Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL Tahun Modul Aktiviti Tema Tajuk Masa Media :3 : Bidang Menggambar

: Kolaj : Alam Semula Jadi : Kumbang Ladybird : 60 minit : Alat : gunting

Bahan : Kertas lukisan, gam, kertas warna dan bahan-bahan lain yang sesuai Bahan Bantu Mengajar EMK Standard Kandungan 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, kepelbagaian, dan kontra yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni dalam penghasilan gambar dengan teknik kolaj. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan gambar teknik kolaj. 3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan gambar teknik kolaj. 4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. : Contoh-contoh kolaj, gambar kumbang ladybird : Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

Standard Pembelajaran 1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahas seni visual yang ada pada kolaj. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 1.1.1.2 1.1.1.3 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 1.1..2.2 1.2 Aplikasi Seni Kepelbagaian - bahan Kontra - warna Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan kolaj. Rupa organic atau geometri atau gabungan rupa Jalinan sentuh dan tampak Warna primer atau sekunder atau kedua-dua warna

1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat gunting 1.2.1.2 Bahan kertas lukisan, gam, kertas warna 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik kolaj 1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual

1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan

Perkara Set Induksi (5 minit)

Standard Pembelajaran 1. Guru memberi penerangan tantang kolaj. 2. Guru menunjukan serta mengenalkan alat-alat dan bahanbahan yang akan digunakan untuk menghasilkan kolaj. 3. Guru mengaitkan dengan tema hari ini. -

Ilustrasi Aktiviti Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan. Alat: gunting. Bahan: kertas lukisan, gam, kertas warna.

Persepsi Estektik 1. Guru mempamerkan gambar (5 mint) serangga. 2. Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada contoh kolaj.

Aplikasi Seni (10 mint)

1. Guru mempamerkan media yang digunakan. 2. Guru menunjuk cara melakar rupa kumbang ladybird. 3. Guru menunjuk cara membuat kojaj kumbang ladybird.

Ekspresi Kreatif (30 minit)

1. Murid menghasilkan kolaj dengan bimbingan guru. 2. Murid menghasilkan kolaj mengikut kreativiti.

Apresiasi Seni (5 minit)

1. Murid mempamerkan karya masingmasing. 2. Murid menceritakan pengalaman semasa menghasilkan karya. 3. Murid memberikan pendapat tentang karya rakan.

Penutup (5 minit)

1. Guru mengumpul semua hasil karya murid-murid. 2. Guru meminta murid-murid mengemas bilik darjah.

Refleksi
Hari ini adalah hari pertama saya mengajar Pendidikan Seni Visual. Selepas berbincangan dengan guru pembimbingan saya, saya telah membuat keputusan untuk mengajar teknik kolaj di dalam kelas Tahun 3 Merah. Melalui pengajaran hari ini, saya mendapati kekuatan saya adalah saya dapat memberi araha dan penjelasan yang tepat, jelas dan singkat. Murid-murid dapat memahami penerangan tentang teknik kolaj. Mereka dapat menjawab soalan-soalan saya dengan tepat. Selain itu, murid-murid dapat menghantar hasil karya pada masa yang telah saya tetapkan. Selain itu, kelemahan saya adalah tidak memberi peraturan-peraturan sebelum memulakan pengajaran saya. Ini telah menyebahkan murid-murid membuat bising dan menjalan sini ke sana semasa mereka diberi masa untuk membuat hasil karya mereka. Oleh itu, saya mestilah menetapkan peraturan yang jelas kepada murid-murid Tahun 3 Merah pada waktu pengajaran yang akan datang supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya dapat dijalankan dengan lebih lancar dan teratur.

Anda mungkin juga menyukai