Anda di halaman 1dari 6

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Seni Visual Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Kelas: 4 Cemerlang Tarikh: 16 Februari

2014 Bil. Murid: 26 orang Masa : 11.15 12.15 pagi Bidang kegiatan: Menggambar Aktiviti: Kolaj Tajuk: Hidupan laut Masa: 1 jam Hasil pembelajaran: Pada akhir pembelajaran murid dapat 1. Menjelaskan teknik kolaj bagi menghasilkan gambar hidupan laut 2. Menyatakan cara-cara menghasilkan gambar hidupan laut menggunakan teknik kolaj. 3. Menghasilkan gambar hidupan laut menggunakan teknik kolaj. Keperluan alat Gunting dan pensil Keperluan bahan Gam, kertas lukisan, kertas warna, majalah, tali, manik, kekacang, butang, daun, lidi, straw Rujukan 1. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 2. Buku sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSR. Prosedur 1. Guru menentukan aras pembelajran supaya sesuai dengan tahap murid.

2. Guru merancang strategi pembelajaran dengan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancer dengan menerapkan kemahirankemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 3. Guru memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi. 4. Mempamerkan contoh hasil kerja yang telah siap. 5. Guru memberi penerangan kepada murid cara-cara untuk hasilkan gambar hidupan laut menggunakan teknik kolaj. 6. Memberi bimbingan kepada kepada murid untuk menyiapkan hasilan gambar menggunakan teknik kolaj. 7. Apresiasi dan refleksi 8. Penutup

Aktiviti 1 (5 minit)

Aras 1

TKP Interpersonal Verbal Linguistik

Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan iaitu menggambar dengan menggunakan teknik kolaj serta menunjukkan contoh karya yang sudah siap.

Murid dapat menerangkan tentang aktiviti menggambar kapal dengan teknik kolaj.

Strategi Kontekstual

BBM Beberapa contoh gambar teknik kolaj.

Aktiviti 2 (10 minit)

Murid dapat menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk membuat gambar hidupan laut dengan teknik

Alat dan bahan Gunting

Guru menerangkan alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan gambar hidupan laut menggunakan teknik kolaj.

kolaj.

Gam Kertas lukisan Kertas warna Majalah Gam Tali Manik Kekacang Butang Daun Lidi Straw

Aktiviti 3 ( 20 minit)

Guru membimbing murid langkah demi langkah untuk menyiapkan kolaj HIdupan Laut dengan teknik yang betul.

Murid menjalankan aktiviti membuat kolaj Hidupan Laut dengan bimbingan guru.

Konstruktivisme

Langkah 1 Murid merancang warna yang ingin mereka gunakan untuk membuat kolaj berdasarkan lukisan hidupan laut yang diterima.

Kreatif dan kritis

Guru memberi lukisan hidupan

laut yang berbeza-beza kepada murid.

Langkah 2

Murid memotong kertas beraneka warna bersaiz 1 cm x 1cm

Potong kertas aneka warna Bersaiz 1 cm x 1 cm Berhati-hati

Langkah 3

Murid memulakan tampalan untuk membuat kolaj sehingga selesai.

Murid meneruskan membuat kolaj dengan membuat tampalan menggunakan kertas-kertas warna yang telah digunting sehingga selesai.

Langkah 4

Murid memastikan hasilan kolaj bersih dan kemas.

Ketekunan, ketelitian, kesabaran

Kolaj yang telah siap dikemaskan dan diberi sentuhan terakhir oleh murid.

Murid yang telah siap dibenarkan membantu rakan lain yang belum siap dan perlukan bantuan.

Bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri dalam menyiapkan tugasan, bekerjasama.

PENUTUP (5 minit) Guru memilih beberapa orang murid dan menyoal mereka mengenai apa yang telah mereka pelajari. Guru mempamerkan karya setiap murid di hadapan kelas. Murid dapat memahami teknik kolaj dengan lebih baik dan ianya satu aktiviti yang menyeronokkan. Murid menghargai kerja masing-masing dan dapat menambah keyakinan pada diri mereka. TPK:

Interpersonal Verbal linguistik