Anda di halaman 1dari 1

Proses menyediakan kelim belah kangkung: 1. Temukan sebelah luar fabrik dan sematkan di garisan pemadan. 2.

Jika perlu, jahit dengan jahitan jelujur di garisan pemadan. 3. Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan. 4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata.

Proses menyediakan kelim betawi: 1. Temukan sebelah dalam fabrik dan sematkan serta jelujur di garis pemadan. 2. Jahit dengan jahitan mesin 4 mm dari garisan pemadan di bahagian basi kelim. 3. Gunting basi kelim hingga tinggal 4 mm dari garis jahitan pertama. 4. Tekan kelim supaya terbuka dengan rata. 5. Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik dan semat. Jahit dengan jahitan mesin di garisan pemadan. 6. Tekan dan seterika kelim supaya rata yang menghala ke bahagian belakang pakaian.