Anda di halaman 1dari 5

ANALISIS BUKU TEKS Subjek Tahun Penulis : PENDIDIKAN MORAL (SJKC) :3 : 1. Eow Boon Hin 2.

Khoo See Ling 3. You Hsueh Hwei 4. Lim Lee Suan Penerbit Tempat Terbit Tahun Terbit : Beh-Er Publication Sdn.Bhd : Selangor Darul Ehsan : Cetakan Pertama 2012

Buku Teks Pendidikan Moral KSSR Tahun 3 (SJKC) ini merupakan sebuah buku teks yang amat sesuai untuk kanak-kanak Tahun 3 yang berumur 9 tahun. Hal ini kerana menurut Teori Perkembangan Psikososial Erikson, kanak-kanak antara unmur 6-11 tahun adalah dalam peringkat pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan. Oleh itu, buku teks yang digubal mengikut tema Saya dan Sekolah telah menjadi wahana untuk menyampaikan nilai murni universal antara murid dengan persekitarannya terutama dengan rakan di sekolah. Terdapat 14 nilai murni universal yang terdapat dalam buku teks ini mengikut tahap perkembangan dan kematangan murid. Antaranya ialah: 1.Kepercayaan kepada Tuhan 2.Baik hati 3.Bertanggungjawab 4.Berterima kasih 5.Hemah Tinggi 6.Hormat 7.Kasih Sayang 8.Keadilan 9.Keberanian 10.Kejujuran 11.Kerajinan 12.Kerjasama 13.Kesederhanaan 14.Toleransi

Dari segi tataletak dalam buku ini, buku teks ini dimulakan dengan Rukun Negara selepas muka hadapan buku teks dan diikuti dengan penulis, penerbit dan penghargaan kepada pihak yang berkenaan. Nilai murni yang akan diajar telah pun disenaraikan dalam kandungan buku. Penulis buku teks telah menyampaikan nilai murni melalui gambar dan ilusi yang menarik berserta dengan dialog. Beliau mengutamakan gambar dan ilusi daripada menyampaikan nilai murni melalui perkataan. Oleh yang demikian, buku teks Pendidikan Moral ini amat menarik minat kanak-kanak yang berumur 9 tahun dengan ilusi dan watak yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat 14 bab dalam buku teks ini. Setiap bab yang diajar adalah berpandukan nilai murni yang telah ditetapkan. Dalam setiap bab, terdapat aktiviti kumpulan yang perlu dilaksanakan oleh murid. Aktiviti yang direka bentuk bertujuan untuk membantu murid meningkatkan kemahiran

penyelesaian konflik, kemahiran pemikiran kritikal dan kemahiran pemikiran kreatif murid supaya apabila murid ingin membuat sesuatu keputusan, mereka dapat mengambil kira perbezaan nilai yang ada pada diri sendiri dan orang lain serta membuat penaakulan moral supaya dapat menyelesaikan konflik dan membuat keputusan yang bermoral ketika menghadapi konflik dalam kehidupan. Isi kandungan dalam buku teks adalah sesuai dengan tahap kanakkanak yang berumur 9 tahun. Hal ini kerana kanak-kanak banyak menghabiskan masa di sekolah dengan guru dan rakan di sekolah. Kandungan yang diajar kesemua merangkumi cara kanak-kanak bersosial atau berkomunikasi dengan bangsa yang berbeza di sekolah dan cara mereka menghormati setiap warga di sekolah serta menyayangi sekolah sendiri. Aktiviti yang terdapat dalam buku teks ini amat sesuai dengan kehidupan pelajar seharian. Nilai murni yang telah dipelajari memudahkan murid untuk mengaplikasikan secara berterusan di sekolah. Dalam Bab yang pertama, penulis telah memberi murid mengenal kaum yang terdapat di Malaysia dan pelbagai perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum yang berbeza. Seterusnya, penulis telah menerapkan nilai murni yang harus ada pada murid dalam pergaulan murid dengan rakan dan guru di sekolah supaya murid dapat saling menghormati dan saling menolong antara satu sama lain.

Kemudian penulis menerapkan nilai murni dalam diri murid untuk menyayangi sekolah dan mempertahankan nama baik sekolah. Cara penyusunan setiap bab dan isi kandungan adalah sistematik,iaitu bermula dari diri murid sendiri sehingga ke rakan dan guru di sekolah dan akhir sekali di sekolah. Selain itu, murid-murid juga akan ditumbuhkan kepekaaan terhadap nilai-nilai tempatan yang melibatkan afektif seperti nilai baik hati. Contohnya, nilai ini telah diterangkan dengan jelas dalam bab yang kedua, penulis telah mereka pelbagai aktiviti kepada murid supaya murid dapat memahami konsep baik hati dan mengetahui bahawa menolong orang yang dalam kesusahan merupakan satu prestasi baik hati. Melalui aktiviti tersebut, murid akan sentiasa bersedia untuk membantu orang. Setiap pengajaran dan

pembelajaran yang telah disediakan adalah berpusatkan kepada murid tetapi bukan guru. Murid memainkan peranan yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru cuma berperanan sebagai seorang pembimbing untuk membantu murid menyemai nilai-nilai murni dalam diri mereka supaya boleh hidup dengan aman dan makmur dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum ini. Dari segi ilustrasi, gambar ilustrasi yang terdapat dalam buku teks ini telah menunjukkan bahawa pelbagai kaum yang hidup dalam Malaysia telah mencapai perpaduan dalam kalangan seluruh masyarakat. Dari segi budaya, kita boleh lihat dengan jelas terdapat pelbagai kaum hidup bersama dan menerima taraf pendidikan serta kehidupan yang sama. Hal ini kerana, walaupun buku teks ini adalah untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidak bermakna bangsa Cina sahaja yang mampu membaca dan bertutur dalam Bahasa Cina. Kaum lain juga berpeluang untuk menerima pendidikan dalam Bahasa Cina. Murid boleh bertutur dalam Bahasa Cina, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka dan ini tidak menjadi masalah bagi mereka yang berbeza kaum. Murid yang masih muda sudah mula menerima kawan yang berbeza kaum tetapi hidup dengan harmoni dalam kelas. Melalui ilustrasi yang amat bermakna ini secara langsung telah membolehkan kanakkanak menghormati bangsa lain dan mengenali budaya dan tradisi kaum lain serta menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan berbagai-bagai corak. Gambar yang telah dilukis dalam

buku teks telah menggambarkan budaya yang telah diamalkan dalam masyarakat sekarang di Malaysia tidak kira di sekolah rendah, sekolah menengah ataupun di institut pengajian tinggi. Marcapada, apa yang kami dapati ialah walaupun buku ini untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, namun kesemua 14 nilai murni yang terdapat dalam buku ini tidak dihadkan kepada penutur ataupun individu yang berbangsa Cina sahaja. Keadaan ini jelas terpapar pada muka hadapan buku teks ini yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Penulis menaip tajuk

buku ini dalam dwibahasa. Selaras dengan Perlembagaan Negara Malaysia yang menetapkan bahawa Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dari segi tulisan pula, penulis menggunakan nombor internasional. Selanjutnya, ilustrasi yang digunakan dalam buku teks ini juga tidak dihadkan kepada gambar-gambar yang sinonim dengan kaum Cina sahaja seperti naga, konsep ying dan yang, pakaian dan sebagainya. Penulis mengenakan ilustrasi gambar dari kaum-kaum lain juga seperti Melayu, India dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa penulis cuba untuk menerapkan semangat kekitaan antara pelbagai kaum melalui pemilihan gambar dan ilustrasi.

REFLEKSI Berdasarkan kajian kami terhadap buku teks ini, kami dapati bahawa penerapan nilai murni dalam buku teks ini tidak dihadkan kepada satu bangsa sahaja tetapi ia bersifat universal iaitu dengan mengambil kira kaum lain yang terdapat di Malaysia. Selaras dengan dasar kerajaan yang ingin

menyatupadukan rakyat Malysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tamabahan lagi, penulis yang berbangsa Cina semuanya bersifat rasional dan tidak memihak kepada mana-mana kaum dalam penulisan buku ini. Kami berasa amat gembira dan puas hati kerana penulis tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak dalam buku ini. Dalam proses membuat analisis buku teks Pendidikan Moral ini, kami berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghayati serta mengkaji buku yang mempunyai nilai budaya dan komunikasi interaktif yang tinggi ini. Selain menerapkan nilai murni dalam diri pembaca, penulis juga bertujuan untuk menyemai semangat perpaduan dalam diri pembaca melalui pelbagai aktiviti yang telah direkakan. Hal ini kerana, negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza. Rakyat Malaysia haruslah hidup bersatu padu dan bertoleransi antara satu sama lain. Bak kata pepatah, Melentur buluh, biarlah dari rebungnya, kanak-kanak pada umur 9 masih seperti sekeping kertas putih yang suci, oleh itu semangat perpaduan dan semangat cinta akan negara haruslah dipupuk sejak mereka masih kecil lagi. Walaupun ahli kumpulan kami terdiri daripada kaum Melayu dan kaum Cina, kami masih lagi boleh memahami idea yang ingin disampaikan oleh penulis. Hal ini bermaksud, walaupun penulis buku ini kesemuanya berbangsa Cina, mereka masih dapat menyampaikan mesej dengan jelas melalui ilustrasi dan aktiviti yang menarik. Sebagai kesimpulan, konsep Satu Malaysia dan konsep perpaduan telah banyak disampaikan oleh penulis dalam buku teks ini. Kami berharap supaya pendekatan yang dibawa oleh penulis dapat diterima oleh pembaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.