Anda di halaman 1dari 2

Shaareny a/p M.

Saravanan, Program Mentor Mentee, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

Rumah Kelahiran Dr.Mahathir Mohamad, No. 18, Lorong Kilang Ais, Tepi Jalan Pegawai, Seberang Perak, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman 28 Mac 2012.

Tuan, MEMOHON KEBENARAN MENGADAKAN LAWATAN KE RUMAH KELAHIRAN DR. MAHATHIR MOHAMAD Merujuk kepada di atas, saya Shaareny a/p M. Saravanan selaku setiausaha bagi program lawatan ini, ingin memohon kebenaran untuk mengadakan program lawatan ke Rumah Kelahiran Dr. Mahathir Mohamad untuk program mentor mentee di institut kami.

2. Lawatan ini bertujuan untuk menambah pengetahuan bakal guru-guru pelatih mengenai latar belakang tokoh Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

3.

Untuk makluman tuan, ini adalah butir-butiran lawatan kami: Tarikh Masa : 31 Mac 2012 : 11.30 pagi hingga 1.30 petang

Jumlah peserta: 88 peserta termasuk 3 orang pensyarah penasihat

4. Saya berharap tuan dapat menerima kedatangan kami dengan sebaik mungkin. Dengan pihak kerjasama tuan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Yang menjalankan tugas , (SHAARENY A/P M.SARAVANAN) Setiausaha, Program Mentor Mentee, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.