Anda di halaman 1dari 14

> Miss Rusminah & Miss Norizatti > EDU 3106 > Pn.

Anis Salwa Ahmed@Adnan > Unit K4

Pantang larang perak utara

DEFINISI
Pantang larang orang Melayu merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang.

Menurut Sheikh Othman bin Seikh Salim, pantang larang ialah suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak manusia itu dilahirkan sehinggalah manusia itu dewasa dan akhirnya meninggal dunia.

Arni Binti Johan (2006) mendefinisikan pantang larang sebagai khazanah budaya dunia terbina daripada pengalaman hidup yang lalu.

Tujuan
Digunakan sebagai kaedah untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat. Mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

PANTANG LARANG PERKAHWINAN


Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk ketika bersanding. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.

Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.

PANTANG LARANG TENTANG MAKAN


Jangan makan mengcangkung nanti payah dapat rezeki. Makan dalam belanga nanti dapat anak rupa hodoh.

Makan beras mentah dapat penyakit kuning.


Makan telur tembelang dapat penyakit barah.

Jangan makan sisa anak nanti anak degil.


Jangan makan dalam pinggan sumbing nanti dapat anak sumbing.

Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu. Jangan makan sambil berjalan nanti dapat penyakit perut. Jangan tidur selepas makan nanti perut jadi buncit. Jangan makan pinggan bertindih nanti beristeri dua.

PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG


Jangan mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat juga. Dilarang memukul,mendera atau mencederakan mana-mana binatang dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri kenan.

Dilarang minum air tebu, air kelapa, nenas dan tapai di awal kehamilan dikuatiri anak akan gugur.

Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata akan tertutup seperti kucing yang sedang tidur. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

Sekian..terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai