Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI INDIVIDU: ANNIE SHANTHI NORIS Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah berjaya

mendapat pelbagai manfaat. Sebagai seorang guru, saya dapat mengenal subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dengan lebih terperinci.Sesungguhnya, Subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini tentang ilmu ketamadunan terutamanya yang menyentuh tentang Tamadun Islam, Tamadun Melayu dan Tamadun Asia lain yang berkaitan dengan masyarakat di Malaysia. Pertama sekali saya sangat bersukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah halangan-halangan yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi kewangan, masa serta sumber. Namun setelah diberi penerangan daripada para pensyarah Tamadun Islam dan tamadun Asia (TITAS), saya dapat memahami serta memudahkan ia memudahkan saya untuk merangka setiap proses untuk melaksanakan tugasan ini. Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini,saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami. Sebagai contoh, sebelum ini saya kurang memahami tentang Interaksi antara tamadun Asia.Sebagai contoh, lmu ketamadunan sangat penting untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama. Pada dasarnya, setiap rakyat Malaysia perlu mengetahui dan mengenali prinsip, nilai dan amalan setiap bangsa dan agama yang terdapat di Malaysia secara tepat dan dekat supaya perhubungan dan interaksi antara rakyat Malaysia tidak dipengaruhi atau ditentukan oleh prasangka dan kejahilan yang mudah menimbulkan kecurigaan, ketegangan dan kebencian. Ilmu ketamadunan harus diterapkan di kalangan rakyat Malaysia di peringkat awal lagi. Namun begitu setelah saya mengkaji serta mencari maklumat mendalam tentang perkara tersebut bagi tugasan ini, saya dapat memahami subjek ini dengan lebih mendalam. Pada masa yang sama, saya dapat mengetahui tentang Interaksi Tamadun Cina dengan tamadun lain dan relevansinya di dunia iaitu Kemunculan Tamadun Cina.Saya dapat mengetahui gambaran mengenai kemunculannya agak kabur kerana hanya

berasaskan cerita-cerita mitos dan imaginasi. Sesetengah cendekiawan sejarah berpendapat bahawa sebelum kewujudan era pemerintahan Dinasti, China diperintah oleh lima orang pendeta yang mengasaskan peradaban dan tamadun Cina.Diikutinya,Sepanjang perkembangan sejarah negera dan bangsa China, setiap dinasti bertapak,berkembang dan hancur yang kemudiannya digantikan oleh suatu dinasti yang lain. Tambahan pula, dengan melaksanakan kerja kursus TITAS ini, saya dapat megenali Negara India terletak di bahagian Selatan benua Asia. Keluasan negara India ialah 2,354, 175 km persegi. Negara India boleh dibahagikan kepada dua kawasan geografi iaitu India Utara dan India Selatan.Kedua-dua kawasan ini mempunyai rupa bentuk fizikal, bahasa, budaya dan amalan keagamaan yang berbeza.Zaman pra sejarah di India dikesan berlaku sejak 100,000 s.m. di benua Lumeria di Selatan India. Antara 10,000 hingga 6,000 s.m. wujud penempatan manusia di kawasan Kartanaka dan Lembah Ganges di bahagian tengah India. Sekitar 3,000 s.m. penemuan kesankesan tamadun Lembah Indus yang merangkumi kawasan-kawasan Mohenjodaro di daerah Montgomery. Penemuan arkeologi membuktikan masyarakat di Lembah Indus sudah mencapai tamadun yang tinggi. Selain daripada itu, Sejarah bertulis Jepun bermula dengan kemunculan ringkas dalam teks-teks sejarah Cina pada abad ke-1. Bagaimanapun, penyelidikan arkeologi menunjukkan bahawa manusia telah hidup di pulau-pulau Jepun seawal Zaman Paleolitik Awal lagi. Menyusul zaman ais terakhir pada sekitar 12,000 SM, ekosistem Kepulauan Jepun yang kaya menggalakkan pembangunan manusia yang

mengeluarkan tembikar terawal yang diketahui semasa zaman Jomon. Sejarah Jepun berselang-seli antara tempoh-tempoh keterasingan dengan pengaruh-pengaruh radikal yang kekadang bersifat revolusi dari dunia luar.

Akhir kata, saya begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga kami siapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa kami hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan. Dasar Pandang Ke Timur merupakan satu usaha positif oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan lagi prestasi pengurusan dan pembangunan negara. Dasar ini memberi kesan yang besar merubah budaya kerja

masyarakat Malaysia dan meninggikan prestasi dan daya pengeluaran negara. Di samping itu ia menjadi asas kewujudan sebuah masyarakat yang dinamik dan progresif. Saya sebagai pendidik yang berjiwa kental saya harus mengetahui sejarah Negara kita dengan lebih terperinci.