Anda di halaman 1dari 9

UKURAN DAN RALAT E3042 / UNIT 2 / 1

Objektif am :

Mengetahui lengkung redaman dan
memahami jenis-jenis redaman.




Objektif khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Menerangkan lengkung redaman

Membezakan jenis redaman
dan membandingkan redaman
tersebut.

Melakarkan lengkung redaman.














OBJEKTIF
UKURAN DAN RALAT E3042 / UNIT 2 / 2






2.0 Pengenalan

Gabungan sifat tekun(inertia) sistem gerakan dan daya kilas kawalan spring
lingkar(spiral spring) memberi sistem bergerak itu suatu frekuensi ayunan
semulajadi. Setiap turun-naik arus akan menyebabkan penunjuk berayun dan
ini mengakibatkan amat sukar kita mengambil bacaan meter dengan tepat.


2.1 Lengkuk redaman

Rajah 2.1 menunjukkan lakaran 3 bentuk redaman yang ujug pada sistem jarum
penunjuk.

Bacaan tetap
(mA) Kurang redaman (B)


Redaman genting (C)






Redaman melampau (A)




masa (s)

Rajah 2.1 : Jenis-jenis lengkung redaman







INPUT
UKURAN DAN RALAT E3042 / UNIT 2 / 3



Terdapat tiga jenis lengkung redaman iaitu redaman melampau, redaman kurang
dan redaman genting. Sekiranya tiga jenis redaman yang disebutkan ini ujud
secara berasingan , pergerakan jarum penunjuk pada meter juga akan berbeza.

2.1.1 Redaman melampau(A) penunjuk akan bergerak dengan perlahan
menuju nilai akhir. Nilai ini akan kurang dari nilai sebenar. Ini akan
menyebabkan meter menunjukkan nilai yang salah.

2.1.2 Kurang redaman (B) - penunjuk meter akan berayun dalam jangka masa
yang lama sebelum berhenti pada nilai tetap. Ini mengakibatkan
kesukaran untuk membuat bacaan.


2.1.3 Redaman genting( C) - penunjuk mencapai keadaan tetap (nilai sebenar)
tanpa ayunan dalam masa yang pendek. Jadi pengguna dapat membaca
bacaan dengan tepat dan cepat.






























UKURAN DAN RALAT E3042 / UNIT 2 / 4





Uji Kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak
jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.


2.1 Nyatakan tiga jenis lengkung redaman dan terangkan keadaan
pergerakan jarum penunjuk sekiranya ketiga-tiga bentuk lengkung
redaman wujud secara berasingan.

2.2 Lakarkan lengkung redaman genting dan nyatakan perbezaannya jika
dibandingkan dengan redaman melampau.


























AKTIVITI 2a
UKURAN DAN RALAT E3042 / UNIT 2 / 5





2.2 Jenis redaman

2.2.1 Redaman arus pusar
Rajah 2.2 menunjukkan satu bentuk redaman arus pusar yang terdapat
pada suatu sistem jarum penunjuk.





D
M
D
M


Rajah 2.2 : Redaman Arus Pusar

Suatu cakera aluminium D, dikawal oleh satu gelendong, boleh
bergerak di antara kutub-kutub sebuah magnet kekal M. Jika cakera
tersebut bergerak ikut jam, d.g.e yang teraruh dalam cakera tersebut
mengedarkan arus pusar seperti yang ditunjukkan (garisan putus-putus).
Dari Hukum Lenz, arus ini akan mengenakan suatu daya yang menentang
gerakan yang membentuk mereka. Oleh itu arah daya redaman yang
terhasil ini adalah melawan arah jam.

2.2.2 Redaman udara
Sekeping bilah dilekatkan pada bahagian bergerak pada meter.
Rintangan yang dihasilkan oleh udara sekitar akan memberikan redaman
yang dikehendaki.

2.2.3 Redaman bendalir
Prinsip yang sama digunakan tetapi bilah tersebut dibiarkan bergerak
didalam bekas yang mengandungi cecair dengan kelikatan yang sesuai.






INPUT
UKURAN DAN RALAT E3042 / UNIT 2 / 6







Uji Kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya . Sila semak jawapan
anda pada maklum balas di halaman berikutnya.



2.1 Lukis dan labelkan tiga bentuk lengkung redaman.


2.2 Nyatakan tiga jenis redaman dan berikan keterangan ringkas
mengenai setiap satu.


2.3 Nyatakan perbezaan di antara redaman udara dan redaman bandalir.


























AKTIVITI 2b
UKURAN DAN RALAT E3042 / UNIT 2 / 7







2.1 Rujuk rajah 2.1.

2.2 Rujuk input Rajah 2.1 serta input 2.1.1 dan input 2.1.3.














2.1 Rujuk input 2.1

2.2 Rujuk input 2.2

2.3 Rujuk input 2.2.2 dan input 2.2.3
















MAKLUM BALAS 2a

MAKLUM BALAS 2b

SEMOGA BERJAYA
UKURAN DAN RALAT E3042 / UNIT 2 / 8














Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang telah disediakan.

2.1 Lukiskan 2 gambarajah contoh yang berlainan bagi redaman jenis arus
pusar.

2.2 Pada sebuah meter, cuma terdapat keadaan kurang redaman pada
sistem jarum penunjuknya. Terangkan apa yang berlaku ketika bacaan
sedang diambil.






















PENILAIAN KENDIRI
SELAMAT MENCUBA
UKURAN DAN RALAT E3042 / UNIT 2 / 9











2.1 Rujuk rajah 2.2.


2.2 Rujuk input 2.1.2.

















MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

Anda mungkin juga menyukai