Anda di halaman 1dari 38

PENULISAN ILMIAH BMM3112

Tugasan

Huraikan Sejarah Perkembangan bahasa Melayu di Malaysia dengan merujuk


khusus kepada perkembangan tulisan jawi,perkamusan, dan penterjemahan.

1.0 Pengenalan

Penulisan ilmiah ini adalah merupakan tugasan projek bagi BMM3112 iaitu Sejarah
Bahasa Melayu ,Perkamusan dan Terjemahan. Penulisan ilmiah ini mempunyai
beberapa fasa. Fasa 2.0 akan membincangkan tentang asal-usul bahasa Melayu
dan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Manakala fasa 3.0 pula akan
membicarakan tentang sejarah perkembangan tulisan jawi. Dalam fasa 4.0 pula
akan mengupas sejarah perkembangan pengistilahan.Perkamusan pula akan
dibincangkan dalam fasa 5.0. Sejarah perkembangan penterjemahan akan
dibincangkan dalam fasa 6.0. Manakala fasa yang terakhir 7.0 akan merumus
perkaitan antara aspek –aspek yang telah dibincangkan dalam fasa sebelumnya
terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu serta cadangan untuk
memantapkan lagi perkembangan bahasa Melayu di Malaysia.

2.0 Asal Usul Bahasa Melayu

Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu
bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa
tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu
masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana
pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin
mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul
bangsa Melayu.

Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa Melayu,
tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan yang
dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu
berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan
bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau
Nusantara ini.

1
PENULISAN ILMIAH BMM3112

2.1.1 Bahasa Melayu Berasal Dari Nusantara

Menurut Nik Safiah Karim (1986 : 1), terdapat beberapa teori telah mengatakan
bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi
nama Austronesia. Golongan manusia ini datang dari daerah Yunan dan telah turun
dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki wilayah
Asia.Buktinya ialah pergerakan manusia ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum
Masihi iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu
Proto.Gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Secara
ringkasnya terdapat perkaitan antara pergerakan gelombang manusia dengan
bahasa kerana masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu
dan Lautan Pasifik.

Nik Safiah Karim ( 1986 : 2 ) juga telah mengatakan bahawa bahasa Melayu
tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Cabang Nusantara
mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300. Oleh yang
demikian bahasa-bahasa ini dapat dibahagikan kepada golongan tertentu seperti
golongan Filipina, Sumatera dan banyak lagi.

Gorys Keraf ( 1984:184-201) pula berpendapat bahawa bangsa Melayu memang


berasal dari kepulauan Melayu atau Nusantara. Beliau menyatakan bahawa bangsa
Melayu sudah sedia ada di kepulauan Melayu dan mereka menuturkan bahasa
keluarga Nusantara. Menurut beliau negeri asal orang Melayu ialah daerah
Indonesia dan Filipina.

J.Crawfurd ialah seorang sarjana Inggeris telah membuat kajian perbandingan


bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau
berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada
bahasa di Pulau Jawa iaitu bahasa Jawa dan bahasa yang berasal dari Pulau
Sumatera atau bahasa Melayu. Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang
merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

Sehubungan itu, J.Crawfurd juga telah menambah hujahnya dengan bukti bahawa
bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang tinggi dalam
abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah mengalami
perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau telah merumuskan bahawa
Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk

2
PENULISAN ILMIAH BMM3112

yang menyebar ke tempat lain.Manakala Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan
bahasa induk daripada bahasa yang lain.

Mengikut Harry Judge (1991 :18), bahasa Melayu telah wujud sejak abad kedua
Masihi.Buktinya ialah kewujudan Kerajaan Melayu Campa yang terletak di Vietnam
Tengah. Secara logiknya,kerajaan ini wujud kerana ada bangsa menetap di kawasan
ini. Kewujudan bangsa telah membuktikan bahawa wujudnya bahasa untuk
berkomunikasi.Oleh yang demikian dapat dikatakan bahawa bangsa yang
mendirikan kerajaan tersebut dan bahasa yang digunakan dalam kerajaan yang
berkenaan.Sehubungan itu, terdapat beberapa penemuan penggunaan bahasa
Melayu seperti prasasti.Prasasti yang ditemui bertarikh pada abad ke-4
Masihi.Prasasti ini menggunakan bahasa Melayu Kuno Campa. Sumber ini ditemui di
Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam Selatan. Berdasarkan bahan bukti yang
dijumpai,dapat dikatakan bahawa pendiri Kerajaan Melayu Campa ialah bangsa
Melayu iaitu Melayu Campa dan begitu juga bahasanya.

2.1.2 Bahasa Melayu Berasal Dari Asia Tengah

R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian
Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul
bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian
terhadap kapak tua.

Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai
Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak
yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern
telah membuat kesimpulan bahawa kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia ke
tanah Kepulauan Melayu.

Seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai
bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa
perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan,
dan nama perahu. Beliau ialah J.H.C. Kern. Beliau mendapati bahawa perkataan
yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina,
Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antaranya
ialah padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai

3
PENULISAN ILMIAH BMM3112

perkataan yang dikajinya itu Kern telah merumuskan bahawa bahasa Melayu ini
berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

Manakala W. Marsden (1812) pula dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa


Melayu dan bahasa Polinesia iaitu bahasa yang digunakan di beberapa buah pulau
yang terdapat di Lautan Pasifik adalah merupakan bahasa yang serumpun.

J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata berpendapat


bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu dan bahasa
Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada
bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

Menurut J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku bangsa
mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat resam
suku Naga di Assam yang terdapat di daerah Burma dan Tibet. Persamaan adat
resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau mengambil
kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia.

Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana ( 11-28) dan Asmah Haji Omar (28-
29) juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat
penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan
bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari
Asia.

Asmah Haji Omar (1985:395) pula telah membuat huraian yang lebih terperinci lagi.
Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke
Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui
daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui
Lautan China.

Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya asal
bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor
geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu
Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa Melayu
Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu asalnya
daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

4
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa


Melayu Purba berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba

Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada


bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu
Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Kuno yang juga
merupakan asal daripada bahasa Melayu Purba.

2.1.3 Kesimpulan Asal-Usul Bahasa Melayu

Berdasarkan pendapat Geldern tentang hasil kajiannya iaitu kapak tua masih boleh
diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan
hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara.Budaya yang sama akan ditemui pada
semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman
tersebut. Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia
kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya
kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

Berbeza pula dengan kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik memperlihatkan


bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam Nusantara dengan
pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula ditemui di daratan Asia
Tengah.Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah berpusat di tepi pantai
yang strategik yang membuat mereka mudah membawa bahasa tersebut ke barat,
iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

Pendapat Marsden (1812) bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun bahasa
Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan Polinesia

5
PENULISAN ILMIAH BMM3112

dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung memperlihatkan adanya


kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia Tengah.

Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai timur
iaitu Lautan Pasifik, pantai barat, dan Selatan Asia di kawasan Nusantara sahaja
dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa Polinesia


yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu dengan
struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang berada di
Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia Tengah.
Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa bahasa di
Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa Cina, Siam,
Tibet, Miao, Yiu, dan Burma.

Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu Telugu,
Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan
bahasa di bahagian Timur, Tenggara,dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia.

2.2 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa


Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara
bertahap –tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman
bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu
Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman
perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan
mempunyai sejarah penyebarannya.

2.2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman
prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada
masa itu.

Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai


dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam
bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

6
PENULISAN ILMIAH BMM3112

2.2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno
bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad
ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di
Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan
bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.

Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno


wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai
kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan
Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur
bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau
dan Sumatera. Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri
yang boleh diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah bersifat sederhana dan
mudah menerima pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat
kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Konu
juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa


Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui
aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India
belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat
menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka.
Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai
tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan
Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.

Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke
Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para
pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat
pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu
Kuno.

2.2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah
kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa

7
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Sanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi.
Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan juga antara
penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh dibuktikan daripada
pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-
kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada
bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.

Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata Bahasa
Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa Sanskrit
adalah seperti syukasyitta, athava, karana, tatakala dan sebagainya. Bahasa Melayu
Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

2.2.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat
yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar
Sumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada
abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis
tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu bersurat tersebut ialah batu
bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan
dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan
huruf Palava.

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M
dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf
Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa
Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

2.2.2.3 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno

Bahasa Melayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Beberapa kajian telah
dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang terdapat pada batu
bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya.

Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh


bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada
waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk
memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari
kebudayaan asing. Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa

8
PENULISAN ILMIAH BMM3112

masyarakat yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang
diambil daripada bahasa Sanskrit adalah seperti syukasyitta, athava, karana,
tatakala dan sebagainya.

Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat kesimpulan
bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa untuk urusan
pemerintahan di istana.Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas dan berfungsi
sebagai lingua franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat kosmopolitan,
keranan menerima pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa Sanskrit.

2.2.3 Definisi Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya
ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu
dinamakan bahasa Melayu Klasik”.

Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas
pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan
mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh
kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang
digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan
akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya
yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India,
sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan
pinjaman kata-kata Sanskrit.

2.2.3.1 Sejarah Bahasa Melayu Klasik

Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik
mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan
kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari

segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa .

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk
tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan,
kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa

9
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah
ke abad ke-15.

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya
ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah
digunakan sebagai lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan
bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama
Islam.

Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah
penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-Masa’il
oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad
Arsyad Al-Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al-
Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal
haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan
pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan
Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang
datang ke Asia Tenggara.

2.2.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama
Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa
bersama-samanya bahasa Arab.

Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang
menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku
kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui
peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula
berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan
Belanda.

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13
dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh
kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang
bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M

10
PENULISAN ILMIAH BMM3112

sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman
Pasai.

Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti
dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah
terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik.

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan
dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi medium dalam
pemerintahan, perhubungan, perdagangan, dan penyebaran agama Islam.

Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan
meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa
Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan rencong
dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit
sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri
seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

2.2.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa


Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa
Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan
kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi
bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut
mempengaruhi bahasa Melayu.

Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan
yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi
setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang
pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam
tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14
hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara
tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu
klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan,

11
PENULISAN ILMIAH BMM3112

pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan, dan perhubungan


iaitu budaya dan kemasyarakatan.

Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan


bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja
Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan
banyak lagi karya yang ditulis dalam tulisan Jawi.

2.2.3.4 Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa
Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan
Johor –Riau. Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya
ialah pada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah
Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-
Singkel.

2.2.3.5 Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa
Melayu Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan
bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan
tulisan. Antara ciri –ciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga
banyak menggunakan laras bahasa istana.

Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu Klasik


bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri tersebut
kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan tatabahasa.

Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat
penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata
pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti "syahadan",
"maka", "alkisah", "hatta", "arakian", "kata sahibul hikayat", "maka, tatkala" dan

"adapun. Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu
perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan

12
PENULISAN ILMIAH BMM3112

dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat
yang sedemikian.

Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza dengan
bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-ulang dan
berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang dicantumkan
dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya "dan" dan "atau"
ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik sahaja. Contoh
ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut “Maka apabila dibawalah akan
mereka itu ke penghadapan Tajul Muluk, demi terpandang akan anak si peladang
itu, mesralah ke dalam hatinya, diberinya wang yang tiada berhisab banyaknya serta
disuruh perbela akan dia baik-baik”.

Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat yang

digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif, iaitu
bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai contoh,
“Hatta datanglah kepada suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya
oleh Khoja Abdul Mutalib kepada mualim ……”

Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel “pun”dan
“lah”.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti “adapun,
bertitahlah,dan berebutlah”. Manakala contoh penggunaan partikel dalam ayat pula
ialah seperti berikut ““Maka Bendahara pun hairanlah kalam raja seperti dikhatankan
orang rupanya” dalam Sejarah Melayu.

Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam bahasa
Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan Sanskrit
bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama islam.Contoh
penggunaan bahasa Arab ialah “Allah Taala, makhdum, mualim daulat, wallahualam,
takzim. Bagi bahasa Sanskrit pula ialah “dosa,pahala,dan raja” . Bahasa Melayu
Klasik juga menerima fonem Arab seperti ‘kh’, ‘dz’, dan ‘sy’. Contoh perkataan
seperti “khamis, zakat, syarat”.

Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih bersifat
"bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem
panggilannya. Contohnya ialah ‘sembah, beta, titah, berangkat, dan gering.”

13
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa Melayu


klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan peristiwa
yang dialami oleh kalangan raja di istana.

Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan perbandingan
serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan gurindam
dalam karya prosa. Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu
lama. Mungkin disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada
asalnya dalam bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat
menghidupkan suasana penceritaan.

2.2.4 Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu
Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke
Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan
sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah
Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi. Hasil kajian ini telah
mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi
terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan
sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan-
perpustakaan barat ini.

Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris


dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara
sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan
penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam zaman
bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain, kegiatan
penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.

Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti
buku “Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu,
zaman ini turut mencetak banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid
Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada
abad ke -19. Antaranya ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat,
perkembangan teknologi cetak ,serta perkembangan perhubungan yang lebih mudah
telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada pengaruh Barat.Oleh yang

14
PENULISAN ILMIAH BMM3112

demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan bahasa Melayu


diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada bahasa
Melayu.

2.2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden

Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman
bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan
penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi
Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum
penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi
sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di
pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar
menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namun
semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152
telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa


Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga
telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan
negara.

Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi
sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini
cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan
melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya
terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam. Ketika
itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih banyak lagi sama ada
dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.

Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti
syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan
akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di
Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung
menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu
bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu

15
PENULISAN ILMIAH BMM3112

telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan


penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa
Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura terutamanya
selepas Perang Dunai Kedua.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta
menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah
yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus
bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar –
Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa
iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat
kiriman,dan peristilahan.

Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga
yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya
usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan
,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa
Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka berbagai-bagai kongres dan
seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah diadakan.Contohnya ialah
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952 hingga 1984 iaitu
Kongres yang keempat.

Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka


bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa
moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan
tulisan ilmiah.

3.0 Sejarah Kedatangan Islam dan Tulisan Jawi

Hubungan antara bangsa Arab dengan umat Melayu telah bermula sejak sebelum
kedatangan Islam lagi menerusi aktiviti perdagangan. Sesudah Islam menjadi agama
pegangan orang Melayu, hubungan itu menjadi semakin erat. Orang Arab yang
datang bermukim di Alam Melayu bertambah ramai. Setengahnya datang untuk
berniaga manakala yang lain untuk berdakwah. Demikian juga orang Melayu yang
pergi ke Tanah Arab; kebanyakan mereka bertujuan untuk mengaji agama
(Hamdan 1999: 1).

16
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Syed Naquib al-attas (1969 :11) menyebut tentang catatan pengembara Cina yang
menyatakan bahawa pada tahun 55 Hijrah 672 Masihi sudah ada penempatan orang
Islam di Sumatera Timur.Beliau menyatakan sedemikian kerana kemungkinan
perpindahan orang Islam yang sudah bermastautin di negeri China sejak abad
pertama akibat daripada kekacauan politik yang berlaku di China pada zaman Raja
Hi-Tsung.

Menurut Fatimi (1963:69) dan S.M.N. al–Attass (1969 :11) orang Islam yang
berpindah dari Canton telah turun ke Selatan dan menubuhkan kawasan-kawasan
penempatan di Kalah Kedah pada sekitar tahun 878 Masihi dan di
Palembang.Penempatan yang sama berlaku di tempat lain seperti yang dibuktikan
oleh peninggalan dan inskripsi Jawi di Champa,Kampuchea bertarikh 431 Hijrah
1039 Masihi .

Othman Mohd.Yatim dan Abdul Halim Nasir (1990:12-16) juga telah menyatakan
terdapat penemuan inskripsi bertarikh 419 Hijarah 1020 Masihi di Permatang Pasir
Pekan Pahang dan 440 Hijrah 1048 Masihi di Brunei.

Sehubugan itu Omar Bin Awang (1985:189) juga bersetuju tentang kehadiran orang
Islam di Asia Tenggara pada abad kelapan Masihi lagi dengan memetik G.R Tibbets
(1957: 37) yang mengatakan bahawa kehadiran pedagang-pedagang Islam di
pelabuhan-pelabuhan China,tentu sekali menunjukkan bahawa mereka juga telah
melawat dan berdagang di Asia Tenggara.Selain itu ialah bukti kedatangan Islam
ialah penemuan tiga duit syiling kerajaan Abbasiyah zaman Khalifah al-Mutawakkil
di Kedah,membuktikan kegiatan perdagangan dan kehadiran orang Islam di
Kepulauan Melayu, ( Omar Awang, ibid:190)

Menurut Wan Azmi ( 1980 : 144) di Kelantan telah ditemui wang emas yang tertulis
tarikh 577 H/116 M dan tulisan Arab “ al-julus Kelantan” yang bermaksud “menduduki
Kelantan” dan tertulis “al-Mutawakkil” pada satu muka lagi iaitu gelaran rajanya yang
bermaksud “yang bertawakal kepada Allah”, menunjukkan sudah tertubuh satu
kerajaan Islam yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu dalam pertengahan
yang kedua abad ke-12 M.

Secara ringkasnya,kedatangan Islam bukan sahaja agama dan kepercayaan


masyarakat di Kepulauan Melayu berubah,tetapi aspek-aspek budaya yang lain turut
berubah. Implikasi yang amat besar dalam perkembangan bahasa Melayu akibat

17
PENULISAN ILMIAH BMM3112

daripada proses pengislaman ialah penggunaan dan adaptasi skrip Arab sehingga
menjadi skrip Jawi untuk mengeja bahasa Melayu.

3.1 Asal – Usul Kata Jawi

Tulisan Melayu huruf Arab atau sekarang ini dikenal dengan nama tulisan Jawi,
seperti yang telah disebutkan sebelum ini, telah digunakan sejak kedatangan Islam.
Nama “Jawi” itu berasal daripada kata nama bahasa Arab “Jawah”. Apabila
dijadikan kata kata adjektif “Jawah” menjadi “Jawi”.Perkataan “Jawah” atau “Jawi itu
besar berkemungkinan besar berasal daripada perkataan “Javadwipa”, iaitu nama
bagi daerah Asia Tenggara pada zaman purba. Buktinya Ibnu Battutah dalam
bukunya al-Rihlah menggelar nama Sumatera sebagai al-Jawah. Bagi orang Arab
bahagian kata “Java” sahaja yang diambil, sedangkan “dwipanya” ditinggalkan. Kata
“Jawa” ini digunakan untuk merujuk ke seluruh daerah Asia Tenggara.

Penduduknya juga dinamakan dengan menggunakan kata itu juga, atau dalam
bentuk kata adjektifnya menjadi “Jawi”. Oleh itu, kata Jawah atau Jawi merujuk
kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara; bukan
hanya kepada orang Jawa iaitu penduduk yang berasal dari Pulau Jawa. Jawah atau
Jawi merujuk kepada seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa,
Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipino mahupun yang
lain. Oleh sebab inilah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering membubuh
nama al-Jawi sebagai laqab, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri
daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh
Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al- Fatani al-Jawi dan lain-lain.

Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi,
masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang
di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moin 1996: 17).

3.2 Kemunculan Skrip dan Istilah Jawi

Istilah “tulisan Jawi” hanya dikenal di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan
Negara Brunei Darussalam. Di Indonesia tulisan ini terkenal dengan nama “tulisan
Melayu Huruf Arab” atau “tulisan Melayu Arab”. Penggunaan jawi digunakan di
banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang
Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain.
Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China,

18
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan
juga lain-lain.

Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan
Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab
terutama yang digunakan di pesantren-pesantren di Jawa. Contohnya ialah kitab
Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).

Manakala menurut Russels Jones ( 1983:125) skrip Arab mula diadaptasikan


sebagai skrip untuk mengeja bahasa Melayu dibuat selepas abad ke-7 H. Buktinya
ialah berdasarkan kajian Fatimi (1963:50) yang membuktikan penggunaan skrip Arab
untuk mengeja teks bahasa melayu terdapat pada batu Bersurat Terengganu yang
bertarikh 702 H/1303 M.

Mengikut Omar Awang (1985:190), skrip Arab yang diadaptasikan oleh bahasa
Melayu dikenal dengan nama skrip jawi.Tidak diketahui siapa yang memberikan
nama jawi kepada skrip itu, namun Omar Awang telah memetik keterangan dalam
kamus R.J.Wilkinson (1959:452), perkataan Jawi dalam bahasa Melayu digunakan
untuk pokok Jawi-Jawi atau jejawi dan juga beras Jawi yang berbeza dengan beras
pulut serta makna lembu atau kerbau dalam bahasa Minangkabau. Ringkasnya
pendapat ini langsung tidak menyebut perkaitan nama Jawi dengan tulisannya.

Omar Awang seterusnya menegaskan kemungkinan perkataan Jawi berasal


daripada perkataan Arab al-Jawah. Beliau mengatakan sedemikian kerana kata
tersebut pernah digunakan dalam catatan Arab yang tertulis sebelum pertengahan
abad ke-14 M untuk menamakan Sumatera. Contohnya ialah Yaqut dalam “Mu’jam
al-Buldan, Abu al-Fida’ dalam Taqwin al-Buldan dan Ibn Batutah dalam “Rihlat Ibn
Batutah”. Fakta ini mempunyai perkaitan iaitu menunjukkan satu kemungkinan yang
kuat bahawa skrip ejaan yang digunakan oleh orang Sumatera, iaitu penduduk al-
Jawah yang beragama Islam dan menggunakan bahasa Melayu.

Pendapat yang terakhir ialah Jawi itu bermakna Melayu, misalnya dalam ungkapan
“Jawikannya” yang bermaksud “terjemahkan ke dalam bahasa Melayu iaitu tentunya
dalam tulisan jawi, Wilkinson.

3.3 Penggunaan Tulisan Jawi

19
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu
dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk
kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di
dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam sejarah yang lalu
tulisan Jawi telah digunakan untuk beberapa perkara seperti prasasti atau batu
bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Tersat, Kuala
Berang, Hulu Terengganu.

Selain prasasti, tulisan jawi juga digunakan pada batu hidup dan batu nisan.Tulisan
jawi telah ditemui pada batu hidup di Pangkalan Kempas Negeri Sembilan.Manakala
bagi batu nisan pula terdapat di berbagai-bagai tempat bekas beridirnya kerajaan –
kerajaan Islam pada zaman silam.

Penggunaan tulisan semakin meluas. Buktinya ialah pada mata wang. Tulisan jawi
yang digunakan pada mata wang terutamanya wang emas dan perak. Pada mata
wang ini diukir nama raja Melayu yang memerintah dengan menggunakan tulisan
jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah,Mansur Shah dan lain-lain.

Sehubungan itu, dari aspek perhubungan rasmi, tulisan jawi digunakan dalam
penulisan surat rasmi.Contohnya ialah surat kiriman antara raja. Kaedah ini bukan
sahaja dilakukan oleh raja Melayu tetapi juga raja-raja di tempat lain seperti raja
Melayu dengan Portugal, raja Melayu dengan raja Inggeris atau raja-raja
lain.Penggunaan tulisan jawi termasuklah dalam surat-surat perjanjian antara raja
dan negara di Alam Melayu.

Pada zaman dahulu kegiatan penulisan giat dijalankan. Buktinya ialah kewujudan
kitab dan buku. Kitab dan buku yang ditemui kebanyakkannya terdapat dalam bentuk
manuskrip yang bertulis tangan dan cap batu.

Berdasarkan sejarah sememangnya terbukti kedatangan para pedagang ke tanah


Melayu.Bagi urusan perniagaan dan perdagangan ini bahasa dan tulisan yang
digunakan adalah sama iaitu tulisan jawi. Bukti ialah beberapa catatan pemilikan dan
perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapal perdagangan.

Kedatangan para pedagang dan penjajah telah mengubah suasana di tanah Melayu.
Antara ialah kemajuan yang telah dicapai berlandaskan pengaruh yang masuk ke
tanah Melayu.Contohnya ialah pihak penjajah yang telah memperkenalkan teknologi
mencetak.Dengan mengaplikasikan teknologi ini maka berkembanglah bahasa dan

20
PENULISAN ILMIAH BMM3112

tulisan.Buktinya ialah banyak pencetakan surat khabar dan majalah seperti surat
khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan Arifin, surat khabar Jawi Peranakan dan
majalah al-Imam.

4.0 Sejarah Perkembangan Pengistilahan

Pembinaan istilah Bahasa Melayu bermula di Dewan Bahasa dan Pustaka pada
tahun 1957. Jawatankuasa Istilah, jawatan dan jabatan ditubuhkan untuk mencipta
nama jabatan dan jawatan kerajaan yang digunakan di seluruh Tanah Melayu.
Jawatankuasa ini telah mengadakan sesi kerja kali pertamanya pada 15 Januari
1957. Hasilnya buku Istilah Jawatan dan Jabatan telah diterbitkan pada tahun 1960
dan terciptalah 2514 istilah baru. Kerja peristilahan secara terancang atau sistematik
bermula pada tahun 1975.

Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan buku Pedoman Umum Pembentukan


Istilah Bahasa Melayu (PUPIBM) hasil kerjasama kebahasaan Malaysia Indonesia
menerusi Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Bahagian Peristilahan terus
dipertanggungjawabkan untuk mengumpul, membentuk, menggubal,
memperbanyakkan istilah dan menerbitkan istilah Bahasa Melayu dalam pelbagai
bidang ilmu. Tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan melantik ratusan
profesional yang terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan
kepakaran dalam bidang ilmu di seluruh negara. Dianggap sebagai pakar bidang
mewakili Institusi Pengajian Tinggi, sektor swasta, sektor awam, dan sektor
pendidikan negara.

Sehingga kini, Bahagian Peristilahan telah menerbitkan 207 daftar glosari istilah
dengan sejumlah 1002438-Istilah telah dibentuk dalam pelbagai bidang. Penubuhan
MABBIM di peringkat serantau juga turut bertanggungjawab menyelaraskan
sejumlah 123885 istilah ilmu pengajian tinggi dan profesional untuk pengguna
bahasa di ketiga-tiga negara anggota MABBIM.

4.1 Peristilahan Bahasa Melayu

Proses menggubal kata-kata untuk bidang ilmu yang tertentu. Peristilahan menjadi
salah satu aspek penting dalam pembinaan Bahasa Melayu. Istilah dan perkataan
baharu dicipta untuk memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu. Kekurangan istilah
menjadi masalah pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan pada peringkat awal.

21
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Menyedari akan keperluan dan kepentingan istilah ini, melalui Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal sebanyak
mungkin untuk memenuhi keperluan penggunaannya dalam bidang-bidang
berkaitan. Penggubalan istilah ini dilakukan melalui sistem Mesyuarat Jawatankuasa
Istilah yang ahlinya dilantik oleh DBP daripada pelbagai Institusi Pendidikan Tinggi
dan Pusat Pendidikan.

Walaupun peristilahan berkembang seiring dengan perkembangan ilmu dan


teknologi, tetapi peristilahan Bahasa Melayu agak terkemudian daripada
perkembangan ilmu dan teknologi itu sendiri. Keadaan ini berlaku disebabkan
penggubalan istilah dalam Bahasa Melayu lebih merupakan penggubalan istilah
sekunder. Penggubalan istilah-istilah dalam Bahasa Melayu dilakukan dengan
menggunakan kaedah-kaedah tertentu seperti pinjam langsung, pinjam suai dan
pinjam terjemah. Dengan kaedah pinjam suai pula, istilah-istilah asing dipinjam
dengan beberapa penyesuaian, sama ada suai bentuk penuh.

4.2 Konsep Dasar Dalam Pembentukan Istilah

Dalam pembentukan istilah terdapat beberapa konsep dasar yang perlu diteliti
sebelum membentuk sesuatu istilah baru. Antaranya ialah takrif istilah,tataistilah dan
tatanama,istilah dan kata umum,morfem dan proses peristilahan.Istilah baru akan
wujud jika menepati konsep dasar tersebut. Ringkasnya pembentukan istilah
bukanlah sesuatu yang sewenang-wenangnya sebaliknya berdasarkan konsep yang
tertentu dan ini membuktikan pembentukkanya berkualiti dan diterima sejagat.

4.2.1 Takrif Istilah

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau
rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan,pekerjaan atau kesenian.

Manakala dalam Buku Bahasa Melayu Tinggi pula mengatakan bahawa istilah ialah
kata atau gabungan kata yang menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau
ciri yang khusus dalam bidang tertentu.

Berdasarkan maklumat yang diakses,istilah ialah kata atau gabungan kata yang
menerangkan makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang

22
PENULISAN ILMIAH BMM3112

tertentu. Contohnya cecair, hablur, inflasi, budaya, medan magnet, metamofosis,


dan lain-lain lagi.

Manakala dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu, istilah
ialah kata atau frasa yang mengungkapkan konsep khusus yang terdapat dalam
sesuatu bidang ilmu atau professional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang
tepat bagi konteks bidangnya dan dengan itu dapat diberi definisi yang tetap.

4.2.2. Tataistilah dan Tatanama

Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ini termasuklah


kumpulan istilah yang dihasilkannya.Ringkasnya tataistilah merupakan kumpulan
istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan
yang ada.Misalnya, tataistilah matematik bermakna kumpulan istilah matemtik yang
ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.

Tatanama ialah kumpulan peraturan yang menentukan nama dalam bidang ilmu iaitu
termasuklah kumpulan nama yang dihasilkan.

4.2.3. Istilah dan Kata Umum

Istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang
tertentu.Secara logiknya kata “istilah” itu sendiri membawa pengertian penggunaan
dalam konteks khusus,tetapi ada juga istilah yang digunakan dalam konteks
umum.Keadaan ini berlaku apabila istilah tersebut digunakan dengan kerap oleh
masyarakat pengguna bahasa dan penggunaannya itu tersebar melalui media
massa.Contohnya ialah kata “taqwa” merupakan istilah bidang keagamaan
Islam,tetapi sekarang ini kata berkenaan sudah digunakan secara am dalam
penggunaan bahasa sehari-hari.

Manakala kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa. Namun demikian, kata
umum boleh menjadi istilah.

4.2.4 Morfem dan Proses Peristilahan

Menurut Nik Safiah Karim ( 2004:43) morfem ialah unit atau unsur terkecil dalam
bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata
akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah, Abdullah Hassan

23
PENULISAN ILMIAH BMM3112

( 1986;191). Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan,


penggandaan dan penggabungan atau pemajmukan.

4.2.5 Bentuk Prototaip Peristilahan

Menurut Abdullah Hassan (1986:192) bentuk prototaip peristilahan ialah bentuk yang
dijadikan acuan atau dasar dalam pembentukan istilah. Bentuk prototaip yang
berasal daripada bahas aklasik seperti Latin,Yunani dan Sanskrit ialah bahagian kata
yang menunjukkan ciri-ciri persamaan di antara beberapa bahasa.Contohnya seperti
Latin,Yunani dan Sanskrit ialah bahagian kata yang menunjukkan ciri-ciri persamaan
di antara beberapa bahasa.Contohnya ialah “derhaka:bahasa Malaysia”, “drohana
:bahasa Sanskrit” dan “druhaka:bahasa Jawa Moden”.

4.3 Syarat –Syarat dalam Pembentukan Istilah

Berpandukan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu,terdapat


beberapa syarat yang perlu dipatuhi dalam pembentukan istilah. Antaranya ialah
kata atau frasa yang dipilih sebagai istilah adalah yang paling tepat untuk
mengungkap konsep yang dimaksudkan dan yang stabil dari segi maknanya dalam
bidang ilmu.

Sehubungan itu, kata atau frasa yang dipilih hendaklah yang paling ringkas antara
pilihan yang ada dan mempunyai rujukan yang sama.Dalam masa yang sama
haruslah mempunyai konotasi yang baik, iaitu tidak berbau lucah atau boleh
membawa implikasi buruk dari segi agama,norma suku kaum dan hubungan antara
bangsa.

Lantaran itu,dari aspek bunyi pula, kata atau frasa mestilah memiliki bunyi yang
sedap di dengar iaitu mempunyai ciri keindahan bunyi atau eufoni. Kata dan frasa
tersebut adalah dibentuk berdasarkan kaedah yang diterima.

Kesimpulannya, syarat-syarat pembentukan istilah merupakan salah satu garis


panduan dalam membentuk istilah baru bagi memastikan istilah yang dibentuk boleh
diterima masyarakat dan setaraf dengan istilah yang lain.

4.4 Sumber dan Inventori Istilah Melayu

24
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Jika dilihat semula sejarah bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan
penyerapan bahasa asing dalam bahasa Melayu. Boleh dikatakan bahawa sejak
dahulu lagi bahasa Melayu merupakan satu sistem yang dalam pertumbuhan dan
perkembangannya mengambil manfaat daripada bahasa-bahasa lain sebagai
sumber. Oleh yang demikian istilah bahasa Melayu boleh diperoleh daripada tiga
sumber iaitu koasat kata umum bahasa Melayu, kosa kata umum bahasa serumpun,
dan kosa kata bahasa asing.

Kosa kata umum bahasa Melayu termasuklah bahasa Indonesia serta dialek-dialek
Melayu dan juga bahasa Melayu Klasik yang telah menyerap perkataan daripada
bahasa Arab, Sanskrit, Parsi dan lain-lain.Manakala sumber bahasa –bahasa
serumpun pula merujuk kepada bahasa Melayu seperti bahasa Iban,Kadazan-
Dusun,Jawa dan sebagainya.

Merujuk kepada sejarah kedatangan pendatang ke tanah Melayu ,ketika itu


penduduk di tanah Melayu turut menggunakan istilah bahasa asing seperti istilah
bahasa Inggeris dan bahasa Arab.Oleh yang demikian, bahasa –bahasa ini juga
dijadikan sebagai sumber peristilahan. Bahasa Arab penting dalam pembentukan
peristilahan keagamaan, manakala bahasa Inggeris dalam bidang sains dan
teknologi.

Kesimpulannya, dalam pembentukan istilah terdapat konsep dan syarat yang


tersendiri bagi memastikan istilah yang dibentuk sesuai dan tidak memberi implikasi
negatif terhadap mana-mana pihak, serta mempunyai perkaitan dengan sejarah
bahasa Melayu iaitu sumber istilah adalah berdasarkan bahasa Inggeris dan bahasa
Arab.Ini adalah berikutan kemasukan pendatang ke tanah Melayu pada zaman
dahulu.

5.0 Sejarah Perkembangan Perkamusan

Berdasarkan sejarah perkembangan perkamusan, terdapat tiga jenis kamus yang


telah dihasilkan iaitu kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk senarai kata
dan istilah tertentu. Kemudiannya hasil usaha penambah baikkan telah wujud kamus
yang disusun bersama dengan deskripsi tatabahasa bahasa Melayu dan kamus
yang terakhir ialah kamus yang dibentuk seperti yang terdapat pada masa kini.

Menurut Ibrahim Ahmad (1994 : 3), senario perkamusan Melayu boleh dibahagikan
kepada empat fasa utama iaitu berdasarkan jenis kamus yang dihasilkan.Beliau

25
PENULISAN ILMIAH BMM3112

menyatakan bahawa kamus pertama adalah kamus bahasa Inggeris-Melayu yang


disusun oleh Marsden pada tahun 1812.

Marsden (1812) dikatakan telah membawa perubahan dalam dunia perkamusan


Melayu kerana beliau telah mengaplikasikan penyusunan kamus secara sainstifik
dengan tujuan untuk kesedaran mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu.

Mengikut Yusuf Hitam (1961:155) kamus yang disusun oleh Marsden adalah kamus
yang pertama disusun secara saintifik dengan sistem ejaan rumi yang bentuknya
berasaskan kerangka bahasa barat. Marsden juga telah menngunakan konsep
sejarah dalam penyusunan kamusnya.

Sehubungan itu, terdapat juga sarjana barat yang turut menyumbang dalam sejarah
perkamusan.Beliau ialah John Crawford. John Crawford (1852) telah menyusun “A
Grammar and Dictionary of Malay Language”.

Perkamusan terus berkembang. Buktinya ialah pada tahun 1875, I’Abbe P.Favre
telah menghasilkan “Dictionaire Malais-Francais”. Inilah satu-satunya kamus bahasa
Melayu-Perancis yang disusun oleh orang Perancis bertujuan untuk membawa
kesinambungan usaha-usaha Marsden dari aspek penerapan prinsip sejarahnya.

Pada abad ke-20 dunia perkamusan telah mencapai kecemerlangan akibat


bermulanya perkembangan dunia percetakan pada awal abad ke -20 sehinggalah
sekarang yang telah menghimpunkan pelbagai genre dan bidang ilmu.Beberapa
jenis kamus telah diterbitkan kerana penemuan mekanisme kerja yang lebih canggih
dan berkesan ini.

5.1 Sejarah Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu

Berdasarkan catatan sejarah,bentuk daftar kata bermula dengan penyusunan kamus


daripada jenis dwibahasa sebagai akibat keperluan golongan orientalis dan
pedagang melakukan aktiviti penyebaran agama dan perdagangan.

A.Teeuw (1964) mendapati bahawa penyusunan kamus dwibahasa bermula dalam


bentuk daftar katabahasa Sanskrit-Melayu Kuno pada abad ketujuh Masihi.Buktinya
ialah penemuan 482 daftar kata bahasa Melayu-Cina pada tahun 1403 hingga
1511.Jelas dan nyata berdasarkan bukti ini, menunjukkan bahawa perkembangan

26
PENULISAN ILMIAH BMM3112

kamus ekabahasa Melayu tentunya lewat sedikit selepas bermulanya penyusunan


kamus dwibahasa.

Penyusunan kamus ekabahasa telah dimulai oleh sarjana Barat dengan penyusunan
“Dictionary of the Malay Tongue as Spoken in the Peninsula of Malacca,the Island of
Sumatra ,Java,Borneo,Pulo Pinang”, susunan J.A Howison pada tahun 1801.Kamus
ini lebih awal daripada Onverp van een Maleisch Woordenbook eene Malaeische
Spraakkunst susunan H.Von de Wall pada tahun 1857.

Sehubungan itu, anak tempatan juga tidak ketinggalan dalam penyusunan kamus.
Raja Ali Haji telah menyusun “Kitab Pengetahuan Bahasa” iaitu kamus longhat
Melayu-Johor-Pahang-Riau-Lingga Penggal yang Pertama. Kamus ini merupakan
kamus ekabahasa pertama yang pernah disusun oleh anak tempatan berbangsa
Melayu pada tahun1858.Kamus ini juga dianggap oleh para sarjana dan pengkaji
bahasa sebagai kamus ekabahasa Melayu yang tertua pernah dihasilkan oleh orang
Melayu.

5.2 Sejarah Perkembangan Kamus Ekabahasa Melayu di Malaysia

Sejarah perkembangan perkamusan Melayu ekabahasa yang seimbang berlaku di


Malaysia. Buktinya ialah “Kitab Benih Bahasa” susunan Fadhil Jaafar pada tahun
1917 dianggap kamus yang pertama pernah dihasilkan pada abad ke-20.Ini diikuti
oleh penyusunan Kamus al-Mahmudiah oleh Syed Mahmud Syed Abdul Kadiral-
hindipada 1925.

Pada tahun 1935, Shamsuddin Yunos al-Haj juga telah menyusun kamus
Melayu.Perkamusan di Malaysia terus berkembang. Terdapat banyak lagi kamus
yang dihasilkan.Contoh kamus lain adalah seperti Kamus Angkatan Baru,Kamus Am
Bahasa Melayu dan Buku Katan .

Dalam masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan. Kesan
penubuhan ini telah menerbitkan beberapa buah kamus ekabahasa.Contohnya ialah
Kamus dewan pada tahun 1970 dan dicetak semula dengan edisi pertama dan
kedua pada tahun 1984 dan 1989.Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar pula
diterbitkan pada tahun 1975.Ini diikuti Kamus Pelajar Bahasa Malaysia pada tahun
1987. DBP juga telah menerbitkan Kamus Rendah Dewan Bergambar pada tahun
1989.

27
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Selain usaha perbadanan sebagai usaha agen bahasa Melayu, usaha persendirian
terus menambah jumlah kamus ekabhasa. Contohnya ialah Kamus Umum Bahasa
Malaysia, susunan Yang Kui Yee pada tahun 1972,Kamus Pelajar Federal oleh
Mohd.Salleh Daud pada tahun 1973 dan banyak lagi.

Ringkasnya, penyusunan kamus ekabahasa menjadi penting dengan semangat


menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa berdaya saing dengan bahasa-bahasa
maju yang lain sebagai bahasa ilmu.

5.3.Kamus Awal

Penerbitan kamus awal adalah terhad.Buktinya ialah kamus ini hanya dikarang
dalam bentuk senarai kata dan istilah yang tertentu sahaja. Senarai kata yang
pertama diketahui ialah senarai Melayu-Cina yang dikatakan terkarang sebelum
kurun ke-15. Senarai ini tertulis dalam bahasa Cina.

Manakala senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada tahun 1521 menggunakan
bahasa Melayu-Latin, dan menggunakan tulisan Rumi. Senarai ketiga dikarang oleh
Frederick de Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga mengandungi kata
bahasa Malagasi.

Penerbitan kamus terus berkembang, namun mengambil masa yang lama, buktinya
tempoh dan jarak tahun penerbitanya. Contohnya ialah Casper Wiltens dan
Sebastian Danskearts telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan Melayu-
Belanda pada tahun 1622.

Ringkasnya penerbitan kamus awal adalah bergantung kepada istilah dan kata yang
hanya diketahui oleh ahli bahasa.Pelbagai bahasa yang digunakan dalam penerbitan
kamus yang menunjukkan bahawa penyerapan antara bahasa. Contohnya ialah
kamus Belanda-Melayu, Melayu-Latin dan Melayu-Cina.

5.4 Kamus dan Tatabahasa

Berdasarkan pola perkembangan perkamusan,penghasilan kamus mula giat pada


tahun 1521. Buktinya ialah William Marsden telah menghasilkan kamus yang sangat
penting pada tahun 1521. Kamus ini penting kerana dianggap sebagai kamus

28
PENULISAN ILMIAH BMM3112

pertama yang sempurna. Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain pada tahun
yang sama, iaitu The Grammar of the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan
Jawi.

Pada tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun sebuah kamus Melayu-Inggeris
yang mengandungi deskripsi tatabahasa. Usaha ini berterusan dan pada tahun 1852,
John Crawfurd telah menghasilkan kamus yang diberi judul The Grammar and
Dictionary of the Malay Language.

Manakala Winstedt iaitu seorang tokoh tatabahasa Melayu tradisional telah


menyusun kamus pada tahun 1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham pada
tahun 1927. Seterusnya David Haex menyusun sebuah kamus bertajuk Dictionarium
Malaico-Latino et Latinum-Malaicum pada tahun 1931.

Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli perkamusan Melayu seperti Shamsuddin
Mohd. Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud (1940), Haji Abdul Hamid
Ahmad (1941), Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan Abdullah Samad
(1975), Farid Wajidi (1959), Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi.

5.5 Kamus Moden

Penerbitan kamus moden adalah setelah wujudnya jawatan kuasa dan badan yang
telah dipertanggungjawabkan iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka.Penghasilan kamus
moden ini membuktikan usaha yang giat oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka.
Buktinya ialah terdapat tiga jenis kamus moden yang telah diterbitkan iaitu kamus
ekabahasa, kamus dwibahasa dan kamus pancabahasa.

Kamus ekabahasa adalah kamus yang disediakan dalam satu bahasa sahaja.
Contohnya ialah kamus bahasa Melayu. Manakala kamus dwibahasa pula ialah
kamus yang memuatkan 2 bahasa. Contohnya ialah kamus bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Berdasarkan contoh kamus yang telah diterbitkan dapatlah
disimpulkan bahawa penjenisan kamus adalah berdasarkan bahasa.

5.6 Definisi Kamus

Mengikut The American College Dictionary (1960:36), kamus ialah buku yang berisi
pilihan kata sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus, biasanya disusun
mengikut abjad dengan penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan atau
dilahirkan dalam bahasa yang sama atau dalam bahasa yang lain.

29
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan yang memuatkan daftar kata atau
gabungan kata dengan keterangan pelbagai makna dan penggunaan dalam bahasa,
biasanya mengikut abjad ,Harimurti Kridalaksana, (1982:73).

5.7. Konsep Dasar dalam Perkamusan

Perkamusan merupakan bidang yang menerangkan makna sesuatu istilah dan kata.
Bidang ini penting kerana hasilnya dijadikan panduan dalam bahasa. Oleh yang
demikan terdapat tiga konsep penting dalam penciptaan kamus,iaitu tipologi,
leksikologi, dan leksikografi.

5.7.1.Tipologi

Dari sudut bahasa tipologi bermaksud pengelompokan bahasa berdasarkan ciri-ciri


fonologi, nahuan atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang lalu daripada
perkembangan sejarah, Hartmann, (1972:243).

5.7.2.Leksikologi

Manakala leksikologi pula ialah ilmu untuk mempelajari dan menganalisis kosa kata
melalui perkembangan bentuk dan makna dengan bantuan bidang etimologi iaitu
kajian tentang asal-usul kata tersebut.

5.7.3.Leksikografi

Bidang leksikografi merupakan bidang linguistik terapan yang garapannya


mencakupi teknik dan metodologi penyusunan. Leksikografi juga adalah cabang
leksikologi yang mengkaji dasar dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi
pengumpulan data, pemilihan data, dan pengabjadan, di samping penyusunan
definisi dan pemberian makna.

5.8. Kesimpulan Perkembangan Perkamusan

Berdasarkan sejarah perkamusan ,dapatlah dirumuskan disini bahawa pihak Dewan


Bahasa dan Pustaka adalah pihak yang bertanggungjawab dalam bidang ini. Justeru
itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga tidak sewenang-wenangnya dalam
menghasilkan kamus, namun terdapat beberapa konsep yang perlu dipatuhi agar
kamus sesuai dengan jenisnya dan pengguna.
30
PENULISAN ILMIAH BMM3112

6.0 Sejarah Perkembangan Penterjemahan

Sejarah penterjemahan dikatakan bermula selepas penemuan bahan sejarah.


Buktinya ialah penterjamahan dilakukan selepas menemui batu bersurat dua bahasa
di Mesir iaitu ketika zaman Mesir Tua 3000 Masihi.

Pada abad ke-12 bersamaan 1100 Masihi, telah lahirnya kerajaan Moor di Sepanyol.
Kelahiran kerajaan ini berikutan kejayaan Tariq bin Ziyaid menakluki Sepanyol.Ketika
zaman kerajaan ini aktiviti penterjemahan telah giat dijalankan.Buktinya ialah bahan
bahasa Arab diterjemah ke bahasa-bahasa Eropah. Terjemahan besar-besaran dari
Tamadun Islam ke bahasa Greek.

Dalam masa yang sama, turut ditubuhkan Sekolah Terjemahan Toledo, Sepanyol .
Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk menterjemah idea Islam ke bahasa
Greek. Penterjemahan ini adalah meliputi ilmu sains yang diperolehi daripada Islam
serta ilmu falsafah Islam.

Pada tahun 1522,penyebaran agama kristian turut berkembang.Ketika ini,ilmu


penterjemahan telah diaplikasikan untuk aktiviti keagamaan. Contohnya ialah Martin
Luther (1522) telah menterjemah kitab Injil ke bahasa Afrika. Penterjemahan ini
adalah untuk memudahkan penganut Kristian yang berbahasa Afrika memahami
agama tersebut. Kegiatan penterjemahan kitab agama ini berterusan sehinggalah
penterjemahan kitab Injil ke bahasa Inggeris berdasarkan versi Jerman dan
Perancis.

Tyler (1790) berpendapat, “Terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh pembaca
seolah- olah karya itu karya asli.” Sehubungan itu,Benjamin (1923) telah menamakan
terjemahan yang dihasilkan sebagai penyalinan semula . Beliau juga mengatakan
bahawa tahun 1920-an dianggap sebagai Zaman Penyalinan Semula.Pendapat
Benjamin ini turut disokong oleh Jumplet (1961) menamakan abad ke 19 dan 20
sebagai Zaman Penterjemahan.

Terdapat beberapa orang tokoh penterjemahan yang memperkenalkan terjemahan


perkataan demi perkataan.Antaranya ialah Noralis (1798), Goethe (1813/14),
Humbold (1816), Schleievmacher (1813), Schopenhaner (1851), danNietzsche
(1882).

31
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Pada awal tahun 1900 telah berlakunya perubahan kaedah penterjemahan berikutan
perkembangan pengaplikasian teknologi. Oleh yang demkian, padan tahun 1990
sehinggan 1990, pemindahan teknologi telah memesatkan lagi proses terjemahan
bahasa.Penterjemahan bahasa berlaku disetiap negara. Ini membuktikan bahawa
taraf negara tidak mendiskriminasikan proses terjemahan bahasa sama ada negara
miskin,sedang membangun atau negara membangun. Keadaan sedemikian kerana
kegiatan penterjemahan peting lantaran setiap negara mempunyai Bahasa
Kebangsaan.

Berdasarkan Encyclopedia Britannica (1911),ada menyiarkan rencana menyatakan


bahawa kebanyakan terjemahan dilakukan secara tidak cekap dan tidak tepat.
Mutu terjemahannya rendah sebab kerjaya dibuat tidak profesional. Encyclopedia
Britannica menyarankan agar terjemahan mestilah tepat dan bermutu tinggi
dilakukan. Oleh yang demikian telah di laksanakan proses basmi penyelewengan
terjemahan.

Sejajar dengan peredaran zaman,Badan Antarabangsa mula menubuhkan


perdagangan antarabangsa, kemajuan Sains dan Teknologi bercambah dan maju.
Bahasa tempatan diperlukan untuk usaha-usaha promosi bahan-bahan komersial
dan pemindahan Sains dan Teknologi. Oleh itu,peranan penterjemah mendapat
tempat untuk tujuan-tujuan tersebut. Penterjemahan semakin mustahak. Di Malaysia
sahaja, badan-badan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan
Dewan Bahasa dan pustaka telah ditubuhkan untuk melaksanakan penterjemahan.

Manakala, Kesatuan Ekonomi Eropah (1967) pula telah mencatat bahawa mereka
mempunyai 16 ribu orang penterjemah khusus dalam bidang ekonomi, jurnal dan
lain-lain.Menurut Spitzbart (1972) ,terdapat 80 ribu jurnal stilistik diterjemah setiap
tahun.Ini adalah kerana Eropah memerlukan terjemahan bahan global dan
mempunyai nilai komersial.

6.1 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu.

Sejarah penterjemahan di Tanah Melayu boleh dikatakan bermula ketika zaman


kegemilangan Melaka. Sejarah penterjemahan dikatakan bermula di Melaka kerana
ketika itu kedatangan kuasa asing ke alam Melayu.Bagi memenuhi keperluan kuasa
asing ini di tanah Melayu, maka penterjemahan dilakukan.

32
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Kedatangan kuasa asing ini bukan sahaja membawa pengaruh bahasa, namun turut
membawa agama mereka. Oleh yang demikian,pada zaman kemasukan agama
Hindu,Buddha dan Islam, mereka mereka telah menterjemahkan kitab-kitab
Mahabratha dan Ramayana serta Al-Quran ke dalam bahasa Melayu walaupun
hanya secara lisan.

Dalam masa yang sama, pada awal abad ke-20 telah berlakunya pertembungan
bahasa dan budaya. Pertembungan bahasa ini telah menyebabkan timbulnya
masalah dalam berkomunikasi. Keadaan ini telah menyebabkan pegawai Inggeris
yang bertugas di Tanah Melayu mula menggunakan buku terbitan berbentuk
terjemahan sebagai panduan bagi mereka menguasai bahasa Melayu demi
kepentingan pentadbiran.

Kesimpulannya,kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu telah memberi kesan


dalam perkembangan bahasa akibat pertembungan bahasa penjajah dan bahasa
penduduk pribumi.Namun, tanpa kedatangan penjajah,kita kemungkina tidak
menerima bahasa lain malah hanya menguasai bahasa pribumi
sahaja.Tuntasnya,sejarah perkembangan penterjemahan di Tanah Melayu adalah
sama dengan dengan keadaan di Tanah Melayu iaitu sebelum kemerdekaan dan
selepas kemerdekaan.

6.1.1 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu Sebelum


Merdeka

Sebelum Merdeka, penterjemahan di Tanah Melayu lebih tertumpu kepada buku-


buku agama. Buktinya ialah apabila terbitnya buku tauhid, usuluddin, dan tasauf.
Pada awal tahun 1930-an, anak watan Tanah Melayu telah menjalankan kerja
penterjemahan iaitu Sheikh Idris al-Marbawi.Penterjemahan juga telah dilakukan
pada karya Arab.Contoh karya Arab yang telah diterjemah kepada bahasa Melayu
ialah “Al-Islam” dan “Seruan Al-Azhar” yang merangkumi pengetahuan am dan
novel.

Menurut Kasim Ahmad (1991), dalam sejarah penterjemahan bahasa Melayu,


banyak cerita dari India dan Semenanjung Arab telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Melayu. Contohnya Hikayat Seri Rama, Hikayat Sang Boma dan Hikayat Si
Miskin dari India, manakala Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Bayan Budiman dari Arab. Beliau menggunakan istilah saduran termasuklah

33
PENULISAN ILMIAH BMM3112

juga kitab agama yang dihasilkan oleh Hamzah Fansuri, Shamsuddin al-Raniri,
Sheikh Abdul Samad al-Pelembangi dan Sheikh Muhamad Arshd a-Banjari.
Antaranya ialah Hidayatul Salikin, Bulughul Muram, dan Minhajul Abidin.

Kegiatan penterjemahan bermula dengan rasminya selepas penubuhan Pejabat


Karang Mengarang Sultan Idris (SITC), Tanjung Malim, Perak. Menurut Norizah Ardi
(2000), pada tahun 1924 ,O.T. Dusseck telah memohon kebenaran untuk
menubuhkan Badan Menterjemah yang ditukar nama menjadi Pejabat Karang
Mengarang (PKM). PKM melaksanakan tugas awalnya, iaitu menulis, menterjemah
dan menyunting buku pelajaran dan novel serta menyelenggarakan percetakan
karya terjemahan.

PKM terus berusaha menterjemah sehingga pada tahun 1936 telah berjaya
menghasilkan 32 buku teks. Buku teks ini terbahagi kepada lima kelompok, iaitu
buku teks sekolah, buku teks sejarah, buku teks matematik, geometri dan congak,
buku teks ilmu alam, dan buku teks kesihatan dan latihan tubuh.

Dalam masa yang sama telah lahir seorang tokoh bahasa iaitu Za’ba. Beliau
memainkan peranan besar dalam bidang penterjemahan bahasa Melayu ketika
beliau bertugas di Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak. Beliau banyak menterjemah karya bahasa Inggeris ke dalam
bahasa Melayu. Contohnya ialah karya prosa drama Shakespeare.

Kesimpulannya, kedatangan kuasa asing mempunyai perkaitan dengan


perkembangan penterjemahan sehinggakan telah ditubuhkan badan Pejabat Karang
Mengarang bagi memantapkan lagi kegiatan penterjemahan melalui penterjemah
yang terlatih seperti Za’ba.

6.1.2 Sejarah Perkembangan Penterjemahan di Tanah Melayu Selepas Merdeka

Kemerdekaan di Tanah Melayu telah memberi ruang kepada bahasa untuk


berkembang dengan lebih meluas. Buktinya ialah penubuhan beberapa badan –
badan khas yang telah dipertanggungjawabkan dalam bidang bahasa.Dewan
Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan selepas Tanah Melayu merdeka.Dewan
Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru.Pada tahun
1957, Dewan Bahasa dan Pustaka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.

34
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Sehubungan itu, Pejabat Karang Mengarang yang telah ditubuhkan sebelum


merdeka telah dipindahkan ke DBP dan diletakkan di bawah Jabatan Pelajaran. Oleh
yang demikian, tugas menterjemah telah diambil alih oleh pihak Dewan Bahasa dan
Pustaka.Tokoh bahasa iaitu Za’ba terus memberi sumbangan kepada pihak
DBP.Pihak DPB telah menerbitkan majalah bulanan Dewan Bahasa.

Jika dilihat dari aspek bidang tugas, sememangnya tidak dinafikan bahawa pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan penting dalam penterjemahan.
Selain itu, DBP juga menyemak dan menterjemah borang serta surat-surat rasmi
yang diperlukan sesetengah kementerian dan jabatan kerajaan.

Selaras dengan itu pihak Dewan Bahas dan Pustaka telah banyak mengeluarkan
buku terjemahan oleh Sharifah Haji Malek (1995). Dalam masa yang sama,kajian
tentang penterjemahan juga telah dilaksanakan. Kajian ini telah diterajui oleh
Abdullah Sanusi Ahmad. Melalui latihan yang telah diterimanya, beliau telah
menghasilkan penulisan ilmiahnya yang bertajuk “Peranan Pejabat Karang
Mengarang” pada tahun 1966.

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah menggunakan alternatif lain untuk
memperbanyakkan karya terjemahan. Salah satunya ialah mengadakan “Peraduan
Menterjemah Novel” pada tahun 1978.Lantaran itu, sejak tahun 1980, penterjemahan
telah menjadi satu disiplin akademik yang semakin berkembang maju.

Selain daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, terdapat persatuan lain yang
turut menyumbang kepada penterjemahan. Antaranya ialah Persatuan Penterjemah
Malaysia (PPM).Persatuan Penterjemah Malaysia telah ditubuhkan pada 8 April
1978 dan didaftarkan sebagai sebuah persatuan pada 4 Oktober 1979. Kegiatan
penterjemahan dijalankan secara kolektif dan memperkukuh kerjasama antara para
penterjemah. Keahlian PPM terdiri daripada pelbagai kaum dan latar akademik
yang berbeza.

Sehubungan itu,permintaan terhadap buku terjemahan telah meningkat kerana pada


tahun 1983 bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di institusi pengajian
tinggi. Bahan dan sumber dalam bahasa Inggeris perlu diterjemah untuk memenuhi
keperluan pelajar. Implikasi daripada keadaan ini, maka pihak Majlis Tindakan
Negara telah mewujudkan semula Bahagian Penterjemah pada 1 Mac 1986.

35
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Pada tahun 1985 ,telah ditubuhkan Biro Terjemahan.Biro Terjemahan ditubuhkan


untuk mengendalikan kegiatan terjemahan bagi mereka yang memerlukan khidmat
terjemahan. Perkhidmatan yang disediakan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa
Melayu, Perancis, Arab, Jepun dan Mandarin.

Biro ini telah membuat kerja-kerja terjemahan untuk industri seperti badan kerajaan,
sekor swasta dan penerbit antarabangsa. Biro ini ditubuhkan dengan matlamat untuk
memberi perkhidmatan terjemahan bagi pelbagai bentuk teks, termasuk buku,
laporan, skrip, dokumen, ucapan, perjanjian, surat, iklan, poster, sijil dan sebagainya.
Biro ini juga membantu pemindahan ilmu melalui terjemahan dan interpretasi.

Badan yang akhir sekali ditubuhkan ialah Institut Terjemahan Negara Malaysia
Berhad, pada 14 September 1993. ITNMB mengambil alih kerja-kerja terjemahan
daripada Bahagian Penterjemahan, Dewan Bahasa dan Pustaka secara rasmi dan
menjadi badan tunggal di Malaysia yang merancang, melaksana, mengurus dan
menyelaras hal ehwal terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat
berbilang bangsa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ringkasnya, perkembangan penterjemahan semakin meluas selepas kemerdekaan


dengan penubuhan badan –badan penterjemah serta implikasi daripada bahasa
Melayu yang telah dijadikan bahasa pengantar telah mencabar pihak penterjemah
dalam menyediakan bahan rujukan.

7.0.Perkaitan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu dengan Sejarah


Perkembangan Tulisan Jawi, Pengistilahan dan Perkamusan serta
Penterjemahan.

Berdasarkan bahan maklumat yang diperolehi,didapati perkembangan tulisan jawi,


pengistilahan dan perkamusan dan penterjemahan merupakan bukti perkembangan
bahasa Melayu.Perkaitan ini juga boleh dikatakan sebagai implikasi daripada sejarah
bahasa Melayu telah mencetuskan sistem tulisan jawi,pengistilahan,perkamusan dan
penterjemahan.

Setelah meneliiti sejarah bahasa Melayu dan sejarah tulisan jawi, pengistilahan,
perkamusan dan penterjemahan, terdapat persamaan faktor yang menyebabkan
tercetusnya sejarah perkembangan ini. Faktor yang pertama ialah kedatangan
penjajah ke alam Melayu.Manakala faktor kedua pula ialah aktiviti perdagangan di
Tanah Melayu.

36
PENULISAN ILMIAH BMM3112

Faktor kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah mencetuskan


perkembangan bahasa dari aspek pengistilahan dan perkamusan.Pengistilahan dan
perkamusan diwujudkan bagi memudahkan pihak penjajah berkomunikasi dalam
mengurus Tanah Melayu serta dijadikan panduan dalam urusan dengan penduduk
pribumi. Catatan istilah bahasa ini telah dijadikan sumber untuk pengistilahan dan
perkamusan.Disini secara langsung penterjemah diperlukan untuk memahami dan
menterjemah istilah bahasa tertentu.

Manakala dari faktor perdagangan pula,jelas perkaitannya dengan sistem


tulisan jawi berdasarkan bahan bukti seperti duit syiling yang ditemui.Para
pedaganga yang datang ke Tanah Melayu telah membawa 2 elemen baru dan
diserap ke Tanah Melayu. Elemen ini adalah agama Islam dan bahasa
Arab.Penyebaran agama Islam sekaligus telah menyebarkan bahasa Arab
sehinggakan penduduk pribumi turut menggunakan bahasa Arab dan wujudnya
tulisan jawi.

Tuntasnya, perkembangan tulisan jawi, pengistilahan dan perkamusan dan


penterjemahan merupakan impak positif daripada kemasukan penjajah dan
pedagang ke Tanah Melayu.

7.1 Cadangan untuk Memantapkan Perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia

Berdasarkan kajian terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu Purba sehingga


bahasa Melayu moden, dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa langkah yang
boleh diambil untuk memantapkan lagi perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia.

Pertama adalah melalui badan yang telah dipertanggungjawabkan iaitu pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka.Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka harus mempunyai strategi
untuk memperkembangkan bahasa. Contohnya ialah mengadakan seminar atau
bengkel penulisan di institusi dan sekolah. Tujuannya adalah untuk menyedarkan
golongan generasi tentang bahasa dan sekaligus boleh memantapkan penguasaan
bahasa Melayu serta penghasilan karya baru yang sejajar dengan perubahan
zaman.

Langkah kedua pula adalah pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan


terutamanya dalam dunia pendidikan. Maksudnya ialah pihak kerajaan menegaskan
penggunaan bahasa Melayu tanpa sempada dalam bidang akademik.Impaknya

37
PENULISAN ILMIAH BMM3112

adalah kepada kegiatan penterjemahan. Kegiatan penterjemahan akan terus


dilakukan kerana pelajar memerlukan sumber dalam bahasa Melayu.

Sehubungan itu, langkah yang terakhir adalah peranan masyarakat itu sendiri dalam
menentukan hala tuju bahasa Melayu. Buktinya ialah penggunaan bahasa rojak dan
tidak baku sudah cukup menggusarkan kita. Ini merupakan salah satu cabaran untuk
memastikan masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Oleh yang
demikian, pihak media massa harus bijak memainkan peranan. Pihak media
sememangnya menjadi tumpuan masyarakat kerana berupaya memberi informasi.
Maka tidak salah jika peluang ini dimanfaatkan untuk mengajak dan menarik
perhatian masyarakat untuk bersama-sama memantapkan bahasa rasmi negara kita.

8.0 Kesimpulan

Tuntasnya seperti pepatah “ringan sama dipikul,berat sama dijinjing”.Begitulah juga


ibaratnya usaha dalam memantapkan bahasa Melayu di Malaysia. Semua pihak
bertanggungjawab dalam merealisasikan bahasa Melayu tanpa sempadan.Namun
jika asyik menunding jari kepada pihak tertentu,maka adalah mustahil untuk kita
memantapkan perkembangan bahasa Melayu. Ringkasnya,kerjasama semua pihak
rahsia kemajuan masyarakat.

38