Anda di halaman 1dari 37

KSSR

Akta Pelajaran 1961 menjadi asas kepada perlaksanaan pendidikan di negara ini, atas dasar untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir
Kurikulum Punca

1982- Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) 1993 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

kesan daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Falsafah Pendidikan Negara FPN (1988) zaman semakin berubah

Apakah KSSR ?
KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
2

LATARBELAKANG : KBSR
KBSR -murid-murid perlu memperolehi ilmu pengetahuan, menguasai pelbagai kemahiran dan menghayati nilai secara terus melalui pengalaman. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu : i. bidang komunikasi ii. bidang kemanusiaan dan alam sekitar iii. bidang perkembangan diri individu.
3

LATARBELAKANG : KBSR
Bidang komunikasi menjadi bidang utama dengan menekankan kemahiran asas iaitu kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira) yang diterapkan melalui 2 matapelajaran : Bahasa (Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris) dan Matematik. Bidang ini selaras dengan perakuan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
4

LATARBELAKANG : KBSR
Dalam bidang kemanusiaan dan alam sekitar pula, memfokuskan tentang nilai-nilai kemanusiaan dan persekitan serta komponen kerohanian, nilai dan sikap yang diajar melalui mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Manakala, dalam bidang perkembangan diri individu pula meliputi semua aspek iaitu intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial. Aspek ini diterapkan kepada murid melalui pembelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Muzik.

LATARBELAKANG : KBSR
Walaubagaimana pun, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diubah kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1993 selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu. Ini berlaku setelah penyemakan semula kurikulum dibuat dengan alasan bagi mengenalpasti kerelavanannya dalam merentas masa. Selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ditulis ketika itu, konsep bersepadu menjadi tumpuan utama dalam kurikulum dan pengajaran di sekolah melalui perlaksanaan KBSR.
6

LATARBELAKANG : KBSR
Konsep bersepadu yang dikandung dalam KBSR adalah meliputi unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan KBSR diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan. Maka dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep bersepadu tadi diserapkan melalui : I. Penggabungjalinan untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran selain daripada penyerapan ilmu pengetahuan. II. Nilai-nilai pula dititikberatkan dan mesti diserapkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.

LATARBELAKANG : KBSR

III. Perkembangan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang perlu berlaku secara harmonism menyeluruh dan sepadu. Perkembangan ini tidak boleh dilakukan secara berasingan. IV. Kesepaduan antara teori dan praktik. Suasana persekolahan dalam konteks KBSR adalah bagi memberi peluang murid-murid memperoleh dan merasai pengalaman hidup seperti menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat, membina persefahaman dalam pergaulan dan memupuk semangat kerja antara satu sama lain.
8

LATARBELAKANG : KSSR
Transformasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah merupakan pengukuhan dan penambahbaikkan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

LATARBELAKANG : KSSR
KSSR telah menjalani uji rintis di 500 buah sekolah rendah yang terpilih pada 31 Mac 2009 hingga Jun 2009. KSSR dilaksanakan sepenuhnya kepada murid-murid tahun 1 di semua sekolah bermula pada 2011.
10

LATARBELAKANG : KSSR
KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup. Dalam KSSR, penggunaan standard diguna pakai. Pengajaran KSSR adalah berpandukan Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran.

11

LATARBELAKANG : KSSR
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM(2011)

12

LATARBELAKANG : KSSR
Dari segi reka bentuk, KSSR berasaskan kepada enam tunjang iaitu : i. Tunjang Komunikasi, ii. Kerohanian, iii. Sikap dan Nilai, iv. Kemanusiaan, v. Perkembangan Fizikal dan Estetika, vi. Sains dan Teknologi dan vii. Keterampilan Diri.
13

LATARBELAKANG : KSSR
Dalam KSSR juga telah ditambah dengan elemen merentas kurikulum (EMK) yang baru iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

14

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR

15

16

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR

I.Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Prinsip KSSR masih lagi berpegang teguh kepada 4 prinsip yang didukung oleh KBSR iaitu pendekatan bersepadu di mana unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam kandungan si pelajaran diintergrasikan supaya terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran murid.
17

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR
I.Kedua-dua kurikulum ini diolah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Prinsip perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan yang sama serta pendidikan seumur hidup.

18

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR

1.PERSAMAAN KBSR dengan KSSR


KBSR dan KSSR juga mempunyai persamaan dalam organisasi kurikulum. Kedua-dua kurikulum ini diorganisasikan mengikut tahap iaitu, Tahap 1 dan Tahap 2. Walaubagaimana pun, pengkategorian dalam organisasinya pula telah berbeza(akan dihuraikan di bawah tajuk perbezaan KBSR dan KSSR). KBSR dan KSSR juga turut memberikan penekanan dalam bidang kokurikulum dan pembangunan insaniah.
19

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR

2. PERBEZAAN ANTARA KBSR dengan KSSR Perbandingan antara KBSR dan KSSR boleh dibuat berdasarkan perkaitan berikut ; i. reka bentuk kurikulum, ii. organisasi kurikulum, iii. proses pengajaran dan pembelajaran, iv. pembahagian masa, v. bahan kurikulum, vi. fokus kurikulum dan penilaian.
20

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


i.

Reka bentuk kurikulum.


KBSR direka dengan hanya mempunyai tiga bidang utama iaitu bidang Komunikasi, Manusia dan Alam Sekelilingnya serta bidang Perkembangan Diri Individu.

Tiga bidang ini direka bagi memastikan perkembangan murid secara menyeluruh untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta intergrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

21

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


ii. Reka bentuk KBSR adalah bersifat linear yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan seterusnya cadangan dan aktiviti pembelajaran.

Berlainan dengan KSSR di mana dibentuk secara modular yang merupakan satu kurikulum yang kandungannya diorganisasikan dan seterusnya disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit yang dinamakan sebagai modul.
22

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


KSSR pula telah direka dengan penambahbaikkan daripada KBSR. Enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi dan tunjang Keterampilan Diri menjadi bidang utama dalam KSSR. Penambahanbaikan reka bentuk dalam KSSR, bermatlamat untuk memperluaskan skop pembelajaran murid di peringkat sekolah rendah dan memberi banyak peluang kepada mereka untuk menjalani independent learning
23

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR

Bahan Kurikulum Pengajaran guru semasa KBSR adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran sebagai panduan. Pembelajaran murid berlangsung mengikut perancangan yang dibuat oleh guru berdasarkan kedua-dua dokumen itu. Bagi KSSR yang digubal secara pernyataan standard maka dengan itu, bahan yang dirujuk oleh guru-guru ialah Dokumen Standard Kurikulum yang mengandungi Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pembelajaran. 24

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


Organisasi Kurikulum KBSR dan KSSR masih lagi mengekalkan organisasi kurikulum yang sama iaitu membezakan murid mengikut tahap iaitu tahap 1 untuk murid tahun 1 hingga tahun 3 dan tahap 2 untuk murid tahun 4 hingga tahun 6 namun terdapat perbezaan dalam penstrukturan mata pelajaran. Murid tahap 1 dan 2 perlu diajar dengan mata pelajaran teras, wajib dan tambahan dalam KBSR .Semasa KBSR diguna pakai, selain bahan-bahan daripada buku teks, bahan-bahan lain yang relevan difikirkan dan disediakan oleh guru sevagai bahan pembelajaran di dalam kelas.

25

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


Organisasi Kurikulum

Namun dalam KSSR, tahap 1 diajar melalui Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif, berbeza dengan pengajaran kepada murid tahap 2 di mana murid-murid ini diajar dalam matapelajaran teras dan elektif. Perlaksanaan KSSR yang berasaskan modular telah menggunakan bahan-bahan pembelajaran yang menggiatkan pelajar belajar secara interaktif dan hands-on.

26

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


Fokus Kurikulum. KBSR memberi penegasan kepada penguasaan murid dalam kemahiran asas iaitu kemahiran 3M yang membawa maksud kemahiran membaca, menulis dan mengira. KSSR pula, telah ditambah satu lagi kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid menjadikannya empat kemahiran asas, ialah kemahiran menaakul. Menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik. Di tahap 1, tumpuan adalah kepada penguasaan asas 4M manakala di tahap 2, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi 4M. 27

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
EMK diperkenalkan semasa dalam perlaksanaan KBSR yang mana hanya menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. KSSR yang mempunyai penyepaduan tiga elemen iaitu Elemen Kreatif dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

28

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Elemen ini diperkenalkan dalam KSSR sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti perlaksanaan kurikulum terkini. Penambahan tiga elemen ini diharapkan dapat memenuhi keperkuan murid dalam membangunkan modal insane yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi serta berkeperibadian mulia.
29

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR

Kaedah Penilaian.
KBSR, penilaian dikendalikan guru di sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia pula adalah secara sumatif iaitu melalui UPSR. Penilaian sumatif adalah amat ditekankan semasa KBSR berbanding pernilaian formatif.

30

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR


Kaedah Penilaia KSSR menekankan penilaian formatif yang bertujuan menilai perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh pembelajaran murid. Dalam KSSR, guru-guru menilai murid melalui komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di mana melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan 31

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR KESIMPULAN

KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing. Namun perubahanperubahan yang berlaku disebabkan rasionalrasional atau alasan yang kukuh serta mengikut kehendak perubahan waktu dan selaras dengan cabaran semasa, maka transformasi perlu dilakukan. Segala penambahbaikkan dalam kurikulum ini perlu dilakukan bagi menyediakan warga negara kita untuk menghadapi arus kemodenan dalam menentang cabaran abad ke-21.

32

BANDING BEZA ANTARA KBSR DENGAN KSSR Ini jelas dapat dilihat dalam objektif KSSR yang lebih berfokuskan ke arah kemahirankemahiran seperti mengira, berfikir, belajar, saintifik dan teknikal. Kemahiran-kemahiran ini meliputi skop yang lebih luas seperti kemahiran dalam teknologi dan maklumat. Kemahirankemahiran dalam KSSR juga diperlukan bagi menyiapkan diri menghadapi cabaran masa hadapan dan mempertingkatkan lagi jati diri daripada peringkat akar lagi.

33

34

35

36

37

Anda mungkin juga menyukai