Anda di halaman 1dari 7

FAKLUTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2013

HBEF2803 JURNAL REFLEKTIF( T1A4)

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : :

701117125483001 701117125483 0176597259 mel_501@yahoo.com Shah Alam Learning Centre

JURNAL REFLEKTIF T1A1 Sejarah Perayaan Deepavali Pepatah lama ada mengatakan Banyak membaca, luas pengetahuan. Tidak dapat disangkal lagi bahawa pepatah lama tersebut memang bertepatan dengan jurnal refleksi saya pada kali ini. Mempelajari budaya dan perayaan kaum yang berbeza anutan agama adalah sesuatu yang sering kali dianggap tidak penting. Namun begitu, dengan mempelajari adat dan budaya masyarakat kaum lain ini, pengetahuan kita akan menjadi bertambah luas serta tidak mendatangkan kerugian. Melalui kerja kursus EPIC kali ini, saya telah mendapat lebih banyak pengetahuan tentang perayaan Deepavali yang diraikan oleh kaum India yang menganut agama Hindu. Jika selama ini, saya menganggap bahawa perayaan Deapavali hanyalah sekadar seperti sambutan Maal Hijrah bagi penganut Islam dan juga Perayaan Tahun Baru Cina bagi masyarakat Cina beragama Buddha ternyata anggapan saya adalah meleset sama sekali. Jika saya sebagai penganut agama Islam meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Keesaan Allah, begitu juga dengan penganut agama Hindu. Penyembahan diri kepada tuhan mereka dilakukan dengan cara mereka yang tersendiri. Melalui tugasan ini, saya telah mendapat lebih pengetahuan tentang tuhan dan dewa yang disembah oleh penganut agama Buddha dan juga cara-cara mereka menyerahkan diri kepada tuhan mereka. Penjelajahan mencari pengetahuan atau maklumat tentang agama anutan sesuatu kaum tidaklah hanya terbatas bagi tugasan pada kali ini. Sebagai seorang induvidu yang percaya bahawa sesi pembelajaran berlangsung sepanjang hayat, penjelajahaan mencari ilmu seperti ini perlulah diteruskan sama ada melalui perkongsian maklumat secara lisan atau melalui penjelajahaan di alam maya melalui kemudahan internet dan lamam sesawang yang ada pada masa kini. Kemudahan yang disediakan perlu dimanfaatkan dengan semaksima mungkin untuk mencari ilmu yang berguna lebih-lebih lagi bagi golongan pendidik seperti saya dan rakan-rakan seperjuangan yang lain.

Seorang guru perlu lebih efisin berbanding dengan anak muridnya yang lahir di alam teknologi serba canggih pada masa kini. Kemunduran dan kecetekan maklumat tidak boleh dibiarkan bagi seorang guru demi untuk melahirkan modal insan yang dapat berdaya saing dan mendepani apa sahaja cabaran globalisasi yang semakin mencabar minda dan pemikiran. Penjelajahan pencarian maklumat perlu dilakukan dari masa ke semasa demi memperbaiki diri dan anak-anak didik. Sebagai penganut agama Islam, medium teknologi seperti ini boleh dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk mencungkil maklumat tentang sesuatu perkara yang kurang difahami. Kemudahan internet dan laman sesawang serta laman sosial seperti facebook dan twitter tidak sepatutnya digunakan untuk bersembang sematamata. Kemudahan seperti ini harus digunakan dengan baik untuk memperbaiki pengetahuan tentang sesuatu perkara baru yang berkaitan dengan pengetahuan agama yang tidak difahami. JURNAL REFLEKTIF T1A2 Temubual 3 Generasi KEMODENAN MENGHAKIS ADAT DAN BUDAYA Kenyataan di atas adalah pendapat peribadi saya sendiri. Ini adalah gambaran awal sebelum sesi temuramah dibuat dengan 3 generasi yang ditetapkan iaitu: 1. Generasi tua 2. Generasi dewasa 3. Generasi kanak-kanak Sebagai seorang guru yang mengajar di sekolah kebangsaan yang di mana 100% muridmurid saya adalah generasi ketiga iaitu generasi kanak-kanak, saya berpendapat bahawa kemodenan dan kecanggihan teknologi masa kini semakin hari semakin menghakis adat dan budaya sesuatu kaum. Ianya tidak hanya pada perayaan Tahun Baru Cina sahaja, malah ia turut berlaku dalam perayaan Hari Raya dan juga Perayaan Tahun Baru Cina. Perkara ini dapat dilihat melalui temu bual saya bersama anak-anak murid saya di sekolah. Pada mereka, sesuatu perayaan keagamaan hanya sekadar saat untuk berkumpul bersama keluarga dan bersuka-ria. Pada waktu sambutan inilah mereka mengambil peluang untuk meminta sesuatu dari ibu bapa mereka seperti pakaian, permainan dan sebagainya. Sebagai seorang guru, saya perlu bertindak untuk memperbetulkan tanggapan mereka.

Saya bertanggungjawab untuk menerangkan tentang kesalah fahaman mereka tentang sambutan sesuatu perayaan. Perkara ini penting agar generasi kanak-kanak yang akan membesar dan menjadi generasi dewasa dan tua di masa akan datang tidak akan memandang remeh tentang pengetahuan serta adat budaya sesuatu kaum semasa hari perayaan. Melalui aktiviti temu bual yang dijalankan bagi tugasan kali ini, saya mendapati generasi tua masih jelas tentang sejarah perayaan mereka. Manakala generasi dewasa tetap mengambil tahu tentang sejarah perayaan mereka walaupun tidak mengamalkannya secara keseluruhan berdasarkan sejarah yang telah dipelajari. Generasi ketiga pula iaitu kanak-kanak memandang bahawa perayaan adalah masa untuk mereka bersukaria dan masa untuk mereka mengumpulkan angpau yang diberikan oleh ibu bapa dan juga keluarga serta kenalan. Sebagai seorang guru dan juga seorang ibu kepada 4 orang anak, saya perlu mendidik anak-anak saya serta anak-anak murid saya agar menghargai setiap adat dan budaya yang baik selagi mana ianya tidak bersalahan dengan hukum agama. Penyampaian pengetahuan tentang perkara ini perlu diambil berat agar generasi muda akan datang tidak melupakan asal usul mereka. Pengetahuan serta ilmu yang berkenaan dapat membina jati diri bangsa yang berpegang kepada setiap adat dan budaya yang baik selari dengan ilmu agama.Maka dengan itu, saya perlulah terlebih dahulu mempunyai pengetahuan yang cukup tentang kesemua perkara tersebut agar mudah untuk saya menyampaikan serta memberi kefahaman kepada anak-anak saya serta anak-anak murid saya. Media massa dan media elektronik juga perlu berperanan untuk menyampaikan ilmu yang berkaitan melalui cara mereka yang tersendiri. Penayangan filem atau dokumentari yang berkaitan perlu dibuat dari masa ke semasa bagi mendidik penonton. Tayangan filem-filem baru yang terkini perlu dikurangkan semasa waktu perayaan bagi membolehkan generasi kanak-kanak masa kini tidak hanya ingin berada di hadapan peti televisyen hingga melupakan adat kunjung-mengunjung sesama keluarga dan sahabat handai.

JURNAL REFLEKTIF T1A3 - Sambutan Perayaan Deepavali Jika selama ini saya tidak pernah berkunjung ke rumah rakan sekerja atau anak murid yang beragama Hindu, demi untuk menyiapkan tugasan EPIC saya telah mendapat pengalaman baru tentang suasana perayaan Deepavali. Ternyata keharmonian antara kaum di Malaysia masih berada di tahap yang tinggi. Keharmonian inilah yang cuba diserap dan diterapkan kepada setiap lapisan masyarakat di negara kita melalui kempen 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Kunjungan saya disambut baik oleh keluarga rakan guru sekolah saya ini. Saya dan rakanrakan lain diraikan dengan penuh hormat dan diberi penerangan tentang setiap upacara yang dijalankan. Saya juga diberi peluang untuk sama-sama menyiapkan kolam yang dibuat oleh keluarga ini. Pengetahuan yang saya dapat dari pembacaan dan juga temu bual tidak jauh berbeza. Melalui perkongsian ini, saya lebih memahami adat dan kepercayaan masyarakat kaum lain demi untuk menjaga keamanan negara. Satu perkara yang saya rasa semakin terhakis kerana kecanggihan teknologi ialah tradisi kunjung-mengunjung antara saudara-mara dan sahabat-handai. Perkara ini juga terjadi dalam semua perayaan lain seperti Hari Raya dan juga Perayaan Deepavali. Limpahan filem-filem baru yang akan ditayangkan sama ada di pawagam atau kaca televisyen menyebabkan generasi muda masa kini sudah kehilangan minat untuk meneruskan adat ziarah-menziarahi. Mereka lebih suka untuk duduk di rumah bagi menonton rancangan kegemaran di kaca televisyen atau pun berkunjung ke pawagam bagi menyaksikan filemfilem terbaru sama ada produksi dalam negara atau dari luar negara. Program aktiviti Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan setiap kali sambutan sesuatu perayaan berlangsung adalah langkah bijak yang diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah ini. Melalui aktiviti Rumah Terbuka Malaysia, segenap lapisan masyarakat akan diraikan dengan sama rata tanpa mengira agama anutan setiap warga yang hadir. Aktiviti Rumah Terbuka Malaysia ini juga mendapat pujian dari pelancong asing yang berada di Malaysia semasa suasana sambutan diadakan.

Keunikan dan keharmonian yang wujud sewaktu perayaan berlangsung amat menarik minat pelancong asing yang berada di sini. Sebagai rakyat yang cintakan negaranya, kita semua perlu menggembleng tenaga dan fikiran demi untuk menjaga kesejahteraan negara pada masa kini dan pada masa akan datang.

Rujukan http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322-kebudayaandi-malaysia/5745-sambutan-tahun-baru-cina.html http://www.scribd.com/doc/31530020/Kerja-Kursus-Sejarah-Perayaan-Tahun-Baru-Cina http://keunikanperayaan.blogspot.com/2010/08/hidangan-tahun-baru-cina.html http://malay.cri.cn/1/2003/10/21/2@3013.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina http://1malaysia2010-5ybugteam.blogspot.com/2010/09/perayaan-tradisi-kaum-cinatahun-baru.html http://sejarah2u.blogspot.com/2008/02/sejarah-tahun-baru-cina.html

Anda mungkin juga menyukai