Anda di halaman 1dari 11

KATA PENGHUBUNG

1. Apabila Ayat contoh: a. Semua murid berdiri tegak apabila bendera Malaysia dinaikkan. b. Apabila hujan reda,perlawanan itu pundisambung semula.

2. Atau Ayat contoh: a. Kamu suka minum teh atau kopi? b. Gadis itu kehilangan rantai atau cincin?

3. Dan Ayat contoh: a. Ali dan Muthu bermain badminton di situ. b. Saya membasuh muka dan menggosok gigi.

4. Jikalau/jika/kalau Ayat contoh:

a. Jikalau kamu belajar dengan bersungguh-sungguh tentu kamu akan berjaya. b. Jikalau kamu gagal,cubalah lagi.

5.Kecuali/melainkan Ayat contoh: a. Seng Chong suka makan semua jenis buah-buahan teempatan kecuali langsat. b. Semua orang hendak pergi kecuali Ahmad.

6.Lalu Ayat contoh: a. Dia mengambil galah lalu menjolok buah mangga itu. b. Dia masuk ke dalam bilik itu lalu memasang lampu.

7.Sebab/kerana Ayat contoh: a. Adik saya menangis sebab perutnya lapar. b. Anjing itu mati sebab dilanggar lori.

8.Sebelum Ayat contoh: a. Kerja kamu mestilah siap sebelum pukul 5.00 petang.

b. Sebelum menjawab,dia menjawad soalan-soalan dengan teliti.

9.Tetapi Ayat contoh: a. Pokok mangga itu sudah besar tetapi masih belum berbuah. b. Dia ingin membeli sebuah rumah tetapi tidak mampu.

10.Sambil Ayat contoh: a. Abang mendengar muzik sambil menulis surat. , b. Sambil berbual-bual,mereka bergurau senda. ,

11.Supaya/agar , Ayat contoh: a. Bacalah dengan kuat supaya dapat didengar oleh semua murid. , b. Dia membubuh baja agar pokok itu cepat membesar. ,

12.Setelah/selepas... Ayat contoh: a. Selepas membuat eksperimen,perbincangan pun diadakan. , b. Dia berasa letih selepas sibuk bekerja sepanjang hari.

13.Sungguhpun/walaupun Ayat contoh: a. Sungguhpun cuaca kurang baik,pertandingan itu tidak ditangguhkan. b. Dia tidak berputus asa walaupun dia sudah gagal.

14.Sejak/semenjak Ayat contoh: a. Sejak bangunan yang baru didirikan,murid di sekolah itu bertambah ramai. , b. Semenjak diberi nasihat,sikapnya telah berubah. ,

15.Serta Ayat contoh: a. Mereka minum teh serta makan nasi lamak. b. Orang itu tamak serta kedekut.

16.Hingga/sehingga , Ayat contoh: a. Dia memaluular itu hingga mati. b. Kami akan menunggu di sini sehingga dia datang.

17.Sementara ... Ayat contoh: a. Mereka berbual-bual di situ sementara menunggu hujan reda. ,

b. Kami menyajikan makanan di atas meja sementara menunggutetamu datang.

18.Manakala... Ayat contoh: a. Dia rajin manakala adiknya malas. , b. Gajah hidup di darat manakala ikan hidup di dalam air. ,

19.Tentang Ayat contoh: a. Mereka sedang berbincang tentang hal yang amat penting. () b. Beliau akan bercakap tentang kemajuan sekolah ini.

20.Yang Ayat contoh:

a. Pemuda yang berjaja buah-buahan itu sangat rajin. b. Dia mendapat hadiah yang istimewa.

21.Lagi... Ayat contoh: a. Murid itu bijak lagi rajin. b. Istana itu besar lagi cantik.

22.Selain Ayat contoh: a. Selain menternak ayam,Puan Wong jiga menanam sayur-sayuran. , b. Selain menjemput saudara mara, dia juga menjemput semua kawannya. ,

23.Maka

Ayat contoh: a. Disebabkan kesombongannya ,maka dia dibenci orang. , b. Dengan keberanian pemuda itu maka budak yang hampir mati lemas itu diselamatkan.

24.Malah/malahan;; Ayat contoh: a. Selepas makan ubat,pesakit itu tidak sembuh,malah keadaannya bertambah tenat. , , b. Dia bukan sahaja bijak,malahan rajin pula. , !

25.Sedangkan Ayat contoh: a. Bagaimana pencuri memasuki rumah,sedangkan pintu rumahnya dikunci. , ? b. Wai Kong tidak mahu makan ubat,sedangkan dia belum sembuh lagi.

26.Bahawa Ayat contoh: a. Budak itu menyatakan bahawa krluarganya miskin. b. Kami mengetahui bahawa dia berbohong.

27.Bahkan; Ayat contoh: a. Bukan kami sahaja ,bahkan murid yang terbijak pun tidak dapat menjawab soalan itu. , ! b. Datuk saya bukan sahaja tidak tahu menulis,bahkan tidak tahu membaca. , !

28.Selagi Ayat contoh:

a. Kanak-kanak itu dibenarkan masuk sekolah rendah,selagi umurnya belum cukup enam tahun. , b. Talian telefon di rumahnya tidak akan disambung semula selagi bil telefonnya belum dibayar. ,

29Asalkan...... Ayat contoh: a. Kanak-kanak boleh masuk ke kawasan itu asalkan diringi oleh orang dewasa. 1 ( ) , b. Kamu boleh meminjan buku itu asalkan tidak mengotorkannya. ,

30.Padahal/walhal Ayat contoh: a. Mengapa dia hendak membeli pakaian yang mahal-mahal walhal dia bukan orang kaya. , b. Kami ingat dia lembap walhal dia murid yang amat bijak. ,

Anda mungkin juga menyukai