Anda di halaman 1dari 10

Nama : _____________________________________

Tarikh : ______________ 011

011 Bahasa Melayu MLB 2009 Set 3 50 minit JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________

MODUL LATIH BIMBING UPSR 2009

011 BAHASA MELAYU Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. 2. 3.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

4.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak. 011 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 3

Soalan 1 hingga Soalan 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Kami sungguh asyik melihat ________ melambai-lambai ditiup angin sewaktu berada di pantai Teluk Batik. A pepohon nyiur B pepohon buluh C pepohon bakau D pepohon pisang

Semua rakyat Malaysia haruslah bersyukur kerana dapat tinggal di negara yang aman sejahtera dan diperintah oleh ________. A wakil rakyat B raja berdaulat C ketua kampung D jemaah menteri

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

Banyak pengunjung suka memilih kawasan air terjun sebagai ________ untuk berlibur dan bersantai pada hujung minggu. A B C D ruang utama tempat tinggal penjuru pilihan destinasi utama

Azli dan rakan-rakan ________ Wetland di Putrajaya untuk melihat kehidupan ekosistem di tanah lembap. A menyusuri B menyiasat C memantau D mengunjungi

Maklumat tentang pelancongan domestik ________ oleh murid-murid daripada akhbar untuk tujuan penulisan. A ditampal B diambil C dicatat D dicatit

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 3

Pulau Langkawi terkenal sebagai destinasi pelancongan dan pusat perniagaan di negara kita. ________ beribu-ribu pelancong berkunjung ke pulau tersebut pada masa cuti. A Oleh yang demikian B Tambahan pula C Namun begitu D Selain itu Pulau Labuan menjadi tarikan pelancong kerana ada pasar tamu yang menjual pelbagai jenis barang. ________, pasar tamu juga terdapat di beberapa tempat lain di Sabah. A Seterusnya B Lantaran itu C Namun begitu D Tambahan pula Pemburu berasa kasihan lalu ________ keluar duri yang terlekat pada ekor monyet itu. A menikam B mencucuk C menggores D mencungkil Tun Mamat dan rombongannya terpaksa ________ hutan tebal untuk sampai ke puncak Gunung Ledang. A meranduk B merempuh C meredah D melalui

Soalan 10 berdasarkan gambar di bawah

10

Sejurus ketua kampung ________ punggungnya, acara keraian di kampung Sabak Bernam itu pun dimulakan. A B C D meletakkan melabuhkan menurunkan menjatuhkan

11

Pawang istana sedang ________ air ke muka Puteri Intan Baiduri yang jatuh pengsan ketika berlibur dengan dayang-dayang di taman bunga. A merenjis B menuang C menyiram D mencurah

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 3

12

Setelah Tuan Puteri Puspa Sari jatuh gering, Raja Amirul Alam amat masyghul. ________ baginda mengambil keputusan untuk berkelana mencari penawarnya. A Hatta B Arakian C Adapun D Syahadan

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah

13

________, tersebutlah kisah seorang dara yang yatim piatu berkahwin dengan putera raja yang kacak. A B C D Syahadan Masyhgul Adapun Hatta

14

Si Camba dan ibunya ________ kerana ketua keluarga mereka meninggal dunia secara tiba-tiba malam tadi. A tenggelam punca B hilang akal C naik angin D berat hati

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah

15

Kehidupan keluarganya ibarat ________ menyebabkan mereka perlu bekerja keras untuk menampung kehidupan seharian. A B C D patah kandar abu di atas tunggul kais pagi makan pagi layang-layang putus tali

16

________ garam merupakan antara mineral yang penting, ________ jika terlalu banyak diambil akan menyebabkan badan tidak dapat menyingkirkan air yang berlebihan. A Walaupun maka B Lantaran maka C Walaupun namun D Oleh sebab namun Untuk mengelakkan obesiti, kita sepatutnya melakukan aktivit fizikal mengikut ________ dan mengamalkan pemakanan yang seimbang berpandukan ________. A Carta selera piramid selera B Jadual harian piramid harian C Jadual tugasan piramid aktiviti D Pramid aktiviti piramid makanan

17

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 3

18

Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh tubuh. Akibat kekurangan air, boleh menyebabkan kesan buruk kepada ________. A buah pinggang B tekanan darah C daya ingatan D sistem saraf Pakar perubatan mengesyorkan supaya kita mengambil makanan yang mempunyai tiga warna asas iaitu kuning, merah dan hijau. Perkataan sama erti bagi mengesyorkan ialah A B C D menyuruhkan menyarankan menasihatkan mencadangkan

19

20

Perusahaan membuat kerepek yang dijalankan secara kecil-kecilan akhirnya mendapat pulangan yang lumayan setelah produk itu disukai ramai. Pilih peribahasa yang sesuai bagi pernyataan di atas. A B C D sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit hendak seribu daya, tak nak seribu dalih ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

21

Penduduk kampung telah membuat aduan tentang seorang pegawai atasan di pejabat tanah yang gagal menyelesaikan isu tanah pelancongan di kampung tersebut. Namun, sehingga kini tindakan mereka langsung tidak menjejaskan kedudukan pegawai tersebut. Pilih perumpamaan yang sesuai bagi pernyataan di atas. A B C D seperti rumput di tepi jalan seperti anjing menyalak bukit seperti pahat dengan penukul ibarat mencurah air ke daun keladi

Soalan 22 dan Soalan 23 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. 20 Merokok akan mengakibatkan lumpuh keupayaan perut untuk mengimbangkan asid. A Akibat merokok akan melumpuhkan perut mengimbangi asid. B Merokok mengakibatkan asid dalam perut lumpuh keupayaannya. C Kesan merokok akan melumpuhkan keupayaan asid mengimbangkan perut. D Keupayaan perut mengimbangkan asid lumpuh kesan daripada amalan merokok.

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 3

23

Aiman disahkan menghidap penyakit barah paru-paru dan memerlukan rawatan pakar di luar negara. A B C D Paru-paru Aiman disahkan di luar negara berpenyakit barah dan perlu dirawat oleh pakar. Penyakit barah paru-paru Aiman memang disahkan oleh pakar luar negara dan perlu dirawat. Rawatan luar pakar negara diperlukan oleh Aiman kerana dia disahkan menghidap penyakit barah paru-paru. Rawatan pakar di luar negara diperlukan oleh Aiman kerana dia disahkan menghidap penyakit barah paru-paru.

Soalan 24 hingga Soalan 29 Pilih ayat yang betul. 24 A B C D Wah, malang sungguh nasib diriku! Amboi, cantik sungguh rupa paras puteri itu! Oh, berani kamu mengganggu beta beristirahat! Aduhai, habis rumah dan semua harta bendaku terbakar!

25

A B C D

Nah, sampai hati tuan hamba memukul hamba! Alahai, merdunya suara tuan puteri! Tolong! Kaki hamba cedera. Tolong! Tolong! Api! Api! Kerajaan telah melancarkan Kempen Berhentikan Merokok . Mengapakah bukan semua orang memiliki kulit yang cantik dan berseri? Bapa Ai Ling menerima surat pemberitahuan daripada Poliklinik Kuantan. Hospital Besar Kuala Lumpur telah merayakan ulang tahun ke-30 semalam.

26

A B C D

27

A B C D

Wau Cenderawasih yang cantik itu dibuat oleh saya. Datuk meraut di belakang rumah buluh untuk membuat Wau Seri Bulan. Busur pada Wau Merak diikat oleh tuanku supaya menghasilkan bunyi yang menarik. Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

28

A B C D

Wah, ramainya orang berkunjung dalam pameran kesihatan tersebut. Kempen Cara Hidup Sihat mendapat sambutan yang betul menggalakkan. Hani, Ranjita dan Chew Leng menyertai aktiviti sempena Minggu Kesihatan. Jikalau kita mengambilkan makanan yang kaya dengan lemak, badan kita terpaksa menyingkirkan toksik.

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 3

29

A B C D

Tekanan darah Puan Marlia naik secara mendadak bila perasaannya tertekan. Kita boleh mengira Indeks Jisim Tubuh (IJT) berpandukan jadual untuk menentukan berat badan yang seimbang. Datuk Kamaruddin dikejarkan ke Institut Jantung Negara tengah hari tadi oleh kerana mengalami sesak nafas secara tiba-tiba. Bersenam boleh mengekal berat badan yang unggul serta menafikan kita diserang penyakit koronari jantung, strok, diabetes dan darah tinggi.

Soalan 30 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 30 I Suresh pergi ke akses pusat untuk melayari internet. II Makanan dingin beku dikenal pasti mengandungi kadar gula yang tinggi. III Kekurangan air dalam badan menyebabkan bahan toksik terkumpul dan membentuk karang batu. IV Telefon terus dail merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi. A B C D I dan II sahaja II dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan dialog di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. SABTU 24 MEI 2008 7:00 pagi - 7:30 pagi Kami diberi taklimat ringkas oleh ketua rombongan iaitu Cikgu Nor Azizi bin Muhammad Isa. Sebanyak 38 orang murid dari Persatuan Kajian Tempatan Sekolah Kebangsaan Seri Andalas, Kelang mendengar dengan teliti taklimat tersebut sebelum menaiki bas yang disewa khas. Lawatan ke Kuala Lumpur kali ini turut diiringi oleh empat orang guru penasihat persatuan. 9:00 pagi - 10:30 pagi Sebaik-baik sahaja tiba di destinasi yang pertama iaitu Zoo Negara, kami menaiki kereta api untuk mengelilingi zoo. Kami melihat berbagai-bagai jenis binatang seperti tapir, harimau, gajah dan binatang lain yang tidak pernah kami lihat sebelum ini. Paling menarik di sini, kami dapat melihat persembahan singa laut, orang utan dan burung kakak tua. 11:00 pagi - 12:30 tengah hari Kami tiba pula di Planetarium Negara. Dengan menggunakan teropong dan mikroskop, kami dapat melihat pelbagai benda yang ada di planet. Kami sungguh kagum kerana berpeluang untuk melihat bintang, matahari dan bulan dengan jelas.

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 3

1:00 petang - 1:30 petang Perut kami yang berkeroncong mula diisi dengan sebungkus nasi ayam dan sebotol air mineral setiap seorang. Ketika itu, kami dapat menikmati pemandangan yang indah di sekitar Tasik Perdana. Flora dan faunanya sungguh mendamaikan setiap pelancong yang berkunjung di sini. 2:00 petang - 3:30 petang Destinasi berikutnya ialah Balai Seni Lukis Negara. Terdapat lukisan-lukisan yang bermutu tinggi dipamerkan di sini. Kami sungguh tertarik kepada lukisan hasil tangan pelukis terkenal dari dalam dan dari luar negara. 4:00 petang - 6:00 petang Kami tiba di destinasi yang terakhir iaitu Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara, Damansara. Di sini, kami didedahkan dengan aktiviti sains dan perkembangan teknologi sains yang terdapat di negara kita. Kami seronok kerana dapat mendalami ilmu sains dan dapat mengembangkan minda kami. 6:00 petang - 7:00 malam Kami berangkat pulang dengan perasaan gembira. Kira-kira 35 minit kemudian, kami tiba di pekarangan sekolah. Walaupun penat seharian melawat sekitar Kuala Lumpur, namun kegembiraan jelas terbayang pada setiap anggota persatuan. Kami berharap akan berpeluang mengikuti lawatan seperti ini lagi.

31

Berapakah bilangan anggota rombongan yang mengikuti lawatan tersebut? A 38 orang B 41 orang C 42 orang D 43 orang Semua tempat yang dilawati berkaitan dengan sains kecuali A Planetarium B Zoo Negara C Balai Seni Lukis D Pusat Sains Negara Tujuan utama lawatan ini adalah untuk A menikmati pemandangan yang indah. B mendedahkan ahli dengan ilmu sains. C mendekatkan diri setiap ahli dengan flora dan fauna. D memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan kepada ahli. Lawatan tersebut mengambil masa selama A 10 jam B 11 jam C 12 jam D 13 jam

32

33

34

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 3

35

Perkataan pekarangan dalam petikan membawa maksud A padang B halaman C hadapan D kawasan

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Kisahnya bermula di sebuah negeri di bawah angin. Negeri yang bernama Gangga Negara itu amat kaya dengan hasil buminya. Rajanya memerintah dengan adil dan bijaksana. Baginda dibantu oleh seorang bendahara yang bijak bernama Puwirajaya. Pada suatu hari, raja telah memanggil Puwirajaya. Aduhai bendahara, telah sekian lama bendahara berkhidmat dengan beta. Beta berhajat memberikan ganjaran atas kesetiaan bendahara. Namun begitu, beta tidak mahu menentukan hadiahnya. Katakanlah kepada beta permintaan bendahara, titah Raja Zarul Syah. Puwirajaya terdiam sambil memikirkan sesuatu. Kemudian, dia mendapat satu akal. Ampun tuanku, seandainya patik diberi pilihan, sudi apatah kiranya tuanku memberi secupak beras pada hari pertama, dua cupak beras pada hari kedua, empat cupak beras pada hari ketiga dalam gandaan dua selama sepurnama, kata Puwirajaya. Oh, alangkah mudahnya permintaan bendahara itu! Baiklah, akan beta tunaikan, kata Raja Zarul Syah. Setelah sepurnama berlalu, bendahara telah datang semula ke istana dengan membawa karung guni yang banyak. Wahai bendahara yang bestari, untuk apa karung-karung guni ini? tanya Raja Zarul Syah. Untuk mengangkat beras yang tuanku beri, jawab Puwirajaya. Tidakkah beras yang bendahara minta pada hari pertama, dua cupak pada hari kedua dan seterusnya selama sepurnama? tanya raja. Memang benar tuanku, jawab Puwirajaya. Mengapa pula begitu banyak karung yang bendahara bawa? tanya Raja Zarul Syah. Cuba tuanku teliti, dua menjadi empat, empat menjadi lapan, lapan menjadi enam belas dan seterusnya, genap sepurnama. Jumlahnya satu billion tujuh juta, tujuh ratus empat puluh satu ribu dan lapan ratus dua puluh empat cupak. Beras yang sebegitu banyak memerlukan karung yang banyak, jelas bendahara. Raja berasa sangat terkejut mendengar penjelasan Puwirajaya. Baginda kagum akan kepintaran bendaharanya itu. Usahlah khuatir bendahara. Sekarang silalah ambil hadiah yang bendahara minta. Beta gembira kerana mempunyai bendahara yang bestari itu. Merujuk kepada petikan negeri di bawah angin bermaksud A Negara Arab B Negeri Sabah C Negara Eropah D Negara Asia Tenggara

36

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

MODUL LATIH BIMBING TAHUN ENAM

10

KERTAS BAHASA MELAYU 011 : SET 3

37

Perkataan adil dalam petikan sinonim dengan A saksama B kejam C patuh D baik Berapakah jumlah beras yang diterima oleh bendahara pada hari keenam? A 16 cupak B 32 cupak C 64 cupak D 128 cupak Berikut semuanya benar berdasarkan petikan kecuali A Raja Zarul Syah seorang raja yang menepati janji B Bendahara Puwirajaya ialah Perdana Menteri Gangga Negara C Gangga Negara menjadi kaya kerana sumber alamnya yang banyak D Bendahara Puwirajaya menerima ganjaran hadiah untuk selama setahun Apakah nilai murni yang boleh dicontohi berdasarkan teks? A Kita hendaklah patuh dan taat kepada pemerintah B Rajin dan usaha rahsia kejayaan sesebuah negara C Sifat baik hati serta mempunyai disiplin yang tinggi dalam diri setiap rakyat jelata. Sifat bijaksana dapat menyelesaikan masalah dengan baik di samping menjadikan D kehidupan aman dan harmoni.

38

39

40

- KERTAS SOALAN TAMAT -

MODUL LATIH BIMBING SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK JPN PERAK TAHUN 2009 SOALAN BERPANDUKAN BUKU TEKS KBSR BAHASA MALAYSIA TAHUN ENAM

Anda mungkin juga menyukai