Anda di halaman 1dari 1

Semua individu perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup

mereka. Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik. Antara faktor utama dikurniakan usia yang panjang ialah penjagaan kesihatan yang betul. Sekiranya panjang umur dan hidup ceria kerana kesihatan yang baik, sudah pasti akan menggembirakan seseorang individu. Penjagaan kesihatan penting kerana jika badan sihat kita boleh belajar setinggi yang boleh atau mencari rezeki semampu yang boleh. Keduaduanya dapat memeberikan kepuasan kepada kita. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan kerana jika kita sihat sudah pasti kita dapat menghindari penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, kanser,dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, kita tidak perlu membelanjakan wang yang banyak untuk merawat penyakit. Selain itu, jika kita serius dalam penjagaan kesihatan sudah tentu kita tidak perlu menyusahkan ahli keluarga untuk merawat penyakit. Jika ada ahli keluarga yang tidak sihat menyebabkan seluruh keluarga berasa susah hati. Dalam sesetengah kes ada individu yang terpaksa dibuang kerja kerana tidak layak bekerja disebabkan fakyor kesihatannya. Kesimpulannya, kita perlu menjaga kesihatan diri demi menjamin kehidupan yang sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai