Anda di halaman 1dari 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN

Kertas Cadangan: SEHARI MENJENTIK MINDA

Dikemukakan oleh: BIRO AKADEMIK JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2012/2013

Tarikh: 29 APRIL 2012

Tempat: Dewan Ibnu Khaldun IPG Kampus Darulaman

1.0 Pengenalan Program Sehari Menjentik Minda merupakan program yang dirancang dan disusun oleh Jawatankuasa Perwakilan Pelajar di bawah Biro Akademik 2012/2013 untuk dijalankan pada semester ini. Program ini melibatkan para guru PISMP semester 1 2012 yang berminat untuk menyertainya. Tujuannya adalah untuk memotivasikan para guru pelatih agar dapat menjadi guru yang berwawasan, berinisiatif dan berketrampilan. Program yang dianjurkan ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim yang baik antara guru pelatih. Oleh itu, program ini amatlah baik dan sangat berfaedah untuk dijalankan bagi melahirkan insan guru yang ideal dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu aspek fizikal, emosi, rohani dan intelek.

2.0 Rasional

2.1 Melahirkan guru yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum. 2.2 Menerapkan konsep bijak belajar dalam diri para guru pelatih. 2.3 Meningkatkan semangat belajar berterusan dan berkesan. 2.4 Memberi pendedahan kepada guru pelatih tentang bagaimana mengurus masa dengan baik dan efektif.

3.0 Matlamat Program Sehari Menjentik Minda ini diadakan bertujuan untuk membantu para guru pelatih dalam membuat persiapan yang mantap bagi menghadapi peperiksaan yang akan tiba. Program ini juga bermatlamat untuk memberi suntikan semangat dan motivasi buat para guru pelatih khususnya agar lebih bersedia dalam menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menceburi bidang pendidikan. Selain itu, program ini juga dapat membantu para guru pelatih untuk mengurus masa dengan bijak dan seterusnya dapat mengendalikan apa juga masalah yang dihadapi dengan cara yang terbaik dan berkesan.

4.0 Objektif Penganjuran

4.1 Memberi motivasi kepada para guru pelatih agar lebih bersemangat untuk belajar. 4.2 Melahirkan para guru yang bijak dalam mengurus masa. 4.3 Memberi pendedahan mengenai tips-tips pengurusan stress. 4.4 Memberi pendedahan mengenai teknik bijak belajar menghadapi peperiksaan.

5.0 Nama Program Program Sehari Menjentik Minda

6.0 Anjuran Biro Akademik Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2012/2013

7.0 Tarikh, Hari & Masa Tarikh Hari Masa : 29 April 2012 : Ahad : 2.00 petang- 4.30 petang

8.0 Tempat Dewan Ibnu Khaldun IPG Kampus Darulaman

9.0 Penyertaan Penyertaan terbuka kepada para guru pelatih PISMP Semester 1 2012 IPG Kampus Darulaman yang berminat.

10.0 Jawatankuasa Pengelola Program (Sila rujuk Lampiran 1)

11.0 Tentatif Program (Sila rujuk Lampiran 2)

12.0 Penutup Kami amat berharap agar program ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang dan dapat dijalankan dengan baik.

Cadangan ini dikemukakan oleh:

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Akademik sessi 2012/2013 Ipg Kampus Darulaman (Haini Shafikah Bt Mohd. Shaharudin) Setiausaha Biro Akademik 2012/2013 IPG Kampus Darulaman

JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM

Pengarah Timbalan Pengarah Ketua Penyelaras Pengerusi Biro Akademik N. Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK Tugas Khas

: Tuan Haji Mohd. Mustafa Bin Ahmad : Tuan Haji Hashim Bin Asman : Dr. Maheran Bt Baharum : Siti Fairuz Binti Mohd Saufi : Nurhanis Binti Zamshah : Haini Shafikah Binti Mohd. Shaharuddin : Muhd. Fakhrurrazi Bin Senin : Aimuni Binti Zakaria : Sitti Noranizah Binti Abu Sakkar : Shaareny a/p Saravanan

TENTATIF PROGRAM

Tarikh: 29 April 2012 (Ahad)

Masa 2.00 petang

Perkara Ketibaan tetamu jemputan dan para guru pelatih

2.15 petang

Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis Ceramah Motivasi Sehari Menjentik Minda

2.30 petang

4.30 petang

Majlis dijangka selesai / bersurai

BAHAGIAN A : KETUA PENYELARAS/PENSYARAH PENASIHAT/ MENTOR

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

ULASAN : ..................................................................................................................... ......................................................................................................................

Tarikh:

..................................... Tandatangan & Cop

BAHAGIAN B : KETUA JABATAN AKADEMIK/KETUA JABATAN HEP/ KETUA UNIT

Disahkan betul.

DISOKONG/ TIDAK DISOKONG

ULASAN: ....................................................................................................................... ........................................................................................................................ Tarikh: ........................................ Tandatangan & Cop

Anda mungkin juga menyukai