Anda di halaman 1dari 3

PELBAGAI JENIS PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN RESPIRASI MANUSIA

Pernafasan atau respirasi adalah suatu proses yang dimulakan dari pengambilan oksigen ke pengeluaran karbon dioksida hingga penggunaan tenaga di dalam tubuh . Sistem pernafasan pada manusia adalah salah satu sistem organ pengeluaran karbon dioksida. Dalam system ini terdapat beberapa penyakit yang boleh dihidapi oleh manusia. Antara penyakit yang berkaitan dengan system respirasi manusia adalah: Faringitis (Radang Tekak) Faringitis adalah radang pada faring (tekak) kerana jangkitan. Gangguan ini disebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus. Bakteria yang biasa menyenbabkan penyakit ini adalah Streptococcus pharyngitis. Keradangan juga terjadi kerana terlalu banyak merokok. Antara gejala penyakit ini ialah sehingga kesakitan semasa menelan makanan atau kerongkong terasa kering. Selain itu, pesakit juga akan deman dan mengalami peningkatan jumlah sel darah putih dalam badan. Asma (Lelah) Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang disebabkan oleh keadaan dingin atau alahan seperti debu, bulu atau rambut. Penyakit asma menyebabkan kesukaran bernafas kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan. Antara gejala penyakit asma ialah:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mengalami sesak nafas sehingga bernafas dengan tersenggal-senggal. Nafas pendek, biasanya hanya terjadi ketika berolahraga. Badan kelihatan letih dan lesu serta kurang bersemangat. Rasa sesak dan berat di dada. Mengalami kesulitan untuk tidur dengan nyenyak. Batuk-batuk hanya pada malam hari dan cuaca dingin. Mudah terkena alergi seperti udara dingin, debu, atau jenis makanan tertentu. Serangan asma yang hebat menyebabkan penderita tidak dapat berbicara kerana kesulitannya dalam mengatur pernafasan. 9. Mudah letih ketika melakukan aktiviti lasak/bersukan.

Penyakit asma boleh dicegah melalui cara berikut: 1. Jangan tinggal ditempat yang kotor yang tercemar (pemcemaran udara) 2. Jangan memelihara binatang yang bulunya banyak dan halus, seperti kucing, anjing dan sebagainya. 3. Selalu memakai baju panas dan selendang leher ketika cuaca sejuk Sebanyak lima puluh peratus pesakit asma mengambil ubat-ubatan tetapi belum ada bukti yang mencukupi untuk membuktikan bahawa ubat-ubatan tersebut dabat mengubati penyakit ini. Influenza (Flu) Influenza, biasanya dikenali sebagai selsema ("flu"), merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza). Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa tidak sedap badan. Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih terus dan disebabkan oleh virus yang berbeza. Golongan berisiko tinggi adalah pesakit yang menghidap penyakit kencing manis, mereka yang mengalami masalah pernafasan dan lelah, pesakit kardiovaskular, pesakit buah pinggang, pesakit dengan masalah sistem imun seperti pemyakit HIV, mereka yang menerima rawatan barah atau yang menjalani pemindahan organ serta kanak-kanak dan mereka yang berusia 65 tahun ke atas. Influenza merupakan penyakit yang dapat merebak dengan cepat. Penyakit ini amat berbahaya bagi kanak-kanak dan warga emas kerana terdapat fungsi pernafasan golongan ini terbatas. Emfisema Emfisema paru-paru adalah penyakit saluran pernafasan yang bercirikan sesak nafas yang berterusan pada jangka waktu yang lama. Ia adalah penyakit yang kronik. Penyakit Emfisema merupakan penyakit yang menyerang pada bagian paru-paru sehingga menyebabkan pesakit mengalami kesulitan dalam bernafas. Penyakit ini menyebabkan kebocoran pada alveoli di dalam paru-paru. Kerosakkan alveoli akan membuat pesakit kesulitan bernafas, sesak nafas, dan batuk kronis. Selain itu, pesakit juga akan mengalami penurunan berat badan kehilangan nafsu makan. Antara penyebab penyakit emfisema paru-paru ialah bronkitis kronik yang berkaitan dengan merokok, dan menghirup debu. Penyakit ini dapat dirawati dengan berhenti merokok, menggunakan inhaler, pemberian oksigen, serta pengamibilan ubat-ubatan dan kadang-kadang pembedahan untuk mencegah komplikasi.

Bronkitis Penyakit radang pada bronkus disebut bronkitis. Bronkitis merupakan gangguan pada cabang tekak akibat jangkitan. Gejalanya adalah demam dan penghasilan lendir yang menyumbat tekak. Akibatnya pesakit mengalami sesak nafas. Terdapat dua jenis bronchitis iaitu bronkitis akut dan bronkitis kronik. Bronkitis akut lebih umum dan biasanya disebabkan oleh jangkitan virus pada paru-paru. Bronchitis akut mungkin juga disebut chest cold. Bronkitis akut dapat menjadi lebih buruk akibat merokok. Kira-kira 90% dari jangkitan ini berasal dari virus, 10% dari bakteria. Bronkitis kronik adalah batuk yang bertahan untuk dua hingga tiga bulan setiap Bronkitis kronik mungkin disebabkan oleh tabiat merokok dalam jangka panjang yang mengiritasi tabung-tabung bronkial dan menyebabkan penghasilan lendir yang berlebihan. Gejala-gejala dari bronkitis kronik juga menjadi lebih teruk akibat sulfur dioksida dan polutan-polutan lain di atmosfera. Penyakit bronkitis dapat dikenali melalui gejala-gejala berikut ini. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Batuk berkahak. Sering sesak nafas. Selsema yang berkepanjangan. Tubuh mudah letih. Pembengkakan pada pergelangan kaki. Timbul warna kemerahan pada wajah, telapak tangan, dan selaput lendir. Kepala terasa sakit. Penglihatan kabur.