Anda di halaman 1dari 2

Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali -kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang

sampai kepadaNya adalah ketakwa an kamu. Demikianlah Dia menundukkannya untukmu agar kamu mengagungkan Allah atas petunjuk yang Dia berikan kepadamu. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang -orang orang yang berbuat baik [Al[Al-Hajj:37]

Aidiladha 1431H
Aidiladha kali ini, mari belajar bercinta dan berkorban
Jadual/checklist
1-9 Zulhijjah/7-15 Nov

Hakikat Islam: Pedoman dari kisah Nabi Ibrahim a.s.


Setelah peristiwa pembakaran oleh Namrud, Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke Palestin. Di sana, Allah mengurniakan baginda seorang anak lelaki ketika usia baginda menjangkau 86 tahun. Belum pun puas baginda menimang anak sulungnya itu, Allah s.w.t memerintahkan pula baginda meninggalkan isterinya Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di Makkah, tanah tandus yang terletak jauh dari Palestin. Nabi Ibrahim a.s. pasrah dengan perintah Allah ini, lalu segera melaksanakannya tanpa bertangguh. Dapatkah kita bayangkan perasaan seorang isteri yang ditinggalkan bersama anak yang baru lahir oleh suami yang dicintainya? Setelah berlalu beberapa tahun, apabila Nabi Ismail a.s. sudah agak besar dan mampu bekerja bersama-sama ayahnya, datang pula perintah Allah supaya Nabi Ibrahim a.s. menyembelih anak kesayangannya itu. Dapatkah kita gambarkan hati kecil seorang ayah yang diperintah untuk mengorbankan anak kesayangannya, setelah terpisah sekian lama? Dapatkah pula kita selami sanubari seorang anak yang telah lama ditinggalkan bersama ibu, tiba-tiba ayahnya datang untuk menyembelihnya? Allah menceritakan peristiwa besar ini dalam Al-Quran, Maka ketika Anaknya itu sampai (ke peringkat umur Yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya Aku melihat Dalam mimpi Bahawa Aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa Yang diperintahkan kepadamu; insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar". [Ash-Shaffat: 102] Sesungguhnya peristiwa tersebut merupakan satu peristiwa besar, menifestasi sebuah pengorbanan agung dalam mentaati perintah Allah. Peristiwa yang berlaku pada tanggal 10 Zulhijjah ini jugalah yang dirayakan oleh umat Islam seluruh dunia pada setiap tahun. Benar, kita merayakan yaum an-Nahar setiap tahun. Tetapi, berapa kerapkah kita menghayati peristiwa agung ini? Tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa majoriti umat Islam tidak mengambil pengajaran daripada peristiwa ini, walaupun mereka menyaksikan upacara menyembelih haiwan korban hampir setiap tahun. Dalam penulisan ini, dengan izin Allah s.w.t saya akan cuba mengetengahkan satu hakikat besar daripada peristiwa agung ini. Manusia adalah hamba Allah. Hakikat seorang hamba adalah kepatuhan total terhadap perintah tuannya tanpa merasa keberatan, walaupun rahsia atau hikmah di sebalik perintah tersebut tidak difahami. Seorang hamba tidak berhak untuk mempersoalkan apatah lagi untuk engkar akan perintah tersebut seperti dalam firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Ahzab: 36: yang menyebabkan Hajar bersabar dengan ujian ditinggal oleh suami tercinta di lembah yang tandus bersama anaknya yang masih kecil. Ketundukan inilah yang menyebabkan Nabi Ibrahim a.s. sanggup menyembelih anak yang amat disayangi. Penyerahan inilah juga yang mengakibatkan Nabi Ismail a.s. bersedia dikorbankan demi memenuhi perintah Allah s.w.t. Ini semua mereka lakukan dengan patuh walaupun mereka tidak mengetahui hikmah di sebalik perintah tersebut. Adakah kita menghayati hakikat ketundukan total ini dalam kehidupan kita? "Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)... (Ali-Imran: 110) Ya... kita adalah umat terbaik! Kita adalah umat yang memimpin, bukannya dipimpin. Kita adalah umat yang sepatutnya mencorakkan perjalanan dunia! Malangnya, umat Islam hari ini lupa akan hakikat ini, lalu mereka redha hidup dalam kehinaan. Islam adalah menifestasi ketundukan total kepada Allah s.w.t sebagaimana yang digambarkan melalui kisah keluarga Nabi Ibrahim a.s. Ketundukan yang didasari aqidah dan keimanan bulat yang mantap. Hakikat ini patut kita hayati setiap kali kita menyambut tanggal 10 Zulhijjah! Sesungguhnya, pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya dalam menurut perintah Allah s.w.t adalah contoh terbaik untuk kita jadikan suri tauladan. Umat ini hanya akan bangkit melalui jalan yang ditunjukkan oleh generasi terdahulu yang telah berjaya dari kalangan para anbiya, para syuhada dan para solehin. Oleh: Dr. Ahmad Kamsani b. Samingan, Timbalan Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) (untuk artikel penuh, sila layari laman web PEMBINA http://pembina.com.my/)

Puasa sunat Beribadah sunat


9 Zulhijjah/15 Nov

Puasa sunat Bertakbir mulai subuh


10 Zulhijjah/16 Nov

Haram berpuasa Mandi sunat dan pakai pakaian


terbaik

Solat subuh Tasbih Tahmid Tahlil Takbir (T4) Makan sebelum solat sunat (bagi
yang tidak berkorban)

Dan tidaklah harus bagi orangorang Yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas

Berjalan ke musolla (tanah lapang)


sambil bertakbir

Solat sunat & dengar khutbah Berkorban (bagi yang mampu) Makan selepas solat (bagi yang
berkorban)

11-13 Zulhijjah / 17-19 Nov

Haram berpuasa Berkorban Bersyukur dan membesarkan Allah


sepanjang hari dengan T4

Islam bukannya sekumpulan konsep-konsep lesu yang berlegar-legar di minda manusia. Islam juga bukan bererti kepercayaankepercayaan buta yang dipaksa kepada manusia. Islam bukan sekadar beberapa perlakuan ritual (aktiviti keagamaan) yang wajib dilaksanakan secara membuta-tuli. Sebaliknya, Islam adalah agama praktikal yang berpengaruh di dalam kehidupan manusia. Islam bermaksud ketundukan yang sepenuhnya kepada syariat Allah. Seorang muslim tidak ada pilihan, kecuali menjadikan keseluruhan hidupnya dibawah naungan syariat Allah yang sempurna. Sekiranya seorang muslim itu memilih untuk hidup di luar syariat, maka pada hakikatnya dia bukanlah seorang muslim, walaupun dia mengaku beriman. Konsep ketundukan total kepada perintah Allah ini tergambar jelas dari peristiwa keluarga Nabi Ibrahim a.s. sepertimana yang telah dinukilkan di atas. Ketundukan inilah

Bertakbir hingga terbenam matahari


13 Zulhijjah

Page 1

Buletin ini telah diubahsuai daripada salinan asal ISMA-NZ

Page 2

Aidiladha 1431H: Aidiladha kali ini, mari belajar bercinta dan berkorban

Mari jawab Kuiz! 1. Diriwayatkan daripada


Kaab; Allah memuliakan sesetengah masa keatas yang lain. Lalu masa yang paling dicintai Allah ialah bulan-bulan haram iaitu? 2. Hari jemaah haji menunaikan rukun wuquf turut dikenali sebagai Hari? 3. Setelah diselamatkan dari peristiwa pembakaran oleh Namrud, Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke? 4. Ketika Nabi Ismail dilahirkan, Nabi Ibrahim berusia? 5. Tawaf mengelilingi Kaabah difardhukan sebagai salah satu rukun haji dan dilaksanakan mengikut?/melawan? arah pusingan jam sebagai memenuhi fitrah manusia dan alam semulajadi 6. Peristiwa pengorbanan N. Ibrahim & anaknya berlaku pada tanggal?
Jawapan 1. Rejab-Zulqaedah-Zulhijjah-Muharram 2. Arafah 3. Palestin 4. 86 tahun 5. Melawan 6. 10 Zulhijjah

Kelebihan bulan Zulhijjah


Daripada Ibnu Abbas telah berkata :Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya :Tiada

daripada hari-hari untuk beramal soleh padanya yang mana lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari ini iaitu hari sepuluh (sepuluh hari pertama Zulhijjah). Para sahabat bertanya : Wahai Rasulullah!
dan tidak (amal) jihad pada jalan Allah?. Jawab baginda : Dan tidak jihad pada jalan Allah. Sabda baginda lagi : melainkan seorang lelaki yang keluar dengan dirinya sendiri dan hartanya maka dia tidak pulang daripadanya dengan sesuatu. (Hadis isnadnya sohih dikeluarkan daripada imam Bukhari, Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad, Ibnu Habban dan al-Baihaqi dengan sanad atau jalan berbeza)

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang artinya : Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan padanya lebih disukai kepada Allah darihari-hari sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya daripada tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (Hadis isnadnya pada hasan dikeluarkan oleh imam al-Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti)

Ibadah korban sepintas lalu


1. Sejarah korban Kisah anak2 Nabi Adam as, Qabil & Habil (Surah al-Maidah:27) Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (Surah as-Shaaffat:100-102) 2. Hikmah korban Meningkatkan ketakwaan (Surah alHajj:37), dikurniakan kebajikan dan diampunkan dosa. 3. Definasi korban Haiwan yang disembelih pada hari aidiladha (10) dan hari tasyrik (11-13 Zulhijjah) dengan tujuan untuk mendekatkan diri (taqarrub) kepada Allah 4. Hukum melaksanakan korban Sunat muakkadah (sangat dituntut) bagi yang mampu Wajib bagi yang bernazar 6. Haiwan korban Binatang ternakan (anam) lebih afdhal unta> lembu>biri-biri>kambing Unta/lembu/kerbau boleh kongsi dengan 7 orang, kambing tidak boleh dikongsi Cukup umur, sihat dan tidak cacat/aib 7. Cara menyembelih Memotong kesemua halqum (salur pernafasan) dan mari (salur pemakanan) sehingga putus dengan alat yang tajam seperti pisau dan haiwan mestilah mati selepas putus kesemua halqum dan mari. Jika mati sebelum putus, maka tidak sah/ menjadi bangkai. Sunat bertakbir dan menghadap kiblat semasa menyembelih. 8. Pengagihan daging Korban wajib: wajib sedekahkan semuanya, haram orang berkorban memakannya. Korban sunat: sunat bagi orang yang berkorban makan sebahagian daging, wajib sedekah daging yang mentah dan basah kepada orang Islam yang fakir atau miskin, afdhal sedekah kesemuanya, haram sedekah kepada orang kafir dan haram diberikan sebagai upah kepada si penyembelih melainkan sebagai sedekah jika si penyembelih miskin. 9. Hukum berwakil (wakalah) Harus berwakil berdasarkan dalil Q&S dan ijmak ulamak. 4 rukun wakalah: orang yang berwakil (muwakkil), orang yang dijadikan wakil (muwakkal), sesuatu yang diwakilkan (muwakkal fihi) dan shighah (ijab & qabul) Orang yang berwakil berijab melalui perkataan, penulisan, persuratan atau bahasa isyarat jika bisu. Orang yang dijadikan wakil mestilah tidak menolak ijab, kalau menolak maka tidak sah. Sunat binatang disembelih sendiri oleh orang yang berkorban itu jika tahu menyembelih. Harus mewakilkan orang lain yang tahu menyembelih untuk menyembelih. Orang yang berkorban hendaklah berniat sebelum menyembelih atau minta orang yang diwakilkan berniat untuknya. Mestilah jelas dengan niat samada korban sunat atau wajib (nazar) (Diringkaskan dari Hukum dan Persoalan Ibadat Qurban oleh Abdullah Thahir. Untuk artikel penuh, sila layari http:// www.scribd.com/doc/21954728/IBADAHKORBAN)

Untuk keterangan lanjut, layari laman web;

Jom Takbir! Bersama ISMAISMA-Oz

5. Waktu melaksanakan korban 10-13 Zulhijjah. Paling afdhal ketika matahari naik segalah pada 10 Zulhijjah

www.ismaaustralia.com

Projek Sadaqah Qurban anjuran Aman Palestin


Apakah sadaqah qurban? Sadaqah qurban adalah sejenis sedekah. Ia dikaitkan dengan ibadah qurban kerana sumbangan tersebut akan digunakan untuk membeli haiwan qurban dan disembelih untuk diagihkan kepada rakyat Palestin. Orang yang member sedekah ini insyaAllah diberi pahala wajib kerana sumbangan disalurkan kepada orang yang layak dan sangat memerlukan. Tabaru (sumbangan sunat) kepada rakyat Palestin adalah wajib berdasarkan fatwa ulama mutabar: Al-Qardawi Saya berpendapat membantu saudara kita di Palestin bukanlah sedekah sunat bahkan ia adalah kefardhuan yang wajib dan tugas yang mesti dilaksanakan ke atas ummah. Dr Wahbah Az-Zuhaili Dalam waktu sekarang ini para penduduk Gaza menjadi golongan utama untuk mendapat haiwan dan daging qurban disebabkan keadaan mereka yang ditimpa krisis. Hal tersebut dihukum syib (menyerupai wajib) Faedah Orang yang member sedekah ini mendapat pahala lebih besar dan orang Palestin tetap boleh menerima bahagian daging korban seperti umat Islam lain. Cara menderma Secara online. Ikuti arahan di website http://www.amanpalestin.net/

Buletin ini telah diubahsuai daripada salinan asal ISMA-NZ