Anda di halaman 1dari 3

Hari itu, Cikgu Hanim, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid k elas 4 Luhur berkongsikan pekerjaan

ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas. Tiba giliran Farouq, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan & bercakap den gan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sed emikian. Sebelum itu, sudah ada 7 orang murid yang lain yang telah pun berkongsikan peker jaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang s i ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang p eguam. Semuanya hebat-hebat belaka. "Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-k awan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi." Pendedahan Farouq itu disambut dengan 'Oooohh' & 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya ya ng lain, terutamanya yang perempuan. Farouq menjadi semakin tidak keruan. Dia cu ba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya. "Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Hanim jugak!" Cikgu Hanim tersenyum mendengar kata-kata Farouq itu. "Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekara ng ni, dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih & nasi lemak..." Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Farouq itu. "Ilham! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Farouq di hadapan tu!" Cikgu Hanim dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi. "Takde apa cikgu. Maaf yee cikgu." Namun pada wajah Ilham, terukir sebaris senyuman sinis yang menjengkelkan. Telin ga Farouq tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh & gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar. "Ilham, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju, jual kuih, nasi lemak?" Ilham bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh & dengan selambanya m engejek Farouq. "Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Jurutera. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pun, bukan nak kata ah, tapi seorang usaha wanita yang berjaya. Sampai mak kau, tak sebijak mak kami... Heh." Terbeliak mata Cikgu Hanim mendengar kata-kata Ilham yang penuh selamba itu. Ilh am baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Farouq menggenggam tangannya, pe nuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Hanim mahu mengatakan se suatu, Farouq sudah menyerang balas dahulu. "Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk sol at Subuh & kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarap an untuk aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekola h. Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku & hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar dengan bekalan makanan. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan m ak aku sambil makan aiskrim. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, maka nan tengah hari sudah tersedia di dapur. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku bua t buat kerja sekolah & dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya d ia boleh jaga dengan baik. Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan ka mi adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia! Kau ada, Ilham? Kau ada??" Tergamam Cikgu Hanim. Terkesima seluruh kelas. Pucat muka Ilham. Pipinya basah dengan air mata..

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menid urkan anaknya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, seda ngkan untuk diri sendiri dia bersederhana. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu & ke hilir semata -mata menuruti kehendak si anak. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyan gan. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh & selebet asalkan si anak cantik bergaya. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membel ikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam. Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikir kan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung. Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoa kan kebahagiaan & kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai ert i doa seorang ibu. Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anak nya terus 'hidup.' Meskipun si ibu itu tampak 'bodoh' pada pandangan mata manusia, 'bodoh' pada pen ilaian dunia, ketahuilah, syurga itu tetap berada di bawah telapak kakinya.. Ibu... Engkaulah RATU hatiku. Sources: Anonymous

Anda mungkin juga menyukai