon daripada pihak stor RM 340.00

JUMLAH

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

7.0 STRUKTUR ORGANISASI

JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG DATUK MARY TERESA KINAJIL (Pengarah IPG Kampus Kent)

PENAUNG II ROMLI BIN DARUS (Timbalan Pengarah IPG Kampus Kent)

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA

BENDAHARI

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI

TIMBALAN PENGERUSI

SETIAUSAHA

BENDAHARI

AJK TEKNIKAL

AJK SIARAYA

AJK PERALATAN

AJK MAKANAN/MINUMAN

AJK CENDERAHATI/SIJIL

AJK KEBERSIHAN, KESELEMATAN DAN KEBAJIKAN

AJK DOKUMENTASI

AJK PENGADIL

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

8.0 FORMAT PERTANDINGAN BOLA BALING

Pertandingan yang diadakan perlu mendaftarkan tidak lebih daripada 12orang pemain dalam setiap pasukan,dimana tujuh orang pemain dengan lima orang pemain ganti. Masa dalam satu perlawanan adalah selama 20 minit dengan 10 minit rehat. Format pertandingan adalah setiap pasukan akan bermain dalam peringkat kumpulan dahulu.Juara dan naib juara akan meneruskan ke peringkat seterusnya.

Masa rehatnya adalah setiap pasukan dibenarkan meminta satu minit masa rehat (time out) sekali bagi setiap separuh masa.Selain itu,semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.Tiap-tiap gelanggang permainan juga hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya satu meter dari garisan tepi dan sekurangkurangnya dua meter dari garisan gol. Sepanjang pertandingan ini dijalankan, bola disediakan oleh pihak pengelola.

9.0 SYARAT PERMAINAN

Situasi yang tidak dibenarkanseseorang pemain itu untuk meminta masa rehat untuk pasukannya adalah selapas bolaterkeluar daripada garisan tepi gol dan selepas pasukannya terkena jaringan gol. Cara menentukan keputusan kumpulan ialah secara SISTEM LIGA.

Cara memberi mata ialah secara berikut :

Menang - 3 mata Seri Kalah - 2 mata - 0 mata

i.

Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut,

ii.

Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
7

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

iii.

Jika masih seri,pasukan yang pernah mengalahkan lawanannya dikira menang.

iv.

Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawanannya dikira menang.

v.

Jika masih seri,cabutan undi akan dijalankan.

Selain itu, bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, langkah-langkah berikut akan digunakan dan dipatuhi untuk memutuskan pemenangnya.

i.

Perlawanan masa tambahan 10 minit akan diadakan setelah berehat lima minit.

ii.

Selepas lima minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan lima minit lagi.

iii.

Jika keputusan masih lagi seri, sistem balingan tujuh akan dijalankan kecuali dalam perlawanan akhir.

iv.

Jika balingan tujuh tidak dapat dijalankan kerana keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka undian hendaklah dijalankan.

Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau disingkir dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.Jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima kad merah atau disingkir kali kedua, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain.Seterusnya, jika seorang pemain atau pegawai pasukan menerima hukuman batal, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang dimana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang

pertandingan tersebut.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

11.0 PENUTUP

Semoga pertandingan bola baling ini dapat memenuhi matlamat dan objektif yang telah digariskan dan dapat memberikan satu impak yang berkesan agar para siswa pendidik mengetahui akan pentingnya bersukan dan menjaga kesihatan diri. Tambahan pula, hasil pertandingan bola baling ini juga akan membantu dalam memilih dan mencungkil bakatbakat baharu dalam permainan bola baling sekiranya terdapat sebarang pemilihan untuk wakil ke pertandingan peringkat yang lebih tinggi lagi. Di samping itu, melalui aktiviti ini juga diharapkan mampu untuk memenuhi keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.

Disediakan Oleh,

( Setiausaha, Pertandingan Bola Baling,

Peringkat IPG Kampus Kent, Tuaran.

Disemak oleh,

SIMON GIHOL

Ketua Jabatan GERKO, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

Disahkan oleh,

NANCY LOO KA SUN

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

Diluluskan oleh,

( DATUK MARY TERESA KINAJIL ) Pengarah , Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran.

CATATAN ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

10

KERTAS KERJA PERTANDINGAN PERMAINAN BOLA BALING | 2014

LAMPIRAN

11

Anda mungkin juga menyukai