Anda di halaman 1dari 26

DRAF

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KHAS

PENGURUSAN KEHIDUPAN
(MASALAH PEMBELAJARAN)

TAHUN SATU

2010

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Rukun Negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendahuluan Matlamat Objektif Standard Kurikulum Berasaskan Tunjang Kurikulum Modular Berasaskan Standard Fokus Mata Pelajaran Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pentaksiran Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Komponen Pengurusan Diri Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Komponen Pengurusan Tingkah Laku Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Komponen Kemahiran Manipulatif

1 1 2 2 3 3 5 5 8 9 10 14 18

DRAF
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaanya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

DRAF
PENDAHULUAN Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berlandaskan prinsip-prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, peluang pendidikan dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran adalah bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan tidak membebankan murid, ini selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.

Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dibina supaya pembelajaran yang diperolehi di dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kurikulum ini juga menyediakan pendidikan berkualiti secara optimum untuk murid bermasalah pembelajaran supaya mereka menjadi insan yang seimbang, berdikari dan berjaya dalam kehidupan. MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid. Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

DRAF
OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran membolehkan murid: i. mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna ii. iii. iv. v. mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian menunjukkan kemahiran dan keterampilan ke arah kehidupan bekerjaya mengamalkan penjagaan kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna menggunakan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk vi. vii. viii. ix. x. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian melibatkan diri dalam aktiviti riadah menghargai keindahan alam dan warisan budaya menggunakan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa

STANDARD KURIKULUM BERASASKAN TUNJANG

Organisasi Kurikulum Berasaskan Tunjang dibina bagi membangunkan modal insan yang berpengetahuan dan berketerampilan. Tunjang merupakan domain-domain utama yang saling menyokong antara satu sama lain bagi membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Domain bagi setiap tunjang adalah: i. ii. Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai

DRAF
iii. iv. v. vi. Kemanusiaan Sains dan Teknologi Perkembangan Fizikal dan Estetika Keterampilan Diri

Bentuk Kurikulum Transformasi

DRAF
KURIKULUM MODULAR BERASASKAN STANDARD

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diorganisasikan dalam bentuk modular yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai.

5.1

Standard Kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yan murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai..

5.2

Standard Pembelajaran Satu penetapan kriteriaatau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi Standard Kandungan.

FOKUS MATA PELAJARAN

6.1 Mata Pelajaran: Pengurusan Kehidupan

6.1.1 Komponen: Pengurusan Diri Bagi murid pendidikan khas, pengurusan diri merupakan satu keperluan asas untuk menguasai bidang-bidang kemahiran lain. Perkara ini penting untuk menentukan penguasaan bidang-bidang lain diperoleh dengan lebih lancar dan sempurna. Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumah tangga perlu diajar kepada murid bermasalah pembelajaran. Komponen Pengurusan Diri dibina dengan tujuan melatih murid agar berkemahiran dan mampu hidup berdikari.

DRAF
Komponen Pengurusan Diri membolehkan murid dapat: i. ii. iii. iv. berdikari dan mampu menjalankan aktiviti seharian mengikut kemampuan diri sendiri menyediakan diri menghadapi situasi sebenar mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan sebenar

6.1.2 Komponen: Pengurusan Tingkah Laku Komponen ini bertujuan untuk memberi penekanan dalam mengurangkan masalah tingkah laku negatif murid dan seterusnya memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang sedia ada. Ia juga bertujuan melatih murid mengurus emosi dan membina keyakinan diri supaya dapat disesuaikan dalam kehidupan bermasyarakat. Aspek-aspek keselamatan diterapkan bagi membantu murid mengenal pasti perkara-perkara yang membahayakan diri sendiri, orang lain, komuniti dan masyarakat. Ini akan meningkatkan tahap kesediaan belajar murid serta memupuk sikap positif terhadap pembelajaran.

Komponen Pengurusan Tingkah Laku membolehkan murid dapat: i. ii. iii. iv. v. mengamal dan mengekalkan tingkah laku baik yang sedia ada dan yang baru mengurus dan mengawal emosi untuk memahami diri dan orang lain meningkatkan kemahiran bersosialisasi dengan keluarga, rakan dan masyarakat menjaga keselamatan dan kesihatan diri, keluarga, rakan dan masyarakat bersikap positif terhadap pengajaran dan pembelajaran

6.1.3 Komponen: Kemahiran Manipulatif Komponen Kemahiran Manipulatif memberi fokus kepada perkembangan kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor halus dan pengamatan murid. Komponen ini amat penting untuk membantu murid dalam penguasaan 3 M (membaca, menulis dan mengira).

DRAF

Usaha ini dapat melahirkan murid berkeperluan khas yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara.

Komponen Kemahiran Manipulatif membolehkan murid dapat: i. ii. iii. iv. 6.2 melakukan pergerakan koordinasi motor kasar, motor halus dan pengamatan menggunakan peralatan dengan teknik yang betul menggunakan pengetahuan dan kemahiran manipulatif dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesan meluaskan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan sesuatu bahan Pelaksanaan Modul Pengurusan Kehidupan 6.2.1 Modul Pengajaran Pengurusan Kehidupan Modul pengajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan disediakan untuk membantu guru menjalankan pengajaran dengan lebih berkesan. Guru boleh mengubahsuai atau membina modul yang bersesuaian mengikut keperluan.

Penglibatan murid yang aktif dapat meningkatkan pencapaian prestasi murid.

6.2.2 Modul Pembelajaran Pengurusan Kehidupan Modul pembelajaran mata pelajaran Pengurusan Kehidupan disediakan untuk kegunaan murid. Modul ini mengandungi lembaran kerja untuk menguji kefahaman dan penguasaan murid bagi mencapai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.

DRAF
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Asas 3M , guru boleh mempelbagaikan pendekatan bagi mencapai kehendak Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Antaranya adalah: Inkuiri Analisis Tugasan Belajar Melalui Bermain Pengajaran Bertema Pendekatan Kolaborasi (kumpulan pelbagai disiplin) Konstruktivisme Multi Sensori Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran Interaktif Pembelajaran Koperatif Simulasi Pembelajaran Masteri Pembelajaran Pengalamian (experiential learning)

DRAF
PENTAKSIRAN

Pentaksiran hendaklah dilaksanakan apabila sesuatu kemahiran selesai dijalankan berdasarkan Key Stage Masalah Pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah hendaklah dalam bentuk sumatif dan formatif. Hasil kerja murid seperti lembaran kerja, folio murid, pemerhatian dan ujian secara lisan boleh digunakan sebagai bahan pentaksiran. Pentaksiran secara pemerhatian hendaklah disertakan dengan senarai semak. Segala perancangan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dibuat bersama Rancangan

Pengajaran Individu (RPI). Guru menggunakan hasil pentaksiran ini untuk merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

DRAF

KOMPONEN PENGURUSAN DIRI

10

DRAF
DOKUMEN STANDARD PENGURUSAN DIRI TAHUN 1

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Urus Diri

1.1 Mengenal anggota badan

1.1.1 1.1.2 1.1.3

Menamakan bahagian kepala Menamakan bahagian badan Menamakan bahagian kaki

1.2 Mengamalkan cara makan dan minum yang betul

1.2.1 1.2.2

Menamakan peralatan yang digunakan untuk makan Menamakan peralatan yang digunakan untuk minum

1.3 Mengamalkan cara berpakaian yang betul

1.3.1 1.3.2

Menamakan pakaian dalam Menamakan pakaian

2. Kebersihan diri

2.1 Mengamalkan penjagaan kebersihan diri

2.1.1 2.1.2

Menjaga kebersihan setiap anggota badan Latihan amali menjaga kebersihan diri

2.2 Mengamalkan penjagaan kebersihan pakaian

2.2.1 2.2.2

Menjaga kebersihan pakaian dalam Menjaga kebersihan pakaian

11

DRAF

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3. Peralatan kebersihan diri

3.1 Menggunakan alat kebersihan diri

3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4

Menamakan peralatan kebersihan diri Menggunakan peralatan kebersihan diri Latihan amali menggunakan peralatan kebersihan diri Menggunakan peralatan kebersihan diri yang telah diubahsuai mengikut ketidakupayaan murid

4. Penggunaan tandas dan bilik air

4.1 Menggunakan kemudahan dalam tandas

4.1.1 4.1.2 4.1.3 4.1.4 4.1.5 4.1.6

Mengecam simbol tandas Menggunakan kemudahan di dalam tandas Latihan amali cara menggunakan tandas duduk Latihan amali cara menggunakan tandas cangkung Adab penggunaan tandas Menjaga keselamatan semasa penggunaan tandas

5. Pengurusan dalam dan luar bilik darjah

5.1 Penjagaan dalam dan luar bilik darjah

5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4

Menamakan alatan dalam bilik darjah Menamakan alatan luar bilik darjah Mengamalkan kebersihan dalam bilik darjah Mengamalkan kebersihan luar bilik darjah

12

DRAF

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

5.2 Mengamalkan peraturan dalam dan luar bilik darjah

5.2.1 5.2.2

Menyebut peraturan dalam bilik darjah Menyebut peraturan luar bilik darjah

6. Pengurusan tempat tinggal

6.1 Mengenal ruang atau bilik dalam rumah

6.1.1 6.1.2

Menamakan ruang atau bilik dalam rumah Menamakan peralatan dalam setiap ruang atau bilik

13

DRAF

KOMPONEN TINGKAH LAKU

14

DRAF
DOKUMEN STANDARD PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Disiplin Diri

1.1 Beratur mengikut keperluan di sesuatu tempat

1.1.1 1.1.2 1.1.3

Beratur mengikut giliran Beratur dengan betul dan tertib Beratur dengan senyap

1.2 Mematuhi arahan yang diterima

1.2.1 1.2.2

Mendengar arahan lisan yang diberi Melaksanakan arahan lisan yang diberi

1.3 Mematuhi peraturan pakaian seragam sekolah

1.3.1 1.3.2

Memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap Menjaga kekemasan pakaian seragam sekolah

2. Kemahiran Sosial

2.1 Memperkenalkan diri sendiri

2.1.1 2.1.1 2.1.2 2.1.3

Mengetahui nama sendiri Mengetahui nama sendiri Mengetahui umur sendiri Mengetahui tempat tinggal sendiri

2.2 Mengenal rakan-rakan sebaya dalam kelas

2.2.1 2.2.2

Menyebut nama rakan sekelas Mengetahui jantina rakan sekelas

15

DRAF

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.3 Melafazkan panggilan yang sesuai untuk orang lain

2.3.1 2.3.2

Melafazkan panggilan yang betul kepada setiap ahli keluarga Menggunakan kata ganti nama diri yang betul

3. Keselamatan Diri

3.1 Mengamalkan perbuatan yang betul di sekolah

3.1.1 3.1.2 3.1.3

Berjalan mengikut laluan yang telah ditetapkan Tidak berlari di kawasan sekolah Tidak memasuki kawasan larangan

3.2 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang perlu ketika di dapur

3.2.1 3.2.2

Menyimpan peralatan di tempat yang betul Mematuhi peraturan keselamatan

3.3 Mematuhi peraturan keselamatan ketika di jalan raya

3.3.1 3.3.2

Melintas jalan raya dengan cara yang betul Berjalan kaki secara melawan arus di jalan raya

4. Tatasusila / Adab

4.1 Melafazkan ucapan bertatasusila

4.1.1 4.1.2 4.1.3

Memberikan ucapan yang sesuai Meminta izin untuk pergi ke tandas Meminta izin untuk meminjam barang

4.2 Menunjukkan aksi yang sopan semasa berinteraksi

4.2.1 4.2.2 4.2.3

Mendengar arahan dengan penuh perhatian Memahami arahan yang diberi Melakukan arahan ringkas yang diberi

16

DRAF

TAJUK/TEMA

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

5. Emosi

5.1 Mengenal emosi asas

5.1.1 5.1.2

Menunjukkan aksi gembira Menunjukkan aksi sedih

5.1.3 5.1.4

Menunjukkan aksi marah Menunjukkan aksi takut

17

DRAF

KOMPONEN KEMAHIRAN MANIPULATIF

18

DRAF
DOKUMEN STANDARD KEMAHIRAN MANIPULATIF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1. Motor Kasar

1.1 Mengenal bahagian anggota badan

1.1.1

Melakukan pergerakan bebas yang melibatkan beberapa bahagian anggota badan

1.1.2 1.1.3

Menyebut bahagian anggota badan Menunjuk bahagian anggota badan

1.2 Melakukan pergerakan asas bahagian kepala

1.2.1 1.2.2 1.2.3

Menoleh ke arah kiri dan kanan Menggeleng kepala Mendongak dan menundukkan kepala

1.3 Melakukan pergerakan asas bahagian tangan

1.3.1 1.3.2 1.3.3 1.3.4

Mengangkat dan menjatuhkan tangan Mendepa tangan ke depan dan ke sisi Memusingkan tangan mengikut arah dan lawan jam Memusingkan pergelangan tangan mengikut arah dan lawan jam

1.4 Melakukan pergerakan asas bahagian kaki

1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5

Mengangkat kaki kanan dan kiri secara bergilir Membengkok dan meluruskan lutut Menghentak kaki kanan dan kiri secara bergilir Memusingkan pergelangan kaki mengikut arah jam dan lawan jam Melakukan pergerakan menendang

19

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

1.5 Melakukan pergerakan lokomotor

1.5.1 1.5.2 1.5.3 1.5.4 1.5.5 1.5.6 1.5.7 1.5.8

Berdiri tegak dengan tangan disisi Duduk dengan pelbagai gaya Berjalan secara bebas Membetulkan postur badan semasa berdiri Merangkak ke hadapan dan mengundur ke belakang Berjalan dengan langkah pendek dan panjang Membetulkan postur badan semasa duduk Melompat setempat ke hadapan, belakang dan ke sisi

1.6 Mengenal pergerakan bukan lokomotor

1.6.1 1.6.2 1.6.3 1.6.4 1.6.5

Menolak objek ke hadapan Menarik objek ke belakang Mengangkat objek ke atas Meletak objek ke bawah Menyusun objek

2. Motor halus

2.1 Melakukan pergerakan asas motor halus

2.1.1

Melakukan pergerakan jari jemari

20

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.2 Melakukan pergerakan merenyuk

2.2.1 2.2.2

Merenyuk menggunakan kedua-dua tangan Merenyuk menggunakan sebelah tangan

2.3 Melakukan pergerakan mengoyak

2.3.1 2.3.2 2.3.3

Mengoyak dalam cebisan yang besar Mengoyak dalam cebisan yang kecil Mengoyak mengikut garisan dan bentuk

2.4 Melakukan pergerakan meramas

2.4.1 2.4.2 2.4.3 2.4.4

Menggengam dan membuka jari Meramas menggunakan kedua-dua belah tangan Meramas menggunakan sebelah tangan Meramas objek-objek yang berstruktur i. kasar ii. halus iii. lembut iv. licin v. keras vi. kesat

2.5 Melakukan pergerakan mencubit

2.5.1

Mencubit i. diri sendiri ii. benda-benda lembut

21

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

2.6 Melakukan pergerakan memicit

2.6.1

Memicit i. benda-benda lembut ii. benda-benda liat iii. benda-benda keras

2.7 Membezakan struktur permukaan dan objek

2.7.1

Menyentuh pemukaan i. saiz ii. kesat iii. lembut iv. licin

2.8 Melakukan pergerakan koordinasi motor mata-tangan

2.8.1

Menyusun objek mengikut i. warna ii. bentuk

2.8.2

Mencantum objek mengikut bilangan i. bongkah ii. kepingan

2.8.3

Mencucuk objek mengikut i. saiz ii. bentuk iii. warna

22

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

3. Pengamatan

3.1 Meniru bunyi-bunyi melalui pengamatan pendengaran

3.1.1 3.1.2 3.1.3 3.1.4

Mengajuk kembali bunyi haiwan Mengajuk kembali bunyi yang dihasilkan oleh manusia Mengajuk kembali bunyi kenderaan Mengajuk kembali bunyi alam sekitar

3.2 Membezakan bunyi-bunyi melalui pengamatan pendengaran

3.2.1

Membezakan bunyi mengikut kategori i. haiwan ii. pelakuan manusia iii. alam sekitar iv. kenderaan v. alat muzik

3.3 Mendiskriminasikan objek melalui pengamatan penglihatan

3.3.1

Membezakan objek melalui i. saiz ii. warna iii. bentuk iv. jenis

3.3.2

Mengasingkan objek melalui i. saiz

ii. warna iii. bentuk

23

DRAF

TAJUK

STANDARD KANDUNGAN iv. jenis 3.3.3

STANDARD PEMBELAJARAN

Mengkelaskan objek melalui i. saiz

ii. warna iii. bentuk iv. jenis

3.4 Memadankan objek melalui pengamatan penglihatan

3.4.1 Memadankan objek melalui i. saiz

ii. warna iii. bentuk iv. jenis

24

Anda mungkin juga menyukai